Anda di halaman 1dari 20

Soalan 2

Bincangkan interaksi antara tamadunyang meliputi :a) Interaksi dalam lingkungan budaya yang sama. b) Interaksi dengan budaya dan peradaban yang berbeza. c) Interaksi antara peradaban yang dominan dan tidak dominan.

Jawapan :-

TAMADUN

Tamadun yang dapat digambarkan dalam kepelbagaian maksud melalui bahasa dan pemahaman oleh sesuatu. Ini dapat digambarkan melalui pelbagai tafsiran yang dikemukakan seperti perkataan CIVILIZATION yang digunakan dalam penerbitan sesebuah buku berkenaan Tamadun pada abad ke-19 (Beg : 1980). Di tempat atau dalam bahasa Arab pula, Tamadun berasal dari perkataan MADDANA yang bermaksud menduduki sesuatu kawasan serta terdapat pembangunan fizikal dan rohani (Mahayuddin : 2004). Selain itu Tamadun juga dapat digambarkan mengenai taraf pencapaian kemajuan rohani dan jasmani, khususnya dari sudut ilmu pengetahuan. Ia juga merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam ilmu sains dan teknologi (A.Tarmizi : 2008).

INTERAKSI

Interaksi adalah suatu jenis tindakan atau aksi yang terjadi sewaktu dua atau lebih objek memengaruhi atau memiliki efek satu sama lain. Dalam erti kata lain, Interaksi bermaksud pertemuan atau perhubungan atau komunikasi antara :i. ii. iii. Individu dan individu Individu dan masyarakat Masyarakat dan masyarakat

Interaksi dua arah ini penting dalam konsep interaksi, sebagai lawan dari hubungan satu arah pada sebab akibat. Kombinasi dari interaksi-interaksi sederhana dapat dilihat pada suatu fenomena baru yang mengejutkan. Dalam berbagai bidang ilmu, interaksi yang memiliki makna yang berbeza (Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka : 1998).

JENIS-JENIS INTERAKSI Terdapat beberapa jenis interaksi yang boleh dikaitkan secara umum iaitu :i. ii. iii. Interaksi dalam lingkungan budaya dan bangsa yang sama Interaksi dengan budaya dan peradaban yang berbeza Interaksi antara peradaban yang dominan dengan yang tidak dominan

INTERAKSI ANTARA TAMADUN Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya interaksi antara tamadun. Diantara factor-faktor berikut adalah :a) Kepimpinan :-

i.

Melalui kepimpinan, Interaksi akan berlaku dengan berkesan terhadap pemimpin dan orang yang dipimpin (Rakyat) serta sebaliknya yang akan berlaku iaitu berlaku tiada interaksi antara pemimpin dan golongan yang dipimpin menyebabkan Negara menjadi tidak teratur dari segi pentadbiran dan sebagainya.

ii.

Contoh interaksi melalui kepimpinan dapat dilihat di Malaysia, dimana interaksi pemimpin yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak yang sentiasa berinteraksi dengan rakyat dengan mengunakan pelbagai medium termasuk Facebook dan Twetter. Interaksi dua hala dapat diwujudkan antara pemimpin dan rakyat (Utusan Malaysia : 2010).

b) Golongan Ilmuan :-

i.

Golongan ilmuan amat penting bagi mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan kehidupan masyarakat dari segenap peringkat serta member penekanan terhadap perkara positif kepada masyarakat.

ii.

Contoh interaksi golongan ilmuan adalah melalui sikap dan toleransi yang ditunjukkan memudahkan interaksi berlaku. Mereka telah Berjaya mengubah permikiran rakyat menjadi lebih kritif dan proaktif dalam menbangunkan sesebuah Negara. Contoh golongan ilmuan yang terkenal adalah Pendita ZABA (Zainal Abidin Bin Ahmad).

iii.

Namun terdapat juga golongan ilmuan yang mendatangkan konflik terhadap masyarakat seperti Pemerintah dinasti Han yang menangkap golongan sami dan penganut Buddha serta memenjarakan mereka tanpa sebab dan alasan yang kukuh.

c) Geografi :-

i.

Bentuk Geografi atau muka bumi dapat memberikan interaksi secara lansung dan tidak langsung.

ii.

Sebagai contoh, hubungan China dapat dihubungkan melalui 2 laluan iaitu laluan Sutera dan laluan laut ke Selat Melaka yang mempunyai pelabuhan strategik Perdagangan.

d) Perkahwinan :-

i.

Factor ini turut memainkan peranan penting dalam untuk mewujudkan interaksi antara tamadun.

ii.

Sebagai contoh, perkahwinan antara Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po (1456-1477).

e) Perdagangan

i.

Interaksi Tamadun di Alam Melayu di zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada 3 Masihi hingga 8 Masihi yang rancak melalui perdangan antarabangsa diantara pedagang-pedagan dari negara Arab, India dan China serta pedagang-pedagang dari negara-negara Eropah. Melalui hubungan perdagangan ini telah memberi kesan positif terhadap perkembangan keagamaan terutamanya agama Islam yang dibawa masuk oleh pedagang-pedagang Arab dan India
(Mahayuddin : 2004).

f) Politik

i.

Kestabilan politik yang ditunjukkan di sesebuah Negara menunjukkan kestabilan hubungan diantara pemimpin dan rakyat yang dipimpin. Ini dapat dilihat melalui contoh berikut :-

i.i. Kepimpinan melalui tauladan yang dipelopori oleh Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohammad yang telah memberi impak yang berkesan terhadap pentadbiran kerajaan. Selain itu, kesan interaksi beliau dengan rakyat semasa menghadapi kesan inflasi yang berlaku pada 2 Jun 1995 (Utusan Malaysia 3 Jun 1995)

INTERAKSI DALAM LINGKUNGAN BUDAYA YANG SAMA

Interaksi dalam budaya yang sama merangkumi beberapa aspek. Antara aspek yang dikaitkan adalah :i. ii. iii. Kepercayaan / Agama Kepimpinan Kesenian

a) Interaksi dalam budaya sering dikaitkan dengan kepercayaan dan kepimpinan. Ini kerana, budaya dalam sesuatu masyarakat sering dikaitkan dengan asas pegangan

kepercayaan secara turun-temurun dan konsep budaya itu sendiri yang dibawa oleh pemimpin sebagai impak interaksi dengan masyarakat (Beg : 1980)

b) Agama adalah sebahagian daripada kebudayaan dan selain itu komponen kebudayaan adalah merangkumi sosial, politik, ekonomi, pengetahuan, teknik, seni, dan falsafah. Dengan kata lain, agama adalah sama seperti budaya yang boleh mengalami perubahan, mengembang, dan merosot. Agama akan berubah menurut perubahan masa dan pembaharuan ketamadunan manusia. Itulah pandangan ringkas kedudukan agama dari perspektif sekular. Bertitik tolak dari sinilah, dalam setiap ruang lingkup kehidupan manusia, agama hanyalah di lihat sebagai sebahagian atau pelengkap kepada kehidupan dan bukan merupakan kepercayaan yang mutlak. Agama sama seperti perkara lain, digunakan apabila diperlukan, dan sebaliknya.

c) Dalam konteks perkembangan ilmu pengetahuan dan sains, segala fakta dan teori yang dilahirkan adalah berpandukan kepada akal semata-mata dan dinafikan sama sekali kebenaran agama. Ini adalah di antara faktafakta asas yang membezakan antara tamadun di alam ini. Tamadun Islam meletakkan agama sebagai asas yang kukuh dalam mengembangkang tamadun.

d) Dalam konteks ini, agama tidak berubah dan yang berubah hanyalah tamadun yang dikembangkan oleh manusia mengikut kesesuaian masa dan tempat, pada ukuran akal yang bersesuaian dengan acuan wahyu agama. Oleh yang demikian, dalam Islam,

pembaharuan yang dilakukan hendaklah berdasarkan agama dan bukan sebaliknya. Walau bagaimanapun, pembaharuan itu tetap bersifat fleksibel dan tidak rigid.

BUDAYA a) Budaya atau kebudayaan berasal dari bahasa Sanskert yaitu buddhayah, yang merupakan bentuk jamak dari buddhi (budi atau akal) bermaksud hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia.

b) Dalam bahasa Inggris, kebudayaan disebut culture, yang berasal dari kata Latin Colere, yaitu mengolah atau mengerjakan atau melaksanakan sesuatu (Deddy Mulyana et al : 2006) c) Kebudayaan berkait rapat dengan masyarakat. Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski mengemukakan bahwa segala sesuatu yang terdapat dalam masyarakat ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat itu sendiri. Istilah untuk pendapat itu adalah Cultural-Determinism.

d) Herskovits menyatakan kebudayaan sebagai sesuatu yang turun-temurun dari satu generasi ke generasi yang lain, yang kemudian disebut sebagai superorganic (Hoult, T. F., ed : 1969).

e) Menurut Andreas Eppink, kebudayaan mengandung keseluruhan pengertian nilai sosial,norma sosial, ilmu pengetahuan serta keseluruhan struktur-struktur sosial, keagamaan, dan lain-lain, tambahan lagi segala pernyataan intelektual dan artistik yang menjadi ciri khas suatu masyarakat.(Reese, W.L: 1980).

f) Menurut Edward Burnett Tylor, kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang didapat seseorang sebagai anggota masyarakat ( Tylor, E.B : 1974).

g) Dari berbagai definisi tersebut, dapat diperoleh pengertian mengenai kebudayaan adalah sesuatu yang akan mempengaruhi tingkat pengetahuan dan meliputi sistem idea atau gagasan yang terdapat dalam permikiran manusia, sehingga dalam kehidupan seharian, kebudayaan itu bersifat abstrak.

h) Sedangkan perwujudan kebudayaan adalah benda-benda yang diciptakan oleh manusia sebagai makhluk yang berbudaya, berupa perilaku dan benda-benda yang bersifat nyata, misalnya pola-pola perilaku, bahasa, peralatan hidup, organisasi sosial, religi, seni, dan lain-lain, yang kesemuanya ditujukan untuk membantu manusia dalam melangsungkan kehidupan bermasyarakat.

BUDAYA MELAYU a) Kepercayaan i. Kepercayaan masyarakat Melayu yang pada asalnya dipengaruhi oleh kepercayaan dan kefahaman hindu Buddha yang dibawa oleh pengaruh Hindu yang datang dari sebuah kerajaan Hindu-Budha pada abad ke-7 di hulu sungai Batanghari, Jambi di pulau Sumatera dibawah kerajaan Sriwijaya. ii. Interaksi antarapemimpin dan masyarakat berlandaskan kefahaman dan kepercayaan agama Hindu waktu ketika itu, ini dapat dibuktikan dengan amalan dokrin keagamaan yang dimainkan oleh ahli agama yang menuntut rakyat mengagungkan pemimpin kerana pemimpin merupakan wakil tuhan untuk mentadbir dunia ini dengan adil dan saksama. Selain itu, golongan agamawan ini berperanan dalam mewujudkan epik atau mitos yang berkaitan dengan pemimpin yang tidak berlaku pada rakyat biasa supaya rakyat terpengaruh dan taat setia kepada pemimpin.

iii.

Namun, setelah datang agama Islam dalam kehidupan masyarakat, sebahagian pengaruh yang dibawa oleh agama hindu telah dilupakan. Namun interaksi antara golongan pemimpin dan rakyat adalah sangat baik. Ini kerana agama Islam

menekankan ketaatan kepada pemimpin selagi peminpin tersebut mengikut lunas dan aturan yang tidak bercanggah dengan kehendak Syarak.

iv.

Agama Islam yang berlandaskan konsep Tauhid merupakan inti pati wujudnya interaksi antara tamadun. Justeri interaksi ketamadunan di alam Melayu dapat dilihat melalui pegangan akidah, syariah dan akhlak yang merupakan komponen asas dalam agama Islam itu sendiri.

v.

Sumber yang menjadi asas bagi perkara yang telah diterangkan tadi adalah berlandaskan Wahyu yang menjadi sumber asas dan Hadith yang menjadi sumber sekunder yang disampaikan kepada masyarakat melalui junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahualai hi wasallah.

vi.

Selain itu, kesenian Islam juga dapat mewujudkan interaksi masyarakat. Ini dapat dilihat melalui tulisan senigrafi yang ditoljolkan melalui lambing bulan sabit dan bintang di masjid dan bait puisi Arab yang dijadikan hiburan yang bermanfaat serta medium penyampaian antara masyarakat berkenaan sesuatu perkara.

BUDAYA CINA Kepercayaan i. Kebanyakan nilai sosial diterbitkan dari Konfusianisme dan Taoisme dengan kombinasi konservatisme. Perkara mengenai fahaman mana paling berpengaruh

selalu menjadi bahan perdebatan kerana timbulnya banyak konsep seperti NeoKonfusianisme, agama Buddha dan banyak lagi. Penjelmaan dan konsepkonsep kelahiran semula lain ialah satu peringatan akan hubungan antara hidup sebenar dan alam seterusnya. ii. Sebahagian besar budaya Cina berasaskan tanggapan bahawa wujudnya sebuah dunia roh. Berbagai-bagai kaedah penelahan telah membantu menjawab soalan, dan dijadikan pun alternatif kepada ubat. Budaya rakyat telah membantu mengisi kekosongan untuk segala hal yang tiada penjelasannya. Kaitan antara mitos, agama dan fenomena yang aneh memang rapat sekali. Dewa-dewi menjadi sebahagian tradisi, antara yang terpenting termasuk Guan Yin,Maharaja Jed dan Budai.

iii.

Kebanyakan kisah-kisah ini telah berevolusi menjadi perayaan tradisional Cina. Konsep-konsep lain pula diperluas ke luar mitos menjadi lambang kerohanian seperti dewa pintu dan singa penjaga. Di samping yang suci, turut dipercayai yang jahat. Amalan-amalan seperti menghalaumogwai dan jiang shi dengan pedang kayu pic dalam Taoisme adalah antara konsep yang diamalkan secara turun-temurun. Upacara penilikan nasibCina masih diamalkan pada hari ini selepas bertahun-tahun mengalami perubahan (Mente, Boye De :2000)

Geografi i. Kebudayaan Cina ialah penempatan kepada salah satu tamadun tertua dan paling kompleks yang meliputi sejarah lebih 5,000 tahun. Negara China meliputi kawasan

geografi besar yang penuh adat dan tradisi yang banyak berbeza antara pekan, bandar dan wilayah.

ii.

Budaya Cina tradisional meliputi kawasan geografi yang amat luas, setiap rantau biasanya dibahagi kepada subbudaya yang berbeza-beza. Berikut adalah kelainankelainannya: a. Kawasan lembangan Sungai Kuning termasuk Henan, Shanxi, Shaanxi, Hebei dan Shandong b. Kawasan lembangan Sungai Yangtze termasuk Sichuan, Yunnan, Guizhou, Hunan, Hubei, Jiangxi, Anhui, Zhe jiang dan Jiangsu (Mente, Boye De :2000)

Kepimpinan

i.

Di China wujudnya banyak kelompok etnik. Dari segi perangkaan pula, kelompok etnik yang terbesar ialah bangsa Han. dalam sejarah, banyak kelompok telah berasimilasi dengan etnik lain atau lenyap tanpa meninggalkan kesan. Pada masa yang sama, ramai dalam identiti Han telah memelihara tradisi bahasa dan budaya setempat yang berbeza-beza. Istilah Zhonghua Minzu digunakan untuk menghuraikan anggapan nasionalisme China secara am. Kebanyakan identiti kebudayaan tradisional

dalam lingkungan komuniti mesti berkaitan dengan membezakan nama keluarga (Mente, Boye De :2000)

BUDAYA INDIA Kepercayaan i. Agama Hindu telah terpelihara sejak zaman Veda lagi dengan idea bahawa Tuhan (Brahman) wujud dan boleh dialami secara mendalam dengan mencapai keadaan kesedaran transenden. Mereka percaya dengan kitaran kelahiran, kematian dan kelahiran semula (samsara) di mana sistem ini bergantung dengan amalan-amalan (karma) seseorang itu yang akan menentukan kehidupan seterusnya di alam yang lain. Yoga (penyatuan) ialah amalan rohaniah untuk mencapai penyatuan antara Atman(iaitu, roh dirih) dengan Brahman (Roh Agung atau Tuhan). ii. Brahman, Satu Realiti yang Menyeluruh, menjadi Isvara (Tuhan) melalui tiga sifatnya iaitu Brahma: Pencipta Vishnu: Pemelihara Shiva: Tuhan Pemusnah dan Kelahiran semula.

a. b. c.

iii.

Ini mewakili Triniti Hindu atau Trimurti. Ini pula boleh ditambah dengan pemujaan kuasa feminin alam semesta, iaitu Shakti yang juga dipanggil Devi. Orang Hindu mempunyai tiga kepercayaan utama:

a.

Shaivisme: Pemujaan Shiva, dewa paling hebat, iaitu Pemusnah dan Pencipta Semula. Shiva juga dikenali sebagai Mahadev atau Maha Dewa. Kuasa ciptaannya dirayakan dengan penyembahan lingam, satu objek pujaan berbentuk huruf r yang lazim terdapat di kuil-kuil dan juga rumah-rumah orang beragama Hindu.

b.

Vaishnavisme: Pemujaan dewa Vishnu merupaka amalan paling popular di kalangan orang Hindu sebab Dewa ini sering mengambil bentuk manusia dari masa kesemasa untuk membantu manusia. Dewa ini telah melalui sembilan kehidupan semula (avataras) dan ia diramalkan akan kembali hidup semula dalam bentuk lain. Daripada sembilan kelahiran ini, dua kelahiran yang paling utama adalah ketika Dewa ini mengambil bentuk manusia sebagai Rama dan Krishna.

c.

Shaktisme: Pemujaan tenaga aktif wanita yang termasuk kuasa pemusnah Kali dan yang lebih lembut, iaitu Dewa Parvati dan Uma.

iv.

Terdapat empat Veda (Rig, Atharva, Sama dan Yahjur) yang ditulis sekitar 1500 SM dan yang terdiri daripada lagu pujian dan amalan. Kitab-kitab ini juga berserta denganUpanishad atau ajaran asas agama Hindu. Smriti merupakan himpunan undang-undang buatan para wali dan bijaksana beragama Hindu manakala Undang-Undang Manumenggariskan tugas manusia dan tanggungjawab sosial berdasarkan sistem kasta dan kelas sosial. Paranaparana memperkukuhkan Veda dan terdapat 18 parana, enam untuk Vishnu, enam

untuk Brahma dan enam untuk Shiva. Parana-parana ini termasuk Bhagavatam yang dianggap oleh fahaman Vaishnavisme sebagai kitab paling unggul dan tulen.

v.

Ramayana merupakan sebuah mahakarya yang dikhaskan untuk Rama, iaitu Dewa yang hidup semula selepas menjadi Vishnu. Rama merupakan simbol dharma(amalan baik) dan dewa ini menyelamatkan Sita, isterinya yang diculik, dengan bantuan adiknya, Lakhsmana, dan dewa jelmaan monyet, Hanuman. Mahakarya ini menunjukkan kejayaan kebaikan menentang anasir yang jahat yang tamak dan mempunyai sepuluh(10) kepala (RAVANAN). Satu lagi teks Hindu yang penting ialahBhagavad Gita di mana Dewa Krishna menceritakan laluan kesedaran Tuhan kepada pemujanya bernama Arjuna.

Kepimpinan Budaya India dicirikan dengan sinkretisme yang tinggi dan kemajmukan budaya. Budaya India mampu memantapkan tradisi lama sambil menyerap adat resam, tradisi dan idea baru dari para penjajah dan pendatang (Das, N.K. July 2006). Kepentingan kepelbagaian budaya telah lama menyatakan sejarah dan tradisi, perlembagaan dan penyusunan politik India.

Kesenian

i.

Muzik India meliputi beraneka tradisi dan gaya rantauan. Muzik klasiknya terbahagi kepada muzik klasik Hindustan India Utara dan muzik Karnatik India Selatan. Bentuk-bentuk muzik popular yang banyak disetempatkan termasuklah muzik filmi dan muzik rakyat seperti Bhangra. Wujudnya banyak jenis tarian klasik, termasuk bharatanatyam,kathakali, kathak, kuchipudi, manipuri, odissi dan yakshagan a; yang sering disertakan bentuk naratif dan disemai dengan unsur-unsur kesalihan dan mitos.

ii.

Karya-karya kesusasteraan India terawal disebarkan secara lisan dan hanya lama kemudian didapati dalam bentuk bertulis. Ini termasuklah karya-karyakesusasteraan Sanskrit, seperti epik Mahabharata dan Ramayana, dan drama Pengiktirafan akuntal , serta juga karya-karya kesusasteraan Sangamdalam bahasa Tamil. Antara pengarang India zaman moden yang giat mengarang dalam bahasa-bahasa India atau Inggeris, Rabindranath Tagorelah yang paling terkenal. Antologi lagu kesalihan beliau, Gitanjali, membantu Tagore meraih Hadiah Nobel pada tahun 1913.

iii.

Industri perfileman India, yang lahir pada tahun 1913 melalui Raja Harishchandra oleh Dadasaheb Phalke, kini merupakan industri perfileman terbesar di dunia, dengan perfileman bahasa Hindi komersial Bollywood yang bertapak di Mumbai sebagai wajahnya yang paling (Concise Encyclopedia : 1997) . Juga wujudnya tradisi-tradisi mantap dalam perfileman bahasa serantau, termasuk Bangla, Kannada, Malayalam, Marathi, Tamil, dan Telugu. Pather Panchali (1955), filem pertama AuteurSatyajit Ray mengenai zaman kanak-kanak dan

kematian di kawasan perkampungan Bengal, merupakan satu mercu tanda perfileman sedunia. iv. Pakaian India tradisional menampakkan perbezaan ketara dari rantau ke serantau dari segi warna dan gaya dan bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk iklim. Gayagaya pakaian yang popular termasuklah sari untuk wanita dan lungi atau dhoti untuk lelaki. v. Monumen-monumen yang penting seperti Taj Mahal dan contoh seni bina Mughal yang lain serta seni bina India Selatan merupakan kesan tradisi-tradisi yang menggabungkan unsur-unsur dari merata tempat di dalam dan luar negara. Seni bina vernakular India pula menunjukkan perbezaan ketara antara rantau.

Ekonomi

i.

Masakan India disifatkan dengan pelbagai gaya rantauan dan penggunaan herba dan rempah yang canggih. Makanan ruji di kawasan India ialah nasi (khususnya di selatan dan timur) dan gandum (terutamanya di utara) (Delphine, Roger :2000).

ii.

Sungguhpun sukan kebangsaan India ialah hoki, namun kriket ialah sukan paling popular. Di beberapa negeri, terutamanya yang di timur laut dan negeri-negeri Bengal Barat, Goa, dan Kerala, bola sepak juga popular. Dewasa ini, tenis juga kian laris. Catur yang disangka ramai berasal dari India, juga melihat peningkatan

popularitinya serentak dengan peningkatan bilangan grandmaster dari India. Sukan tradisi termasuklah kabaddi, kho-kho, dan gilli-danda, yang dimain di seluruh India. India merupakan tampat lahir seni yoga dan seni mempertahankan diri, iaitu Kalarippayattu dan Varma Kalai. iii. Kebanyakan perayaan India berbentuk keagamaan, namun ada yang disambut oleh rakyat tanpa mengira kasta atau kepercayaan. Perayaan yang paling banyak disambut termasuk Diwali, Holi, Onam, Dussehra, Bihu, Durga puja, kedua-dua Hari Raya, Krismas, Ugadi, dan Vaisakhi. India mempunyai tiga cuti kebangsaan. Setiap negeri juga mempunyai set sembilan hingga dua belas hari cuti yang tersendiri. Amalan keagamaan adalah sebahagian penting dalam kehidupan seharian dan dijadikan perkara awam. Nilai kekeluargaan tradisi Indian masih disanjung tinggi, meskipun keluarga-keluarga di bandar kini lebih menggemari keluarga asas atas sebab kekangan-kekangan sosioekonomi yang dikenakan sistem keluarga bergabung (Majumdar et al 2006).

Kesimpulan Interaksi dalam mewujudkan keseimbangan dalam tamadun harus dilihat berdasarkan beberapa aspek sahaja, tetapi harus dilihat secara menyeluruh merangkumi nilai petercayaan, kepimpinan, kesenian, geografi dan sebagainya.

RUJUKAN i. Deddy Mulyana dan Jalaluddin Rakhmat. Komunikasi Antarbudaya:Panduan Berkomunikasi dengan Orang-Orang Berbeda Budaya. 2006. Bandung:Remaja Rosdakarya.hal.25 ii. Boritt, Gabor S. 1994. Lincoln and the Economics of the American Dream. University of Illinois Press. ISBN 978-0-252-06445-6. iii. Tylor, E.B. 1974. Primitive culture: researches into the development of mythology, philosophy, religion, art, and custom. New York: Gordon Press. First published in 1871. ISBN 978-0-87968-091-6 iv. Reese, W.L. 1980. Dictionary of Philosophy and Religion: Eastern and Western Thought. New Jersey U.S., Sussex, U.K: Humanities Press. v. Hoult, T. F., ed. 1969. Dictionary of Modern Sociology. Totowa, New Jersey, United States: Littlefield, Adams & Co. vi. , Boye De. [2000] (2000). The Chinese Have a Word for it: The Complete Guide to Chinese thought and Culture. McGraw-Hill Professional. ISBN 0-658-01078-6 vii. Das, N.K. (July 2006). "Cultural Diversity, Religious Syncretism and People of India: An Anthropological Interpretation". Bangladesh e-Journal of Sociology 3 (2nd). ISSN 1819-8465. viii. Concise Encyclopedia (1997) p. 334, Dorling Kindersley Limited. ISBN 0-75135911-4. ix. Delphine, Roger, "The History and Culture of Food in Asia", in Kiple & Kriemhild 2000, p. 1140-1151 x. Majumdar & Bandyopadhyay 2006, p. 1-5

Anda mungkin juga menyukai