Anda di halaman 1dari 7

Cemerlang

Berkongsi pengalaman dan pengetahuan..Bekalan untuk para pendakwah

Wednesday, May 23, 2012


Sifat-sifat Ahli Syurga Yang Di Nyatakan Oleh Al-Quran.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

‫ِبسْ ِم ٱهَّلل ِ ٱلرَّ حْ َم ٰـ ِن ٱلرَّ حِيم‬

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi
Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda
hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,


Syurga adalah tempat kembali yang sungguh indah , nyaman dan tenteram. Syurga disediakan
oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang bertakwa dan beramal soleh ketika di dunia.
Mereka yang terpilih ini mempunyai beberapa sifat-sifat akhlak terpuji dan sifat-sifat ini
dinyatakan dengan jelas oleh Allah SWT di dalam beberapa surah dalam al-Quran.

Terdapat 22 Golongan Yang berhak dimasukkan ke dalam Syurga Menurut al-Quran:

1. Orang-orang yang bertakwa

2. Orang yang mendermakan hartanya ketika senang dan susah

3. Orang yang menahan kemarahannya

4. Orang yang memaafkan kesalahan orang lain

5. Orang yang apabila melakukan perbuatan keji dan menzalimi diri sendiri, mereka segera
ingat kepada Allah dan memohon keampunan kepada Allah.

6. Orang yang tidak meneruskan perbuatan keji yang telah mereka lakukan sedangkan mereka
tahu akibatnya.

Firman Allah SWT :

َ ‫ون فِي السَّرَّ ا ِء َوالضَّرَّ ا ِء َو ْال َكاظِ م‬


﴿‫ِين‬ َ ‫) الَّذ‬133( ‫ِين‬
َ ُ‫ِين ُي ْن ِفق‬ َ ‫َّت ل ِْل ُم َّتق‬ ْ ‫ات َواَأْلرْ ضُ ُأعِ د‬ ُ ْ‫ارعُوا ِإ َلى َم ْغف َِر ٍة مِنْ َر ِّب ُك ْم َو َج َّن ٍة َعر‬
ُ ‫ض َها ال َّس َم َو‬ ِ ‫َو َس‬
‫وب ِه ْم َو َمنْ َي ْغ ِف ُر‬ ُ ‫َأ‬ ‫َأ‬
ِ ‫ِين ِإ َذا َف َعلُوا َفا ِح َش ًة ْو َظ َلمُوا ْنفُ َس ُه ْم َذ َكرُوا هَّللا َ َفاسْ َت ْغ َفرُوا لِذ ُن‬ َ ‫) َوالَّذ‬134( ‫ِين‬ َ ‫اس َوهَّللا ُ ُيحِبُّ ْالمُحْ سِ ن‬ ِ ‫ِين َع ِن ال َّن‬َ ‫ْظ َو ْال َعاف‬
َ ‫ْال َغي‬
‫)﴾ [آل عمران‬135( ‫ُون‬ َ ُ َ
َ ‫ُ َول ْم يُصِ رُّ وا َعلى َما َف َعلوا َو ُه ْم َيعْ لم‬ َ ‫هَّللا‬ ‫اَّل‬‫وب ِإ‬ ُ ُّ
َ ‫]الذن‬
Maksudnya : "Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk
mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas
segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang yang
mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan
kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah
mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. Dan juga orang-orang yang
apabila melakukan perbuatan yang keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat
kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang
mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji
yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengatahui (akan salahnya dan
akibatnya).(Surah Ali Imran ayat 133-135)

7. Orang-orang yang beriman.

8. Orang yang khusuk dalam solatnya.

9. Orang yang meninggalkan perkara yang sia-sia

10. Orang-orang yang mengeluarkan zakat

11. Orang yang menjaga kemaluannya melainkan kepada isteri-isterinya dan hamba yang
dimiliki

12. Orang yang menjaga amanah dan janjinya

13. Orang yang sentiasa menjaga solatnya.

Firman Allah SWT

َ ‫) َوالَّذ‬4( ‫ون‬
‫ِين ُه ْم‬ َ ُ‫ِلز َكا ِة َفاعِ ل‬ َ ‫) َوالَّذ‬3( ‫ُون‬
َّ ‫ِين ُه ْم ل‬ َ ‫ِين ُه ْم َع ِن اللَّ ْغ ِو مُعْ ِرض‬
َ ‫) َوالَّذ‬2( ‫ُون‬ َ ‫صاَل ت ِِه ْم َخاشِ ع‬ َ ‫ِين ُه ْم فِي‬ َ ‫) الَّذ‬1( ‫ون‬ َ ‫َق ْد َأ ْف َل َح ْالمُْؤ ِم ُن‬
َ ‫) َوالَّذ‬7( ‫ون‬
‫ِين‬ َ ‫ِئك ُه ُم ْال َعا ُد‬ َ ‫) َف َم ِن ا ْب َت َغى َو َرا َء َذل َِك َفُأو َل‬6( ‫ِين‬ ْ ‫) ِإاَّل َع َلى َأ ْز َوا ِج ِه ْم َأ ْو َما َم َل َك‬5( ‫ون‬
َ ‫ت َأ ْي َما ُن ُه ْم َفِإ َّن ُه ْم َغ ْي ُر َملُوم‬ َ ‫ِظ‬ ُ ‫لِفُرُو ِج ِه ْم َحاف‬
‫س ُه ْم فِي َها‬ َ ‫ون ْالفِرْ دَ ْو‬َ ‫ِين َي ِر ُث‬َ ‫) الَّذ‬10( ‫ون‬ َ ‫ار ُث‬
ِ ‫ِئك ُه ُم ْال َو‬َ ‫) ُأو َل‬9( ‫ون‬ َ ‫ِظ‬ُ ‫ص َل َوات ِِه ْم ي َُحاف‬ َ ‫ِين ُه ْم َع َلى‬ َ ‫) َوالَّذ‬8( ‫ُون‬ َ ‫ُه ْم َأِل َما َنات ِِه ْم َو َع ْه ِد ِه ْم َراع‬
‫ون‬ ْ 11( ‫ون‬
َ ‫)[المُْؤ ِم ُن‬ َ ‫] َخالِ ُد‬

Maksudnya : "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk
dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang
sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta
itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba
sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini
selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. Dan mereka
yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka
kekal di dalamnya."
(Surah al-Mukminun ayat 1 - 11).

14. Orang yang tidak melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah (larangan Allah).

Firman Allah SWT :

‫ب فِي‬ َ ‫ِئك َك َت‬ َ ‫ير َت ُه ْم ُأو َل‬


َ ِ‫ُّون َمنْ َحا َّد هَّللا َ َو َرسُو َل ُه َو َل ْو َكا ُنوا َآ َبا َء ُه ْم َأ ْو َأ ْب َنا َء ُه ْم َأ ْو ِإ ْخ َوا َن ُه ْم َأ ْو َعش‬
َ ‫ون ِباهَّلل ِ َو ْال َي ْو ِم اَآْلخ ِِر ي َُواد‬
َ ‫اَل َت ِج ُد َق ْومًا يُْؤ ِم ُن‬
َّ‫ِئك ح ِْزبُ هَّللا ِ َأاَل ِإن‬ َ ‫ِين فِي َها َرضِ َي هَّللا ُ َع ْن ُه ْم َو َرضُوا َع ْن ُه ُأو َل‬ َ ‫ت َتجْ ِري مِنْ َتحْ ِت َها اَأْل ْن َها ُر َخالِد‬ ٍ ‫ُوح ِم ْن ُه َوي ُْد ِخلُ ُه ْم َج َّنا‬ ‫وب ِه ُم ا ي َم َ َأ‬
ٍ ‫ان َو يَّدَ ُه ْم ِبر‬ ‫قُلُ ِ ِإْل‬
‫) ( المجادلة‬22( ‫ُون‬ َ ‫ب هَّللا ِ ُه ُم ْال ُم ْفلِح‬
َ ‫)ح ِْز‬

Maksudnya : "Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari
akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan
RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak
mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah
telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat
pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan
mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong
(agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah
orang-orang yang berjaya".
( Surah al-Mujadalah ayat 22)

15. Orang yang sentiasa taat kepada perintah Allah dan Rasul.

Firman Allah SWT :

ْ‫ت َتجْ ِري مِنْ َتحْ ِت َها اَأْل ْن َها ُر َو َمن‬ ِ ‫ْس َع َلى اَأْلعْ َمى َح َر ٌج َواَل َع َلى اَأْلعْ َر ِج َح َر ٌج َواَل َع َلى ْال َم ِر‬
ٍ ‫يض َح َر ٌج َو َمنْ يُطِ ِع هَّللا َ َو َرسُو َل ُه ي ُْدخ ِْل ُه َج َّنا‬ َ ‫َلي‬
‫َأ‬ ِّ
‫) [الفتح‬17( ‫] َي َت َو َّل ي َُعذ ْب ُه َع َذابًا لِيمًا‬

Maksudnya : "Tidaklah menjadi salah kepada orang buta dan tidaklah menjadi salah kepada
orang tempang dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit (tidak turut berperang, kerana
masing-masing ada uzurnya) dan (ingatlah), sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya,
akan dimasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai dan
sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksanya dengan azab yang tidak terperi sakitnya".
( Surah al-Fath ayat 17).

16. Golongan terdahulu daripada kaum Muhajirin dan Ansar (para sahabat) dan orang-orang
yang mengikuti jalan mereka (Tabien).

Firman Allah SWT :

‫ت َتجْ ِري َتحْ َت َها اَأْل ْن َها ُر‬


ٍ ‫ان َرضِ َي هَّللا ُ َع ْن ُه ْم َو َرضُوا َع ْن ُه َوَأ َع َّد َل ُه ْم َج َّنا‬ َ ‫ار َوالَّذ‬
ٍ ‫ِين ا َّت َبعُو ُه ْم بِِإحْ َس‬ ِ ‫ص‬َ ‫ين َواَأْل ْن‬ َ ُ‫ون اَأْلوَّ ل‬
َ ‫ون م َِن ْال ُم َها ِج ِر‬ َ ُ‫َّابق‬
ِ ‫َوالس‬
‫) [التوبة‬100( ‫ِين فِي َها َأ َب ًدا َذل َِك ْال َف ْو ُز ْال َعظِ ي ُم‬
َ ‫] َخالِد‬

Maksudnya : "Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi
bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak
langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula
reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan
yang besar." (Surah al-Taubah ayat 100).

17. Orang-orang yang berjuang di jalan Allah dengan jiwa dan hartanya.

Firman Allah SWT :

ٍ ‫) َأ َع َّد هَّللا ُ َل ُه ْم َج َّنا‬88( ‫ُون‬


ْ‫ت َتجْ ِري مِن‬ َ ‫ات َوُأو َل‬
َ ‫ِئك ُه ُم ْال ُم ْفلِح‬ َ ‫مْوال ِِه ْم َوَأ ْنفُسِ ِه ْم َوُأو َل‬
ُ ‫ِئك َل ُه ُم ْال َخي َْر‬ َ ‫ِين َآ َم ُنوا َم َع ُه َجا َه ُدوا ِبَأ‬
َ ‫ِن الرَّ سُو ُل َوالَّذ‬
ِ ‫َلك‬
َ ‫] َتحْ ِت َها اَأْل ْن َها ُر َخالِد‬
‫) [التوبة‬89( ‫ِين فِي َها َذل َِك ْال َف ْو ُز ْال َعظِ ي ُم‬

Maksudnya : "(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman
bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orang-orang
yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya. Allah telah menyediakan untuk
mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di
dalamnya; yang demikian itulah kemenangan yang besar. "(Surah al-Taubah ayat 88 -89)

18. Orang yang mati syahid.

Firman Allah SWT :

‫ار َها َذل َِك َو َل ْو َي َشا ُء‬ َ ‫ض َع ْال َحرْ بُ َأ ْو َز‬ َ ‫اق َفِإمَّا َم ًّنا َبعْ ُد َوِإمَّا فِدَ ا ًء َح َّتى َت‬ ُ ‫ب َح َّتى ِإ َذا َأ ْث َخ ْن ُتمُو ُه ْم َف‬
َ ‫شدُّوا ْال َو َث‬ ِ ‫ب الرِّ َقا‬َ ْ‫ضر‬ َ ‫ِين َك َفرُوا َف‬ َ ‫َفِإ َذا َلقِي ُت ُم الَّذ‬
ِ ‫) َس َي ْهد‬4( ‫يل هَّللا ِ َف َلنْ يُضِ َّل َأعْ َما َل ُه ْم‬
‫) َوي ُْد ِخلُ ُه ُم ْال َج َّن َة‬5( ‫ِيه ْم َويُصْ لِ ُح َبا َل ُه ْم‬ ِ ‫ِين قُ ِتلُوا فِي َس ِب‬ َ ‫ض َوالَّذ‬ َ ْ‫ص َر ِم ْن ُه ْم َو َلكِنْ لِ َي ْبلُ َو َبع‬
ٍ ْ‫ض ُك ْم ِب َبع‬ َ ‫هَّللا ُ اَل ْن َت‬
‫) [محمد‬6( ‫] َعرَّ َف َها َل ُه ْم‬

Maksudnya : "Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir
(dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat
membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana
yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka
(terserahlah kepada kamu) samada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan
itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil
penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah
berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang memimbulkannya).
Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya) dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah
Dia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Dia (perintahkan
kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang
kufur ingkar (yang mencerobohi kamu) dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid
pada jalan Allah (mempertahankan agamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan
amal-amal mereka. Allah akan memimpin mereka yang berjuang (ke jalan mendapat
sebaik-baik balasan) dan menjadikan keadaan mereka baik dan berguna (di dunia dan di
akhirat). Serta memasukkan mereka ke dalam Syurga yang telah dijanjikan dan diterangkan
sifat-sifatnya kepada mereka." (Surah Muhammad ayat 6)

19. Orang yang sentiasa berpendirian teguh (istiqamah) pada jalan Allah walau apapun yang
terjadi.

Firman Allah SWT :

َ ُ‫ِين فِي َها َج َزا ًء ِب َما َكا ُنوا َيعْ َمل‬


)14( ‫ون‬ َ ‫) ُأو َل‬13( ‫ون‬
َ ‫ِئك َأصْ َحابُ ْال َج َّن ِة َخالِد‬ َ ‫ِين َقالُوا َر ُّب َنا هَّللا ُ ُث َّم اسْ َت َقامُوا َفاَل َخ ْوفٌ َع َلي ِْه ْم َواَل ُه ْم َيحْ َز ُن‬
َ ‫ِإنَّ الَّذ‬
‫][األحقاف‬

Maksudnya : "Dan bukan sedikit (penduduk) negeri-negeri yang lebih kuat dari (penduduk)
negerimu (wahai Muhammad) yang telah memaksamu keluar (berhijrah) Kami binasakan
mereka, maka tiadalah sesiapa pun yang dapat membela mereka. Dengan yang demikian,
adakah orang-orang (yang beriman dan taat) yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti
yang nyata dari Tuhannya: Sama seperti orang-orang (yang ingkar derhaka) yang telah
diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik)
dan yang telah menurut hawa nafsunya? (Sudah tentu tidak sama)!" (Surah al-Ahqaf ayat 13-
14)

20. Orang yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah SWT L:

‫) [األعراف‬42( ‫ون‬ َ ‫ت اَل ُن َكلِّفُ َن ْفسًا ِإاَّل وُ سْ َع َها ُأو َل‬


َ ‫ِئك َأصْ َحابُ ْال َج َّن ِة ُه ْم فِي َها َخالِ ُد‬ ِ ‫ِين َآ َم ُنوا َو َع ِملُوا الصَّال َِحا‬
َ ‫] َوالَّذ‬

Maksudnya : "Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh - (dengan tidak menjadi
keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan)
melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya."
(Surah al-'Araf ayat 42)

21. Orang yang sentiasa sabar sama ada dalam keadaan senang dan susana .

Firman Allah SWT :

َ ‫ِين َخ َل ْوا مِنْ َق ْبلِ ُك ْم َم َّس ْت ُه ُم ْال َبْأ َسا ُء َوالضَّرَّ ا ُء َو ُز ْل ِزلُوا َح َّتى َيقُو َل الرَّ سُو ُل َوالَّذ‬
‫ِين َآ َم ُنوا َم َع ُه َم َتى‬ َ ‫َأ ْم َحسِ ْب ُت ْم َأنْ َت ْد ُخلُوا ْال َج َّن َة َو َلمَّا َيْأ ِت ُك ْم َم َث ُل الَّذ‬
‫) [البقرة‬214( ٌ‫] َنصْ ُر هَّللا ِ َأاَل ِإنَّ َنصْ َر هَّللا ِ َق ِريب‬

Maksudnya : "Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu
belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan,
penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya :
“Bilakah akan dating pertolongan Allah ?” . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat
dekat."
(Surah al-Baqarah ayat 214)

22. Orang yang yakin dengan hari Akhirat dan beramal soleh sebagai persediaan
menghadapinya.

Firman Allah SWT :

‫) فِي َج َّن ٍة َعالِ َي ٍة‬21( ‫) َفه َُو فِي عِ ي َش ٍة َراضِ َي ٍة‬20( ْ‫ت َأ ِّني ُماَل ٍق ح َِس ِاب َيه‬ ُ ‫) ِإ ِّني َظ َن ْن‬19( ْ‫َفَأمَّا َمنْ ُأوت َِي ِك َتا َب ُه ِب َيمِي ِن ِه َف َيقُو ُل َهاُؤ ُم ا ْق َرءُوا ِك َت ِاب َيه‬
‫) [الحاقة‬24( ‫َّام ْال َخالِ َي ِة‬ ‫َأْل‬ ‫َأ‬ ُ ٌ ُ
ِ ‫) ُكلوا َوا ْش َربُوا َه ِنيًئ ا ِب َما سْ َل ْف ُت ْم فِي ا ي‬23( ‫) قُطوفُ َها دَ ا ِن َية‬22(]

Maksudnya : "Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya,
maka dia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): Nah!
Bacalah kamu Kitab amalku ini! Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa
aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)! Maka (dengan itu)
tinggallah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan. Di dalam Syurga yang
tinggi (darjatnya). Buah-buahannya dekat untuk dipetik. (Masing-masing dipersilakan
menikmatinya dengan dikatakan): Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai
nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu
kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!"
(Surah al-Haqqah ayat 19 - 24)

Sahabat yang dikasihi,


Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala
perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya. Hayatilah 22 sifat-sifat orang mukmin yang
dinayatakan oleh Allah SWT seperti ayat-ayat di atas. Jika kita istiqamah terus beramal dengan
sifat tersebut insya Allah balasan syurga menanti kita semua disana. Janji Allah SWT pasti
benar dan Dia tidak pernah memungkiri janji-janji-Nya.

abubasyer at 5:54 PM

No comments:
Post a Comment
Links to this post
Create a Link



Home
View web version
About Me
My photo
abubasyer
Kata-kata hukama : "Di dunia adalah tempat beramal tiada balasan. Di akhirat adalah tempat
balasan tiada amal. Oleh itu beramallah kamu di tempat yang tiada balasan semoga kamu
berbahagia di tempat yang tiada amal. Saya berminat untuk meneruskan kerja-kerja dakwah
dan tarbiyyah melalui tulisan terhadap semua peringkat dalam masyarakat umum umat
Islam.Semuga dengan sumbangan yang sedikit ini dapat membantu kerja-kerja dakwah untuk
menyedarkan masyarakat. Sahabat-sahabat semua: Saya membenarkan semua atau
sebahagian artikel yang terdapat dalam blog ini untuk di hantar dan di sebarkan kepada sesiapa
sahaja yang memerlukan.Segala usaha-usaha murni sahabat semua akan diberi ganjaran oleh
Allah s.w.t.insya Allah. Pesanan dari Wahab al-Munabbih : "Puncak kebahagiaan ada tiga,
pertama ialah nikmat Islam, kedua nikmat kesihatan dan ketiga nikmat kekayaan. Bermula
dengan nikmat Islam kemudian bermanfaatlah nikmat yang lain. Dalam Islam terdapat banyak
peluang ibadah untuk bekalan kehidupan dunia dan untuk kembali kepada akhirat dengan jaya,
serta untuk mendapat rehat di alam baru. Bersabda Nabi s.a.w., 'Ya Allah jadikan hidupku
penambahan kebaikan, dan jadikan matiku dalam kerehatan'."
View my complete profile
Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai