Anda di halaman 1dari 14

KHUTBAH AIDILADHA

NEGERI JOHOR

TAHUN 1442H / 2021M


‫‪TAKBIR HARI RAYA‬‬

‫ﭞﭸ ﭞﭸ ﭞﭸ‬

‫ﭔ ﭕ ﯗﯘ ﭻﭸ‬

‫‪3X‬‬ ‫ﭞ ﭸ ﮔﭑ‬

‫ﭞ ﭸ ﮂ ﭗﭘ ﮞ‬

‫ﮍ ﮎﮁﮂ‬

‫ﭔ ﭕ ﯗ ﯘ ﯠ ﯧ ﯗ ﮉ ﯰ ﯱﯲ‬

‫ﭝ ﭞﭟ‬

‫ﭔ ﭕ ﯗ ﯘ ﭻ ﮊ وَعْدَه ُ ونَصَرَ ﭖ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ‬

‫وَهَزَمَ ﰄ ﭻ‬

‫ﭔ ﭕ ﯗﯘ ﭻﭸ‬

‫ﭞ ﭸ ﮔﭑ‬
PANDUAN SOLAT AIDILFITRI

RAKAAT PERTAMA

1. Takbiratul Ihram serta Niat :-

“Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai (imam


/ makmum) kerana Allah SWT”.

2. Membaca Doa Iftitah.

3. Bertakbir tujuh (7) kali pada rakaat pertama. Sunat


mengangkat tangan ketika takbir.

4. Sunat diselangi Bacaan Tasbih pada setiap takbir :-


‫ﭭﭮ ﭗﭘ ﯠ ﭕ ﭖ ﭓ ﮄ ﭔ‬

5. Membaca surah Al Fatihah dan surah Al-A’laa atau surah-


surah lain.

RAKAAT KEDUA

1. Takbir sebanyak lima (5) kali dan diselangi dengan bacaan


tasbih seperti pada rakaat pertama.

2. Membaca surah Al Fatihah dan surah Al-Ghaasyiyah atau


surah-surah lain.

3. Memberi Salam.

4. Setelah Salam sunat diikuti dengan Dua Khutbah Hari Raya.


RUKUN KHUTBAH

1. Memuji Allah pada kedua dua khutbah seperti :-

"‫" حلمد هلل‬


2. Membaca Selawat pada kedua-dua khutbah seperti :-

"‫" للهم صل على حممد‬


3. Berpesan mengigatkan Jemaah pada kedua-dua khutbah

supaya mereka bertaqwa kepada Allah SWT seperti :-

"‫ أطيعوا هلل‬/ ‫" تقوا هلل‬

4. Membaca satu ayat lengkap daripada Al Quran dalam

salah satu daripada dua khutbah.

5. Mendoakan orang mukmin dalam khutbah kedua seperti

berikut :-

." ‫" ﮈ ﭾ ﭸ ﮤ ﮥ ﮦ‬
AMALAN KETIKA BERKHUTBAH

1. Berdiri di atas mimbar atau di tempat tinggi.

2. Memandang dan menghadap ke arah jemaah.

3. Memberi salam kepada jemaah pada permulaan khutbah.

4. Duduk sebentar di atas mimbar selepas mengucapkan salam.

5. Memegang tongkat atau seumpamanya.

6. Duduk sebentar antara dua khutbah sekadar panjangnya


membaca surah Al-Ikhlas.
‫‪PELAKSANAAN IBADAH KORBAN KETIKA WABAK COVID-19‬‬
‫‪Tarikh : 20 Julai 2021M / 10 Zulhijjah 1442‬‬

‫ﭞﭸ ﭞﭸ ﭞﭸ‬

‫ﭞﭸ ﭞﭸ ﭞﭸ‬

‫ﭞ ﭸ ﭞ ﭸ ﭞ ﭸ ﮔﭑ‬
‫ﭑﭒ ﭓﮩﭦﭺﭞﭸ‬

‫ﭱ ﭓ ﭔ ﮘ ﮣﭞ ﭻ ﯝ ﯞ ﯟ‬

‫ﭱ ﭖ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ ﯨ‬

‫ﮈ صَلِّ وَسَلِّمْ ﮞ سَيِّدنَا ﭢ‬

‫ﮁ آله وَأَصْحَابه ﯰ‬

‫ﭠ ﰁ فَيَا ﯘ ﯙ ﮨ ﮩ‬

‫أُوصيكُمْ ﭻ بتَقْوَى ﯲ ﮉ ﮰ ﮇ‬

‫ﭩﮇ ﮫﮃكتَابه ﮚ‬

‫ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ ﯻ ﯼ ﯽ ﯾﯿ‬
‫ﰀﰁ ﰂﰃﰄﰅ ﰆﰇﰈﰉ ﰊﰋ‬
‫ﰌ ﰍﰎ ﰏ ﰐ ﰑ ﰒ ﰓ (النساء‪)59:‬‬
Bermaksud : "wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah
dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "ulil amr" (orang
yang berkuasa) daripada kalangan kamu, kemudian jika kamu
berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka
hendaklah kamu mengembalikannya kepada kitab Allah (Al-Quran)
dan sunnah Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan
hari akhirat, yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih
elok pula kesudahannya".

‫ﭞ ﭸ ﭞ ﭸ ﭞ ﭸ ﮔﭑ‬
Muslimin Yang Dirahmati Allah Sekalian,

Marilah bersama-sama kita tingkatkan ketaqwaan dan


keimanan, serta ketaatan kita kepada Allah SWT, semoga kita
dapat mencapai darjat dalam kalangan orang yang mulia dan
bertaqwa disisiNya. Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha
diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.
Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah
SWT atas nikmat hari raya Aidil Adha ini. Tidak lupa juga marilah
kita mendoakan para Jemaah haji yang sedang mengerjakan ibadat
haji di tanah suci mekah agar diberikan kesihatan, keselamatan dan
seterusnya memperoleh haji yang mabrur.

Sidang Hadirin Yang Dimuliakan Allah Sekalian,

Hari Raya Aidiladha ataupun Hari Raya Korban merupakan


antara hari kebesaran Islam. Pada tanggal 10 Zulhijah ini seluruh
umat Islam akan mengagungkan Allah SWT dengan bertakbir,
bertahmid dan bertasbih serta menegakkan syiar Islam dengan
melaksanakan ibadah korban bagi mendekatkan diri kepada Allah
SWT.

Ibadah korban ini merupakan amalan yang sangat dituntut


dalam Islam. Menurut pandangan jumhur ulama, hukum
melaksanakan ibadah korban adalah sunat muakkad bagi mereka
yang berkemampuan. Ibadah ini dilaksanakan apabila tibanya
Aidiladha atau Hari Raya Korban iaitu pada 10 Zulhijah dan hari-
hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Firman Allah SWT dalam
surah Al-Kauthar ayat 1 hingga 2 :

‫ﱁﱂﱃﱄ‬
‫ﭐﱶﱷﱸﱹﱺﱻﱼﱽ‬

‫ﱾﱿﲀﲁﲂ‬

Bermaksud : “Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu


(Wahai Muhammad) kebaikan Yang banyak (di dunia dan di
Akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu
semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
Sesungguhnya orang Yang bencikan engkau, Dia lah Yang terputus
(dari mendapat sebarang perkara Yang diingininya)”.

Sidang Hadirin Yang Dimuliakan Allah Sekalian,

Antara kebaikan ibadah korban ini ialah mereka yang


melakukan ibadah korban ini akan mendapat kedudukan yang mulia
di sisi Allah SWT sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Al
Imam At Tarmizi daripada Saidatina Aisyah R.Anha, bahawasanya
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-
Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada
menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan
datang pada hari kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya
dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada reda Allah
SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu
(dengan berkorban).”

Namun begitu pada waktu ini, memandangkan wabak Covid-


19 masih lagi melanda negara kita, maka kita hendaklah mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dalam
melaksanakan ibadah korban ini. Antara peraturan yang perlu kita
patuhi ialah, mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban
hendaklah menghadkan jumlah haiwan korban dan melaksanakan
sembelihan korban di pusat penyembelihan yang berdaftar sahaja.
Hal ini bertujuan mengelakkan perkumpulan yang ramai ketika
ibadah tersebut dilaksanakan. Selain itu, amalan budaya kebiasaan
baru seperti kewajipan memakai pelitup separuh muka, mematuhi
penjarakan dengan orang lain dan mengutamakan kebersihan diri
hendaklah sentiasa diutamakan, bagi memutuskan rantaian wabak
penyakit ini dari terus menjangkiti orang lain.

Justeru sebagai kesimpulan bagi mengakhiri khutbah pada


pagi ini, mimbar ingin menyeru kepada jemaah sekalian, marilah
bersama-sama kita menyambut Aidiladha sebagai tanda ketaatan
dan kesyukuran kita kepada Allah SWT, disamping membantu
usaha pihak kerajaan bagi memutuskan rantaian Covid-19 ini. Kita
perlu mematuhi segala langkah-langkah pencegahan yang
disarankan oleh pihak berkuasa, kerana segala arahan dan nasihat
daripada pihak pemerintah ini, bertujuan untuk memelihara
kemaslahatan dan kesalamatan masyarakat keseluruhanya. Hal ini
bertepatan dengan kaedah feqah yang menyebut :

" ‫صلَحَة‬
ْ َ‫" تَصَرُّفُ ا ِالمَامِ عَلىَ الرَّعِيَّةِ مَنُوطٌ بِالْم‬
Bermaksud : “Ketetapan sesuatu dasar oleh pemerintah ke atas
rakyatnya adalah berpaksikan kepada kemaslahatan”.

Jadilah masyarakat Islam yang memiliki sifat pengorbanan


dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian ini. Yakinlah
setiap ujian yang diberikan oleh Allah SWT pasti ada hikmahnya,
kerana semakin besar ujian yang Allah SWT turunkan kepada kita,
semakin besar pahala yang akan kita perolehi. Firman Allah SWT
dalam Surah Al-Hajj ayat 37 :

‫ﭐﲵﲶﲷﲸﲹﲺﲻﲼﲽﲾﲿﳀﳁﳂﳃ‬

‫ﳄﳅﳆﳇﳈﳉﳊﳋ‬

Bermaksud : “Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu


tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi Yang sampai
kepadanya ialah amal Yang ikhlas Yang berdasarkan taqwa dari
kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi
kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat
petunjukNya. dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan
Yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang Yang berusaha supaya
baik amalnya”.
KHUTBAH KEDUA

‫ﭞﭸ ﭞﭸ ﭞﭸ‬

‫ﭞﭸ ﭞﭸ ﭞﭸ‬

‫ﭞ ﭸ ﮔﭑ‬

‫ﯯﯰﯱﯲﯳ ﯴﯵ ﯶﯷﯸﯹﯺ‬

‫ﭱ ﭓ ﭔ ﮘ ﮣﭞ ﭻ ﯝ ﯞ ﯟ‬

‫ﭱ ﭖ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ ﯨ‬

‫ﮈ صَلِّ وَسَلِّمْ ﮞ سَيِّدنَا ﭢ‬

‫ﮁ آله وَأَصْحَابه ﯰ‬

‫ﭠ ﰁ فَيَا ﯘ ﯙ ﮨ ﮩ‬

‫أُوصيكُمْ ﭻ بتَقْوَى ﯲ ﮉ ﮰ ﮇ‬
pada hari yang penuh berkat ini, marilah kita meningkatkan
ketakwaan kita kepada Allah SWT, mensyukuri Nikmat Iman dan
Islam yang dikurniakan kepada kita. dalam suasana kita
menyambut Aidiladha ini, jaganlah lupa kita memperbanyakan
selawat kepada Baginda Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman
dalam surah Al-Ahzab ayat 56:
‫ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ‬
)56:‫ﭿ ﮀ ( األحزاب‬

bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berselawat


(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada nabinya
(Muhammad), wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu
kepadanya serta ucapkanlah Salam sejahtera dengan
penghormatan yang sepenuhnya".

‫ﮈ صَلِّ وَسَلِّمْ ﮞ سَيِّدنَا ﭢ‬

‫ﮁ آل سَيِّدنَا ﭢ‬

Marilah kita bermohon kepada Allah, semoga Allah meredhai


khalifah-khalifah Rasulullah iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A,
Saidina Ummar Ibni Al-khatab R.A, Saidina Othman Ibni Affan R.A
dan Saidina Ali Ibni Abi Talib R.A, dan juga sahabat-sahabat
Baginda yang sama-sama berjuang menegakkan Agama Allah
yang Maha suci ini Radiyallahuanhum. Kepada bapa saudara
junjungan kita Saidina Hamzah dan Saidina 'Abbas
Radiyallahuanhuma, cucunda-cucunda Baginda Saidina Hasan dan
Saidina Husain Radiyallahuanhuma, puteri-puteri Baginda
Saidatina Fatimah Azzahra dan lain-lainnya Radiyallahuanhunna,
isteri-isteri Baginda Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah dan lain-
lainnya Radiyallahuanhunna seterusnya kepada sekalian keluarga,
sahabat-sahabat, pengikut-pengikut sahabat Radiyallahuanhum
dan yang menuruti mereka itu dari semasa kesemasa hingga ke hari
kiamat.
‫ﮈ ﯬ ﭸﮤ‬

‫ﮬ ﭤ‬ ‫ﮥﮦ‬
Ya Allah, ampunkanlah sekalian kaum Muslimim dan Muslimat,
mukminin dan mukminat, samada yang masih hidup atau pun yang
telah meninggal dunia. Ya Allah pelihara, lindungi, jauhi dan
selamatkanlah apalah kiranya diri kami, keluarga kami, zuriat
keturunan kami dan umat Islam keseluruhanya daripada apa jua
bala dan bencana, wabak dan penyakit, segala mara bahaya,
kesusahan dan keburukan. Ya Allah kurniakan juga kemuliaan dan
kesejahteraan kepada mereka yang berjihad dan menafkahkan
hartanya kejalanmu seperti pembayar-pembayar zakat, pewakaf-
pewakaf dan seumpamanya. Ya Allah peliharakanlah akidah kami,
yang berlandaskan akidah Ahli Sunnah Waljamaah, aliran Al-
Asyairah dan Al-Maturidiah.

Ya Allah, kurniakanlah Taufiq dan hidayah, kekuatan,


kesejahteraan dan pertolongan kepada ketua-Ketua negara Islam
dan raja-rajanya, khasnya kepada:

‫ السلطان ابراهيم ابن املرحوم السلطان إسكندر‬،ْ‫شرِيعَتِك‬


َ ‫عَبْدَكَ اْلحَارِسَ ِل‬
Sultan yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul
Ta’zim. Kepada Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris
Shah, Permaisuri Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku
Mahkota Johor, dan Che Puan Besar Khaleeda Binti Bustamam,
Paduka Putera-Putera dan Puterinya, Kerabat-Kerabat Diraja dan
rakyat sekalian.
‫ﮈأَعِزَّ اإلِسْالَمَ وَالْمُسْلِمِنيَ‪ ،‬وَاخْذُلِ الْكَ َفرَةَ وَمُبْتَدِعِى السَّيِِّئَةِ والْ ُمشْرِكِنيَ‪،‬‬
‫وكُلَّ مَنْ هُوَ عَدُوٌّ لِِّلدِِّينِ ﮈ اكْتُبِ السَّالَمَةَ وَالْعَافِيَةَ لَنَا وَلِعَبِيدِكَ الْحُجَّاجِ‬
‫وَالْ ُغزَاةِ وَالْمُسَاِفرِينَ ﮖبَرِِّكَ وَبَحْرِكَ وَجَوِِّكَ ﰄ أُمَّةِ ﭢ ﯰ ﮈ‬
‫أَدْخلْنَا ﮪ وَأُصُولَنَا َوفُرُوعَنَا ﯚ ﮠ ﯭ يَا عَزِيزُ يَا غَفَّارُ يَا ﮮ‬
‫ﮏ‬

‫ﭖﭗ ﭘ ﭙﭚﭛﭜﭝﭞﭟﭠ ﭡ‬
‫ﭢﭣﭤﭥ ﭦﭧ‪ ،‬ﯜﯝﯞﯟ ﯠﯡ‬
‫ﯢﯣﯤﯥﯦ‬

‫ﭹﭺﭻ ﭼ‬

‫ﭽﭾﭿ ﮁﮂﮃﮄﮅ ﮆﮇ‬

Anda mungkin juga menyukai