Anda di halaman 1dari 3

Pendidik2u

Search …
LINUS: Isu dan Cadangan Penambahbaikan
Mar 9, 2018 | info | 1 comment

LINUS: Isu dan Cadangan Penambahbaikan

LINUS : ISU dan CADANGAN.

Isu 1 : Saringan dibuat saat sekolah sibuk hendak jalankan peperiksaan Mac. Guru kena buat
soalan. Nak buat ulangkaji dengan murid topik yang perlu mereka faham dan hadam, tapi
terganggu dengan saringan.

Isu 2 : Borang yang banyak dan penat perlu diisi. Makin lama makin banyak perkara perlu tulis.
Nama murid dah la panjang berjela, jika guru kena ajar 6 kelas LINUS, berikut kira-kiranya.

a) 40 murid (anggaran satu kelas) x 6 = 240 nama yang panjang berjela.


b) 3 tarikh berbeza x 240 = 720 tarikh.
c) Nama guru x 240 borang.
d) Tanda tangan guru x 240 borang.
e) Nama kelas x 240 borang.
f) Tick 20 x 240 = 4800 tick.

Masa yang lama dan memenatkan hanya untuk isi borang.

Isu 3 : Murid perlu disaring semua sekali walau murid itu genius tahap Adiputra. Sangat buang
masa dan tak relevan.

Isu 4 : Kena mengajar dulu setengah jam, buat saringan setengah selepasnya. Semasa
saringan berlangsung, murid lain yang dah siap kerja datang jumpa cikgu untuk tanda.

SUMBER GAMBAR: MFS

Yang tak faham datang bertanya. Yang tak buat kerja mengacau kawan pun ada. Yang
menangis, nak ke tandas, hilang pemadam dan sebagainya itu ramai juga.

Ini masalah utama dan paling besar.


Isu 5 : Tak boleh saring semua konstruk sekali gus. Entah apa relevannya. Hanya nak tambah
tugas guru tulis tarikh dan buat separuh-separuh.

ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI

Dulu-dulu boleh je. Tak perlu tulis tarikh dan boleh buat terus sampai habis. Terutama murid laju
dan bijak. Masih gagal faham kenapa perlu 3 kali saringan, 3 kali tulis tarikh.

Isu 6 : Guru dan murid tidak boleh sakit. Saringan wajib dijalankan dalam masa ditetapkan. Jika
murid tidak hadir, perlu kejar sampai rumah. Aduh!

**********

Cadangan.

1) Wujudkan pembantu guru. Atau sepaling kurang buka jawatan sementara/part time kat budak
U. Part Time sebulan contohnya semasa saringan. Saringan ini dijalankan sepenuhnya oleh
mereka ini.

Masa guru mengajar tidak terjejas. Mereka akan saring ditempat lain. Library contohnya. Murid
akan ke sana secara berperingkat.

Bebanan guru mengisi borang, menyediakan bahan, menyaring, mengawal kelas pada masa
yang sama dapat diatasi sepenuhnya.

2) Benarkan semua guru yang terlibat dengan LINUS menjalankan LINUS sepenuhnya
sepanjang hari.

Kelas dan jadual guru tersebut dibuat relief sepanjang 2 hari, 3 hari atau seminggu. Bergantung
pada berapa banyak kelas LINUS yang mereka pegang.

Jadi guru ini boleh menyaring murid sepanjang hari. Duduk di library, dewan atau bilik guru.
Panggil 3-4 orang murid ke sana dan buat saringan dengan tenang tanpa gangguan murid lain.

Satu hari mungkin boleh siap satu kelas.

Namun untuk sekolah yang kecil, bilangan guru yang ramai, agak sukar nak laksanakan kerana
bilangan guru yang sedikit. Mungkin terpaksa bekukan kelas bagi memberi laluan pada
Saringan LINUS berjalan lancar.

*********
Ini hanya pandangan peribadi dari guru yang terlibat dengan LINUS sejak tahun pertama ia
diperkenalkan.

Pandangan ini bersifat peribadi dan boleh sahaja untuk bersetuju atau tidak.

Jika ada tambahan cadangan, atau tambahan isu, bolehlah cikgu-cikgu lain tambah diruangan
komen pula.

#MFS
– Sekadar pandangan rakyat marhean.

Artikel Oleh: Mohd Fadli Salleh

Anda mungkin juga menyukai