Anda di halaman 1dari 4

LATIHAN KATA ADJEKTIF (1)

Garisi jawaban yang betul.

1 Benjolan pada dahi Aiman semakin ______setelah diberikan urutan oleh ibu.

susut lisut

2 Walaupun ubi kayu itu direbus selama 30 minit, ubi kayu itu masih _____.

empuk mangkar

3 Rambutnya kelihatan _____ setelah disapu dengan minyak rambut.

kejang kejur

4 Kereta lamanya kelihatan _____ kerana sudah lama tidak dicuci.

samar kusam

5 Seluar itu kelihatan _____ kerana sering dipakai Pak Abu ke kebun getah.

usang kumal

6 Dahan pokok rambutan itu _____ kerana pokok rambutan itu terlanggar
oleh lari pasir pada hari semalam.

condong sekah

7 Suarini seorang wanita yang berpendirian tegas dan _____ akan keputusannya.

telap tekal

8 Perut Encik Aiman kelihatan _____ kerana beliau kurang bersenam pada
hujung minggu.

kembung gendut

9 Kain sarung yang terdapat di stor rumahnya semakin _____ kerana sudah
lama tidak digunakan.

luntur reput

10 Buah kuini ini terasa masam kerana masih _____.

mengkal ranum

DISEDIAKAN OLEH CIKGU THEEBAN-(0167729490)

1
LATIHAN STRUKTUR AYAT (2)

Tandakan (/) pada ayat yang betul.

No. Ayat Analisis


1 Ibu mengirimkan abang surat tawaran itu.
Ibu mengirimi abang surat tawaran itu.
2 Pengurus menyerahkan Encik Ali tugasan itu.
Pengurus menyerahi Encik Ali tugasan itu.
3 Kerajaan menasihati semua rakyat agar mematuhi perintah.
Kerajaan menasihatkan semua rakyat agar mematuhi perintah.
4 Potret itu menghiaskan ruang tamu Jamil.
Potret itu menghiasi ruang tamu Jamil.
5 Azman memperisteri gadis dari kampungnya.
Azman memperisterikan gadis dari kampungnya.
6 Puan Zainab mempersuami anak gadisnya dengan seorang guru.
Puan Zainab mempersuamikan anak gadisnya dengan seorang guru.
7 Adnan memperolehi kejayaan tersebut kerana berusaha dengan gigihnya.
Adnan memperoleh kejayaan tersebut kerana berusaha dengan gigihnya.
8 Puan Hasnah menguruskan pendaftaran peserta sayembara puisi itu.
Puan Hasnah mengurus pendaftaran peserta sayenbara puisi itu.
9 Suhana membacai adik buku cerita itu.
Suhana membacakan adik buku cerita itu.
10 Karmilah merebus ayah ubi kayu itu.
Karmilah merebuskan ayah ubi kayu itu.
11 Bantuan makanan akan diberikan terhadap mangsa banjir di kawasan itu.
Bantuan makanan akan diberikan kepada mangsa banjir di kawasan itu.
12 Banyak kanak-kanak yang sedang bermain di taman rekreasi itu.
Banyak kanak yang sedang bermain di taman rekreasi itu.
13 Tiap-tiap orang guru akan terlibat dalam mesyuarat itu.
Tiap-tiap guru akan terlibat dalam mesyuarat itu.
14 Setengah-setengah penduduk di kawasan itu bekerja sebagai nelayan.
Setengah penduduk di kawasan itu bekerja sebagai nelayan.
15 Saya berdoa agar semua urusan saudara dipermudah.
Saya berdoa agar semua urusan saudara dipermudahkan.

DISEDIAKAN OLEH CIKGU THEEBAN-(0167729490)

2
LATIHAN STRUKTUR AYAT (3)

No. Ayat Analisis


1 Pangkat Cikgu Ali dinaikkan dari ketua panitia kepada ketua bidang.
Pangkat Cikgu Ali dinaikkan daripada ketua panitia kepada ketua bidang.
2 Suresh tidur dengan berbantalkan lengan.
Suresh tidur berbantalkan dengan lengan.
3 Buku-buku itu telah saya terangkat.
Buku-buku itu telah terangkat oleh saya.
4 Ibu membancuhkan kopi untuk ayah.
Ibu membancuhkan ayah kopi.
5 Para kanak-kanak dinasihatkan agar tidak berbuat bising.
Para kanak-kanak dinasihati agar tidak berbuat bising.
6 Air matanya berjuntaian apabila mendapat tahu berita kematian itu.
Air matanya berjuraian apabila mendapat tahu berita kematian itu.
7 Perlawanan bola sepak antara pasukan A dan B telah ditangguhkan.
Perlawanan bola sepak antara pasukan A dengan B telah ditangguhkan.
8 Kejayaan seseorang itu bergantung kepada usahanya.
Kejayaan seseorang itu bergantung pada usahanya.
9 Sekumpulan penjenayah itu telah diberkas oleh pihak sekolah.
Segerombolan penjenayah itu telah diberkas oleh pihak sekolah.
10 Beberapa ekor kerbau kelihatan berpengap di dalam lumpur.
Beberapa ekor kerbau kelihatan berkubang di dalam lumpur.
11 Karim menghiasi ruang tamu dengan poster yang cantik itu.
Poster yang cantik itu menghiasi ruang tamu Karim.
12 Tetingkap rumahnya reput akibat dimakan oleh anai-anai.
Kekuda rumahnya reput akibat dimakan oleh anai-anai.
13 Kita haruslah patuh pada arahan kerajaan.
Kita haruslah patuh kepada arahan kerajaan.
14 Yang berbaju kurung itu adalah tunang abang saya.
Bahawa ibunya dimasukkan ke hospital dinyatakan oleh beliau.
15 Kelas tuisyen saya akan berlangsung sehingga petang.
Kelas tuisyen saya akan berlangsung hingga ke petang.

DISEDIAKAN OLEH CIKGU THEEBAN-(0167729490)

3
PAPARAN JAWABAN

KATA ADJEKTIF(1)
1 lisut 6 sekah
2 mangkar 7 tekal
3 kejur 8 gendut
4 kusam 9 reput
5 kumal 10 mengkal

STRUKTUR AYAT(2)

1 Ibu mengirimi abang surat tawaran itu.


2 Pengurus menyerahi Encik Ali tugasan itu.
3 Kerajaan menasihati semua rakyat agar mematuhi perintah.
4 Potret itu menghiasi ruang tamu Jamil.
5 Azman memperisteri gadis dari kampungnya.
6 Puan Zainab mempersuamikan anak gadisnya dengan seorang guru.
7 Adnan memperoleh kejayaan tersebut kerana berusaha dengan gigihnya.
8 Puan Hasnah mengurus pendaftaran peserta sayenbara puisi itu.
9 Suhana membacakan adik buku cerita itu.
10 Karmilah merebuskan ayah ubi kayu itu.
11 Bantuan makanan akan diberikan kepada mangsa banjir di kawasan itu.
12 Banyak kanak-kanak yang sedang bermain di taman rekreasi itu.
13 Tiap-tiap guru akan terlibat dalam mesyuarat itu.
14 Setengah-setengah penduduk di kawasan itu bekerja sebagai nelayan.
15 Saya berdoa agar semua urusan saudara dipermudah.

STRUKTUR AYAT(3)

1. Pangkat Cikgu Ali dinaikkan daripada ketua panitia kepada ketua bidang.
2. Suresh tidur dengan berbantalkan lengan.
3. Buku-buku itu telah terangkat oleh saya.
4. Ibu membancuhkan ayah kopi.
5. Para kanak-kanak dinasihati agar tidak berbuat bising.
6. Air matanya berjuraian apabila mendapat tahu berita kematian itu.
7. Perlawanan bola sepak antara pasukan A dengan B telah ditangguhkan.
8. Kejayaan seseorang itu bergantung pada usahanya.
9. Segerombolan penjenayah itu telah diberkas oleh pihak sekolah.
10. Beberapa ekor kerbau kelihatan berkubang di dalam lumpur.
11. Poster yang cantik itu menghiasi ruang tamu Karim.
12. Kekuda rumahnya reput akibat dimakan oleh anai-anai.
13. Kita haruslah patuh pada arahan kerajaan.
14. Bahawa ibunya dimasukkan ke hospital dinyatakan oleh beliau.
15. Kelas tuisyen saya akan berlangsung sehingga petang.

DISEDIAKAN OLEH CIKGU THEEBAN-(0167729490)

Anda mungkin juga menyukai