Anda di halaman 1dari 9

PENULISAN ESEI

1.0 Menghuraikan aliran pemikiran naturalis dan intuisionis beserta contoh dalam
bentuk grafik.

Manusia mempunyai fikiran yang mampu berfikir secara rasionalis, mengeluarkan


pendapat, berbicara berdasarkan akal fikirannya. Berfikir boleh ditafsirkan sebagai usaha
mengaitkan idea. Oleh itu, setiap orang mempunyai kemampuan berfikir yang berbeza.
Perbezaan aliran pemikiran ini banyak mempengaruhi tingkah laku setiap individu. Aliran
yang difokuskan dalam konteks ini adalah alairan pemikiran naturalis dan aliran pemikiran
intuitionis. Jika dilihat dari aspek ciri-ciri, seorang itu dikatakan berfikiran naturalis jika
mempunyai kecenderungan untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar. Dengan
erti kata lain, seseorang itu menerima sahaja takdir yang telah ditentukan ke atasnya serta
mudah juga berpuas hati (Wong, 2010).

Bagi pemikiran intuisionisme pula, ia merupakan sebuah fahaman atau pengertian


langsung. Ia suatu proses melihat dan memahami secara intelektual. Tindakan yang
dibuat oleh individu intuisionisme adalah berlandaskan kepada apa yang dirasai dalam
hatinya tanpa memikirkan akibat, kualiti dan kesannya (Ben, 2011).

ALIRAN •Aliran ini membezakan antara manusia dan


PEMIKIRAN binatang.
NATURALIS
•Manusia mempunyai keupayaan berfikir secara rasional
•Boleh menilai sesuatu tingkah laku dengan perancangan yang rapi
HURAIAN sebelum bertindak untuk berjaya
•Mereka ini juga merupakan pengikut yang setia dan kurang
membantah atas arahan serta mudah juga berpuas hati.
SIFAT

•Kecenderungan untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar.


Dengan erti kata lain, seseorang itu menerima sahaja takdir yang
CIRI-CIRI telah ditentukan ke atasnya.

•Mereka lemah jiwa, tiada motivasi dan kurang untuk berusaha.


KEYAKINAN Mereka membiarkan halangan merentangi matlamat hidup yang
DIRI ingin dicapai

• Seorang pelajar yang telah mendapat markah yang rendah dalam


CONTOH ujiannya dan dia berkata “Oh, rendahnya markah saya. Hah!
rendahlah apa boleh buat?”

Gambar rajah 1 Merupakan huraian dan contoh Aliran Pemikiran Naturalis

1
Sejenis pemikiran yang mempunyai pengetahuan
yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang
diperoleh secara individu Menurut pandangan
intuisionis, pengetahuan ini boleh diperoleh melalui
fahaman atau pengertian langsung

CIRI-CIRI: Sebuah fahaman atau pengertian


langsung. Ia suatu proses melihat dan memahami
secara intelektual.

Tindakan yang dibuat oleh individu intuisionisme


adalah berlandaskan kepada apa yang dirasai dalam
hatinya kecilnya tanpa memikirkan akibat, kualiti
dan kesannya

Membuat pertimbangan moral tanpa mengaitkan


dengan sebarang generalisasi yang imperikal atau
maklumat dari pengalaman.

CONTOHNYA : Pemikiran intuisionis, gerak hati


orang tua ketika menilai bakal menantu pada kali
pertama berdasarkan timbunan pengalaman lalu
serta kematangan fikiran lantaran faktor usia

Gambar rajah 2 Merupakan huraian dan contoh Aliran Pemikiran Intuisionis

2.0 Membanding beza jenis-jenis nilai dalam pendidikan moral dan kesannya terhadap
kehidupan.

Nilai boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang dikira baik seperti kasih sayang, baik
hati, kepuasan hati, keseronokan, kejujuran, kesopanan, ketenangan dan kesederhanaan
(Ain Zelkifle, 2012). Dengan ini dapat dijelaskan nilai sebagai ukuran yang ditetapkan oleh
seseorang untuk mengukur sesuatu. Menilai sesuatu dengan perkataan, baik, buruk,
cantik, dan lain lain adalah suatu penilaian yang dibuat oleh akal manusia mengikuti
piawaian mereka. Individu menggunakan suatu nilai dalam berbagai konteks dan cara.
Terdapat enam jenis nilai dalam pendidikan moral. Ia dapat dikategorikan dalam tiga
kumpulan. Antaranya ialah Nilai Instrumental (Ekstrinsik) dan Nilai Intrinsik. Kedua-dua
nilai ini digunakan untuk menunjukkan hubungan antara nilai. Kategori seterusnya
merangkumi nilai Subjektif dan nilai Objektif. Nilai ini pula digunakan untuk menunjukkan
pandangan seseorang terhadap nilai. Kategori ketiga mengandungi nilai Relatif dan nilai
Mutlak (Absolute). Kedua-dua nilai ini digunakan untuk menunjukkan apa yang dinilai.

2
Antara nilai moral ialah nilai Instrumental. Nilai instrumental juga dapat dikatakan
sebagai nilai Ekstrinsik. Maksud nilai Instrumental ialah nilai yang memerlukan kepada
nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Nilai ini dikatakan sebagai nilai peringkat
sekunder. Sebagai contoh, nilai berani, rajin, belas kasihan dan hormat-menghormati
(Pendidikan Moral, 2013). Nilai Instrumental ini dijadikan sebagai tanda ukuran bagi
melakukan sesebuah tindakan atau pilihan. Nilai ini juga menekankan unsur teguh
beriman dan bertakwa dalam setiap tindakan yang dilakukan oleh seseorang individu.
Sebagai contoh. Azhar seorang ahli peniaga di daerah Klang. Dia sentiasa membantu
murid-murid yang menghadapi masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran mereka.
Walaupun, Azhar mempunyai sikap yang dipuji dia tetap berfokus dalam menjalankan
perniagaannya dengan baik. Azhar suka membantu murid tanpa mengharapkan balasan.
Malah, perlakuan tersebut memotivasikannya untuk lebih maju dalam perniagannya
supaya dapat membantu ramai murid lagi. Contoh ini dapat membantu Azhar
mengamalkan nilai baik dan diberi pengetahuan bahawa memberi bantuan juga boleh
mendatangkan kelebihan pada diri sendiri.

Nilai seterusnya ialah nilai Instrinsik. Nilai sebagai nilai yang tidak perlu bergantung
kepada nilai lain untuk mencapai matlamatnya, kerana nilai itu sendiri merupakan
matlamat akhir. Menurut Pendidikan Moral, 2013 kualiti bagi nilai diterima atau ditolak
semata-mata ia berniat baik atau buruk dan tanpa mengira kesannya. Nilai ini merupakan
nilai peringkat pertama (first order value), misalnya baik hati, kasih sayang, keadilan dan
sebagainya. Nilai ini boleh dikatakan menjadi aspek penentuan dalam melakukan sesuatu
tindakan dan perlakuan. Nilai ini juga menegaskan menyempurnakan tugas dan amanah
serta mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan. Sebagai contohnya, Encik Zahid
merupakan seorang pegawai di Jabatan Pengangkutan Jalan Raya. Beliau tetap melayan
semua orang tanpa mengira kaum,agama, dan status ekonomi mereka. Beliau tetap
mengenakan tindakan tataterib, atau denda kepada mana-mana pihak yang mengenkari
peraturan jalan raya. Nilai ini juga menegaskan nilai Instrinsik ditunjukkan oleh Encik Zahid
yang menyempurnakan tugas dan amanah serta mengutamakan keadilan dalam setiap
perbuatan.

Nilai Ekstrinsik Nilai Instrinsik

Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai Kualiti yang diterima atau ditolak semata-
alat mencapai suatu matlamat mata karena ia baik atau buruk tanpa
mengambil kira kesannya

3
Bergantung pada nilai lain dalam mencapai Tidak bergantung pada nilai lain
matlamat

Nilai peringkat kedua, misalnya berani, Nilai peringkat pertama, misalnya baik hati,
rajin, dan hormat menghormati kasih sayang, dan keadilan

Jadual 1 Perbandingan antara nilai Intrinsik dan Ekstrinsik

Selain itu, nilai Relatif. Nilai Relatif merupakan nilai-nilai yang diterima atau ditolak
oleh peraturan sesuatu masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat masyarakat. Ianya
merupakan nilai yang arbitrari atau tidak menentu, tidak sempurna dan berbeza-beza
antara masyarakat yang berlainan. Ia juga boleh berubah mengikut masa. fahaman
mengenai benar atau salah bagi suatu topik yang dibincangankan. Nilai relatif
membolehkan semua manusia membentuk nilai norma masyarakat yang berbeza
mengikut kesesuaian pandangan masing-masing. Nilai relatif yang berdasarkan
pandangan digunakan untuk menggantikan nilai atau norma masyarakat yang tidak sesuai
atau kurang relavan. Sebagai contoh, bermain mercun. merupakan sebahagian daripada
amalan penting dalam sambutan Tahun Baru Cina. Walau bagaimanapun, masyarakat
Cina mula menerima pengharaman bermain mercun yang dikuatkuasakan oleh kerajaan
sebagai tindakan rasional menjaga keselamatan dan keamanan masyarakat masa kini.
Dalam situasi ini dapat kita lihat bahawa sesuatu amalan yang diamalkan oleh sebuah
masyarakat dapat diubah mengikut kehendakdan kefahaman masyarakat demi
keselamatan negara.

Diteruskan pula dengan nilai Mutlak (Absolute). Ia lebih berbeza jika dibandingkan
dengan nilai Relatif. Nilai adalah nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu
kebiasaan bagi sesebuah masyarakat. Segala idea atau fakta dapat diterima secara umun
dan diuji atau terbukti samada ia baik ataupun buruk. Nilai ini adalah berkekal sepanjang
masa dan di semua tempat serta hampir sama bagi semua situasi norma masyarakat.
Sebagai contoh, dalam konteks menghormati ibu bapa, seorang anak perlu sentiasa
menghormati dan memberi layanan yang sopan kepada ibu bapa mereka dalam apa jua
situasi. Individu yang tidak menghormati ibu bapa digambarkan sebagai individu yang
kurang adab dan sopan serta tidak mempunyai nilai hormati.

4
Nilai Mutlak Nilai Relatif

Nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada Nilai yang diterima atau ditolak dengan
sesuatu kebiasaan bagi sesebuah berdasarkan peraturan masyarakat
masyarakat

Segala idea atau fakta dapat diterima Tidak diuji secara saintifik kebenarannya
secara umun dan diuji atau terbukti samada
ia baik ataupun buruk

Nilai ini adalah berkekal sepanjang masa Tidak tertentu, tidak sempurna berbeza
dan di semua tempat serta hampir sama antara masyarakat yang berlainan
bagi semua situasi norma masyarakat.

Jadual 2 Perbandingan antara nilai Mutlak dan Relatif

Selain itu, nilai Objektif merupakan nilai yang bebas daripada pilihan peribadi dan ia
diterima atau ditolak berdasarkan pengalaman dalaman yang dialami atau berpunca dari
aspek luar yang dipersetujui oleh kebanyakan orang. Nilai objektif menegaskan bahawa
setiap barangan atau objek tersebut mempunyai bentuk dan kegunaan tersendirinya.
Dengan mengenalpastikan bentuk atau kegunaan objek, maka kita dapat membuat
pertimbangan selanjutnya (Nurnaziera Behrin, 2016). Sebagai contoh, penderaan haiwan
adalah sesuatu tindakan yang tidak berperikemanusiaan. Kini, terdapat banyak kes yang
berkaitan penderaan haiwan-haiwan yang mengejutkan kita. Manusia yang tidak berfikiran
rasional dan berperikemanusiaan perlu memahami bahawa haiwan banyak memberi
manfaat kepada kita dan perlu dijaga dengan baik. Pihak yang menderakan haiwan perlu
diberi hukuman yang setimpal supaya dapat membendung masalah ini serta dapat
membolehkan masyarakat mengamalkan nilai moral dengan tidak mengabaikan
kebajikan pihak lain.

Akhir sekali ialah nilai Subjektif. Nilai Subjektif ialah nilai (kualiti) yang diterima atau
ditolak oleh seseorang individu dengan berdasarkan kepada pandangannya sendiri
terhadap sesuatu benda atau perkara. Sebenarnya, nilai subjektif adalah berasal daripada
“dunia dalaman” individu, iaitu berpunca daripada dalaman individu. Seseorang yang
mempunyai nilai ini, dapat membayangkan keinginan, minat dan harapan terhadap
sesuatu benda atau perkara. Nilai subjektif juga berperanan dalam membayangkan
perasaan gemar atau tidak gemar bagi individu terhadap sesuatu perkara atau benda
(Sobat Ekonomi, 2017). Sebagai contoh, Ahmad suka menonton wayang. Apabila rasa

5
tertekan, Ahmad akan pergi ke pusat beli-belah untuk melepak serta menonton wayang.
Bagi pendapat Ahmad kelakuannya tidak salah kerana tidak memberi impak negatif
kepada mana-mana pihak serta melegakan mindanya. Dengan ini dapat kita tahu bahawa,
sesuatu perlakuan itu diterima dan ditolak oleh seorang individu mengikut persepsi
fikirannya terhadap perkara tersebut.

Nilai Subjektif Nilai Objektif

Nilai yang diterima atau ditolak oleh Nilai yang bebas daripada pilihan peribadi
seseorang individu dengan berdasarkan
kepada pandangannya sendiri terhadap
suatu perkara.

Berasal daripada “dunia dalaman” Nilai yang diterima atau ditolak


individu, iaitu berpunca daripada dalaman berdasarkanpengalaman atau berpunca dari
individu. aspek luar yang dipersetujui oleh
kebanyakkan orang

Jadual 3 Perbandingan antara nilai Subjektif dan Objektif

3.0 Menganalisis sifat-sifat individu bermoral dan keperluan hidup berdasarkan


beberapa prinsip asas insan bermoral

Insan bermoral bermaksud komponen yang perlu ada dalam diri seseorang sebagai
konsep peraturan dan prinsip yang difikirkan perlu digunakan dalam tindakan, perasaan
dan emosi yang akan menyokong kepercayaan bahawa sesuatu konsep atau tindakan itu
perlu dilakukan. Dengan kata lain insan bermoral bermaksud insan yang mempunyai sifat-
sifat moral (Usha, 2012). Dalam hal ini, seseorang insan yang bermoral tidak akan
melakukan perbuatan yang tidak bermoral dan bertentang dengan nilai normal dan
peraturan dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu, seseorang itu perlu mempunyai
pengetahuan tentang keadaan persekitarannya, berupaya untuk berinteraksi dengan
orang di sekelilingnya, dan bertindak mengikut keputusan yang telah dibuat.

Selain itu, sifat mempercayai Tuhan merupakan sifat yang harus dimiliki oleh
seseorang insan yang bermoral. Dengan adanya sifat ini, maka seseorang itu akan yakin
dan percaya bahawa wujudnya tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala
suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing. Dalam aspek ini,
seseorang individu yang bermoral itu akan menyanjung agamanya di samping
menghormati agama-agama lain. Rukun Negara kita juga mengutamakan prinsip ini iaitu
“Kepercayaan kepada Tuhan” kerana ia dapat menjadi benteng bagi seseorang individu
daripada melakukan perkara yang tidak baik.

6
Seterusnya ialah sifat amanah. Sifat ini harus dimiliki oleh seseorang insan yang
bermoral. Sifat amanah boleh dikatakan sebagai sifat bertanggungjawab yang
menimbulkan kepercayaan serta keyakinan orang lain. Melalui sifat ini seseorang insan
yang bermoral itu akan sentiasa menyelesaikan sesuatu tugas yang diamanahkan itu
dengan penuh bertanggungjawab serta jujur dan ikhlas (Azmadi, 2012). Sebagai
contohnya, jika bendahari dalam sesuatu agensi sosial itu adalah seorang insan yang
mempunyai sifat amanah, maka dia tidak akan menyalahgunakan wang yang dikutip
melalui agensi tersebut untuk kegunaan sendiri malah akan sentiasa menggunakan wang
tersebut untuk kegunaan aktiviti-aktiviti sosial. Setiap orang bertanggungjawab untuk
memperbaiki sebarang kerosakan yang berlaku dalam urusan pentadbiran kerana ia
merupakan satu amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Setiap orang mesti
menunaikan amanah kepada tuhan, diri, keluarga, masyarakat dan Negara.

Seterusnya, sifat harga diri juga perlu dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral itu.
Ia merupakan sifat yang menjaga maruah diri di samping menjaga maruah orang di
sekeliling. Sebagai contohnya, seseorang insan yang mempunyai sifat harga diri ini, sama
sekali tidak akan melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh mencemarkan nama sendiri
serta maruah keluarga. Perbuatan-perbuatan yang boleh mencemarkan nama sendiri
adalah seperti perbuatan tidak beramanah dalam sesuatu tugas yang diberikan.
Manakala, perbuatan-perbuatan yang boleh mencemarkan nama keluarga adalah seperti
perbuatan melakukan hubungan sulit sebelum bernikah. Sebagai contoh, remaja yang
mempunyai harga diri tidak akan mengambil keputusan untuk lari dari rumah. Perbuatan
ini, bukan sahaja mencemarkan nama individu tersebut manakala mencemarkan nama
baik keluarga dan masyarakat juga. Oleh itu, setiap orang perlu mempunyai nilai harga
diri supaya tidak melakukan mana-mana perbuatan yang menjatuhkan prestasi diri sendiri.

Selain itu, rajin berusaha juga merupakan salah satu sifat yang seharusnya dimiliki
oleh seseorang insan yang bermoral. Dalam konteks ini, seseorang insan yang bermoral
itu akan sentiasa berusaha secara berterusan dengan penuh bersemangat, cekal, gigih,
dedikasi serta berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara. Sehubungan dengan itu,
mereka yang memiliki sifat ini sama sekali tidak akan berputus asa jika mereka gagal
daripada melakukan sesuatu. Sebagai contohnya, insan yang memiliki sifat ini akan
berusaha sedaya – upaya untuk berjaya dalam hidup. Dalam aspek ini, seseorang insan
yang bermoral juga akan menunjukkan sikap berdedikasi. Sebagai contoh, sebagai
seorang guru kita perlu rajin berusaha menyediakan pelajar kita dengan pelbagai ilmu
pengetahuan.
Terdapat tiga prinsip moral utama yang mempengaruhi seseorang individu. Antaranya
ialah:

7
Prinsip-prinsip Moral
Keadilan

Autonomi

Alturisme

Gambar rajah 3 Prinsip-prinsip moral

Prinsip pertama ialah keadilan. Keadilan bermaksud saksama, meletakkan kebenaran

sebagai pegangan dan prinsip. Keadilan menyebabkan seseorang menghormati hak orang
lain, tidak sombong, tamak dan menyalahgunakan kebebasan. Berkelakuan adil dalam semua
perkara dan situasi walaupun perkara itu dianggap remeh (Abdullah Zhidi, 2014). Keadilan
merupakan satu prinsip moral yang mempertimbangkan prosedur untuk mengagihkan
keuntungan antara individu dan masyarakat. Sebagai contoh, sebagai seorang guru kita mesti
memberi layanan yang samarata terhadap semua murid di kelas tanpa mengira latar belakang
murid, agama, kaum, sosio-ekonomi pelajar dan sebagainya. Kesemua aspek ini tidak boleh
mempengaruhi guru ketika mengajar dan memberi markah kepada murid. Guru perlu
memberi peluang kepada semua murid untuk mengeluarkan pendapat dan suara hati.

Prinsip keduanya ialah, autonomi. Autonomi bermaksud bebas, pertimbangan bebas


dan kebebasan memilih. Keputusan dan tindakan yang seseorang lakukan haruslah bebas
daripada dipengaruhi atau dipaksa oleh orang lain. Jika tindakan dan perlakuan tersebut
dipengaruhi oleh orang lain dengan tujuan tersirat maka, tingkah laku tersebut dianggap tidak
bermoral, walaupun ia menghasilkan kesan yang baik. Kumar memilih untuk menyertai kelas
Sillambam pada setiap hujung minggu. Dia memberi perhatian semasa dalam kelas
Sillambam dan belajar tekniknya dengan bersungguh–sungguh. Dia berbuat demikian bukan

8
kerana mahu menunjukkan diri dan bergaduh dengan orang lain. Dia berbuat demikian adalah
disebabkan oleh dia menyedarkan bahawa Sillambam dapat menyihatkan badan di samping
dapat mempertahankan diri semasa waktu kecemasan

Prinsip ketiganya ialah, Alturisme. Alturisme bermaksud simpati, belas kasihan,


kepedulian, menghormati orang lain, mengutamakan orang lain, mengambil berat keselesaan
dan kebajikan orang lain. Ia bermaksud kita perlu sentiasa prihatin bahawa sama ada
perlakuan kita memberi kesan buruk kepada orang lain atau tidak. Sebagai contoh, jika kita
ingin membuat rumah terbuka di rumah kita, kita perlu memastikan majlis tersebut tidak
menganggu orang lain. Perlakuan kita tidak seharusnya menganggu ketenteraman dalam
aspek tempat parking kereta dan sebagainya.

4.0 PENUTUP

Akhir kalam, nilai merupakan satu aspek penting dalam mencorakkan budaya hidup
manusia. Ketamadunan manusia dapat juga diukur melalui sikap moral yang ditunjukkan
melaluinya. Ia adalah penting dalam hubungan sosial antara individu dengan masyarakat
untuk menjamin kestabilan masyarakat dan kehidupan yang baik sesama manusia. Individu
yang menghayati sesuatu nilai akan melakukan sesuatu yang berkaitan dengan nilai itu dan
tidak melakukan sesuatu yang dirasakan bercanggah dengan nilai yang diamalkannya.
Tuntasnya, semua orang harus mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupannya supaya
menjadi modal insan yang berguna kepada masyarakat dan Negara.

Anda mungkin juga menyukai