Anda di halaman 1dari 3

Rancangan Makanan Tambahan

Ramai orang menganggap Rancangan Makanan Tambahan (RMT) merupakan


makanan daripada ibu bapa atau penjaga ke murid.Rancangan ini merupakan satu usaha
yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain berkaitan dengan kesihatan dan
pemakanan di sekolah dan usaha memberi makanan tambahan daripada jumlah keperluan
harian bagi seorang murid sekolah dari segi taraf pemakanan. Kajian menunjukkan ramai
pelajar mengalami ‘kelaparan tersembunyi iaitu mereka tidak bersarapan tidak kira sekolah
pagi atau petang.Ada juga murid-murid yang mengambil pemakanan yang salah.Hal ini
membawa masalah kesihatan kepada murid seperti serangan penyakit,masalah dari segi
pertumbuhan,pencapaian dalam pelajaran serta kelakuan penyesuaian diri.(Asiah Abu
Samah,1993) Oleh hal demikian,telahpun wujud satu program iaitu Program RMT yang
berobjektif untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah,
terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah, secara imbuhan untuk
sementara waktu, bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan. Ini
adalah sebagai suatu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).Matlamat melaksanakan program ini adalah
untuk memperkasakan amalan makanan dan pemakanan kerana program ini mendapat
sambutan yang baik oleh masyarakat dan juga untuk menggalakkan penglibatan dan
penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah, terutama Program RMT serta untuk
memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang
berkenaan untuk membantu mereka mengatasi pelbagai masalah dari segi pertumbuhan
badan dan kekurangan tenaga.( Teng Boon Tong,1989)

Masalah kesihatan seperti serangan penyakit, masalah dari segi


pertumbuhan,pencapaian dalam pelajaran serta kelakuan penyesuaian diri sedang
meningkat akibat beberapa faktor.Faktor utama merupakan kesibukan ibu bapa dan
pengambilan makanan yang tidak sihat.Ibu bapa yang terlalu sibuk tidak ada masa untuk
menyediakan makanan ataupun mereka membelikan makanan yang tidak sihat seperti
McDonald,Pizza,dan KFC untuk sarapan pagi.Punca –punca sebegini akan menyebabkan
mereka tidak dapat memberi sumbangan yang sepenuhnya dalam pelajaran dan juga
kepada Negara.Oleh itu,Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan
Malaysia telah melancarkan program seperti ini untuk mencegah masalah kesihatan
tersebut.

1
Selain daripada itu,masalah kesihatan seperti dinyatakan murid-murid juga
mengalami masalah kesihatan seperti obesiti,sakit jantung,hiperaktif, masalah
neuron,distruptif,destruktif,daya ingat yang rendah ,tidak dapat fokus dalam kelas dan
sebagainya.(Katie Adolphus,2013).Untuk mencegah masalah tersebut.Semua pihak perlulah
berganding bahu untuk memastikan matlamat kita tercapai iaitu semua murid mempunyai
pengetahuan tentang pengambilan makanan yang sihat.Misalnya,pihak sekolah
merancangkan pelbagai program untuk semua ibu bapa dan murid.Salah satu program
adalah,mengadakan kempen kesedaran tentang amalan pemakanan sihat.Program ini
menyebabkan mereka sedar tentang pengambilan makanan murid-murid dan ibu bapa juga
akan berusaha untuk menyediakan sarapan yang berkhasiat dan betul dari segi setiap
hidangan.Guru juga boleh menyediakan air madu kepada semua murid supaya mereka tidak
kehilangan fokus dan tahan lapar.Tambahan pula,kerajaan juga perlu melaksanakan
program kesihatan fizikal percuma kepada semua murid setiap tahun supaya dapat tahu
tahap kesihatan badan mereka.Pihak swasta pula,boleh mengiklankan kepentingan
bersarapan dan mengedarkan buah kismis ataupun boleh memberi buah-buahan yang telah
dipotong kepada semua murid supaya murid-murid rasa kenyang dan dapat nutrisi yang
diperlukan.

Kesimpulannya sebagai bakal guru,kita perlulah menekankan kepentingan terhadap


amalan makanan yang sihat di sekolah supaya sarapan adalah sesuatu yang sangat
penting kepada setiap manusia.Jika sehari kita melangkau sarapan kita akan menghadapi
pelbagai masalah kesihatan pada jangka masa yang pendek dan panjang.Demi membina
murid yang cemerlang dalam pelajaran guru perlulah memastikan semua murid telah
bersarapan sarapan yang sihat.

2
Rujukan

Katie Adolphus,(2013). The effects of breakfast on behavior and academic performance in


children and adolescents,56-59.10.3389/fnhum.2013.00425.

Deshmukh-Taskar P. R., Nicklas T. A., O'Neil C. E., Keast D. R., Radcliffe J. D., Cho S.
(2010). The relationship of breakfast skipping and type of breakfast consumption with
nutrient intake and weight status in children and adolescents: the National Health and
Nutrition Examination Survey 1999-2006. J. Am. Diet. Assoc. 110, 869–878
10.1016/j.jada.2010.03.02

Asiah Abu Samah (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah
Rendah dan Menengah.Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur:Utusan
Publisher.

Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan.Bangsar,Kuala


Lumpur: Longman Malaysia.

Teng Boon Tong (2001). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Kursus Diploma
Penguruan Malaysia. Petaling Jaya,Selangor: Pearson Education.

Anda mungkin juga menyukai