2018
Sepanjang e minggu yang lalu, saya telah menjalani kelas Sejarah dan kelas ganti di
kelas 1 Baiduri, 2 Topas, 4 Nilam dan 5 Mutiara. Saya telah mendapati disiplin murid
merupakan salah satu aspek yang perlu dititikberatkan oleh setiap guru. Hal ini disebabkan
murid yang berdisiplin dapat melahirkan suasana pembelajaran yang harmoni dan mencapai
objektif pembelajaran. Selain itu, murid juga dapat mempelajari kemahiran baru atau sesuatu
pengetahuan dengan lebih mendalam sekiranya mereka berkelakuan baik. Jadi disiplin murid
memang sangat penting. Dalam tempoh pengajaran yang lepas, saya telah mendapati
walaupun saya memberi tegas pada peraturan namun masih terdapat sebilangan murid suka
menunjuk perangai. Oleh itu, saya perlu membuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini.
Justeru, saya telah berbincang dengan pelajar guru yang lain dan guru pembimbing saya, iaitu
Puan Mazli tentang cara penyelesaian masalah ini.
2. Analisis masalah
Menurut Carl Rogers ( 1999 ), seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri
sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep diri yang positif maka berupaya
berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Guru harus sentiasa bijak membetulkan
kelakuan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah yang dihadapi
sepanjang minggu terakhir ini ialah masalah disiplin murid. Jadi kadang kala kelancaran
pengajaran dan pembelajaran saya akan terjejas dan tidak mencapai objektif pembelajaran.
Oleh itu, saya akan memikirkan cara lain untuk mengatasi masalah ini.
PENULISAN JURNAL JURNAL MINGGU KELIMA 30.08.2018
3. Kajian lampau
Model Asertif Center ( 1976 ) menekankan peraturan dalam kelas sebagai satu langkah
bagi mengurus tingkah laku murid. Peranan guru adalah memastikan semua murid dapat
mengikuti segala peraturan agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan
lancar. Beliau memberikan beberapa cadangan seperti berikut :
1) Tegas pada peraturan
2) Konsisten dan mengambil tindakan yang sesuai ke atas tingkah laku murid
berpandukan peraturan yang telah digariskan
3) Menghukum murid yang melanggar peraturan
5. Tempoh penyelesaian
Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Hal ini kerana disiplin murid
amat penting untuk memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya,
masalah ini tidak diurus dengan cekap, ia akan menjejaskan proses pengajaran dan
pembelajaran dan objektif pembelajaran juga tidak dapat dicapai.
6. Penilaian kejayaan
Saya akan meminta kerjasama guru pembimbing saya, iaitu Puan Mazli dan pensyarah
pembimbing saya, Encik Anpalakan A/L Vadiappan untuk memberi penilaian terhadap kejayaan
saya mengatasi masalah ini. Selain itu, saya juga akan meminta pandangan dari pelajar guru
yang lain.
PENULISAN JURNAL JURNAL MINGGU KELIMA 30.08.2018
7. Tindakan susulan
Semasa mengajar, saya akan tegas pada peraturan dan menjadi guru yang konsisten
serta mengambil tindakan yang sesuai ke atas tingkah laku murid berpandukan peraturan yang
telah digariskan. Dari semasa ke semasa, saya akan menggunakan cara time out untuk
membetulkan disiplin murid.
9. Kesimpulan/ Refleksi
Ironisnya, disiplin murid yang baik dapat memastikan kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran. Murid akan dapat belajar dengan seronok sekiranya P&P tidak mempunyai
masalah disiplin. Cara seperti tegas pada peraturan, mengambil tindakan yang sesuai ke atas
tingkah laku murid berpandukan peraturan yang telah digariskan dan cara time out dapat
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta mencapai objektif
pembelajaran dengan mudah.
___________________
( ANNABEL SHERRY SYLVESTER)
Disemak oleh Guru Pembimbing, Disemak oleh Pensyarah Pembimbing,
Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :
PENULISAN JURNAL JURNAL MINGGU KELIMA 30.08.2018
3. Neutralize Arguments
How do you deal with a child who wants to argue into submission? Steer clear of no-win
arguments. Instead, "go brain dead," advises Jim Fay, co-author of Parenting with Love and
Logic.For instance, if your child says, "This isn’t fair," say, "I know." If your child says, "All of my
friends get to have this," say, "I know." Or you can use the phrase, "And what did I say?" to
enforce rules you have already discussed with your child. Sometimes the less you say, the more
clear your point becomes.
knowing their parents are watching out for them. As kids get older, you can take a more flexible
approach. Around the ages of 9 and 12, kids should get "a little leeway to test out the rules,"
says Brody. "But always be very careful about safety."
Rujukan : http://www.webmd.com/parenting/family-health-12/how-to-child-discipline?page=3