Anda di halaman 1dari 6

Helah Bela Diri

Oleh :

AZMI BIN ABDUL


HAMID
IPG Kampus Ipoh
1
MEKANISME HELAH BELA DIRI

Seseorang yang mempunyai konsep kendiri yang lemah


atau negatif kebiasaannya suka menggunakan alasan atau
helah bela diri dalam sesuatu masalah. Helah bela diri atau
dalam bahasa Inggeris “defence mechanisme” yang
dipinjam daripada teori Freud membawa maksud proses
yang biasa dilakukan oleh seseorang secara tidak sedar
dalam penyesuaian untuk mengatasi kebimbangan, konflik,
tekanan jiwa dan kemungkinan ancaman yang dihadapi.
Terdapat dua helah bela diri iaitu helah bela diri aktif dan
helah diri pasif.

Mengikut Davidoff (1976), helah bela diri merujuk kepada


cara atau taktik seseorang mereka memberi alasan tentang
sesuatu tindakannya sedangkan alasan yang diberikan itu
bukan sebab yang sebenarnya. 2
Helah Bela Diri Aktif
Rasionalisasi – digunakan oleh seseorang untuk menutup
keadaan yang sebenarnya berlaku dengan cara
memberikan alasan yang logik. Dengan cara ini tekanan
dapat dikurangkan kerana alasan secara rasional telah
dijelaskan kepada orang yang berkenaan. Bagaimanapun
alasan yang diberikan adalah tidak betul. Ini menunjukkan
bahawa seseorang itu ingin menjaga harga diri dan ego.
Sublimasi – helah bela diri bagi individu untuk menyalurkan
kekecewaan, kekurangan atau kekosongan yang dialami
kepada aktiviti lain yang sihat. Ia merupakan satu helah
yang dianggap matang kerana seseorang itu berjaya
menyelesaikan konflik psikologi dengan dorongan lain yang
boleh diterima oleh masyarakat.
Pemindahan – ia merupakan pemindahan perasaan yang
kurang manis daripada sesuatu objek kepada objek yang3
boleh menerimanya.
Helah Bela Diri Aktif

Pemindahan – ia merupakan pemindahan perasaan yang


kurang manis daripada sesuatu objek kepada objek yang
boleh menerimanya.
Projeksi – dilakukan oleh seseorang apabila tidak boleh
menerima kelemahan sendiri dan sebaliknya
menyalahkan orang lain.
Introjeksi – menyerapkan ke dalam dirinya dengan
menyamakan ciri-ciri orang lain yang disukai atau
disanjungi.
Pembentukan reaksi – dilakukan oleh individu untuk
menafikan sesuatu keinginan yang telah disembunyikan
dengan melakukan sesuatu yang bertentangan.
Kompensasi – melakukan sesuatu aktiviti yang hampir sama
dengan tujuan menggantikan sesuatu aktiviti yang tidak
berupaya dilakukannya.
Fantasi – membentuk khayalan atau angan-angan dengan
tujuan mengurangkan perasaan yang pahit atau tidak
diingini. 4
Helah Bela Diri Pasif

Menurut Azizi Yahya dan Jaafar Sidek latif, Shahrin Hashim,


Yusoff Boon (2005), telah menyatakan beberapa jenis
helah bela diri pasif yang biasa individu gunakan untuk
pertahankan diri antaranya, Represi, Penafian,
Keagresifan, dan Regresi.

Represi: Mengalihkan kesedaran sesuatu ancaman dalam


minda dengan cara melupakannya. Contohnya,
saudara bergaduh, individu terbabit tidak mahu mengingati
nama atau wajah dan menolak kehadirannya.

Penafian: Meyakinkan diri bahawa sesuatu ancaman tidak


akan berlaku atau tidak ada. Ia berlaku apabila individu
terbabit tidak dapat menerima kenyataan. Contohnya
kematian suami, isteri cuba lindungi kerisauan. 5
Keagresifan: Tindakan mencederakan atau merosakkan
punca kekecewaan atau ancaman. Contohnya, kanak-
kanak menendang almari apabila ibubapa enggan
membawa ke kedai atau ingin mendapatkan sesuatu.

Regresi: Pengunduran diri dengan mengulangi tingkah laku


yang kurang menyenangkan seperti menangis. Ia
berbalik kepada zaman perkembangan.
Contohnya,kanak-kanak 9 tahun akan membuat tindakan
yang pernah dilakukan pada zaman awal kanak-kanak
seperti, menghisap jari, menangis, atau menjerit apabila
dia merasakan tidak diterima rakan-rakan.

Anda mungkin juga menyukai