Seseorang yang mempunyai konsep kendiri yang lemah
atau negatif kebiasaannya suka menggunakan alasan atau helah bela diri dalam sesuatu masalah. Helah bela diri atau dalam bahasa Inggeris “defence mechanisme” yang dipinjam daripada teori Freud membawa maksud proses yang biasa dilakukan oleh seseorang secara tidak sedar dalam penyesuaian untuk mengatasi kebimbangan, konflik, tekanan jiwa dan kemungkinan ancaman yang dihadapi. Terdapat dua helah bela diri iaitu helah bela diri aktif dan helah diri pasif.
Mengikut Davidoff (1976), helah bela diri merujuk kepada
cara atau taktik seseorang mereka memberi alasan tentang sesuatu tindakannya sedangkan alasan yang diberikan itu bukan sebab yang sebenarnya. 2 Helah Bela Diri Aktif Rasionalisasi – digunakan oleh seseorang untuk menutup keadaan yang sebenarnya berlaku dengan cara memberikan alasan yang logik. Dengan cara ini tekanan dapat dikurangkan kerana alasan secara rasional telah dijelaskan kepada orang yang berkenaan. Bagaimanapun alasan yang diberikan adalah tidak betul. Ini menunjukkan bahawa seseorang itu ingin menjaga harga diri dan ego. Sublimasi – helah bela diri bagi individu untuk menyalurkan kekecewaan, kekurangan atau kekosongan yang dialami kepada aktiviti lain yang sihat. Ia merupakan satu helah yang dianggap matang kerana seseorang itu berjaya menyelesaikan konflik psikologi dengan dorongan lain yang boleh diterima oleh masyarakat. Pemindahan – ia merupakan pemindahan perasaan yang kurang manis daripada sesuatu objek kepada objek yang3 boleh menerimanya. Helah Bela Diri Aktif
Pemindahan – ia merupakan pemindahan perasaan yang
kurang manis daripada sesuatu objek kepada objek yang boleh menerimanya. Projeksi – dilakukan oleh seseorang apabila tidak boleh menerima kelemahan sendiri dan sebaliknya menyalahkan orang lain. Introjeksi – menyerapkan ke dalam dirinya dengan menyamakan ciri-ciri orang lain yang disukai atau disanjungi. Pembentukan reaksi – dilakukan oleh individu untuk menafikan sesuatu keinginan yang telah disembunyikan dengan melakukan sesuatu yang bertentangan. Kompensasi – melakukan sesuatu aktiviti yang hampir sama dengan tujuan menggantikan sesuatu aktiviti yang tidak berupaya dilakukannya. Fantasi – membentuk khayalan atau angan-angan dengan tujuan mengurangkan perasaan yang pahit atau tidak diingini. 4 Helah Bela Diri Pasif
Menurut Azizi Yahya dan Jaafar Sidek latif, Shahrin Hashim,
Yusoff Boon (2005), telah menyatakan beberapa jenis helah bela diri pasif yang biasa individu gunakan untuk pertahankan diri antaranya, Represi, Penafian, Keagresifan, dan Regresi.
Represi: Mengalihkan kesedaran sesuatu ancaman dalam
minda dengan cara melupakannya. Contohnya, saudara bergaduh, individu terbabit tidak mahu mengingati nama atau wajah dan menolak kehadirannya.
Penafian: Meyakinkan diri bahawa sesuatu ancaman tidak
akan berlaku atau tidak ada. Ia berlaku apabila individu terbabit tidak dapat menerima kenyataan. Contohnya kematian suami, isteri cuba lindungi kerisauan. 5 Keagresifan: Tindakan mencederakan atau merosakkan punca kekecewaan atau ancaman. Contohnya, kanak- kanak menendang almari apabila ibubapa enggan membawa ke kedai atau ingin mendapatkan sesuatu.
Regresi: Pengunduran diri dengan mengulangi tingkah laku
yang kurang menyenangkan seperti menangis. Ia berbalik kepada zaman perkembangan. Contohnya,kanak-kanak 9 tahun akan membuat tindakan yang pernah dilakukan pada zaman awal kanak-kanak seperti, menghisap jari, menangis, atau menjerit apabila dia merasakan tidak diterima rakan-rakan.