Anda di halaman 1dari 7

TRANSKRIP TEMU BUAL BERSAMA GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

BERDASARKA ISU REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Guru Pelatih : selamat pagi Encik.Anantharajoo. Saya Govintharaj A/L S.Sidambaram.


saya
ingin menemu bual encik mengenai isu revolusi industri 4.0 .

Guru : Selamat pagi. Ya sudah tentu boleh.

Guru Pelatih : encik bolehkah encik bagitahu apakah itu revolusi industri 4.0 ?

Guru : baiklah, revolusi industri 4.0 ini, adalah penggunaan internet ataupun teknoligi dalam
semua kedendaan dalam kehidupan harian kita. Jikalau kita lihat revolusi industri
pertama ini, kita bertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap yang
menggunakan air, revolusi industri kedua pula kita bertumpu pada elektik, dan ketiga
pula kita mula alih kepada penggunaan teknologi. revolusi ketiga ini merupakan asa
kepada revolusi industri keempat dimana pada revolusi keempat penggunaan jalur
lebar bukan sahaja dalam telen bimbit manakala dalam semua benda seperti tv,
koputer, alat senaman, peralatan rumah, kipas dan banyak lagi.

Guru pelatih : begitu rupanya. Apakah perkara yang kita perlu buat dalam era revolusi
industri
4.0 ini encik?

Guru : perkara yang kita perlu buat ialah peka terhadap isu semasa teruatama berkaitan
dengan kemajuan teknologi. Banyak info mengenai teknologi dalam kehidupan
sehari kita dikeluarkan. Tugas kita mencari info tersebut dan membaca. Kita perlu
lengkapkan diri kita standing dengan kemajuan teknologi kini.

Guru pelatih : betul kata Encik. Semua orang tidak kira umur perlu mengetahuinya.
Menjelang tahun 2020 sistem Pendidikan sedang mengaplikasikan Pelan
Pembanggunan Pendidikan Malaysia gelombang kedua. Antara perkara yang
selari dengan revolusi indutri 4.0 ialah, memacu inovasi ICT khususnya untuk
pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran terarah kendiri. Sejauh manakah
pelaksannan perkara ini telah berlaku di sekolah?

Guru : pelaksanaan di sekolah sudah dilaksanakan. Jikalau anda lihat di sini disebabkan
tidak
cukup masa untuk menyampaikan ilmu teknologi dan komputer kami mangadakan
kelas tambahan komputer. Selain itu, kami juga telah mengadakan kelas robotik.
Bukan setakat kelas sahaja, para pelajar yang datang ke kelas tersebut juga telah
pergi ke beberapa pertandingan seperti Malacca Intelectual Competition dan juga
pertandingan robotik negeri Pahang dan juga lain-lain. Para pelajar dapat
meningkatkan pemikiran inovasi mereka melalui penglibatan mereka. Bukan itu
sahaja, di kelas ini juga para pelajar dapat mengembangan idea penciptaan mereka
dengan mengabungkan teknologi dan juga barangan kitar semula.

Guru pelatih : banyak juga aktiviti yang telah dilaksanakan di sekolah ini. Kami sebagai
guru
pelatih yang datang ke sekolah ini untuk intership juga telah melibatkan diri dan
mengetahui banyak perkara tentang penglibatan dan kemenangan dicapai oleh
pelajar-pelajar sekolah ini. Baik encik, seterusnya Apakah tindakan pihak kerajaan /
kementerian Pendidikan Malaysia untuk mennerapkan revolusi 4.0 dalam sistem
Pendidikan?

Guru : jikalau dari pihak kerajaan, mereka telah memberikan kemudahan internet di semua
sekolah. Selain itu mereka juga telah membekalkan kemudahan komputer riba yang
secukupnya dimana ia boleh digunakan oleh pelajar untuk kegunaan pembelajaran
dan membuat tugasan. Selain itu, bagi menerapkan revolusi industry 4.0 ini dalam
sistm pendidikan mereka juga telah mengenalkan subjek teknologi dan komputer
pada peringkat sekolah rendah juga. Perkara ini membolehkan para pelajar
mengenal dan menggunakan teknolgi sebaik mungkin dan mereka tidak perlu susah
apabila ke sekolah menengah kemudian.

Guru pelatih : baik encik, apakah perubahan yang berlaku dalam sistem Pendidikan selari
dengan revolusi 4.0 ini dan juga tindakan yang diambail oleh pihak kerajaan?
Guru : perubahan pula ya… banyak juga perubahan. Kita lihat di sekolah dulu, guru hanya
menggunakan teknik tradiosnal iaitu menggunakan papan putih sahaja. Tetapi
selepas menerapkan revolusi industry 4.0 ini, guru-guru mula menggunakan
teknologi yang dibekalkan di sekolah seperti ‘smartboard’, ‘touchboard’ dan juga
‘LCD’ dan lain-lain. Selain itu, pihak kerajaan juga menganjurkan pelbagai kursus
untuk guru dalam melengkapkan diri dengan pengetahuan teknologi maklumat. Para
pelajar bukan sahaja menggunakan buku teks, malah mereka juga mula belajar
dengan hanya menggunakan telefon pintar. Hal ini demikian, kita sangat aktif dalam
penggunaan google classroom terutama bagi pelajar tahun 6.

Guru pelatih : banyak juga perubahan yang memri impak positif kepada guru dan juga para
pelajar. Encik, perubahan dalam sistem pendidikan perlu dilakukan dengan memberi
pendedahan kepada pelajar bermula dari peringkat sekolah rendah hingga ke
universiti tentang Revolusi Industri 4.0. Adakah pededahan diberikan kepada para
pelajar mengenai revolusi 4.0?

Guru : hahaha, pendedahan, jikalau nak cakap benar, kurang diberi kepada para pelajar.
Hal
ini demikian, ramai kalangan guru mengambil perkara tersebut tidak penting bagi
pelajar sekolah rendah. Tetapi sebaliknya, mereka yang tahu perkara ini dari awal
kerana mereka merupakan generasi baru yang akan membawa perkara ini pada
masa hadapan. Bukan itu sahaja, guru-guru mementingkan standard pengajaran
daripada ilmu tersebut. Hal ini demikian, kementerian pendidikan juga memberi
penekanan kepada perkara tersebut berbandingkan revolusi 4.0 ini dalam sistem
pendidikan.

Guru pelatih : terima kasih sebab berterus terang encik. Apakah kepentingan revolusi 4.0

dalam Pendidikan rendah di sekolah?

Guru : kepentingannya ialah penting juga. Sebagai mana saya kata tadi, mereka
merupakan
generasi yang membawa dan menikmati revolusi ini dalam kehidupan seharian
mereka pada masa yang akan datang. Oleh sebab itu, para pelajar perlu diberikan
maklumat mengenai revolusi ini dari sekarang iaitu sekolah rendah ini, supaya pada
masa akan datang mereka tidak mengetahui apa-apa dimana, mereka tidak
mengalami kesusahaan dalam kehidupan dan mendapat kerja. Hal ini demikian jika
menurut revolusi industri 4.0 ini tenaga manusia kurang diperlukan sebab penciptaan
robot. Bagi mengatasi situasi ini, para pelajar perlu melengkapkan diri mereka
dengan pemikiran inovasi dan perkembagan revolusi ini. Mereka perlu menggunakan
teknologi dalam kehidupan mereka sejak kecil lagi. Sekolah rendah merupakan
platform yang pertama dimana mereka mempelajari cara penggunnaan teknologi
dengan berhemah dan juga bermanfaat dalam kehidupan seharian.

Guru pelatih : Info yang sangat bermakna encik. Jikalau begitu, apakah tugas seorang guru

dalam menerokai revolusi 4.0 ?

Guru : soalan yang agak sama juga.. hahaha. Perkara yang penting adalah guru perlu
melengkapkan diri dengan pengetahuan teknologi terlebih dahulu. Hal ini demikian, generasi
kini, pelajar sangat aktif dari guru dalam menggunakan teknologi. setersna, para guru perlu
berkongsi pengetahun yag mereka peroleh kepada rakan guru lain supaya mereka juga
dapat mengaplikasikan dalam pengajaran mereka di kelas. Selain itu, guru perlu rajin
membuat kajian mengenai teknologi baru; ataupun perlu membuat refleksi mengenai
teknologi yang digunakan dalam pengajaran mereka. Perkara -perkara ini membolehkan
minat para pelajar dalam menceburi bidang teknologi dan mengehadi kelas-kelas komputer
dan robotik akan meningkat.

Guru pelatih : betul kata-kata encik. Apakah tugas seorang guru dalam menerokai revolusi
4.0 ?

Guru : para guru perlu mengubah cara pegajaran tradisional. Dan menerapkan elemen ict
dalam pengajaran mereka. Jika perkara asas tersebut berlaku, maka, penggunaan
teknologi dalam kalangan pelajar akan meningkat juga.

Guru pelatih : Apakah aktiviti yang boleh dilakukan di sekolah supaya para pelajar dapat
mengaplikasikan ciri-ciri revolusi 4.0 dalam kehidupan harian mereka juga?

Guru : seperti yang saya katakana sebentar tadi, di sekolah boleh mengadakan kelas-kelas
komputer dan juga robotik serta program ataupun kursus mobile apps development
dan lain-lain. Ia akan menjadi asas pengelan sahaja kepad apara pelajar. Asa inilah
yang akan meningkatkan lagi minat para pelajar untuk mencari maklumat mengenai
penggunaan teknologi dan lain-lain. Hal ini juga membolehkan pemikiran kreatif dan
inovasi juga meningkat.

Guru pelatih : Apakah cabaran / kekurangan di sekolah untuk menerapkan revolusi 4.0 ?

Guru ; banyak cabaran. Antaranya ialaha, guru sendiri perlu mengambil inisiatif untuk
menerapkan elemen ICT dalam pengajaran. Seterusnya, ibubapa para pelajar juga
perlu mengetaui tentang kepentingan teknologi dan kelas-kelas yang diadakan di
sekolah. Minat murid itu sendiri dalam melibatkan diri dalam kelas-kelas berkaitan
teknologi. seterusnya, kecukupan kemudahan teknologi untuk para pelajjar
menggunakan perlu dipastikan dari semasa ke samasa. Selain itu, pihak sekolah
sendiri perlu mengambil masa yang sesuai untuk memastikan kemudahan yang ada
berada dalam keadaan yang baik. Dan boleh digunakan oleh semua pelajar, guru
serta staff-staff di sekolah.

Guru pelatih : betul kata encik, apakah cadangan encik bagi mengatasi masalah dalam

pelaksanaan revolusi 4.0?

Guru : PIBG sangat penting bagi mengatasi kesemua cabaran tersebut. Kesatuan guru
Sahaja tidak boleh mengatasi kekurangan tersebut. Persatuan ibubapa dan guru
menyumbang tenaga dan juga wang untuk melengkapkan kemudahan-kemudahan
teknologi di sekolah. Contohnya, anara kemudahan sumbangan PIBG ialah, smart tv
yang dipasang di kantin sekolah, smartboard di bilik seminar, dan juga peralatan
untuk kelas robotik. Selain itu, guru besar di sekolah juga memberi kebenaran untuk
mengadakan kelas-kelas yag saya sebut sebantar tadi. Perkara ini menunjukka
komitmen beliau dalam manjalan kelas tersebut. Selain itu, para guru juga sudi
meluangkan masa dalam mencipta barang-barang berinovasi ketika sesuatu
pertanding inovasi berlangsung bersama-sama dengan para pelajar. Hal ini,
membawa impak yang positif kepada para pelajar. Buka itu sahaja, pihak buka
kerajaan juga menyumbang sumbangan dengan melihat kemenangan yang dicapai
oleh murid. Hal ini sangat membantu dallam penyelengaraan teknologi di sekolah.

Guru pelatih : sangat menakjubkan encik. Baru -baru ini penyakit covid -19 telah membawa
impak yang besar kepada semua orang. Dalam sistem Pendidikan pula, para
pelajar dan guru diberikan cuti yang agak lama. Perkara ini, menjejaskan
pembelajaran para pelajar. Dalam pada itu, revolusi 4.0 ini sangat membantu
mereka. Bagi merealisasikan perkara ini, apakah tindakan seorang guru, ibu
bapa dan pelajar tersebut sendiri.

Guru : sudah tentu guru menggunakan google classroom. Tetapi yang ini hanya untuk
pelajar
tahun 6 sahaja. Perkara ini membolehkan prestasi mereka dalam bidang akademik
dikekalkan. Bagi pelajar tahun lain pula, kemudahan yang digunakan ialah aplikasi
telegram dan juga whatsaap sahaja. Para guru bukan sahaja berkongsi informasi
kepada pelajar dan ibubapa melaui aplikasi tersebut, malah memberikan tugasan
melalui aplikasi juga. Hal ini membolehkan para pelajar tidak leka dan belajar
sepanjang cuti.

Guru pelatih : baik encik, sekolah ini merupakan sekolah Transformasi 25, dimana
Melahirkan modal insan yang unggul merupakan tonggak utama. Bagi
meralisasikan perkara tersebut, adakah penting pelaksanaan revolusi 4.0?

Guru : sangat-sangat penting. Perkara ini bukan sahaja menjurus kepada prestasi para
Pelajar dalam bidang akademik, dan juga pemikiran aras tinggi sahaja. Malah, hal ini
menjurus kepada pemikiran kreatf dan inovasi tekologi para pelajar juga. Oleh itu,
revolusi industri 4.0 sangat penting dalam menigkatkan lagi taraf transformasi
sekolah 25 ini.

Guru pelatih : Bagaimanakah, komuniti sekolah dalam menyumbang tenaga bagi


pelaksanaan revolusi 4.0?
Guru : seperti yang saya katakan tadi, ibubapa, guru, dan juga para pelajar memanikan
peranan yang penting dalam perkara ini. Guru besar memberi keenaran untuk
mangadakan kelas, dan guru pula sediaa berbakti untuk menyampaikkan
pengetahuan teknologi, para pelajar juga sedia mengahadiri ke kelas komputer dan
robotic yang dilaksanakan di sekolah dengan dorongan ibubapa mereka sendiri.

Guru pelatih : terima kasih atas jawapan encik. Soalan yang terakhir encik iaitu apakah
pendapat encik tentang pelaksaan elemen revolusi industri 4.0 dalam sistem
Pendidikan?

Guru : haha ingatkan sudah habis, tapi tak mengapa,..pada pendapat saya, pelaksanaan
revolusi industri 4.0 dalam pendidikan sangat penting sebab ia merupakan asas
kepada para pelajar sejak umur kecil lagi ini, supaya mereka dapat menyediakan diri
mereka dan membiasakan diri mereka dengan perubahan dan kemajuan teknologi
yang sedang berlaku dari semasa ke semasa.

Guru pelatih : terima kasih encik, sebab sudi meluangkan masa dengan saya untuk
memberi

maklumat yang secukupnya.

Guru : sama-sama.

Anda mungkin juga menyukai