Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL BANDAR SPRINGHILL

BANDAR SPRINGHILL, LUKUT,NEGERI SEMBILAN.

KERTAS KERJA
MINGGU
KESIHATAN

ANJURAN:

PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

KELAB DOKTOR MUDA

UNIT KESIHATAN

RASIONAL
Persekitaran Bersih Hidup Sihat adalah tema yang penting kerana persekitaran
yang bersih, sihat dan selamat merupakan keperluan asas manusia. Persekitaran perlu
dilindungi dengan baik supaya kita dapat menikmati kehidupan yang sihat pada masa
kini dan masa hadapan. Interaksi di antara manusia dan persekitaran perlu seimbang.
Ini adalah kerana manusia dan persekitaran saling berhubungkait di antara satu sama
lain. Sekiranya keseimbangan ini diancam, kemungkinan besar manusia akan
menghadapi pelbagai masalah khususnya masalah kesihatan seperti penyakit bawaan
makanan dan air, penyakit-penyakit bawaan vektor, pencemaran udara dan lain-lain
keadaan yang membahayakan

Aktiviti-aktiviti dan cara hidup seharian kita sama ada di rumah, sekolah, tempat
kerja dan taman rekreasi boleh mempengaruhi kualiti persekitaran. Oleh sebab itu,
program ini diadakan untuk memberikan kesedaran kepada murid-murid terhadap
kepentingan menjaga kebersihan supaya dapat mengelakkan penyakit dan dapat hidup
dalam keadaan sihat sejahtera.

OBJEKTIF PROGRAM
1. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid-murid terhadap menggalakkan

amalan cara hidup sihat dan mesra alam di kalangan murid-murid.

2. Murid-murid akan mendapat pengetahuan yang mendalam tentang kepentingan

dan kaedah menjaga kebersihan dan kesihatan.

3. Menerapkan kepentingan persekitaran yang bersih dan sihat.

4. Amalan kesihatan dan kebersihan dalam kehidupan murid-murid.

5. Mendedahkan penjagaan kesihatan dan kebersihan secara menyeluruh dan

mengikut prosedur yang betul terhadap murid-murid.

6. Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan

dalam menjalani kehidupan harian.

7. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan,

keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang disediakan.

8. Memupuk semangat kepunyaan serta kesediaan bekerja sebagai satu pasukan

untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah.

9. Mewujudkan iklim serta identity sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih,

indah dan ceria.


ORGANISASI

AHLI JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi : Pn.A.Santhi (Guru Besar)
Naib Pengerusi : Pn.R.Kala (GPK 1)
Setiausaha : En.M.Gobikrishna
Bendahari : Pn.S.Suguna

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Buku Program : Pn.Punitha

Juruacara :En.A.Krishna Kumar

Siaraya : En.T.Kugan

Jurugambar : En.Gunasekaran

Hadiah dan Cenderahati :Pn.S.Suguna

Persiapan Tempat :En.M.Gobikrishna


ATURCARA TENTATIF

Isnin 27 Julai 2015


Pertandingan Mewarna Poster
- Dikhaskan untuk murid-murid tahap 1
Kuiz Kesihatan
- Dikhaskan untuk murid-murid tahap 2

Selasa 28 Julai 2015

Rabu 27 Julai 2015


Majlis Perasmian
- Majlis akan dirasmikan oleh Guru Besar
Senam Robik oleh guru Pendidikan Jasmani
- Senam robik selama 15 minit pada waktu pagi
Penjualan Makanan
- Buah-buahan
Ceramah Kesihatan
- Ceramah tentang penjagaan kesihatan di kalangan murid-murid oleh Jabatan
Kesihatan

Khamis 28 Julai 2015

Jumaat Julai 2015


Ucapan awam
- Murid diminta memberi ucapan tentang topik kesihatan secara spontan
BELANJAWAN
Bil. Perkara Harga Kuantiti Jumlah

1. Kertas warna RM 0.10 20 keping RM 2.00

2. Kad Manila RM 0.50 6 keping RM 3.00

3. Kertas Lukisan RM 5.00 5 set RM 25.00

4. Cangkul RM 15.00 5 batang RM 75.00

5. Gunting Pokok RM 14.00 4 bilah RM 56.00

6. Tuala Pengelap RM 0.50 50 helai RM 25.00

7. Hadiah RM 60.00

8. Air Minuman RM 12.00 4 kotak RM 48.00

9. Cenderahati RM 15.00 4 set RM 60.00

10. Bayaran Penceramah RM100.00 Seorang RM100.00

JUMLAH RM454.00

Sumber Kewangan
Oleh kerana ini adalah program yang penting dan melibatkan murid-murid,
maka adalah dicadangkan sumber kewangan dipohon daripada :

1. Persatuan Ibu Bapa dan Guru


2. Mendapatkan tajaan daripada syarikat yang selalu berurusan dengan pihak
sekolah.
3. Sumbangan ikhlas daripada warga sekolah

Anda mungkin juga menyukai