Anda di halaman 1dari 4

‫سكوله كبڠسأن اندراسي تاواو سابه‬

SEKOLAH KEBANGSAAN ANDRASSY


PETI SURAT 679, 91008 TAWAU, SABAH
No. Tel & Fax : 089-913781
Emel : xba3003@moe.edu.my
.

MINIT MESYUARAT KANTIN KALI 1/2019

Tarikh : 14 Februari 2019


Masa : 1.30 Petang
Hari : Isnin
Tempat : Bilik Gerakan SK Andrassy

Kehadiran :
1. Pn. Doris Francis Guru Besar
2. Pn. Angela John Penolong Kann HEM
3. Pn Hjh Surma Masor Penolong Kanan Kurikulum
4. Pn. Kasturi Nusi Setiausaha Kantin
5. Ustz Nor Razana Hasmim Setiausaha RMT
6. Pn. Normasrawaty Abd Rani AJK RMT
7. Pn. Rabiah Wahid AJK RMT
8. Pn. Nurul Aida Che Husin AJK RMT
9. Pn. Noraini Kadir Pengusaha Kantin
10. Pn. Hanisah Mansor AKP ( Bendahari Sekolah)
11. Pn. Ruslina Kassim Wakil Ibubapa
12. Pn. Sudarmina Hamma Wakil Ibubapa
13. Norizam Idzanie Rahmijan Wakil Murid
14. Nur Sabrina Ruzanna Rodzan Wakil Murid
15. Mohd Alif Safwan Abidin Wakil Murid

Agenda

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi


2.0 Ucapan Guru Penolong Kanan HEM
3.0 Perjanjian Kantin
4.0 Laporan Kendiri Kantin
5.0 Kuantiti dan Menu Kantin
6.0 Keceriaan dan Kebersihan Kantin
7.0 Isu-Isu kantin
8.0 Hal-hal lain
BIL AGENDA TINDAKAN

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua yang terlibat

2.0 Ucapan Guru Penolong Kanan HEM


2.1
3.0 Perjanjian Kantin
3.1 Pengerusi memaklumkan perjanjian boleh diguna pakai selama 2 tahun iaitu
sewaan RM50 / hari berdasarkan hari persekolahan tidak termasuk sabtu dan
ahad serta akan tutup sepenuhnya pada bulan ramadhan kecuali untuk murid
bukan beragama islam
3.2 Pengerusi memaklumkan juga UPSR berjalan, murid akan bercuti dan
bayaran kantin adalah 1/3 dari sewaan kantin
3.3 Sedia maklum sewaan kantin akan lesap jika penguasaha kantin menarik diri
sebelum kontrak berakhir.
3.4 Pastikan kantin bersih dan tiada binatang peliharaan
3.5 Bil air dan letrik adalah dibawah tanggungjawab pengusaha kantin.
Tindakan : Pengusaha Kantin

4.0 Laporan Kendiri Kantin


4.1 Penolong Kanan HEM memaklumkan markah dan laporan pemantauan
kantin dilakukan sendiri penguasaha kantin dan hantar kepada beliau
4.2 Manakala borang kebersihan kantin akan diisi oleh Penolong Kanan HEM
4.3 Penolong Kanan HEM berharap agar pengusaha kantin dapat mematuhi
peraturan-peraturan dalam pengendalian dan persediaan makanan murid dan
guru.
4.4 Penguasaha kantin juga diharap agar memjaga dan memastikan sistem
perparitan bersih dan sempurna, dan peti sejuk dibersih dan diurus dengan
baik. Manakala makanan yang diseiakan dihijang tidak melebihi 4 jam.
Tindakan : Pengusaha Kantin

5.0 Kuantiti dan Menu Kantin


5.1 Puan Nurul Aida Che Husin meminta penguasaha kantin memperbaiki cara
layanan semasa penyediaan makanan agar murid tidak beratur terlalu lama
semasa membeli makanan.
5.2 Puan Normasrawaty juga meminta agar pengusaha kantin menyediakan
makanan guru yang berlainan setiap hari.
5.3 Puan Noraini selaku pengusaha kantin akan berusaha memastikan menu
yang dihidangkan kepada guru pelbagai dan memenuhi citarasa guru-guru.
5.4 Penolong Kanan HEM berharap agar harga makanan dipaparkan dan
wujudkan group kantin bagi memastikan isu-isu perbincangan kantin dapat
dilakukan dari masa ke masa.
Tindakan : Pengusaha Kantin, Penyelaras Kantin
5.5 Penolong Kanan bertanya kepada wakil murid mengenai kualiti makanan
kantin sekolah.
5.6 Wakil-wakil murid memaklumkan makanan yang disediakan memenuhi
keperluan dan selera mereka.

6.0 Keceriaan dan Kebersihan Kantin


6.1 Penolong Kanan HEM memaklumkan bahawa terdapat 3 orang guru kantin
yang dilantik bagi memastikan hal ehwal kantin diurus dengan baik.
Penyelaras : Puan Kasturi Nusi
AJK Keceriaan : Puan Nuramalinah Sanari
AJK Kebersihan : Encik Rhoma Fasla Alih

7.0 Isu-Isu Kantin


7.1 Pengusaha kantin berharap agar guru-guru dapat rehat sebelum atau
selepas waktu rehat murid bagi mengelakkan kurangnya layanan pengusaha
kantin kepada guru-guru memandangkan kakitangan yang kurang
mencukupi.
7.2 Guru Besar berharap agar pengusaha kantin dapat menyediakan makanan
guru lebih awal agar tidak berlakunya kurang layanan tersebut.
7.3 Pengusaha kantin juga berusaha untuk menyelesaikan isu suasana panas
terik ketika minum pagi.

8.0 Hal-hal Lain


8.1 Puan Nurul Aida meminta agar pengusaha kantin dapat merancang menu
guru dengan lebih baik dan pelbagai.
8.2 Pengerusi mencadangkan agar menu seperti mee kari dan mee sup dapat
disediakan 3 kali seminggu.
8.3 Pengerusi meminta agar makanan terlarang seperti gula-gula, coklat, aiskrim
dan jeruk tidak dijual di kantin sekolah disamping mengelakkan makanan
yang melebihi tarikh luput.
8.4 Pengerusi berharap perbincangan dapat diambil antara ibubapa, guru-guru,
pengusaha kantin dan murid bagi memastikan pengurusan kantin sekoalh
ditadbir dengan baik.

Pengerusi mengucapkan terima kasih dan menangguhkan mesyuarat pada pukul 3.30
Petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

___________________ ________________
( KASTURI BINTI NUSI ) ( ANGELA JOHN )
Penyelaras Kantin Penolong Kanan Kantin
SK Andrassy, Tawau SK Andrassy, Tawau

Pengesahan minit :___________________


Disokong oleh :___________________

Anda mungkin juga menyukai