Anda di halaman 1dari 7

SJKT(T) BANDAR INDERA MAHKOTA

25200 KUATAN,
PAHANG

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN  BIL 1/2020

Tarikh                          : 24 Januari 2020 ( Jumaat)

Masa                           : 1.10 petang

Tempat                        : Kantin Sekolah

Penasihat : C.Santhi (Guru Besar)

Pengerusi                    : S.Puspavalli  (PK Hem)

Kehadiran(Bilangan)   : S.Puspavalee (PK Hem)


   N.Thangamani (Guru Kantin)
                                      A.Santhi (Penyelaras RMT)
A.Punithavathi (Penyelaras susu)                                
M.Thiagaseelan (Guru)
Mala (Pengusaha kantin)

1 KATA ALUAN
1.1 Setiausaha mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan pihak kantin
sekolah ke mesyuarat kali pertama.
1.2 Diharapkan semau guru dan pihak kantin dapat memberikan kerjasama dan buah
fikiran bagi meningkatkan kualiti pengurusan kantin dari masa ke semasa.

2 UCAPAN GPK HEM


2.1 Terima kasih dan tahniah kepada warga sekolah yang telah bertungkus lumus
menceriakan kantin sekolah.
2.2 Meminta kerjasama semua bagi memantau tingkah laku dan adab murid di kantin
sekolah.

                                                                               Tindakan:
Makluman Semua AJK

3 FOKUS MESYUARAT
3.1.Kebersihan, keselamatan dan kemudahan kantin
Pn.N.Thangamani mengingatkan pihak kantin agar dapat menitik beratkan faktor
kebersihan dan keselamatan kantin dari segi:
3.1.1. Kebersihan/ kemudahan
- semua tempat di kantin seperti tempat menyedia, mempamer dan menghidangkan
makanan hendaklah sentiasa dijaga dan dalam keadaan bersih dan kemas.
- semua sinki hendaklah bersih dan berfungsi.
- bilik air hendaklah bersih dan berfungsi.
- tempat mengumpul sampah hendaklah bersih dan kemas. Tong-tong sampah
hendaklah berplastik di dalamnya dan bertutup.

                                                                                          Tindakan: Pihak
Kantin      
4. KEBERSIHAN
4.1.Kebersihan peralatan
- Semua jenis alat atau perkakas yang digunakan hendaklah dibersihkan dengan air
bersih, sebaik-baiknya air yang panas dan bahan pencuci yang sesuai. Alatan yang
telah bersih ditempatkan di tempat khas yang telah ditetapkan dan bersih serta
kemas.
- Semua peralatan yang retak, sumbing, calar dan karat tidak boleh digunakan.
- Kain pengelap yang kotor hendaklah dicuci dengan air panas dan bahan pencuci
yang selamat. Susun kain lap mengikut kategori dan lebelkan.
                                                                               Tindakan: Pihak
Kantin
4. 2 Kebersihan bangunan
- Seluruh bangunan dan kawasan sekitar kantin handaklah sentiasa dalam keadaan
bersih, kemas dan selamat.
- Lantai, longkang, siling dan dinding hendaklah sentiasa dibersihkan.
- Tempat makan hendaklah sentiasa bersih, teratur dan selamat.
        
Tindakan: Pihak Kantin
4.3 Keselamatan
Kemalangan boleh dielakkan sekiranya:
- Peralatan diuruskan dengan sempurna, diletakkan di tempat yang sesuai dan dibaiki
yang rosak.
- Semua kerja dilakukan dengan cermat dan berhati-hati.
- Segala punca kemalangan dikenalpasti dan segera diatasi.

4.4 Langkah mencegah kebakaran:


- Memastikan pendawaian elektrik sentiasa berada dalam keadaan baik.
- Urusan penyambungan elektrik perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa.
- Bahan-bahan yang mudah terbakar hendaklah diletakkan jauh dari api dan dapur.
Sebarang minyak dan cairan yang mudah terbakar dilabel dan ditutup ketat serta
diletakkan jauh dari api.
- Murid- murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur.
- Kawasan dapur hendaklah sentiasa kemas dan bersih.
4.5 Langkah mencegah kecederaan:
- Lantai hendaklah sentiasa bersih, kering dan tidak licin.
- Murid-murid tidak dibenarkan bermain-main dan berlari di kantin.
- Barang-barang hendaklah diurus dengan sempurna agar tidak menghalang
pergerakan dan membahayakan pengguna.
- Perabot hendaklah selamat dan sesuai digunakan.

4.6 Kemudahan-kemudahan kantin


4.6.1 : Bekalan air bersih – air yang digunakan di kantin hendaklah dari sumber air
yang bersih, selamat dan mencukupi.
4.6.2 : Bekalan elektrik  kantin menanggung sendiri kos eletrik.
4.6.3 : Tempat penyediaan makanan – ruang kerja untuk menyediakan makanan
cukup bagi pekerja kantin menyelanggarakan tugas dan muat untuk setiap kerja.
- Meja kerja yang digunakan untuk menghidangkan makanan hendaklah bersih,
kemas dan dialas dengan bahan yang kalis air.
- Ruang memasak hendaklah mencukupi agar pengendali makanan selesa dan boleh
menjalankan kerja dengan baik.
- Tempat mengeringkan pinggan mangkuk – mestilah di tempat yang selamat dan
bersih.
4.6.4 Tempat menyimpan bahan makanan : - penyimpanan bahan mentah yang tidak
mudah rosak hendaklah dilengkapi dengan para atau pun perabot yang sesuai.
- Selamat daripada gangguan tikus dan serangga dan mendapat pengudaraan yang
cukup.
-Penyimpanan bahan mentah yang mudah rosak hendaklah di dalam peti sejuk yang
mempunyai kemudahan beku dan dingin dengan suhu yang sesuai.
- Makanan yang sudah masak hendaklah ditutup dan diletakkan ditempat yang
sesuai.
-Makanan untuk dijual diletak di tempat yang bertutup dan bersih.
4.6.5 Kaunter jualan – kaunter jualan hendaklah sesuai dan sentiasa berkeadaan
bersih.
- Sediakan lorong untuk murid beratur.
4.6.6. Tempat makan – tempat makan untuk murid hendaklah mencukupi dari segi
bangku dan meja, disediakan alas meja dari bahan yang kalis air, bersih dan kemas.
-Tempat makan staf hendaklah mempunyai kemudahan yang sesuai.
4.6.7 Sinki – Pastikan singki mencukupi dan berfungsi serta disediakan cecair
pencuci tangan.

4.7 Penyelenggaraan sisa makanan


- sisa makanan hendaklah diselenggarakan dengan sempurna.Tong sampah perlu
mencukupi dan dilapis dengan plastik serta bertutup. Kawasan sekitar tong sampah
bersih.
- pelupusan sampah – sampah sisa dari kantin dibuang ditempat pembuangan
sampah Majlis Perbandaran Kuatan.
4.8 Pengendali makanan
-Perlu mendapatkan suntikan typoid oleh semua pekerja kantin.
- pengendali makanan perlu sentiasa merujuk buku panduan dan peraturan
mengendalikan kantin sekolah dengan pakaian dan amalan yang baik.
- pengendali makanan perlu melayan pelanggan dengan baik dan tidak boleh sama
sekali menggunakan perkataan yang negatif terhadap pelanggan.
                                                                                        Tindakan:
Makluman       

5 HAL-HAL LAIN
5.1. Maklumat pekerja kantin
- Pihak pengusaha kantin perlu memberikan maklumat terkini berkenaan pekerja
kantin. Maklumat ini penting untuk disimpan di fail dan rujukan pihak pemantau.

                                                                                        Tindakan:
Pihak Kantin  
5.2 Laporan Kendiri Kantin
- Pihak kantin diminta memberi kerjasama untuk membuat laporan kendiri kantin iaitu
sebelum 5 haribulan setiap awal  bulan. Ia bagi memudahkan pihak sekolah
membuat laporan bulanan kantin.
                                                                                        Tindakan:
Pihak Kantin  

5.3 Harga makanan dan minuman


- Harga makanan dan minuman murid dan guru hendaklah berbaloi dengan kuantiti
dan kualiti makanan yang telah dipersetujui.

                                                                                         Tindakan:
Pihak Kantin
5.4 Pengusaha Kantin
- Puan Mala mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang  telah diberikan oleh
pihak sekolah kepada kantin sekolah dan memastikan kualiti kantin akan lebih baik
dari masa ke semasa.
                                                                                              Tinda
kan: Makluman       

PENUTUP
a.    Pengerusi berharap agar pihak kantin dan AJK Kantin dapat memberikan kerjasama dan
menjalankan tanggungjawab dengan baik.
b.    Beliau berharap laporan kendiri kantin dapat dilengkapkan sebaiknya.
c.    Mesyuarat seterusnya dijangka akan diadakan pada bulan Mei.
d.    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.
Disediakan  oleh,                                                                               Disemak  oleh,

..........................................………                                             ……...............................…
(Pn.N.Thangamani)                                                                
( Pn.S.Puspavalli)                    Setiausaha Kantin 
GPK HEM
Tarikh : 16 Januari 2020                                                               Tarikh : 17 Januari 202

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MELANGIT

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN   BIL 2 /2015

Tarikh                          : 16 Jun  2015 ( Rabu )

Masa                           : 1. 10 petang

Tempat                        : Kantin Sekolah

Pengerusi                    : Pn. Norashikin bt Saad  (PKHem)

Kehadiran(Bilangan)   : Pn. Norshikin bt. Saad (PKHem)


   Pn. Nik Hafizah bt Awang (S/U)
                                       Pn. Hamiyah bt Ismail
                                       Pn. Noraini bt Abdullah
                                       Pn. Harniza bt Ibrahim
                                       Pn.  Sri Rahayu bt Ghulam Ali (Penyelaras RMT/SUSU)
                                       En. Saad bin Musa (Pengusaha Kantin)    
adir (Jika ada)  : -

1 KATA ALUAN
1.1 Mengucapkan salam dan terima kasih diatas kehadiran semua guru.   
1.2 Diharap apa jua yang diminitkan diambil tindakan segera.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Hamiyah bt Ismail
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Harniza bt Ibrahim

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Keceriaan kantin masih ditahap yang sama, diharap ada penambahbaikan oleh
semua pihak supaya kantin lebih ceria bersih dan selesa.
                                                                                       Tindakan:
Pengusaha Kantin
                                                                                 dan guru-guru
bertugas    kantin
    
3.2. Label makanan sudah tertanggal, sila lekatkan semula.
                                                                                       Tindakan:
Pengusaha Kantin
3.3 Sila pastikan murid beratur mengikut lorong yang disediakan. Guru yang bertugas
memainkan peranan penting membentuk disiplin murid.

4 FOKUS MESYUARAT
        

4.1 Kendiri Kantin : Pengusaha Kantin lambat  mennyediakan Laporan Kendiri Kantin
kerana masalah masa dan usia. Bagi mengatasi masalah ini, GPK HEM meminta
pekerja kantin membantu  mengisi markah kendiri kantin.
                                                               Tindakan: Guru Kantin

4.3 Menu dan Senarai Harga : Pihak kantin diingatkan untuk menyenaraikan harga
makanan dan minuman serta  dipamerkan. Dan diharapkan pihak kantin dapat
bertindak segera. Pihak kantin juga diminta untuk mempelbagaikan menu samada
pelajar dan guru setiap hari.
Tindakan : GPK HEM & Pengusaha Kantin

4.4 Sila sediakan peti kecemasan di kantin sebagai persediaan jika ada murid atau
pekerja tercedera semasa berada di kantin.
      

5 HAL-HAL LAIN
5.1. Pn. Nik Hafizah menyatakan terima kasih kepada semua guru yang membantu
dalam pengurusan kantin. Terima kasih juga kepada pihak kantin kerana
menyediakan memberi kerjasama kepada sekolah dalam semua program terutama
yang melibatkan makanan.  
5.2 Pertandingan kantin dijangka akan diadakan pada bulan Ogos, diharap semua
warga sekolah dapat memberi kerjasama kepada pihak kantin.
                                                                             Makluman :
Semua guru         

PENUTUP

a.    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang

Disediakan  oleh,                                                                               Disemak  oleh,


..........................................………                                                       ……...............................
……….
(Pn. Nik Hafizah bt Awang)                                                                (                                  
)
      Setiausaha Kantin                                                                                          
Tarikh : 16 Jun 2015                                                                                 Tarikh : 17 Jun  2015

Anda mungkin juga menyukai