Anda di halaman 1dari 3

PK 07- Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

MINIT MESYUARAT KANTIN KALI PERTAMA 1/2022

Tarikh: 23 Mac 2022 (Rabu)


Masa: 1310 Petang
Tempat: Bilik Pentadbir

1. Ucapan Pengerusi
Mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Kantin & RMTS kerana menghadiri
mensyuarat kantin kali pertama bagi tahun 2022

2. Ucapan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM)

2.1 Perancangan aktiviti untuk tahun 2022 mestilah disediakan dan disusun mengikut
kepentingan.
2.2 Mencatat kebersihan kantin di dalam buku kendiri dan penilaian bulanan setiap bulan
seperti tarikh yang ditetapkan.
2.3 Guru kantin mestilah mengemaskini maklumat pekerja jika ada perubahan.

(Tindakan:AJK Kantin)

3. Pembahagian Tugas
3.1 Meminta setiausaha Kebersihan Kantin Sekolah dibantu oleh AJK yang lain
menyiapkan fail, memastikan kantin ceria, mengekalkan kebersihan di tahap yang paling
maksimum.
PK 07- Pengurusan Mesyuarat

PK
07/3

3.2 Tugas AJK:


1.1 Puan Rohiza sebagai penyelaras kantin ditugaskan memastikan murid dan
pengusaha serta pekerja sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan semasa berada
dikantin.
1.2 Encik Tan Keling ditugaskan memastikan persekitaran dan keceriaan kantin
sentiasa terjaga.
1.3 Puan Lye Wen Ying ditugaskan memastikan makanan yang dijual dan di makan
oleh murid makanan yang sihat dan berkhasiat.

(Tindakan:AJK Kantin)

4. Hal-hal Lain
4.1 Puan Rohiza mencadangkan pengusaha kantin dapat menyediakan makanan yang
lebih berkhasiat kepada murid seperti tambahan sayur-sayuran ke dalam setiap pinggan
murid. Tidak dibenarkan sama sekali menjual makanan yang tidak sihat seperti nugget, air
botol dan gula-gula.
4.2 Puan Lye Wen Ying mencadangkan semua pekerja memakai opron dan penutup
kepala dengan kemas.
4.3 Peruntukan keceriaan kantin ditanggung sendiri oleh pengusaha kantin tersebut.
4.4 En. Tok Kian Wei (GPK HEM) mencadangkan menu RMTS diubah suai mengikut
selera murid.
PK 07- Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

Menu Kantin Tahun 2022


Hari Makanan Unit Harga
Isnin Mee Goreng 1 RM 1.50
Selasa Bihun Goreng 1 RM 1.50
Rabu Nasi Lemak 1 RM 1.50
Khamis Nasi Ayam 1 RM 2.00
Jumaat Roti Telur 1 RM 1.50

5. Penutup
Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam
mesyuarat tersebut. Semoga apa yang dibincangkan dapat sama-sama dilaksanakan dengan
jayanya.
Mesyuarat ditangguh pada jam 1.50 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh :

………………
…………………
(Puan Rohiza Binti jajol ( )
Penyelaras Kantin
SJKC Masjid Tanah

Anda mungkin juga menyukai