Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKENDI

45200 SABAK BERNAM,SELANGOR

MINIT MESYUARAT UNIT RMT 2017


BILANGAN 1 TAHUN 2017

Tarikh : 14 Februari 2017

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Pusat Sumber SK Sekendi

Kehadiran : 5 orang

Bil Nama Jawatan

1. Pn. Fatmah Wati bt Abd Moes GPK HEM


2. Pn. Norliyani bt Yahaya Penyelaras RMT
3. Pn .Noor Asyikin bt Sofian Nazri Setiausaha
4. Pn .Juhana bt Hj Johar AJK
5. Pn Muzainah bt Diamon Pengusaha Kantin

Tidak Hadir (Bersebab)

- TIADA

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Bacaan Surah Al -fatihah. Semoga majlis yang diadakan akan


mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
1.2 Melafazkan kesyukuran ke hadrat ilahi dan merakamkan ucapan
terimakasih kepada guru-guru kerana dapat hadir dalam mesyuarat
RMT kali pertama pada tahun ini.
1.3 Mengucapkan tahniah diatas perlantikan sebagai ahli jawatankuasa
RMT bagi tahun 2017 kepada semua guru yang terlibat
1.4 Tujuan diadakan mesyuarat pada kali pertama ini adalah untuk
membincangkan tentang rancangan dan pelaksanaan program RMT
bagi tahun 2017

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


01 16 Februari 2017 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010
1.5 Ucapan terimakasih kepada tuan guru besar yang baru meegang
jawatan guru besar di Sekolah Kebangsan Sekendi atas kesudian dan
kesempatan bersama-sama dalam mesyuarat RMT kali pertama .
1.6 Ucapan tahniah juga kepada pengusaha kantin kerana disambung
semula tender kantin untuk tahun ke Sembilan .
1.7 Pemilihan murid layak RMT bagi tahun 2017 berdasarkan kepada
APDM seramai 45 orang murid termasuk murid tahun satu.

Tindakan : Makluman

2.0 UCAPAN GURU BESAR

2.1. Mengharapkan semua AJK tahun 2017 dapat mempertingkatkan usaha


dan menambahbaikkan lagi RMT berbanding tahun 2016.
2.2. Hubungan dan kerjasama perlu dipupuk dengan lebih erat antara
pengusaha kantin dan AJK RMT agar dapat menjaga kualiti makanan yang
disediakan setiap hari kepada murid.
2.3. Guru besar juga mengharapkan segala masalah , kepincangan dan segala
kelemahan perlu dibincangkan secara bersama antara pengusaha kantin
dan AJK RMT agar ianya dapat diperbaiki terutama mutu makanan dari masa
ke semasa.
2.4. Pihak pengusaha kantin diingatkan juga agar dapat menyediakan menu yang
berkualiti berasaskan menu yang telah dicadangkan oleh kementerian
kerana ianya memberi khasiat kepada murid .
2.5. Meminta pengusaha kantin agar dapat bersama guru dan murid ketika
makan pada waktu rehat tahap satu dan rehat tahap dua.

Tindakan : Makluman

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


01 16 Februari 2017 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010
3.0 Pengesahan minit mesyuarat yang lepas
3.1 Setiausaha menbentangkan minit mesyuarat yang lepas.
3.2 Disahkan oleh Puan Noor Asyikin bt Sofian Nazri
3.3 Disokong oleh Puan Juhana bt Mohd Johar
3.4 Perkara- perkara berbangkit- tiada

Tindakan : Makluman
4.0 Ucapan setiusaha RMT

4.1. Mengucapkan tahniah diatas kejayaan untuk meneruskan tender di kantin dan ucapan
terimakasih kepada Pn Muzaianah diatas kerjasama bersama AJK RMT untuk tahun
2016
4.2. Terdapat beberapa komen yang membina daripada kalangan guru-guru yang bertugas
mengenai menu yang di hidangkan dari segi kualiti yang tidak bersesuaian dengan
harga RM 1.80
4.3. Semua guru yang menyelia RMT perlu membuat catatan di dalam buku bertugas jika
didapati menu yang dihidangkan tidak menepati piawaian.
4.4. Pada tahun 2017 terdapat perubahan dari segi menjalankan tugasan memantau murid
semasa makan, dimana guru akan menjalankan tugas secara mingguan seperti tarikh
yang telah diserahkan kepada semua guru.
4.5. Semua guru yang bertugas pada minggu tersebut perlu mengambil dan merasa
makanan yang disediakan sebelum makan di makan oleh murid pada waktu rehat.
4.6. Mengharapkan semua permasalahan yang timbul berbincang terus bersama
pengusaha kantin bukan dengan pekerja-pekerja kantin .
4.7. Mengharapkan makanan yang dihidangkan di atas meja perlu ditutup dengan tudung
saji untuk menghindari lalat.
Tindakan : Makluman

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


01 16 Februari 2017 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010
5. Hal-Hal lain

5.1. Puan Juhana mencadangkan agar pengusaha kantin dapat menyediakan makanan
mengikut menu ynag telah ditetapkan .
5.2. Pn Noor Asyikin mengharapkan agar semua pekerja yang terlibat dengan RMT
memakai pakaian yang sesuai terutamanya apron untuk menjaga kebersihan semasa
penyediaan makanan.

Tindakan : Makluman

6. Penutup

6.1. Pengerusi memaklumkan bahawa semua perkara telah dipersetujui dalam mesyuarat
dan akan dilaksanakan seperti yang telah ditetapkan.
6.2. Mesyuarat diakhiri dengan bacaan Surah AI- Asri

7. Mesyuarat ditangguhkan pada 10.50 minit. Mesyuarat akan dilaksanakan pada masa akan
datang. Tarikh mesyuarat akan diberitahu kemudian.

Disedikan oleh Disahkan oleh

............................................................ ......................................
( PN NOOR ASYIKIN BT SOFIAN NAZRI ) ( PN FATMAH WATI BT ABD MOES )
Seitausaha RMT 2017 GPK HEM SK SEKENDI

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


01 16 Februari 2017 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

Anda mungkin juga menyukai