Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN LENGGONG

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN BIL 1/2019

Tarikh : 17 Januari 2019 (Khamis)

Masa : 1.00 petang – 2.30 petang

Tempat : Bilik Guru Besar

Pengerusi : En. Ahmad Marzuki b. Tabligh (PK Hem)

Kehadiran (4/4) : En. Ahmad Marzuki b. Tabligh (PK Hem)


Cik. Wong Xing Fong (S/U Kantin)
Pn. Fuziah bt. Saidin (Penyelaras RMT)
Pn. Nor Asma bt. Harun (Pengusaha Kantin)

1.0 KATA ALUAN


1.1. Mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan pihak kantin sekolah ke mesyuarat
kali pertama.
1.2. Diharapkan semua guru dan pihak kantin dapat memberikan kerjasama dan buah fikiran
bagi meningkatkan kualiti pengurusan kantin dari masa ke semasa.

2.0 FOKUS MESYUARAT


2.1. Pemantauan daripada Pegawai Kesihatan
2.1.1. Pada hari Rabu, 16 Februari 2019 pegawai daripada Jabatan Kesihatan
Daerah telah hadir membuat pemantauan ke kantin khususnya di dalam dapur
kantin buat kali pertama bagi sesi persekolahan 2019.
2.1.2. Keputusan pemantauan: C

2.2. Kebersihan, keselamatan dan kemudahan kantin


En. Marzuki mengingatkan pihak kantin agar menitik beratkan faktor kebersihan dan
keselamatan kantin.
2.3.1. Kebersihan / kemudahan
 Semua tempat di kantin seperti tempat menyedia, mempamer dan
menghidangkan makanan hendaklah sentiasa dijaga dan dalam keadaan
bersih dan kemas.
 Semua sinki hendaklah bersih dan berfungsi.
2.3.2. Peringatan kepada pihak kantin:
 Semua pengendali makanan diwajibkan mendapatkan suntikan vaksin
(pelalian anti-tifoid) melalui pengamal perubatan berdaftar.
 Pakaian pengendali makanan perlu mengikut kehendak undang-undang
kesihatan.

Pengusaha kantin diminta untuk menguruskan borang Laporan Harian
Kendiri Kantin Sekolah dengan menyedia dan melaksanakan
pemeriksaan harian di kantin.
2.3.3. Makanan Kantin:
 Makanan dan minuman yang dilarang dijual di kantin: makanan ringan,
makanan segera, minuman beralkohol, dll.
 Semua harga makanan yang dijual perlu dipamerkan.
 Makanan yang dijual perlu sentiasa bertutup agar tidak dihinggapi lalat.
 Pengendali makanan di kantin sekolah perlu memastikan bahan mentah
yang baharu dibeli disimpan segera di dalam peti sejuk dan tidak
mencampurkan daging serta daging ayam dan sayur bagi mengelakkan
penyebaran bakteria.
Tindakan: AJK Kantin, Pengusaha Kantin

2.3. Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT)


Program RMT akan dimulakan pada awal bulan Februari.
2.3.1. Jumlah bilangan murid yang mengambil RMT bagi tahun 2019: 50 orang
2.3.2. Menu makanan:
 hidangan bertukar setiap hari mengikut 10 menu yang diberikan KPM
 buah-buahan perlu disediakan setiap hari mengikut menu yang
ditentukan
 AJK Kantin akan memastikan kualiti makanan RMT adalah bersih dan
terjamin
 makanan RMT untuk murid tahap 1 dan 2 perlu diletak di tempat yang
berlainan supaya murid tidak dikelirukan
Tindakan: Penyelaras RMT, AJK Kantin, Pengusaha Kantin
2.3.3. Pihak kantin dikehendaki untuk mempamerkan maklumat RMT pada papan
kenyataan, termasuklah menu makanan dan nama murid yang mengambil RMT.
Tindakan: Pengusaha Kantin

3.0 PENUTUP
 Pengerusi berharap agar pihak kantin dan AJK Kantin dapat memberikan kerjasama dan
menjalankan tanggungjawab dengan baik.
 Beliau berharap laporan kendiri kantin dapat dilengkapkan sebaiknya.
 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh

............................................... ..............................................................
(CIK. WONG XING FONG) (EN. AHMAD MARZUKI B. TABLIGH)
Setiausaha PK HEM

Anda mungkin juga menyukai