Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA LANAR

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN BIL 2/2014




Tarikh : 24 September 2014 ( Rabu )

Masa : 2.40 petang

Tempat : Kantin Sekolah

Pengerusi : Pn. Norfazalillah binti Zakaria

Kehadiran : Pn. Mazilah binti Zakariah
Pn. Rohizan binti Ahmad
Pn. Nor Azah binti Yunus
Pn. Hafsah binti Hamidun
Pn. Norli Azidawati binti Mohd Arshad
En. Mohd Zulhilmi bin Jusoh


1

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Memulakan majlis dengan bacaan surah Al-Fatihah dan mengucapkan terima
kasih kepada semua guru dan pihak kantin sekolah ke mesyuarat kali kedua.
1.2 Diharapkan semua guru dan pihak kantin dapat memberikan kerjasama dan buah
fikiran bagi meningkatkan kualiti pengurusan kantin dari masa ke semasa.

2 FOKUS MESYUARAT
2.1 Harga makanan dan minuman
Puan Rohizan mengingatkan pihak kantin agar harga makanan dan minuman
hendaklah berbaloi dengan kuantiti dan kualiti makanan seperti yang telah
dipersetujui. Harga makanan yang dikira juga perlu sama dengan sebut harga
yang dipamerkan.

2.2 Pamerkan Sebut Harga
Pihak Kantin diingatkan agar mempamerkan sebut harga di ruang makan dan di
bahagian dapur agar pembayaran harga makanan adalah seiring dengan sebut
harga yang dipamerkan dan untuk mengelakkan disaman oleh penguatkuasa
sekiranya pemantauan dibuat.


2.3 Kebersihan dan keceriaan kantin
Pihak kantin diingatkan agar menitik beratkan faktor kebersihan dan keceriaan
kantin dari segi:
2.3.1. Kebersihan kemudahan
- semua tempat kemudahan kantin seperti tempat menyedia, mempamer dan
menghidangkan makanan hendaklah sentiasa dijaga dan dalam keadaan
bersih dan kemas.
- meja makan yang digunakan para pelajar hendaklah bersih, kemas dan dialas
dengan bahan yang kalis air dan tidak mudah koyak.
2.3.2. Kebersihan kawasan
- Seluruh kawasan sekitar kantin hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih dan
kemas.
- Tempat makan hendaklah sentiasa bersih dan teratur.
- Lantai dan longkang hendaklah dibersihkan.





















3 Cadangan penambahbaikan
3.1 Puan Norli menyarankan agar pihak kantin menyediakan beberapa besen yang
besar ketika waktu rehat untuk para pelajar meletakkan pinggan dan cawan
selepas menggunakannya.
3.2 Pihak kantin diminta untuk mempelbagaikan menu guru, menyediakan menu
yang berbeza mengikut hari dan menambahkan kuantiti makanan selaras dengan
pertambahan bilangan kakitangan sekolah.
3.3 Puan Nor Azah meminta agar pihak kantin menyediakan buah-buahan sebagai
pencuci mulut.




4 Hal-hal lain
4.1 Terdapat aduan daripada guru-guru di mana harga makanan di kantin terlalu
mahal dan tidak sama seperti yang tertera pada sebut harga yang dipamerkan
serta menu yang sama diulang-ulang.
4.2 Pengusaha kantin mengadu tidak dapat mengawal keadaan ketika para pelajar
membeli makanan pada waktu rehat, di mana para pelajar tidak beratur dengan
tertib malah berebut-rebut.




PENUTUP
a. Pengerusi berharap agar pihak kantin dan AJK Kantin dapat memberikan
kerjasama dan menjalankan tanggungjawab dengan baik.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.






Disediakan oleh, Disemak oleh,



................................ ..........................................

(En. Mohd Zulhilmi Bin Jusoh ) (Pn. Norfazalillah binti Zakaria)
Setiausaha Pengerusi
Tarikh : 25 September 2014 Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai