Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 11(2)

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN BIL 1/2018

Tarikh : 14 Januari 2015 ( Rabu )

Masa : 1.10 petang

Tempat : Kantin Sekolah

Pengerusi : Encik Mohammad Zaidi bin Ibrahim (PK Hem)

Kehadiran(Bilangan) :
1. Encik Mohammad Zaidi bin Ibrahim (PKHem)
2. Pn.Kamilah Bt Abdullah (SU Kantin)
3. Pn.

1 KATA ALUAN
1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan pihak kantin sekolah ke
mesyuarat kali pertama.
1.2 Diharapkan semau guru dan pihak kantin dapat memberikan kerjasama dan buah
fikiran bagi meningkatkan kualiti pengurusan kantin dari semasa ke semasa.

2 UCAPAN GPK HEM


2.1 Terima kasih dan tahniah kepada pengusaha kantin sekolah kerana telah
bertungkus lumus menceriakan kantin sekolah dan meningkatkan kebersihan kantin.
2.2 Meminta kerjasama semua bagi memantau tingkah laku dan adab murid di kantin
sekolah.

Tindakan: Makluman Semua AJK

3 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2018


Pencadang : Pn. Noraini bt Abdullah
Penyokong : Pn. Hamiyah bt Ismail
Sokongan sebulat suara

4 FOKUS MESYUARAT

4.1.Kebersihan, keselamatan dan kemudahan kantin


Pengerusi mengingatkan pihak kantin agar dapat menitik beratkan faktor kebersihan
dan keselamatan kantin dari segi:
4.1.1. Kebersihan/ kemudahan
- semua tempat di kantin seperti tempat menyedia, mempamer dan menghidangkan
makanan hendaklah sentiasa dijaga dan dalam keadaan bersih dan kemas.
- semua sinki hendaklah bersih dan berfungsi.
- bilik air hendaklah bersih dan berfungsi.
- tempat mengumpul sampah hendaklah bersih dan kemas. Tong-tong sampah
hendaklah berplastik di dalamnya dan bertutup.

Tindakan: Pihak Kantin


4.1.2 .Kebersihan peralatan
- Semua jenis alat atau perkakas yang digunakan hendaklah dibersihkan dengan air
bersih, sebaik-baiknya air yang panas dan bahan pencuci yang sesuai. Alatan yang
telah bersih ditempatkan di tempat khas yang telah ditetapkan dan bersih serta kemas.
- Semua peralatan yang retak, sumbing, calar dan karat tidak boleh digunakan.
- Kain pengelap yang kotor hendaklah dicuci dengan air panas dan bahan pencuci
yang selamat. Susun kain lap mengikut kategori dan lebelkan.
Tindakan: Pihak Kantin

4. 2 Kebersihan bangunan
- Seluruh bangunan dan kawasan sekitar kantin handaklah sentiasa dalam keadaan
bersih, kemas dan selamat.
- Lantai, longkang, siling dan dinding hendaklah sentiasa dibersihkan.
- Tempat makan hendaklah sentiasa bersih, teratur dan selamat.
Tindakan: Pihak Kantin

4.3 Keselamatan
Kemalangan boleh dielakkan sekiranya:
- Peralatan diuruskan dengan sempurna, diletakkan di tempat yang sesuai dan dibaiki
yang rosak.
- Semua kerja dilakukan dengan cermat dan berhati-hati.
- Segala punca kemalangan dikenalpasti dan segera diatasi.

4.4 Langkah mencegah kebakaran:


- Memastikan pendawaian elektrik sentiasa berada dalam keadaan baik.
- Urusan penyambungan elektrik perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa.
- Bahan-bahan yang mudah terbakar hendaklah diletakkan jauh dari api dan dapur.
Sebarang minyak dan cairan yang mudah terbakar dilabel dan ditutup ketat serta
diletakkan jauh dari api.
- Murid- murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur.
- Kawasan dapur hendaklah sentiasa kemas dan bersih.
4.6 Kemudahan-kemudahan kantin

4.6.1 Tempat menyimpan bahan makanan : - penyimpanan bahan mentah yang tidak
mudah rosak hendaklah dilengkapi dengan para atau pun perabot yang sesuai.
- Selamat daripada gangguan tikus dan serangga dan mendapat pengudaraan yang
cukup.
-Penyimpanan bahan mentah yang mudah rosak hendaklah di dalam peti sejuk yang
mempunyai kemudahan beku dan dingin dengan suhu yang sesuai.
- Makanan yang sudah masak hendaklah ditutup dan diletakkan ditempat yang sesuai.
-Makanan untuk dijual diletak di tempat yang bertutup dan bersih.
4.6.2 Kaunter jualan – kaunter jualan hendaklah sesuai dan sentiasa berkeadaan bersih.
- Sediakan lorong untuk murid beratur.
4.6.3 Tempat makan – tempat makan untuk murid hendaklah mencukupi dari segi
bangku dan meja, disediakan alas meja dari bahan yang kalis air, bersih dan kemas.
-Tempat makan staf hendaklah mempunyai kemudahan yang sesuai.
4.6.4 Sinki – Pastikan singki mencukupi dan berfungsi serta disediakan cecair pencuci
tangan.

4.8 Pengendali makanan


-Perlu mendapatkan suntikan typoid oleh semua pekerja kantin.
- pengendali makanan perlu sentiasa merujuk buku panduan dan peraturan
mengendalikan kantin sekolah dengan pakaian dan amalan yang baik.
- pengendali makanan perlu melayan pelanggan dengan baik dan tidak boleh sama
sekali menggunakan perkataan yang negatif terhadap pelanggan.
Tindakan: Makluman

5 HAL-HAL LAIN
5.1. Maklumat pekerja kantin
- Pihak pengusaha kantin perlu memberikan maklumat terkini berkenaan pekerja
kantin. Maklumat ini penting untuk disimpan di fail dan rujukan pihak pemantau.

Tindakan: Pihak Kantin


5.2 Laporan Kendiri Kantin
- Pihak kantin diminta memberi kerjasama untuk membuat laporan kendiri kantin iaitu
sebelum 5 haribulan setiap awal bulan. Ia bagi memudahkan pihak sekolah membuat
laporan bulanan kantin.
Tindakan: Pihak Kantin

5.3 Harga makanan dan minuman


- Harga makanan dan minuman murid dan guru hendaklah berbaloi dengan kuantiti
dan kualiti makanan yang telah dipersetujui.
Tindakan: Pihak Kantin
5.4 Pengusaha Kantin
- Puan Norasikin mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh
pihak sekolah kepada kantin sekolah . Beliau akan buat yang terbaik lagi pada tahun
ini bagi memastikan kualiti kantin akan lebih baik dari masa ke semasa.
Tindakan: Makluman

PENUTUP
a. Pengerusi berharap agar pihak kantin dan AJK Kantin dapat memberikan kerjasama
dan menjalankan tanggungjawab dengan baik.
b. Beliau berharap laporan kendiri kantin dapat dilengkapkan sebaiknya.
c. Mesyuarat seterusnya dijangka akan diadakan pada bulan Mei.
d. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

..........................................……… ……...............................…
(Pn.Kamishah bt Sharif) Encik Mohammad Zaidi bin
Ibrahim )
Setiausaha Kantin
Tarikh : 15 Januari 2018 Tarikh : 16 Januari 2018
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 11(2)
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN BIL 2 /2018

Tarikh : 16 Jun 2015 ( Rabu )

Masa : 1. 10 petang

Tempat : Kantin Sekolah

Pengerusi : Pn. Norashikin bt Saad (PKHem)

Kehadiran(Bilangan) : Pn. Norshikin bt. Saad (PKHem)


Pn. Nik Hafizah bt Awang (S/U)
Pn. Hamiyah bt Ismail
Pn. Noraini bt Abdullah
Pn. Harniza bt Ibrahim
Pn. Sri Rahayu bt Ghulam Ali (Penyelaras RMT/SUSU)
En. Saad bin Musa (Pengusaha Kantin)
adir (Jika ada) : -

1 KATA ALUAN
1.1 Mengucapkan salam dan terima kasih diatas kehadiran semua guru.
1.2 Diharap apa jua yang diminitkan diambil tindakan segera.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Hamiyah bt Ismail
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Harniza bt Ibrahim

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Keceriaan kantin masih ditahap yang sama, diharap ada penambahbaikan oleh
semua pihak supaya kantin lebih ceria bersih dan selesa.
Tindakan: Pengusaha Kantin
dan guru-guru bertugas kantin

3.2. Label makanan sudah tertanggal, sila lekatkan semula.


Tindakan: Pengusaha Kantin
3.3 Sila pastikan murid beratur mengikut lorong yang disediakan. Guru yang bertugas
memainkan peranan penting membentuk disiplin murid.
4 FOKUS MESYUARAT

4.1 Kendiri Kantin : Pengusaha Kantin lambat mennyediakan Laporan Kendiri Kantin
kerana masalah masa dan usia. Bagi mengatasi masalah ini, GPK HEM meminta
pekerja kantin membantu mengisi markah kendiri kantin.
Tindakan: Guru Kantin

4.3 Menu dan Senarai Harga : Pihak kantin diingatkan untuk menyenaraikan harga
makanan dan minuman serta dipamerkan. Dan diharapkan pihak kantin dapat
bertindak segera. Pihak kantin juga diminta untuk mempelbagaikan menu samada
pelajar dan guru setiap hari.
Tindakan : GPK HEM & Pengusaha Kantin

4.4 Sila sediakan peti kecemasan di kantin sebagai persediaan jika ada murid atau
pekerja tercedera semasa berada di kantin.

5 HAL-HAL LAIN
5.1. Pn. Nik Hafizah menyatakan terima kasih kepada semua guru yang membantu
dalam pengurusan kantin. Terima kasih juga kepada pihak kantin kerana menyediakan
memberi kerjasama kepada sekolah dalam semua program terutama yang melibatkan
makanan.
5.2 Pertandingan kantin dijangka akan diadakan pada bulan Ogos, diharap semua
warga sekolah dapat memberi kerjasama kepada pihak kantin.
Makluman : Semua
guru

PENUTUP

a. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH BIL 1/2019

Tarikh : 18 April 2019


Masa : 2.00 petang
Tempat : Kantin sekolah
Pengerusi : Encik Mohamad Zaidi bin Ibrahim (PK HEM)

Kehadiran :
Pn. Kamishah bt Sharif (S/U Kantin)
Pn.Maznah bt Star
Pn.Nor hayati bt Yusof
Pn.Kamilah bt Abdullah

AGENDA MESYUARAT :

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kpd semua AJK kantin yang hadir. Semoga perancangan
tahun ini berjalan lancar.

1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Fir Multi Resourses sebagai
pengusaha kantin pada tahun 2019 ini.

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS

2.1 Setiausaha untuk membentangkan minit mesyuarat lepas dan membuka cadangan untuk
disahkan

2.2 Pn Kamilah bt Abdullah mencadangkan agar minit mesyuarat lepas disahkan, lalu disokong
oleh Pn Maznah bt Star.

3.3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


Tiada perkara yang dibangkitkan berkenaan minit mesyuarat lepas

4.0 PERANCANGAN TAHUNAN UNIT KANTIN


4.1 Setiausaha membentangkan perancangan unit kantin pada tahun ini dengan memberi fokus
kepada kebersihan dan keceriaan kantin. Semua ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara.

4.2 Kendiri Kantin


GPK HEM meminta pengusaha kantin Norasikin bt Ahmad membuat penilaian kendiri dua kali
sebulan. Borang penilaian kendiri ini hendaklah diserahkan kepada GPK HEM dan diletakkan ke
dalam fail yang lengkap.

Tindakan: Guru Kantin


4.3 Kebersihan dan keceriaan kantin
4.3.1Pengerusi meminta pengusaha kantin supaya mengekalkan kebersihan kantin dan
menceriakannya lagi. Beliau meminta AJK kantin membantu untuk menampal informasi yang
berkaitan dengan kesihatan dan akademik di kantin.
4.3.2 Pengerusi juga mengingatkan AJK kantin supaya memantau pelajar-pelajar dan makanan di
kantin mengikut giliran seperti berikut:
Isnin: Puan Kamishah bt Sharif
Selasa: Kamishah bt Sharif
Rabu: Maznah bt Star
Khamis: Kamilah bt Abdullah
Jumaat: Norhayati bt Yusof

5. Hal hal lain


5.1 GPK HEM memaklumkan ada aduan ibu bapa kepada pelajar yang telah membeli roti yang
telah luput tarikhnya. Beliau meminta kejadian tersebut tidak berulang lagi.
5.2 Kerosakkan bumbung di kantin akibat ribut sudah dilaporkan kepada JPWPP. Tindakan
akan diambil oleh JPWPP dalam masa terdekat.
5.3 Puan Norasikin bt Ahmad membuat aduan mengenai jumlah pelajar yang dating ke kantin
pada waktu rehat semakin berkurangan. Hal ini kerana Koperasi sekolah ada menjual
makanan dan minuman seperti air kotak dan roti.

Penutup
Majlis ditangguhkan pada jam 3.45 ptg

Anda mungkin juga menyukai