Anda di halaman 1dari 4

FORMAT MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SUTERA


MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN BIL 1/2020

Tarikh : 09.1.2020

Masa : 12.00 tengahari - 2.00 petang

Tempat : Bilik Persada Diskusi

Pengerusi : Puan Ruhana Binti Wahab

Kehadiran (Bilangan) : 7/7

Turut Hadir (Jika ada) : En. Muhamad Bin Sohaini (Guru Besar)
Puan Wan Noraida Binti Wan Mohamad (Pengusaha Kantin)
En Mohd Zufri bin Saayon (Penyelia Kantin)

1 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengalu-alukan kedatangan Guru Besar, Encik Muhamad Bin Sohaini,
dan semua AJK guru yang hadir ke mesyuarat pengurusan kantin ini serta kepada
pengusaha kantin Puan Wan Noraida dan penyelia kantin Encik Mohd Zufri yang
turut sudi hadir bagi mesyuarat kali pertama pengurusan kantin pada tahun ini.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Minit mesyuarat dicadang untuk disahkan oleh Puan Askia Binti Ayop dan disokong
untuk disahkan oleh Pn Siti Aeshah Binti Mohd Razin.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Pengerusi menyatakan pemantauan dan kunjung bantu dari pihak Pejabat
Pendidikan Daerah Johor Bahru (PPDJB) dari segi kebersihan dan kesihatan akan
bermula pada bulan Februari akan datang dan perkara yang akan dititikberatkan
adalah dari segi penyimpanan bahan basah serta pemeriksaan menyeluruh dari
semua sudut fizikal kantin.
.Tindakan: Pengusaha Kantin

3.2 Pengerusi meminta penyelia kantin untuk mengisi buku Laporan Kendiri Kantin
dan akan dikumpulkan setiap dua minggu sekali untuk ditandatangan oleh
penyelaras kantin dan Penolong Kanan HEM.
Tindakan:Penyelia Kantin

3.3 Penjualan makanan yang berkhasiat adalah diwajibkan dan perlu bagi
pengusaha dan penyelia kantin untuk mengikuti senarai harga dalam lampiran
sebutharga yang telah dikemukan sebelum ini.
Tindakan: Pengusaha Kantin

3.4 Pihak kantin diminta untuk mempelbagaikan lagi penjualan makanan dan lauk
kepada guru-guru dan jika ada lauk yang harga nya sedikit mahal seperti udang
atau sotong boleh diletakkan di dalam mangkuk supaya harga dapat diselaraskan.
Tindakan: Pengusaha Kantin
3.5 Keceriaan kantin perlu diperbaiki dari semasa ke semasa dengan meningkatkan
kualiti kebersihan tempat penyediaan makanan dan kesempurnaan makanan yang
disediakan kepada semua murid dan guru.
Tindakan: Pengusaha Kantin

3.6 Pengerusi memohon supaya pihak kantin menghantar pekerja baru untuk
menghadiri Kursus Pengendalian Makanan. Jika ada diantara pekerja yang tiada
sijil kursus, pihak kantin boleh didenda sebanyak RM1, 000.
Tindakan: Pengusaha Kantin

3.7 Surat suntikan Typhoid perlu disediakan dan dibukukan sebagai salah satu
bukti yang menyatakan bahawa semua pekerja, penyelia dan pengusaha kantin
telah mematuhi syarat yang telah ditetapkan.
Tindakan: Pengusaha Kantin

3.8 Pengerusi menyatakan bukan warganegara tidak dibenarkan bekerja sebagai


pembantu atau tukang masak di kantin sekolah. Hal tersebut jika didapati bersalah
akan dikenakan tindakan gantung kerja selama 3 minggu. Oleh itu, segala
maklumat pekerja hendaklah di hantar ke Pejabat Pendidikan Daerah sebagai bukti
dan rujukan.
Tindakan:Pengusaha Kantin

4 FOKUS MESYUARAT

4.1 Pengerusi menyatakan pihak kantin perlu memastikan semua peralatan tempat
menyimpan makanan hendaklah sentiasa dibersihkan dan tiada penjualan
makanan semalaman semula kepada semua murid serta guru.
Tindakan:Pengusaha Kantin

4.2 Jumlah keseluruhan penerima makanan RMT adalah seramai 36 orang serta
murid menggunakan kupon untuk pengagihan makanan RMT.
Tindakan:Penyelia Kantin

4.3 Pelaksanaan RMT bertukar masa iaitu dari jam 7 pagi sehingga jam 8 pagi.
Tindakan:Penyelaras RMT dan Penyelia Kantin

5 HAL- HAL LAIN


5.1 Guru Besar berharap pengusaha kantin dapat menyediakan kelengkapan kerusi
dan meja kantin dalam keadaan yang secukupnya dan membaik pulih kerosakan
fizikal yang terdapat di ruangan kantin.
Tindakan:Pengusaha Kantin

5.2 Gotong-royong perdana akan diadakan dan akan melibatkan kawasan kantin
supaya kebersihan dan keceriaan kawasan kantin juga turut dijaga.
Tindakan:Penyelaras Kantin

5.3 Penyelia kantin, En. Zufri diminta untuk membuat salinan pembayaran bil
elektrik yang telah dibayar setiap bulan.
Tindakan:Penyelia Kantin

5.4 Pembayaran sewa kantin perlu dijelaskan sebelum 8hb pada setiap bulan untuk
memudahkan pembayaran daripada pihak sekolah.
Tindakan:Pengusaha Kantin

5.5 Kebersihan pekerja dari segi memastikan kuku jari sentiasa dipotong serta
pemakaian apron dan juga penutup kepala terutama pekerja lelaki semasa
melakukan segala pengurusan penyediaan makanan supaya tidak dikenakan
kompoun.
Tindakan:Pengusaha Kantin

5.6 Kebersihan kawasan sekeliling terutamanya longkang perlu dititik beratkan dan
perlu sentiasa dibersihkan dengan klorin.
Tindakan:Penyelia Kantin

5.7 Stor yang terdapat dibelakang kantin perlu dibersihkan dan dikosongkan
supaya tiada binatang perosak seperti tikus dan lipas membuat sarang di dalam
stor tersebut.
Tindakan:Penyelia Kantin

5.8 Pihak kantin diberi teguran untuk menambah “portion” makanan murid-murid
supaya sepadan dengan harga yang dijual dan pihak kantin digalakkan untuk
menjual buah-buahan potong kepada guru dan murid-murid sebagai pencuci mulut.
Tindakan:Pengusaha Kantin

5.9 Pihak kantin perlu meletakkan tiga buah meja yang telah disumbangkan oleh
bapa murid di tempat makan murid supaya isu meja yang tidak mencukupi tidak lagi
timbul selepas ini.
Tindakan:Pengusaha Kantin

5.10 Pihak kantin perlu sentiasa memastikan bekalan bahan basah mencukupi
supaya dapat memenuhi permintaan untuk menyediakan makanan kepada tetamu
luar yang membuat kunjungan ke sekolah secara mengejut.
Tindakan:Penyelia Kantin

5.11 Pengusaha kantin menyatakan supaya pihak sekolah dapat membanteras


penjaja yang menjual di kawasan luar sekolah untuk mengelakkan pihak mereka
disalahkan jika terdapat isu murid sakit perut kerana keracunan makanan.
Tindakan:Penyelaras Kantin

6 PENUTUP
6.1 Pengerusi berharap segala teguran akan diambil tindakan oleh pihak kantin dan
menjaga segala keperluan dan kebersihan kantin serta dijadikan satu keutamaan di
dalam menguruskan kantin untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang
masalah di kemudian hari.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang

Disediakan oleh,

............................
Penyelaras Kantin
SK Taman Sutera

Anda mungkin juga menyukai