Anda di halaman 1dari 32

SEKAPUR SIREH

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan Penglibatan Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah ini.

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Puan Rajmah B. Othman di atas segala dorongan dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang menyiapkan tugasan yang diberi sehingga selesai.

Tidak lupa juga buat keluarga saya yang telah banyak membantu terutamanya sokongan moral sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Kepada rakanrakan seperjuangan, ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka kerana telah banyak memberikan sumbangan dalam bentuk idea dan pendapat yang berkaitan dengan tugasan ini. Tidak ketinggalan juga kepada pihak-pihak yang telah membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan tugasan.

Akhir kata, segala jasa yang telah anda curahkan akan sentiasa saya kenang dan hargai. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik bagi mereka yang tidak kedekut ilmu dan sentiasa berkongsi maklumat kepada saya sepanjang menyiapkan tugasan Prasekolah ini. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan.

Sekian, terima kasih.

SOALAN TUGASAN

a)BERDASARKAN KEFAHAMAN ANDA, JELASKAN TEORI MENGENAI PERSPEKTIF KELUARGA. b)BERIKAN PENILAIAN ANDA TENTANG KELEBIHAN KOMUNIKASI RUMAH SEKOLAH TERHADAP PEMBELAJARAN KANAK-KANAK KHASNYA DAN SEKOLAH AMNYA.

c) PENDEKATAN PENDIDIKAN YANG DIGUNAKAN OLEH IBU BAPA BOLEH MENIMBULKAN KONFLIK DIKALANGAN KANAK-KANAK, BINCANGKAN PERNYATAAN TERSEBUT.

a) BERDASARKAN KEFAHAMAN ANDA, JELASKAN TEORI MENGENAI PERSPEKTIF KELUARGA.

PENGENALAN
KONSEP KELUARGA

Keluarga merupakan komunitas terkecil dalam kehidupan bermasyarakat. terdapat beberapa konsep keluarga. Beberapa ahli mengatakan keluarga merupakan

sekumpulan orang dengan ikatan perkawinan dan ahli lain mengungkapkan bahawa keluarga adalah dua individu atau lebih yang hidup dalam satu rumah tangga. mari kita ulas bersama tentang konsep tentang keluarga.

1. Duvall dan Logan ( 1986 ) :

Keluarga adalah sekumpulan orang dengan ikatan perkawinan, kelahiran, dan adopsi yang bertujuan untuk menciptakan, mempertahankan budaya, dan meningkatkan perkembangan fisik, mental, emosional, serta sosial dari tiap anggota keluarga.

2. Bailon dan Maglaya ( 1978 ) :

Keluarga adalah dua atau lebih individu yang hidup dalam satu rumah tangga karena adanya hubungan darah, perkawinan, atau adopsi. Mereka saling berinteraksi satu dengan yang lain, mempunyai peran masing-masing dan menciptakan serta mempertahankan suatu budaya.

3. Departemen Kesehatan RI ( 1988 ) :

Keluarga merupakan unit terkecil dari masyarakat yang terdiri dari kepala keluarga dan beberapa orang yang berkumpul dan tinggal di suatu tempat di bawah satu atap dalam keadaan saling ketergantungan.

TEORI MENGENAI PERSPEKTIF KELUARGA

SANGKUTAN
1.

Definisi Sangkutan

Terdapat beberapa definisi sangkutan atau perapatan berdasarkan beberapa orang ahli teori ethologi. Kajian ethologi adalah kajian yang berhubung dengan tingkah laku manusia dan haiwan dalam keadaan semulajadi. Berikut adalah pandangan dan definisi sangkutan menurut tokoh-tokoh ahli ethologi. (a) Lorenz melalui pemerhatiannya mengkaji ke atas corak tingkah laku sekumpulan anak angsa. Beliau merumuskan bahawa kita tidak akan memahami kanak-kanak kalau kita tidak memerhatikan tingkah lakunya dalam persekitaran semula jadi mereka. (b) John Bowlby telah meneruskan kajian Lorenz. Beliau menyatakan bahawa kanakkanak kecil membentuk sangkutan dan perapatan emosi yang intim kepada ibu bapa atau orang dewasa yang menggantikan ibu bapa sebenar. Bowlby mendefinisikan tingkah laku sangkutan sebagai apa jua tingkah laku yang menolong merapatkan hubungan bayi dengan individu sangkutan tersebut. Sangkutan juga boleh dimaksudkan sebagai hubungan rapat dan mesra yang mewujudkan kasih sayang yang kuat dan mengikat seseorang dengan yang lain. (c) Hubungan sangkutan yang kuat dan tinggi semasa kecil akan memberi kesan sepanjang kehidupan individu berbanding dengan hubungan sangkutan yang lemah. Kesannya adalah seperti berikut: (i) Mempunyai harga diri yang tinggi (ii) Merasa lebih diterima oleh keluarga (iii) Merasa lebih diterima oleh rakan sebaya (iv) Merasa lebih diterima oleh masyarakat
5

Contohnya seorang anak yang terlalu rapat dengan ibunya akan mengalami kesukaran berpisah dengan ibu terutama apabila ingin dihantar ke TADIKA. 2.

KARENAH DAN SANGKUTAN

Sangkutan melibatkan hubungan anak dengan ibu bapa, ahli keluarga ,adik beradik dan datuk nenek. Kanak-kanak yang terikat dengan sangkutan ibu bapa yang kuat mengalami kesukaran untuk berjauhan buat beberapa ketika. Mereka yang kuat sangkutan akan mengalami gangguan emosi tingkah laku berkerenah. Contohnya anak yang dipelihara oleh datuk dan nenek sejak kecil kemudian diambil oleh ibu bapanya akan mengalami tekanan emosi. Untuk mengatasi masalah ini, pertemuan yang kerap akan mengurangkan kesunyian yang dialami oleh kedua pihak. Peristiwa yang lain seperti masalah rumah tangga, perpisahan di kalangan ibu bapa, kematian, tinggal berjauhan adalah gangguan yang sering terjadi dan menimbulkan masalah dalam sangkutan. Sangkutan yang melampau menyebabkan kanak-kanak suka merajuk, memencilkan diri atau mengheret ibunya menemaninya ke sekolah. Ini meyebabkan sesetengah ibu bapa terpaksa berhenti kerja demi menemankan anakanak di sekolah. 3.

CIRI-CIRI PEMBENTUKAN SANGKUTAN

Pembentukan sangkutan adalah berpunca daripada pelbagai pihak. Sangkutan mengikut keperluan masing-masing. Sangkutan sangat penting untuk membina tingkah laku yang diingini. Pembentukan sangkutan kanak-kanak perlu perhatian, tetapi perhatian berlebihan akan mendatangkan kesan buruk iaitu kanak-kanak tidak dapat berdikari dan menyusahkan orang lain. Antara pembentukan sangkutan yang positif adalah seperti berikut: (a) Kanak-kanak perlu diberitahu tentang peranannya sebagai anak dan apakah yang patut dilakukan. Contohnya tentang menguruskan diri dan menjaga kebersihan. Kanakkanak perlu makan sendiri kalau sudah boleh berbuat demikian. Kanak-kanak hendaklah menepati waktu pergi sekolah dan balik ke rumah apabila selesai hari persekolahan.

(b) Latihan modifikasi tingkah laku boleh menolong kanak-kanak mengurangkan sangkutan yang keterlaluan agar kanak-kanak dapat menyesuaikan diri di kalangan rakan-rakan sebaya di TADIKA atau di persekitaran Ciri-ciri pembentukan sangkutan

(i) Ibu kepada bayi yang membentuk sangkutan yang selamat akan lebih responsif kepada keperluan bayi semasa 3 bulan pertama. Contohnya: Ibu dengan cepat memujuk bayi apabila bayi menangis, memberi makan kepada bayi bila menjangkakan bayi itu lapar. (ii) Ibu bersikap konsisten dalam bertindak balas kepada keperluan bayi. (iii) Ibu bapa biasanya akan menyesuaikan tingkah laku mereka dengan mengambil kira reaksi dan kerenah bayi. (iv) Sangkutan yang tidak selamat timbul apabila ibu gagal menyediakan keprihatinan yang sensitif dan responsif terhadap keperluan dan harapan bayi. Bolwlby berpendapat bahawa semua bayi telah bersedia secara biologi untuk membentuk sangkutan yang selamat dengan ibu yang sensitif dan responsif kepada keperluan mereka.

Prinsip-prinsip Pembentukan Sangkutan

Teori Etologi sangkutan oleh Bowlby menggariskan prinsip-prinsip sangkutan seperti berikut: (i) Tingkah laku sangkutan di kalangan bayi adalah merupakan tingkah laku yang berdasarkan kepada tingkah laku naluri dan evolusi manusia yang telah diprogramkan secara semula jadi. (ii) Sangkutan di kalangan manusia tidak hanya bergantung kepada keperluan bayi untuk makan atau menyusu semata-mata. (iii) Bayi membentuk sangkutan dengan orang-orang yang berinteraksi dengan mereka secara kerap. (iv) Di kalangan manusia kehidupan tahun pertama adalah masa yang paling kritikal dalam pemebentukan sangkutan. (v) Bayi akan lebih membentuk tingkah laku sangkutan terhadap seorang manusia iaitu ibu, kerana ibu lebih berpengaruh. (vi) Semasa tiga tahun pertama seorang bayi sangkutan membina hubungan dua hala antara ibu dengan anak. (vii) Apabila anak membentuk sangkutan dengan ibu beliau akan membentuk model bekerja dalaman mengikut ibu mereka. (viii) Sangkutan anak-anak dengan ibu berbeza dari segi keselamatan Bayi membentuk sangkutan yang selamat sekiranya ibu bertindak balas kepada keperluan mereka. (ix) Sangkutan yang selamat membentuk kesan yang positif terhadap perkembangan hidup bayi.

AUTONOMI
Definisi Autonomi
Mengikut Teori Erikson, tahap perkembangan manusia bermula pada umur 18 bulan hingga 3 tahun. Perkembangan pada peringkat ini adalah berdasarkan konflik yang wujud dalam diri kanak-kanak iaitu autonomi lawan rasa malu atau sangsi. Pada peringkat ini kanak-kanak perlahan-lahan mula memahami bahawa mereka boleh mengawal tindakannya.Ini bermakna kanak-kanak sudah mempunyai autonomi ke atas diri mereka. Menerusi kefahaman ini, dapat autonomi bermaksud kanak-kanak pada peringkat usia 18 bulan hingga 3 tahun berusaha menunjukkan autonomi untuk berdikari daripada orang dewasa atau orang lain yang sebaya dengannya. Walau bagaimanapun semasa kanak-kanak hendak mendapatkan autonomi, mereka

mengalami perasaan sangsi sama ada boleh menangani situasi. Mereka rasa malu jika gagal menangani sesuatu tindakan. Campuran autonomi, malu dan sangsi memberikan satu kekuatan kepada kanak-kanak bahawa mereka boleh bertindak ke atas dunia dengan kekuatan sendiri.

1. Menangani Isu Pengawalan


Konsep pengawalan adalah sistem kawalan yang digunakan oleh ibu bapa dalam mengawal tingkah laku anak. Selalunya ibu bapa menggunakan perkataan jangan...jangan... Ibu bapa kurang memberi alasan kenapa tidak boleh melakukan sesuatu tindakan secara rasional. Alasan yang diberi lebih kepada ugutan dan menakut-nakutkan kanak-kanak. Ini menyebabkan kanak-kanak kurang yakin kepada diri sendiri dan bergantung kepada orang lain dan kurang berdikari. Ini bermakna kanak-kanak tidak mencapai autonomi. Isu pengawalan adalah permulaan modifikasi tingkah laku terhadap kanak-kanak. Bandura (1988) berpendapat kanak-kanak suka meniru perbuatan yang dilakukan oleh orang dewasa. Kanak-kanak akan membuat pemerhatian yang berulang-ulang dan memperoleh maklumat sama ada perbuatan yang ditiru mendapat sambutan atau teguran dan tegahan daripada orang dewasa.

Contohnya perbuatan bersalaman akan menimbulkan keserasian dan membentuk tabiat kepadanya, maka kanak-kanak akan bersalaman apabila diminta berbuat demikian berbanding dengan kanak-kanak yang kurang selesa untuk bersalaman.

2. Menangani Pengekalan
Dalam mengekalkan tingkah laku positif dan autonomi, beberapa langkah boleh diambil oleh orang dewasa dalam membantu kanak-kanak mengekalkan autonomi terhadap diri mereka. a) Terdapat ibu bapa yang memberi hadiah dan ganjaran yang setimpal dengan tingkah laku anak dan ini adalah perbuatan yang menggalakkan. Ini dapat menolong mereka mengekalkan tingkah laku positif. Konsep kendiri banyak mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak ke arah penyesuaian diri. Ini termasuk pernghargaan kendiri, penerimaan dan penolakan diri. Jika seorang kanakkanak merasai kurang penerimaan daripada orang yang berinteraksi dengannya, maka dia akan mengalami perasaan penolakan diri. Perasaan ini akan membawa kesan negatif dalam usahanya mengatasi masalah hidup yang dihadapinya.

b) Kanak-kanak yang dapat mengekalkan penghargaan kendiri yang tinggi mempunyai sikap yang positif, sanggup berusaha hingga dapat

menyempurnakan tugasannya, dapat menyerlahkan bakat dan kebolehannya. Kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang sederhana, mempunyai rasa curiga dan ragu-ragu dalam mengambil keputusan yang tepat. Manakala kanakkanak yang mempunyai konsep kendiri yang rendah biasanya bersikap rendah diri, curiga, tidak mampu membuat keputusan, tidak dapat berinteraksi dengan berkesan, dan sering melepaskan diri dari bersikap kurang yakin kepada kebolehan diri sendiri. Kanak-kanak yang memberi banyak alasan untuk menolak tugasan telah mempamerkan tindakan atau taktik yang menunjukkan mereka mempunyai konsep kendiri yang rendah dan banyak alasan.

10

c) Dalam pengekalan tingkah laku yang positif guru perlu memberi perhatian yang sewajarnya seperti dorongan dan sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Terdapat banyak aktiviti yang boleh mengekalkan tingkah laku positif. Perkara yang utama perlu dilakukan oleh guru ialah memberi pengalaman kepada dan menikmati pengalaman kejayaan bersama kepada kanak-kanak. Guru memberi peluang kepada kanak-kanak menjadi pemimpin atau mengambil bahagian dalam aktiviti seperti main peranan, simulasi, permainan dalam kumpulan dan sebagainya.

d) Semua kanak-kanak perlu merasa bangga terhadap diri mereka dan keluarganya. Mereka perlu merasai dirinya dihargai dan merasa berkebolehan dan dapat mencapai sesuatu. Mereka perlu merasa selamat dan yakin kepada diri sendiri.

11

INISIATIF
Definisi Inisiatif
Perkataan inisiatif bermakna bercita-cita dan bersemangat. Ini menunjukkan kanakkanak mempunyai tujuan untuk hidup. Kanak-kanak tidak sabar melakukan tugasan baru, menyertai aktiviti bersama rakan sebaya dan menjumpai apa mereka boleh lakukan dengan pertolongan orang dewasa.

1. Perkembangan Konflik
Kanak-kanak selalu berada dalam suasana konflik. Contohnya berebut barang mainan dan tidak mahu berkongsi dengan kawan. Suasana begini selalu berlaku di prasekolah. Keadaan ini melahirkan konflik di kalangan kanak-kanak. Apabila konflik berlaku guru perlu mengelakkan diri daripada terburu-buru membuat keputusan dan menghukum dengan menjelaskan siapa yang salah dan siapa yang benar atau menyalahkan sesiapa. Guru hanya perlu mendengar keterangan yang mereka berikan. Mereka yang menyelesaikan konflik dengan cara yang terbaik untuk menangani situasi konflik tersebut. Panduan guru dalam menghadapi konflik adalah seperti berikut: (a) Mendengar kanak-kanak bercerita (b) Berterima kasih kerana memberitahu apa yang berlaku (c) Jangan menyalahkan kanak-kanak (d) Bertanyakan perasaan kanak-kanak sekiranya sesuatu perkara itu berlaku pada dirinya sendiri (e) Bertanyakan kepada kanak-kanak perkara yang patut dibuat supaya kawannya rasa seronok. (f) Ikut apa yang telah dipersetujui untuk menamatkan konflik.

12

Kanak-kanak akan belajar cara menghormati hak orang lain dan menjaga maruah orang lain. Guru hendaklah memberi peluang kanak-kanak menguruskan konflik dengan cara yang terbaik. Di samping itu guru hendaklah menolong kanak-kanak mengurangkan konflik dan membina kemahiran persahabatan. Berikut adalah caracara membina persahabatan: (a) Mengajak kawan-kawan bermain bersama (b) Berkongsi alat permaian dan barang-barang (c) Berbual-bual (c) Menawarkan pertolongan (d) Bertukar alat mainan (e) Mendengar kawan membaca buku cerita (f) Membuat apa yang dibuat oleh kawan

2. Peranan Persekitaran
Keluarga memainkan peranan penting dalam masyarakat. Setiap masyarakat mengawal tingkah laku seksual ahli-ahlinya. Di antara fungsi keluarga dalam masyarakat adalah seperti berikut: (a) kawalan tingkah laku seksual (b) mensosialisasikan anak (c) memberi sokongan emosi (d) mengenakan kawalan sosial (e) memberi jagaan terhadap anak (f) memberi kerjasama ekonomi Anak-anak bergantung sepenuhnya kepada kedua ibu bapa mereka untuk

mendapatkan makanan, minuman, perlindungan dan kasih sayang. Mereka mudah dipengaruhi. Peranan keluarga adalah menyalurkan budaya, seperti nilai, norma, kepercayaan, sikap dan juga bahasa. Memang ada agen sosialisasi lain seperti rakan
13

sebaya, sekolah, media massa. Walau bagaimanapun keluarga adalah agen sosialisasi yang pertama dan paling berpengaruh dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak.

3. Aplikasi Inisiatif Kanak-kanak


Kanak-kanak mengaplikasi inisiatif dengan sokongan emosi daripada orang-orang di persekitarannya seperti ibu bapa, adik beradik dan rakan sebaya. Contohnya kanakkanak menunjukkan inisiatif melalui aktiviti bermain. Semasa bermain mereka mencuba kemahiran baru menerusi kegagalan, teguran dan bimbingan orang di persekitarannya. Kanak-kanak bukan sahaja memerlukan persahabatan, sangkutan tetapi juga kasih sayang bagi perkembangan yang normal.

14

KENDIRI
Definisi Kendiri
Kendiri adalah konsep merujuk kepada fikiran, perasaan dan sikap terhadap diri. Sukar untuk menentukan bila kanak-kanak mula memahami kewujudan mereka. Mengukur kesedaran kanak-kanak pula bukan mudah. Kita tidak dapat bertanya kanakkanak berumur tiga tahun dengan menyoal, Bila kamu sedar yang kamu wujud di dunia ini? Tentunya soalan sebegini sukar dijawab oleh kanak-kanak. Kita memerlukan pendekatan secara tidak langsung. Contohnya menyuruh kanak-kanak melihat cermin. Apabila ia menyentuh hidungnya setelah melihat muka di cermin maka kita sedar bahawa kanak-kanak tahu yang itu adalah rupanya. Ini menunjukkan kanakkanak mula membina konsep tentang diri mereka. Seterusnya kanak-kanak mula membina kesedaran kendiri iaitu sedar tentang kewujudan diri mereka. Apabila dia sedar tentang kewujudan mereka, kanak-kanak mula memperoleh konsep kendiri dan mula bertanya siapa diri mereka dan ingin mendefinisi diri mereka. Kanak-kanak yang mula menyedari konsep diri mereka akan mengatakan Ini saya punya. Mereka juga boleh menjawab soalan tentang nama mereka, siapa ibu dan bapa serta di mana mereka tinggal.

1. Konsep Kendiri Positif dan Negatif


Konsep kendiri yang positif adalah pandangan tentang diri yang positif. Contohnya saya rajin, saya pandai, Rambut saya cantik dan seumpamanya. Konsep kendiri yang negatif ialah pandangan yang terlalu kritikal terhadap diri hingga menyebabkan tidak yakin pada diri sendiri. Ini menyebabkan kekecewaan dan kegagalan sebelum mencuba sesuatu. Sifat gembira kalau orang lain ditimpa bencana dan suka memutuskan silatulrahim adalah konsep kendiri yang akan menyebabkan kanak-kanak itu tersingkir dan dipencilkan oleh rakan rakan sebayanya. Kesimpulannya konsep kendiri positif dan negatif adalah sikap kanak-kanak terhadap diri mereka sama ada positif atau negatif.

15

2. Persekitaran Peningkatan Kendiri


Persekitaran memainkan peranan penting dalam peningkatan kendiri. Persekitaran seperti didikan agama, budaya keluarga, rumah, rakan sebaya, sekolah, jiran tetangga, saudara mara dan harapan guru boleh memberi implikasi kepada konsep kendiri. Kasih sayang dan penerimaan orang lain daripada persekitaran boleh mengubah konsep kendiri seseorang kanak-kanak. Kekuatan konsep kendiri bergantung kepada bagaimana seseorang bertindak balas kepada elemen-elemen persekitaran. Kanakkanak yang dididik dengan kasih sayang dan sempurna akan membentuk pandangan positif tentang diri, begitu juga sebaliknya.

3. Aplikasi Kendiri Kanak-kanak


Sungguhpun taraf mental kanak-kanak telah ditentukan semenjak di dalam kandungan lagi kita tidak boleh berserah sahaja kepada takdir tanpa berusaha untuk mempengaruhi konsep kendiri kanak-kanak. Kendiri kanak-kanak ibarat pokok yang tumbuh perlu dibaja dan disirami air. Begitulah juga keadaannya dengan konsep kendiri. Ini bermakna kita perlu menjalankan tanggungjawab iaitu apakah langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak berdasarkan

perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak berkembang dari aspek fizikal, emosi, rohani, sosial dan kognitif. Kanak-kanak adalah pelajar yang aktif, sentiasa ingin tahu dan ingin melakukan sesuatu tanpa menyedari risiko. Menurut Froebel, kerja kanakkanak adalah bermain. Dalam membina strategi dan langkah-langkah untuk meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak perlu berdasarkan perkembangan bermain tersebut.Hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan sikap ibu terhadap anak dalam menerima kehadiran anak, maka anak lebih cenderung untuk mesra dengan keluarga dan orang lain. Kanak-kanak yang suka menangis dan susah diberi makan ada kaitannya dengan ibu yang risau dan runsing ketika mengandung. Penghargaan terhadap anak seperti memberi kata manis dan kata pujian boleh meningkatkan rasa senang dan keriangan kepada kanak-kanak.

16

Keluarga yang stabil memberi ruang kepada kanak-kanak untuk membesar dan mengenali kehidupan yang lebih bermakna daripada kanak-kanak yang tinggal dengan ibu tunggal dan hidup yang kekurangan. Peranan ibu bapa dan guru sangat penting dalam aplikasi kendiri kanak-kanak. Penerimaan orang dewasa terhadap kanak-kanak adalah aplikasi kendiri kanakkanak yang utama. Ibu bapa perlu menerima kehadiran kanak-kanak dalam keluarganya. Guru perlu menerima kanak-kanak yang berada dalam kelasnya. Guru sendiri menerima dirinya sebagai seorang guru prasekolah yang mempunyai kualiti untuk membantu kanak-kanak memperkembangkan potensinya ke tahap maksimum Senarai kualiti konsep kendiri yang positif yang perlu ada pada seorang guru yang boleh diaplikasi kepada kanak-kanak adalah seperti berikut: Kasih sayang untuk kanak-kanak Dedikasi untuk mengajar Kebolehan menyempurnakan tugas hingga selesai Kebolehan menjalin hubungan yang rapat dengan kanak-kanak Menguruskan unsur jenaka dengan baik dan sopan.

Senarai kualiti yang hendak dipertingkatkan oleh guru terhadap kanak-kanak adalah seperti berikut: Mempunyai keyakinan yang tinggi dan percaya yang anda boleh

menyempurnakan tanggungjawab dalam kerjaya dengan betul Mempunyai kemahiran mengurus kanak-kanak Boleh mengawal perasaan marah Mengeluarkan bunyi suara yang lunak dan mesra Keupayaan menyanyi dengan selesa di hadapan kanak-kanak. Anda hendaklah menerima kanak-kanak yang ada dalam kelas anda tanpa syarat. Anda tidak menerima kanak-kanak yang comot, gemuk, dan agresif? Anda perlu buang jauh-jauh perasaan anda itu.

17

KESIMPULAN.

Perkembangan sosio-emosi pada kanak-kanak adalah penting untuk diteliti kerana segala perbuatan yang dilakukan semasa kanak-kanak akan membentuk perilaku tertentu dengan efek psikologi tertentu. Jadi,pengasuhan yang baik oleh orang yang paling rapat dengan kanak-kanak akan melahirkan emosi yang baik dan

mengembangkan rasa percaya kanak-kanak yang akan membentuk peribadi akan datang.

18

b) BERIKAN PENILAIAN ANDA TENTANG KELEBIHAN KOMUNIKASI RUMAH SEKOLAH TERHADAP PEMBELAJARAN KANAK-KANAK KHASNYA DAN SEKOLAH AMNYA.

19

PENGENALAN
Penglibatan dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantumembantu antara dua pihak ataupun beberapa pihak. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak dan membantu mengekalkan kejayaannya (Rohani Abdullah, 2007).

Sebagai ibu bapa, anda lebih mengenali anak anda, dan anda mempunyai kuasa untuk terlibat secara aktif didalam pengalaman prasekolah anak anda. Sekiranya dari pemerhatian anda memberikan gambaran bahawa di situlah anak-anak anda akan dapat berkembang dengan sepenuhnya, maka anda telah pun menemui prasekolah yang betul. Kanak-kanak juga mempunyai sifat-sifat yang diperolehi melalui tindak balas dengan alam sekeliling tempat mereka dilahirkan (Rosmah & Salma, 1985).

Menurut Siti Fatimah Abdul Rahman (2006), terdapat kajian membuktikan bahawa ada kaitan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian kanak-kanak. Dalam kata lain, kajian ini merumuskan bahawa sekiranya kita mahu anak-anak berjaya dalam bidang pendidikan, kita perlu terlibat secara langsung dalam arus pembelajaran mereka. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak secara tidak langsung memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak antaranya sikap bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di samping menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan seimbang.

Di Malaysia Event et al. (1999) mendapati bahawa dalam penglibatan ibu bapa terdapat ruang lingkup yang agak terbatas. Corak penglibatan ibu bapa ditentukan oleh penganjur sesebuah tadika. Ada pola yang menunjukkan kecenderungan ibu bapa terlibat dalam aktiviti kokurikulum tetapi ibu bapa tidak dijangka dan dirancang terlibat dalam pengendalian pengajaran harian dalam kelas tadika. Hanya 10% daripada ibu bapa yang aktif di tadika, sementara majoriti tidak terikat dalam aktiviti tadika. Diantara sebab yang dinyatakan adalah kekurangan masa dan ibu bapa mempunyai tanggungjawab di rumah, serta kurangnya latihan ibu bapa mengenai peranan mereka sebagi pendidik kanak-kanak pra sekolah.

20

Di luar bandar dan di pinggir bandar, tadika agensi kerajaan mempunyai identiti sebagai tadika berasaskan komuniti. Walaubagimanapun dalam pendidikan pra sekolah identiti tersebut tidak tercapai jika ibu bapa tidak bertindak aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di tadika. Tadika yang berkualiti mengintegrasikan penglibatan ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Ibu bapa kerap dilihat dalam aktiviti di luar tadika seperti menemani anak mereka dalam lawatan ke muzium dan taman hiburan. Penglibatan ibu bapa lebih merupakan pendekatan satu arah, iaitu daripada atas ke bawah. Kesinambungan penglibatan ibu bapa lebih bersifat inisiatif guru daripada inisiatif ibu bapa pada andaian tadika pula ibu bapa perlu diberitahu mengenai apa yang harus dilakukan. Penglibatan ibu bapa boleh meningkatkan kualiti tadika. Ibu bapa perlu dididik mengenai peranan dan tanggungjawab mereka supaya matlamat pendidikan tadika berkenaan dapat dicapai dan peranan mereka sebagai pendidik di rumah dilatih (Rohaty,c 2003).

21

KELEBIHAN KOMUNIKASI RUMAH SEKOLAH TERHADAP PEMBELAJARAN KANAK-KANAK DAN SEKOLAH

Haruslah kita ketahui bahawa keberkesanan dalam pembelajaran kanak-kanak banyak bergantung kepada penglibatan ibu bapa serta guru iaitu secara langsung atau pun tidak langsung. Jika tiada sokongan dari kedua-dua belah pihak ini, maka pembelajaran kanak-kanak akan menjadi tidak bermakna lalu kecenderungan dalam kegagalan akan meningkat. Walau macam mana sibuk pun ibu bapa, mereka tetap adalah insan yang penting bagi mencorakkan anak-anak supaya menjadi pelajar yang cemerlang dari segala segi secara menyeluruh. Penglibatan ibu bapa terhadap pembelajaran murid adalah sangat penting bagi kelancaran persediaan untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka.

Komunikasi yang berkesan adalah komunikasi ibu bapa dengan pihak sekolah iaitu guru khasnya. Ini adalah kerana, komunikasi ibu bapa dengan guru dapat memberi peluang untuk berkongsi cerita atau pendapat tentang perkembangan anak masingmasing. Sebagai contoh, ibu bapa yang hadir untuk mengambil rekod pencapaian kanak-kanak akan dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkembangan anakanak mereka dengan melihat sendiri penilaian-penilaian yang dibuat sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran anak-anak yang berlangsung disekolah. Dengan

peluang sebegini, ibu bapa juga dapat membincangkan pelbagai perkara di samping memberi ruang kepada guru untuk mengenalpasti apa yang sebenarnya berlaku terhadap kanak kanak seperti penyakit, masalah keluarga, ekonomi keluarga dan sebagainya. Selain itu juga, ibu bapa haruslah aktif dalam melibatkan diri untuk mana-mana program yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau pihak prasekolah. Ini dapat membuktikan kepada anak-anak bahawa ibu bapa juga boleh melakukan perkaraperkara seperti anak-anak lakukan di sekolah, antaranya gotong royong, sukaneka bersama anak-anak dan sebagainya. Ianya bukan sahaja memberi kelebihan kepada anak-anak yang mampu menanam diri mereka dengan melibatkan diri untuk program atau aktiviti yang dianjurkan malah ianya nya juga dapat mendekatkan diri anak-anak dengan ibu bapa serta ibu bapa dan guru supaya nilai kemesraan dapat dipupuk dalam diri masing-masing terutamanya kanak-kanak.
22

Bagi komunikasi ibu bapa di rumah pula, antara kelebihan yang dapat dikenalpasti adalah pembelajaran kanak-kanak akan menjadi lebih bermakna dimana orang yang paling mereka rasa selamat serta terdekat ialah ibu bapa yang berinteraksi sendiri dengan anak-anak tentang pembelajaran mereka. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah tekankan tentang latihan dirumah supaya kanak-kanak lebih bersedia dengan pembelajaran yang akan diajar disekolah. Jika ibu bapa ingin melihat anak mereka berjaya dalam bidang pendidikan, ibu bapa perlu terlibat secara langsung dalam arus pembelajaran anak-anak. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak secara tidak langsung memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak antaranya sikap bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di samping menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan seimbang. Disamping itu juga, anak-anak akan berasa diri mereka dekat dengan ibu bapa. Sikap keprihatinan ibu bapa ini sekali gus dapat menaikkan lagi semangat serta keyakinan kanak-kanak untuk bergerak aktif dalam pembelajaran mereka. Ini memberikan kesan atau impak yang positif dimana ibu bapa berjaya menanamkan sikap serta nilai yang baik dalam diri anak-anak. Begitu juga, keluarga yang banyak melibatkan diri dalam perkembangan kanak kanak dapat meningkatkan kemahiran menjaga dan menggalakkan kanak kanak lebih aktif dalam aktiviti yang diceburi. Keluarga yang menyokong perkembangan anak anak mereka dapat mempengaruhi tahap pencapaian akademik yang lebih baik. Kesan daripada komunikasi dua hala ini, program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat diimbangi secara menyeluruh dan ini secara tidak langsung boleh mewujudkan perkembangan sosial yang positif dan memberi rasa kejayaan kepada pihak sekolah. Selain itu, guru dan ibu dapat berkongsi idea dan pendapat dalam membuat keputusan, membentuk nilai murni serta memupuk tingkahlaku yang konsisten. Selain itu, ia dapat membangunkan rutin dan kebiasaan yang positif dalam hidup bekerjasama serta meningkatkan personaliti yang humanistik dan mewujudkan komunikasi yang berkesan.

23

Kepentingan Penglibatan Ibu Bapa

Penglibatan ibu bapa memberi kebaikan kepada kanak-kanak, guru-guru dan ibu bapa sendiri. Antara faedah yang dikenalpasti:

i.

Kebaikan kepada kanak-kanak Mereka dapat melihat peranan ibu bapa yang berbeza iaitu sebagai guru. Mereka dapat berkenal mesra, bersoal jawab dengan orang dewasa berkenaan dengan sesuatu pengalaman atau pengetahuan kerana ibu bapa datang daripada pelbagai pekerjaan.

Mereka dapat lebih perhatian daripada orang dewasa ketika menjalankan aktiviti kumpulan dimana nisbah kanak-kanak berbanding orang dewasa adalah kecil.

ii.

Kebaikan kepada Ibu Bapa Mereka dapat melihat tingkah laku anak disekolah. Mereka berpeluang mempelajari cara atau kaedah guru mengatasi masalah tingkah laku anak-anak. Mereka dapat memahami apa yang sudah, sedang dan akan diajar kepada anak mereka selama berada di sekolah. Mereka lebih memahami kurikulum dan aktiviti yang dipelajari oleh anakanak mereka. Mereka boleh menyambung aktiviti susulan ataupun aktiviti rangsangan. Mereka dapat bersoal jawab dan berkongsi masalah dengan guru. Mereka dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.

iii.

Kebaikan kepada Guru Mereka mendapat buah fikiran dan maklum balas secara terus daripada ibu bapa apabila hendak menjalankan aktiviti. Mereka dapat berkongsi masalah dan bersoal jawab bagi meningkatkan perkembangan anak-anak.
24

Mereka boleh menjadi penghubung antara ibu bapa dan sekolah. Mereka dapat belajar dan meningkatkan pengetahuan hasil interaksi dengan ibu bapa yang mempunyai pelbagai latar belakang pekerjaan dan pendidikan.

Mereka dapat sokongan dalam setiap aktiviti yang telah dijalankan terutama yang melibatkan tenaga dan bantuan kewangan.

25

c) PENDEKATAN PENDIDIKAN YANG DIGUNAKAN OLEH IBU BAPA BOLEH MENIMBULKAN KONFLIK DIKALANGAN KANAK-KANAK, BINCANGKAN PERNYATAAN TERSEBUT.

26

Terdapat beberapa pendekatan yang digunakan oleh sebilangan ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka yang mana dapat memberi impak atau kesan keatas diri anak melalui kehidupan juga pembelajaran mereka. Terdapat juga ibu bapa yang menggunakan pendekatan autoritarian dimana menjelaskan tentang sikap atau gaya yang digunakan iaitu tegas dalam mengawal anak, kurang memberi sokongan kepada anak dan suka mendenda serta bersikap kurang mesra terhadap anak-anak. Ibu bapa yang mempunyai pendekatan seperti ini cenderung kepada menghadkan pergerakan anak-anak dimana mereka tidak membenarkan anak-anak melakukan sesuatu yang diingini serta sesuatu yang ingin dimiliki. Akibatnya, anak-anak mungkin akan berasa rendah diri dan bersikap murung serta pergaulan antara rakan-rakan akan terbatas serta tidak mesra akibat dari sikap meghadkan pergerakan anak-anak ini. Selain itu, ibu bapa juga suka mendenda anak tanpa menyiasat perkara sebenar yang berlaku. Contohnya, jika mereka melihat anak melakukan kesalahan seperti menumpahkan nasi, dendaan akan dikenakan. Disamping itu juga, ibu bapa tidak akan mengambil masa untuk bersoal jawab dengan anak, tetapi hanya terus meletakkan arahan kepada anak-anak untuk melakukan sesuatu atau diarah untuk melakukan sesuatu. Dengan sikap begini, konflik yang mungkin timbul adalah kemahiran berfikir anak-anak menjadi tidak berkembang kerana teknik soal jawab adalah satu teknik yang berkesan bagi mengasahkan lagi pemikiran anak-anak supaya dapat menjana idea yang kreatif dan kritis. Akan tetapi, dalam pendekatan ini juga ibu bapa mengajar anak-anak untuk bersikap menghormati orang lain tanpa mengira agama, dan bangsa. Ini adalah sesuatu yang baik dimana kanak-kanak telah diajar tentang nilai-nilai murni untuk ditanamkan dalam diri supaya mereka tidak bersikap kurang ajar sama ada dengan guru atau orang lain. Sikap ibu bapa yang autoritarian ini telah memberi kesan kepada anak-anak antaranya, tingkah laku sosial mereka yang tidak kompeten menjadikan persekitaran yang mesra terbatas serta tidak berhasil dimana kanak-kanak tidak tahu cara untuk bergaul dengan rakan sebaya untuk melakukan sesuatu aktiviti. Selain itu juga, mereka tidak suka dibandingkan dengan orang lain. Sebagai contoh, kanak-kanak akan menjadi rendah diri serta tidak berkeyakinan dengan diri jika selalu dibandingkan dengan orang lain tentang sesuatu kelebihan atau pengalaman mereka. Antara kesan lain ialah mereka kadang-kadang suka bersikap agresif iaitu tingkah laku yang sukar dikawal. Akan tetapi mereka juga suka bersikap bersendirian serta sukar

menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi malah hanya pandai bergantung kepada orang lain.
27

Dalam kehidupan anak-anak, terdapat juga pendekatan lain yang digunakan oleh ibu bapa dalam membentuk anak-anak. Antaranya ialah pendekatan permisif iaitu ibu bapa yang mengamalkan gaya atau sikap seperti kurang berharap kepada anak-anak mereka, kurang kawalan dan memberi peluang kepada anak-anak untuk memilih aktiviti yang mereka suka tanpa sekatan. Ibu bapa yang mengamalkan sikap ini lebih kepada tidak melakukan dendaan kepada anak-anak atas apa-apa kesalahan yang dilakukan. Akibat dari perlakuan ini, anak-anak mungkin akan naik kepala atau dimaksudkan dengan perangai yang menjadi-jadi. Ini adalah kerana ibu bapa yang terlalu memanjakan mereka yang langsung tidak diberi denda jika melakukan kesalahan. Jalan yang sepatutnya diambil adalah dengan memberi amaran terlebih dahulu. Jika kesalahan berulang barulah ibu bapa mengenakan dendaan yang setimpal dan bersesuaian dengan umur anak-anak. Selain itu, ibu bapa juga membenarkan anakanak melakukan aktiviti yang disukai tanpa ada halangan serta kawalan yang rapi. Ini mungkin akan menimbulkan konflik terhadap kanak-kanak iaitu mereka tidak akan dapat mengawal diri dari melakukan sesuatu yang salah disebabkan mereka tidak tahu sama ada perkara yang dilakukan itu salah atau benar kerana ibu bapa membenarkan mereka melakukan aktiviti yang mereka sukai. Sikap ini bahaya kerana kanak-kanak juga tidak tahu menguruskan kebebasan di dalam kehidupan mereka yang mungkin akan meninggalkan kesan yang negatif di dalam diri tambahan akan menyusahkan orang lain terutamanya guru. Ibu bapa juga cepat menerima keputusan yang dibuat oleh anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa hanya menurut kehendak anak-anak tanpa sebarang halangan. Kesan yang akan ditinggalkan dalam diri anak-anak ialah mereka akan menjadi tidak hormat kepada orang lain terutamanya guru apabila kehendak mereka guru tidak dapat berikan. Mungkin kanak-kanak ini akan memberontak lalu melakukan sesuatu tanpa diduga serta sukar untuk mengawal perasaan tersebut. Antara kesan lain kepada anak-anak hasil daripada pendekatan permisif yang digunakan ibu bapa ialah kanak-kanak ini tidak digemari oleh rakan-rakan sebaya kerana sikap yang melampaui kesabaran kadang-kadang dibenci oleh rakan sendiri. Selain itu juga, kesannya kanak-kanak sebegini akan berani untuk membuat keputusan serta menyelesaikan masalah sendiri tanpa merujuk kepada ibu bapa. Kecenderungan keputusan yang dibuat adalah salah kerana nilai yang dipegang oleh kanak-kanak kadang kala tidak betul dan tidak sesuai dengan keluarga dan masyarakat.

28

Berbeza untuk pendekatan autoritatif yang digunakan oleh sebilangan ibu bapa untuk mendidik anak pula, ianya lebih kepada gaya ibu bapa yang konsisten dalam mendidik anak-anak iaitu dari segi kasih sayang, bertimbang rasa, dan menetapkan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi anak-anak. Selain itu juga, ibu bapa yang menggunakan pendekatan autoritatif ini lebih memastikan hubungan komunikasi yang jelas kepada anak-anak supaya lebih mesra serta memberi komitmen kepada anak tanpa syarat. Sikap atau gaya yang digunakan oleh ibu bapa ini dapat memberi kesan yang positif bukan sahaja kepada anak-anak malah kepada persekitaran mereka antaranya rakan-rakan, guru dan orang lain. Ciri-ciri yang dipamerkan oleh ibu bapa kepada anak-anak antaranya meletakkan harapan terhadap anak-anak iaitu

mengharapkan masa depan anak-anak lebih terjamin dan terpelihara dengan pembentukan nilai-nilai murni dalam diri serta pencapaian akademik yang baik. Selain itu juga, ibu bapa tahu tentang tingkah laku yang dipamerkan anak-anak sama ada positif atau negatif. Dengan sikap keprihatinan ini, anak-anak akan berasa lebih selamat dan yakin dengan diri mereka. Mereka akan berasa disayangi dan dihargai kerana mempunyai ibu bapa yang prihatin terhadap diri mereka. Selain itu juga, ibu bapa yang menggunakan pendekatan ini serba serbi mengetahui tentang apa yang dikehendaki anak-anak seperti keperluan pembelajaran mereka, naluri mereka dan sebagainya. Ibu bapa adalah orang yang terdekat untuk menyediakan setiap apa yang dikehendaki anak-anak supaya persekitaran sosial yang lebih mesra dapat diwujudkan. Ibu bapa juga menggunakan refleksi yang dibuat berdasarkan tingkah laku anak untuk berkomunikasi dengan wajar iaitu dengan memberi nasihat atau contoh-contoh yang baik untuk dikongsi bersama anak-anak. Kesan yang dapat dikesan atas perlakuan ini adalah anak-anak akan menjadi lebih terpelihara dan mereka juga dapat membezakan antara baik dan buruk sesuatu perlakuan jika diberi perhatian yang sebegitu rupa oleh ibu bapa. Ibu bapa sebegini juga menekankan dengan tegas tentang peraturanperaturan yang perlu dipatuhi anak-anak supaya kehidupan anak-anak terlatih dan berdisplin untuk menjadi insan yang berjaya secara menyeluruh bukan sahaja disiplin, malah akademik juga. Kesannya, anak-anak akan dapat melahirkan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan mereka. Kesimpulannya, penglibatan ibu bapa sangatlah penting kerana mereka adalah insan yang paling dekat dengan anak-anak. Perkembangan serta pertumbuhan anakanak juga banyak bergantung kepada ibu bapa. Dalam kata lain, kajian ini merumuskan
29

bahawa sekiranya kita mahu anak-anak berjaya dalam bidang pendidikan, kita perlu terlibat secara langsung dalam arus pembelajaran mereka. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak secara tidak langsung memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak antaranya sikap bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di samping menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan seimbang.

30

RUJUKAN

31

BUKU OPEN UNIVERSITY MALAYSIA, Fakulti Pendidikan dan Bahasa, (2007) Keluarga dan Profesional dalam Perkhidmatan Kanak-Kanak, Meteor Doc. Sdn. Bhd, Selangor Darul Ehsan.

Perkembangan Pendidikan Prasekolah, (Julai 2006), Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Subang jaya, Selangor.

EMAIL
http://pusatpanduan.com/pdf/pengenalan+teori+perspektif+keluarga.html http://msgsabah.blogspot.com/2009/04/institusi-keluarga.html http://www.scribd.com/doc/50021435/TEORI-PERSPEKTIF-KELUARGA

32

Anda mungkin juga menyukai