Anda di halaman 1dari 4

SK UNGGUN KOTA KINABALU

MINIT MESYUARAT UNIT RMT KALI 1 2022/2023.

TARIKH : 27 APRIL 2022 (RABU)


MASA : 11.30 AM
TEMPAT : BILIK SAINS

AGENDA :
3.0 Ucapan Guru Besar
3.1 Perlaksanaan RMT
3.2 Hal-hal lain

KEHADIRAN :

1. ZULFIQKAR ABD MUES (GB)


2. KASTINAH JAMMAN (PK PENTADBIRAN)
3. ABDUL MUTAHAR AG MAHALI (PK HEM)
4. DZULKIFLEE MUHIDIN (PK KOKUM)
5. JAMILIN MATIASSIN (PK PETANG)
6. SUZILIN RULINSIUS (PENYELARAS RMT)
7. ERMA NAZILLAH HAMSANI (PENYELARAS RMT)
8. NURHADIAH AG LADIS (GURU KELAS)
9. RAFIDZAAH AHMAD (GURU KELAS)
10. ANY WID (GURU KELAS)
12. ASSREY GASIN (GURU KELAS)
13. NOR
HASSANAL BOLKIAH (GURU KELAS)
14. AZLINAH MAHIDI (GURU KELAS)
15. KERTINAH ASPAR (GURU KELAS)
16. SITI HASLINDA (GURU KELAS)
17. MINO ERYSAH ARSHAD (GURU KELAS)
18. NORLIZAH MD TAIB (GURU KELAS)
19. SUZIANA MD ZAIN (GURU KELAS)
20. CILISAH GUNGAT (GURU KELAS)
21. SYLVIA SUALI (GURU KELAS)
22. NURNAZIRAH YUSSOF (GURU KELAS)
23. RENNO MARIO LIWAS (GURU KELAS)
24. WILSON SISUN (GURU KELAS)
25. HARIANA A.AHONG (GURU KELAS)
26. SANJIT A/P MUNIANDY (GURU KELAS)
27. NORLINA SHAHABIR (GURU KELAS)
28. MARLINEH MUJIH (GURU KELAS)
29. MAZNUN MP KECHIK (GURU KELAS)
30. ZURAIFAH MD YUSUF (GURU KELAS)
31. MD PADUKA (GURU KELAS)
32. BAIRIN SABDULLAH (GURU PPKI)

RINGKASAN MESYUARAT

1. Ucapan Guru Besar.


1.1 Guru Besar memaklumkan bahawa RMT bagi sesi persekolahan 2022/2023 akan
dimulakan selepas bulan puasa untuk memberi peluang kepada semua murid yang layak
menerima RMT mengisi dan mengembalikan Borang Kebenaran RMT. Selepas itu, bagi
sesiapa murid yang tidak ada borang persetujuan dan kebenaran RMT tidak akan
dibenarkan makan makanan RMT. Ini kerana jika sesuatu perkara yang tidak diingni berlaku
(keracunan makanan), pihak sekolah yang akan dipersalahkan. Oleh itu GB meminta semua
guru kelas mengedarkan dan mengutip semula Borang Kebenaran Terima RMT yang telah
disediakan oleh guru penyelaras. Borang Setuju Terima RMT akan difailkan dan disimpan
oleh guru Penyelaras RMT.

Tindakan: Penyelaras RMT,


Semua Guru Kelas

1.2 GB memaklumkan bahawa semua guru kelas adalah AJK RMT dan bersama-sama
menjayakan perlaksanaan RMT di sekolah, dan tugas pengendalian RMT bukan semata-
mata di bawah guru Penyelaras RMT. Guru Peneyelaras RMT boleh meminta guru kelas
untuk melengkapkan Borang Kehadiran, BMI murid RMT dan juga prestasi murid RMT dalam
akademik , sukan dan kokurikulum.

Tindakan: Semua guru kelas

2: PERLAKSANAAN RMT

2.1- Pn Suzilin selaku guru penyelaras RMT memaklumkan bahawa sebanyak 10 menu RMT
telah dipilih daripada senarai yang disediakan oleh KPM. Pemilihan menu ini adalah hasil
perbincangan guru-guru penyelaras dengan pihak kantin sebagi pengendali RMT di SK
Unggun. Guru-guru kelas boleh melihat senarai menu yang akan dikongsikan dalam Group
Whatapps RMT SKUM.

Tindakan : Guru kelas

2.2- Menu ini adalah dibahagikan kepada 2 kumpulan minggu iaitu Minggu 1 dan Minggu 2
yang akan berselang-seli sahaja. Namun sekiranya terdapat, kekangan daripada pihak
pengendali tersebut berkaitan menu pada hari tersebut, pihak pengendali RMT dibenarkan
menukar menu, yang penting menu tersebut masih dalam senarai KPM.

Tindakan : Pengendali RMT

2.3- Pengagihan RMT adalah pada 10 minit sebelum waktu rehat iaitu :

Tahap 1 = 3.00pm (masa rehat 3.10pm)


Tahap 2 = 9.30am (masa rehat 9.40am)
PPKI = 9.20am (masa rehat 9.30am)

2.4 Pihak Pengendali akan menghantar makanan dan minuman ke setiap kelas mengikut
bilangan murid RMT dalam kelas tersebut. Oleh itu, guru kelas perlu sediakan meja dalam
kelas untuk meletakkan RMT.

Tindakan : Pengendali RMT

3: Hal-hal lain.

3.1 PK Hem meminta agar sebagai murid RMT yang akan mengembalikan bekas makanan
dan minuman RMT ke kantin. Ini bertujuan memberi rasa tanggungjawab sosial kepada
murid. Begitu juga, guru-guru digalakkan untuk menasihatikan murid untuk menjaga
kebersihan sebelum, semasa dan selepas makan.

Tindakan : Guru kelas

3.2 Penyelaras RMT memohon kerjasama semua guru kelas untuk mengedar dan mengutip
semula Borang Setuju Terima RMT. Borang tersebut perlu juga dikembalikan walaupun
murid tersebut menolak untuk menerima RMT. Ini adalah sebagai bukti untuk direkodkan.

Tindakan : Guru kelas

3.3 GB memaklumkan sekiranya ada murid RMT tidak hadir, makanan dan minuman RMT
tersebut tidak boleh diberikan kepada murid yang bukan penerima RMT. Hanya murid RMT
sahaja yang boleh mengambil bahagian murid RMT yang tidak hadir. Ini kerana murid bukan
penerima RMT tidak ada surat kebenaran.

Tindakan: Semua Guru


Minit disediakan oleh , Disemak oleh, Disahkan oleh,

Suzilin Rulinsius Abdul Mutahar Ag Jaya Zulfiqkar Abd Mues


Penyelaras RMT PK HEM Guru Besar
SK Unggun Kota Kinabalu. SK Unggun Kota Kinabalu. SK Unggun Kota Kinabalu.

Dicadang sahkan oleh,

__________________

Disokong oleh,

___________________

Anda mungkin juga menyukai