Anda di halaman 1dari 3

MESYUARAT UNIT KANTIN SKKP2

BIL 1/ 2020

BIL AGENDA/ KOMEN CADANGAN/ CATATAN

- terima kasih - guru -pihak kantin sekolah ke mesyuarat kali pertama.


1 UCAPAN
- guru dan pihak kantin dapat memberikan kerjasama dan buah fikiran bagi
PENGERUSI
meningkatkan kualiti pengurusan kantin dari masa ke semasa.
UCAPAN GPK HEM

2 PERKARA
BERBANGKIT

3 PENGESAHAN -
MINIT MESYUARAT
2019
4 AGENDA/ISU 1. Kebersihan, keselamatan dan kemudahan kantin
Kebersihan/ kemudahan
- semua tempat di kantin seperti tempat menyedia, mempamer dan
menghidangkan makanan hendaklah sentiasa dijaga dan dalam keadaan
bersih dan kemas.
- semua sinki hendaklah bersih dan berfungsi.
- bilik air hendaklah bersih dan berfungsi.
- tempat mengumpul sampah hendaklah bersih dan kemas. Tong-tong sampah
hendaklah berplastik di dalamnya dan bertutup.

Kebersihan peralatan
- Semua jenis alat atau perkakas yang digunakan hendaklah dibersihkan
dengan air bersih, sebaik-baiknya air yang panas dan bahan pencuci yang
sesuai. Alatan yang telah bersih ditempatkan di tempat khas yang telah
ditetapkan dan bersih serta kemas.
- Semua peralatan yang retak, sumbing, calar dan karat tidak boleh digunakan.
- Kain pengelap yang kotor hendaklah dicuci dengan air panas dan bahan
pencuci yang selamat. Susun kain lap mengikut kategori dan lebelkan.
                                                                                                                    
Kebersihan bangunan
- Seluruh bangunan dan kawasan sekitar kantin handaklah sentiasa dalam
keadaan bersih, kemas dan selamat.
- Lantai, longkang, siling dan dinding hendaklah sentiasa dibersihkan.
- Tempat makan hendaklah sentiasa bersih, teratur dan selamat.
           
2 Keselamatan
Kemalangan boleh dielakkan sekiranya:
- Peralatan diuruskan dengan sempurna, diletakkan di tempat yang sesuai dan
dibaiki yang rosak.
- Semua kerja dilakukan dengan cermat dan berhati-hati.
- Segala punca kemalangan dikenalpasti dan segera diatasi.

3 Langkah mencegah kebakaran:


- Memastikan pendawaian elektrik sentiasa berada dalam keadaan baik.
- Urusan penyambungan elektrik perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa.
- Bahan-bahan yang mudah terbakar hendaklah diletakkan jauh dari api dan
dapur. Sebarang minyak dan cairan yang mudah terbakar dilabel dan ditutup
ketat serta diletakkan jauh dari api.
- Murid- murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur.
- Kawasan dapur hendaklah sentiasa kemas dan bersih.

4 Langkah mencegah kecederaan:


- Lantai hendaklah sentiasa bersih, kering dan tidak licin.
- Murid-murid tidak dibenarkan bermain-main dan berlari di kantin.
- Barang-barang hendaklah diurus dengan sempurna agar tidak menghalang
pergerakan dan membahayakan pengguna.
- Perabot hendaklah selamat dan sesuai digunakan.

5 Kemudahan-kemudahan kantin
-Bekalan air bersih – air yang digunakan di kantin hendaklah dari sumber air
yang bersih, selamat dan mencukupi. Tidak menggunakan sambungan getah
paip.
-Bekalan elektrik  kantin menanggung sendiri kos eletrik.
-Tempat penyediaan makanan – ruang kerja untuk menyediakan makanan
cukup bagi pekerja kantin menyelanggarakan tugas dan muat untuk setiap
kerja.
- Meja kerja yang digunakan untuk menghidangkan makanan hendaklah bersih,
kemas dan dialas dengan bahan yang kalis air.
- Ruang memasak hendaklah mencukupi agar pengendali makanan selesa dan
boleh menjalankan kerja dengan baik.
- Tempat mengeringkan pinggan mangkuk – mestilah di tempat yang selamat
dan bersih.
- Tempat menyimpan bahan makanan : - penyimpanan bahan mentah yang
tidak mudah rosak hendaklah dilengkapi dengan para atau pun perabot yang
sesuai.
- Selamat daripada gangguan tikus dan serangga dan mendapat pengudaraan
yang cukup.
-Penyimpanan bahan mentah yang mudah rosak hendaklah di dalam peti sejuk
yang mempunyai kemudahan beku dan dingin dengan suhu yang sesuai.
- Makanan yang sudah masak hendaklah ditutup dan diletakkan ditempat yang
sesuai.
-Makanan untuk dijual diletak di tempat yang bertutup dan bersih.
- Kaunter jualan – kaunter jualan hendaklah sesuai dan sentiasa berkeadaan
bersih.
- Sediakan lorong untuk murid beratur.
- Tempat makan – tempat makan untuk murid hendaklah mencukupi dari segi
bangku dan meja, disediakan alas meja dari bahan yang kalis air, bersih dan
kemas.
-Tempat makan staf hendaklah mempunyai kemudahan yang sesuai.
- Sinki – Pastikan singki mencukupi dan berfungsi serta disediakan cecair
pencuci tangan.

6 Penyelenggaraan sisa makanan


- sisa makanan hendaklah diselenggarakan dengan sempurna.Tong sampah
perlu mencukupi dan dilapis dengan plastik serta bertutup. Kawasan sekitanr
tong sampah  bersih.
- pelupusan sampah – sampah sisa dari kantin dibuang ditempat pembuangan
sampah Majlis Pebandaran  Kangar.

7 Pengendali makanan
- Perlu mendapatkan suntikan typoid oleh semua pekerja kantin.
- pengendali makanan perlu sentiasa merujuk buku panduan dan peraturan
mengendalikan kantin sekolah dengan pakaian dan amalan yang baik.
- pengendali makanan perlu melayan pelanggan dengan baik dan tidak boleh
sama sekali menggunakan perkataan yang negatif terhadap pelanggan.

5 HAL-HAL LAIN Maklumat pekerja kantin


- Pihak pengusaha kantin perlu memberikan maklumat terkini berkenaan
pekerja kantin. Maklumat ini penting untuk disimpan di fail dan rujukan pihak
pemantau.

Laporan Kendiri Kantin


- Pihak kantin diminta memberi kerjasama untuk membuat laporan kendiri
kantin iaitu sebelum 5 haribulan setiap awal  bulan. Ia bagi memudahkan pihak
sekolah membuat laporan bulanan kantin.
Harga makanan dan minuman
- Harga makanan dan minuman murid dan guru hendaklah berbaloi dengan
kuantiti dan kualiti makanan yang telah
dipersetujui.                                                                                                                       
    

Penyampaian Sijil Penghargaan

6 PENUTUP/UCAPAN   - berharap agar pihak kantin dan AJK Kantin dapat memberikan
PENANGGUHAN
kerjasama dan menjalankan tanggungjawab dengan baik.
b.  - berharap laporan kendiri kantin dapat dilengkapkan sebaiknya.
c.   - Mesyuarat seterusnya dijangka akan diadakan pada bulan Jun.

d.  Mesyuarat ditangguhkan pada jam ____________ petang.

Anda mungkin juga menyukai