Anda di halaman 1dari 7

MINGGU SIHAT SEJAHTERA SK TEMONG 2017

KERTAS KERJA MINGGU SIHAT SEJAHTERA


SEKOLAH KEBANGSAAN TEMONG 2017

1.0 PENGENALAN

Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan
yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang
disasarkan iaitu pelajar dan warga sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada
amlan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang
prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.

Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat
menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat
mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk sejak di
bangku sekolah lagi.

1.1 KEMPEN JOM HIDUP SIHAT

Jom Hidup Sihat boleh menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera. Amalan
Jom Hidup Sihat menjurus kepada kebersihan diri, pemakanan yang seimbang, senaman
yang konsisten ,mengelakkan stress dan konflik serta menjauhi penyalahgunaan
dadah.

1.2 TUJUAN PROGRAM

Program Kesihatan dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah


Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif
melalui amalan Jom Hidup Sihat. Di samping itu ia bertujuan memberi pengetahuan dan
pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada para pelajar serta masyarakat di sekitar.
Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah wajar ditekankan kepada
golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan
mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dari seawal usia di bangku sekolah .
Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup
sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah.
MINGGU SIHAT SEJAHTERA SK TEMONG 2017

1.3 RASIONAL PROGRAM

Program Jom Hidup Sihat ini merupakan satu program kesihatan untuk semua
warga sekolah demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para pelajar,
guru dan seterusnya ibu bapa pelajar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan.
Melalui program ceramah , kempen menderma darah dan pameran kepada para
pelajar akan dapat memupuk perasaan cintakan kesihatan.

1.4 MATLAMAT PROGRAM

Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari segi
fizikal. mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah.
Mata bercahaya lahir dari minda yang cerdas,

1.5 OBJEKTIF PROGRAM

• Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan


pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan
kakitangan sekolah terhadap kesihatan.

• Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati diri
yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai
benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial seperti merokok
dan peyalahgunaan dadah.

• Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan


masyarakat sekolah bagi mencapai matlamat bersama.

• Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan


menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat.

• Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar walau di
mana mereka berada.

• Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan sihat dan ceria ketika di
sekolah,

• Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-anasir
buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.
MINGGU SIHAT SEJAHTERA SK TEMONG 2017

2. AJK INDUK PROGRAM JOM HIDUP SIHAT

PENASIHAT
PN ROZANA BINTI OM
GURU BESAR, SK TEMONG.

PENGERUSI
EN. KAMARULIZRA BIN MAT KASIRIN
GURU PENOLONG KOKURIKULUM

NAIB PENGERUSI 1
PN HJH MASTURA BINTI MIOR ADLAN
GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

NAIB PENGERUSI 2
PN KHADIJAH BINTI IBRAHIM
GURU PENOLONG KANAN HEM

SETIAUSAHA
EN. ABDUL RAHIM BIN ZAINUDIN

BENDAHARI
EN. ZAINI BIN HASAN

AHLI JAWATANKUASA

PN NOR FATEHAH BT ROZALI


PN NOR HIDAYAH BT BAKI
PN HALIZA BT MAT JAD
PN SURYATI BT ISMAIL
MINGGU SIHAT SEJAHTERA SK TEMONG 2017

2.2 AJK PELAKSANA PROGRAM JOM HIDUP SIHAT

PENASIHAT
Pn Rozana Binti Om
Guru Besar, Sk Temong.

PENGERUSI
En. Kamarulizra Bin Mat Kasirin
Guru Penolong Kokurikulum

NAIB PENGERUSI 1
Pn Hjh Mastura Binti Mior Adlan
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

NAIB PENGERUSI 2
Pn Khadijah Binti Ibrahim
Guru Penolong Kanan Hem

SETIAUSAHA
En. Abdul Rahim Bin Zainudin

BENDAHAR1
En Zaini bin Hasan

AHLI JAWATANKUASA

HADIAH DOKUMENTASI
Pn Norwati bt Hamzah En Faizul Aizar bin Rasdi
Pn Nor Fatehah bt Rozali
GIMIK PELANCARAN
SIARAYA En. Abdul Rahim bin Zainudin
En Ahmad Tauran bin Yahya En. Yusri bin Yusof

KAWALAN MURID JURUACARA


Pn Noor Azita bt Aziz Pn Nuraini Bt Abdullah

KUIZ KESIHATAN SENAMROBIK


En Abdul Rahim bin Zainudin Pn Suryati binti Ismail
En Zaini bin Hasan
CHEF MUDA CERAMAH DAN PAMERAN
Pn Zainiah bt Kassim Pn. Norwati bt Hamzah
Pn Maslina bt Mat Ali Pn Nor Fatehah bt Rozali
MINGGU SIHAT SEJAHTERA SK TEMONG 2017

3.0 Cadangan Program

Program ini akan dijalankan selama 5 hari berturut-turut pada 28 hb Mac hingga 1 hb April
2011. Upacara perasmian akan dijalankan pada 28 hb Mac 2011 oleh Pengetua SMK Tun
Mutahir.

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan sepanjang program Jom Hidup Sihat:

Bil Aktiviti yang Dirancang Agensi /JK Pelaksana


1 Pameran kesihatan dan Anti Rokok Unit promosi Pejabat Kesihatan
Ceramah dan Sidang Vedio Anti Rokok Sauk
2 Kuiz Kesihatan Panitia PJK dan Unit Kesihatan

3 Senamrobik Panitia PJK dan Muzik

4 Pertandingan Chef Muda Panitia RBT

3.1 Tentatif Program

Hari Masa Acara Sasaran Lokasi


Isnin 7.30-8.10 Pelancaran Program Semua murid dan Dewan Arena
28.3.11 Jom Hidup Sihat guru SK Temong

Selasa 10.30-2.00 Pameran Kesihatan dan Semua Murid Dewan Arena


29.3.11 Anti Rokok.Ceramah. SK Temong

Rabu 7.20-7.30 Kuiz Kesihatan Semua Murid. Dewan Arena


30.3.11 10.30-2.00 Guru. SK Temong

Khamis 10.00- Pertandingan Chef Murid – murid Dewan Arena


31.3.11 12.00 Muda Tahun 5 dan 6 SK Temong

Jumaat 7.30 – 8.10 Perasmian Penutup Semua murid dan Dewan Arena
guru SK Temong
5.0 PERBELANJAAN

5.1 Percetakan

- Kertas Lukisan RM 20.00


- Cetakan Bahan Pertandingan ( Lukisan ) RM 20.00
- Banner RM 50.00
JUMLAH RM 90.00
MINGGU SIHAT SEJAHTERA SK TEMONG 2017

5.2 Hadiah
- Pertandingan Chef Muda (RM 7.50 x 18) RM 120.00
- Pertandingan Kuiz Kesihatan (RM 7.50 x 18) RM 120.00
JUMLAH RM 240.00
5.3 Jamuan

- Jamuan untuk tetamu RM 100.00


JUMLAH RM 100.00

5.4 Jumlah Perbelanjaan

Bil PERBELANJAAN JUMLAH


1. Percetakan dan Banner RM 90.00
2. Hadiah RM 240.00
3. Jamuan RM 100.00
JUMLAH BESAR RM 430.00

6.0 SUMBER KEWANGAN

Bil. SUMBER KEWANGAN JUMLAH


1. Panitia Pendidikan Kesihatan RM 430.00

JUMLAH RM 430.00

7.0 PENUTUP

Diharapkan aktiviti Minggu Jom Hidup Sihat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini
MINGGU SIHAT SEJAHTERA SK TEMONG 2017

akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran
untuk mencegah dan mengelakan penyakit. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari
semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.

Disediakan oleh, Tarikh: 7 Februari 2011

……………………………..........…
(EN ABDUL RAHIM BIN ZAINUDIN)
Setiausaha
Minggu Sihat Sejahtera SK Temong

Disemak oleh,
…………………………………........
(EN KAMARULIZRA BIN MAT KASIRIN)
Guru Penolong Kanan Kokuriulum.
SK Temong.

Disahkan oleh,
………………………………………...
( PN ROZANA BINTI OM )
Guru Besar
SK Temong, Enggor.

Anda mungkin juga menyukai