Anda di halaman 1dari 2

Langkah 3

Bahagian Aktiviti

Langkah ketiga iaitu selepas penerangan yang berkaitan isi pembelajaran dan

pengajaran, aktiviti pdpc diteruskan dengan aktiviti yang dinamakan sebagai “Music Box”.

Guru memilih “Musix Box” sebagai pilihan aktiviti kerana ianya bersesuaian dengan pelajar

tingkatan satu yang masih dalam suasana sekolah rendah. Diamana masih dalam suasana

“kanak-kanak”. Langkah ketiga ini adalah berkonsepkan belajar secara bermain. Dengan

cara ini pelajar lebih seronok dan mudah untuk mengingat sesuatu perkara terutama soalan

yang memaksa mereka untuk memikir jawapan dengan segera.

Jika guru memilih atau mengarahkan mana-mana pelajar untuk sukarela untuk

bangun menjawab soalan yang diutarakan oleh guru, sudah tetntu tiada yang akan abngun

secra sukarela untuk bangun menjawab soalan kecuakli dipaksa untuk bangun. Hal ini keran

pelajar takut jawapan yang akan diberikan itu salah dan tidah tahu apakah jawapan bagi

soalan tersebut.

Dengan menjalankan aktiviti “Music Box” ini, pelajar tidak kan terlepas dengan

menjawab soalan yang akan ditantakan oleh guru. Cara permainan “Music Box” ini adalah,

guru akan memberi satu kotak yang dinamakan sebagai kotak ajaib, dimana kotak itu akan di

edarkan kepada rakan-rakan sekelas yang lain selepas guru memainkan satu atau dua jenis

lagu yang rancak agar pelajar rasa seronok dan menikmati permainan tersebut.

Guru tidak akan pandang di mana kotak itu berada, selepas beberapa saat, guru akan

memberhentikan muzik tersebut dan melihat siapa yang memegang kotak tersebut saat muzik

diberhentikan. Seterusnya guru akan membaca soalan yang tertera di slaid untuk dijawab oleh

pelajar tersebut. Bantuan rakan kumpulan dibenarkan untuk membantu pelajar tersebut

menjawab. Permainan diteruskan sehingga soalan ke-10.


Antara soalan yang ditanyakan kepada pelajar ialah, berikan tiga ciri insan bermoral,

definisi insan bermoral, berikan dua kepentingan menjadi insan bermoral dari segi diri

sendiri, berikan dua kepentingan menjadi insan bermoral dari segi masyarakat, berikan dua

kepentingan menjadi insan bermoral dari segi alam, berikan dua kepentingan menjadi insan

bermoral dari segi keluarga, mengapa insan yang tidak bermoral tidak disukai oleh orang lain

? Adakah anda insan yang bermoral ?Adakah anda akan berasa gembira bila rakan anda

gembira dan anda akan rasa simpati bila rakan anda sedih. Ya atau tidak. Berikan tiga nilai

yang telah anda pelajari pada hari ini dan soalan akhir ialah, sebagai insan bermoral

bagaimanakah anda menggunakan internet secara berhemah.

Kesemua soalan ini mampu dijawab dengan baik oleh pelajar yang terpilih

dalam permainan “Music Box” ini. Setiap pelajar yang boleh menjawab akan diberikan

hadiah sebaagi pembangkit semangat mereka dan pelajar yang lain untuk menjawab soalan

yanag akan diberikan.

RUMUSAN / KESIMPULAN

Bahagian kesimpulan dimana bahagian ini, boleh mengetahui adakah pelajar telah

memahami dan menguasai tajuk yang telah mereka pelajari pada hari ini. Untuk bahagian ini,

guru telah memilih seorang dari kumpulan A dan seorang dari kumpulan B bagi mewakili

untuk menyatakan apa yang mereka faham mengenai apa yang telah mereka pelajari pada

hari tersebut.

Guru juga menyimpulkan apa yang telah mereka pelajari pada hari tersebut dan

mengulang apa yang penting dalam pembelajaran pada hari tersebut. Secara keseluruhan ,

pelajar faham dengan apa yang telah mereka pelajari pada hari tersebut kerana pelajar mampu

unyuk menjawab soalan dalam permainan “Music Box” tadi dan mampu menyimpulkan apa

yang telah mereka pelajari.

Anda mungkin juga menyukai