Anda di halaman 1dari 5

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

MEMELIHARA HAK-HAK ALLAH


( 18 Julai 2008 / 15 Rejab 1429H )

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada
Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya
dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperoleh taufik
dan hidayah di dunia dan di akhirat. Tajuk khutbah pada hari ini ialah:
MEMELIHARA HAK-HAK ALLAH.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Di zaman Rasulullah SAW pelbagai ujian telah berlaku sama ada ke atas diri
baginda, keluarga atau umat Islam ketika itu. Kesemua ujian itu dapat
ditangani dengan baik. Berasaskan keadaan itu, Allah SWT mengajar baginda
SAW metodologi untuk berhujah dengan kaum musyrik, munafik dan

sebagainya. Salah satu kaedah yang dinyatakan dalam al-Quran ialah


Mubahalah atau Mulaanah.
Mubahalah bererti pihak yang berbalah saling doa mendoakan untuk
membersihkan diri antara mereka supaya diturunkan laknat ke atas salah
seorang daripada mereka yang berbohong. Dalam sejarah Islam, Rasulullah
SAW pernah menggunakan kaedah ini setelah diwahyukan oleh Allah SWT
sebagaimana di dalam surah Ali Imran ayat 61:

Maksudnya: Maka sesiapa yang membantahmu mengenainya, sesudah


engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka:
Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan isteri-isteri
kami serta isteri-isteri kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita
memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta
supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta..
Peristiwa ini berlaku pada tahun kesembilan hijrah di mana beberapa
orang utusan Nasrani Najran di Selatan Semenanjung Arab berhampiran
Yaman bertandang ke Madinah al-Munawwarah bertemu Rasulullah SAW
untuk berhujjah tentang keyakinan batil mereka berkenaan Nabi Isa AS.
Meskipun Rasulullah SAW telah memberi penjelasan lengkap mengenai
kenabian Nabi Isa AS tetapi puak Najran itu tidak menerima. Lalu Allah SWT
meminta

Rasulullah

SAW

supaya

mencabar

pula

mereka

dengan

bermubahalah. Bagaimanapun puak Najran ini menolak untuk bermubahalah


kerana bimbang pembohongan mereka diketahui.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Persoalan besar timbul ialah apakah mubahalah boleh diamalkan dalam
membuktikan kes-kes jenayah tanpa melalui proses perundangan?. Kes-kes
jenayah Islam seperti pembunuhan, zina, liwat, qazaf, pemberontakan dan
sebagainya adalah dikategorikan sebagai hak Allah SWT. Dalam pelaksanaan
hukuman bersabit hak-hak Allah ini, sumpah dan mubahalah bukanlah kaedah
yang digunakan untuk mensabitkan pesalah. Sumpah digunakan dalam keskes bukan jenayah (kes mal) sahaja.
Oleh sebab itu dalam kes jenayah, Islam menentukan prinsip undangundang tertentu dalam menegakkan keadilan. Tidak ada jalan mudah dan
singkat untuk menuduh dan membabitkan seseorang bersalah. Keadilan boleh
ditegakkan melalui proses undang-undang. Disebabkan ketinggian sifat kasih
Allah kepada manusia inilah, maka kedudukan kita sentiasa dipelihara dengan
berbagai-bagai peraturan dan undang-undang supaya umat manusia tidak terus
hanyut ditimpa dosa bahkan mendapat ganjaran berlipat kali ganda.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqara ayat 30:

Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:


Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka
bertanya: Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan
membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa
mensucikan-Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa
yang kamu tidak mengetahuinya..

Inilah kemuliaan yang sangat besar diberikan Allah kepada manusia


agar kita dapat memakmurkan bumi ini tanpa sebarang persengketaan atau
pertumpahan darah. Namun begitu masih terdapat segelintir manusia yang
gagal mematuhi peraturan tersebut. Maka kerana itu undang-undang Allah
sangat berkesan mencegah kerosakan didunia ini. Apa pun tanggungjawab
setiap umat Islam hendaklah sentiasa memelihara hak-hak Allah dengan
terlebih dahulu menjaga akan hak-hak manusia. Antara hak-hak manusia itu
adalah menjaga hak beragama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda
daripada dirosakan atau menjadi perosak kepada orang lain.
Dengan demikian demi untuk menjaga kemakmuran, keharmonian dan
keselamatan, maka kita perlu mematuhi dan menghormati undang-undang.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Mengakhiri khutbah, mimbar ingin menasihatkan umat Islam bahawa dalam
menyelesaikan kes-kes jenayah Islam atau hak-hak Allah SWT hendaklah kita
kembali menghormati dan mematuhi prinsip undang-undang mengikut
bidangkuasa mahkamah yang telah ditetapkan. Kita perlu ingat jangan
mempermain-main dan mempersendakan hukum Allah bagi mengelakkan
kemurkaan Allah SWT.
Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dan memohon kepada-Nya
supaya dipelihara pemimpin dan rakyat jelata dari segala mara bahaya yang
membinasakan iman dan akhlak mulia. Semoga keamanan, perpaduan dan
kesejahteraan masyarakat dalam negara kita terus berkekalan. Waspadalah kita
dengan ancaman Allah SWT disebabkan kealpaan kita mematuhi segala
perintah-Nya. Firman Allah SWT dalam surah ar-Rad ayat 6:

Maksudnya: Dan mereka meminta kepadamu disegerakan kedatangan azab


sebelum mereka memohon kebaikan; padahal sesungguhnya telah berlaku
contoh-contoh azab sebelum mereka. Dan sesungguhnya Tuhanmu Amat
melimpah keampunan-Nya bagi manusia terhadap kezaliman mereka, dan
sesungguhnya Tuhanmu juga Amatlah keras balasan azab-Nya.

Anda mungkin juga menyukai