Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE JABATAN

MINERAL DAN GEOSAINS SABAH, KOTA KINABALU

PENDAHULUAN
Pihak Pusat Tingkatan Enam SMK Kinarut untuk Unit Geografi bercadang untuk
membuat lawatan sambal belajar ke Jabatan Mineral dan Geosains, Sabah di Kota Kinabalu bagi
memperkukuhkan lagi aspek pengetahuan para pelajar yang mengambil matapelajaran Geografi
di peringkat STPM. Di samping itu, dengan adanya lawatan seumpama ini, dapat mendedahkan
pelajar dengan aspek pembelajaran secara konstruktif.

OBJEKTIF/MATLAMAT
Di antara objektif dan matlamat program program ini diadakan ialah untuk :
I. Meningkatkan motivasi dan minat dalam kalangan pelajar yang mengambil
matapelajaran Geografi di peringkat STPM.
II. Memperkukuhkan lagi aspek pengetahuan para pelajar dalam pembelajaran
berkaitan dengan topik geomorfologi/batuan.
III. Mendedahkan kepada pelajar tentang peranan dan fungsi Jabatan Mineral dan
Geosains Sabah secara khusus.

AHLI JAWATANKUASA
PENGERUSI : Encik Zamharir Hj Ahmad
T. PENGERUSI : Puan Faridah Bt Nasif
PENYELARAS : Encik Irwan Bin Mohd Yusof
GURU PENGIRING : Encik Abdul Kadir Bin Jamil
Puan Nordiana Binti Yusoff

BUTIR-BUTIR LAWATAN :
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
TEMPAT : Jabatan Mineral Dan Geosains Sabah
BIL PESERTA : 29 orang
BIL GURU : 3 orang

1
AKTIVITI SEPANJANG LAWATAN
Sesi taklimat fungsi dan peranan jabatan
Lawatan muzium spesimen/batuan

PERBELANJAAN
BIL PERKARA KOS (RM)

1. PENGANGKUTAN RM 250.00

2. MAKANAN DAN MINUMAN RM 290.00

JUMLAH RM 540.00

SUMBER KEWANGAN
1. Pungutan setiap pelajar RM 10.00 × 29 = RM 290.00
2. Peruntukkan PCG = RM 250.00

2
TENTATIF LAWATAN

MASA PERKARA TINDAKAN

7.00-7.45 AM Pelajar berkumpul dan mengambil Guru kelas


kehadiran di sekolah.

7.45-8.00 AM TAKLIMAT KESELAMATAN Encik Irwan B. Mohd Yusof


DAN PERJALANAN

8.00-8.30 AM Bertolak dari sekolah ke destinasi Guru pengiring & pemandu


lawatan. bas

8.30 – 11.30 AM Taklimat dan lawatan muzium Guru pengiring & staf
specimen/batuan. Jabatan Mineral dan
Geosains

11.30 – 11.45 AM TAKLIMAT KESELAMATAN Encik Irwan B. Mohd Yusof


DAN PERJALANAN

11.45 - 12.15 PM Tiba di sekolah dari destinasi lawatan.


Guru pengiring
12.30 PM Pelajar bersurai

PENUTUP
Lawatan yang seumpama ini tidak dapat dinafikan sangat penting sebagai sebahagian
daripada proses PDPC. Aspek pembelajaran secara konstruktif mampu memberi impak yang
besar dan berkesan terhadap pelajar dan secara tidak dapat membantu pelajar memahami
beberapa konsep yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari dalam matapelajaran Geografi.

DISEDIAKAN OLEH :

(IRWAN BIN MOHD YUSOF)

Anda mungkin juga menyukai