Anda di halaman 1dari 5

Modal insan memberikan maksud yang begitu luas dan boleh dilihat pada berbagaibagai aspek termasuklah dari

sudut kepakaran dan kualiti keinsanan namun tidak hanya


terbatas dalam produktiviti, tetapi pada masa yang sama memiliki sentuhan keinsanan yang
tinggi (Sidek, 2011). Menurut Noraini (2011), modal insan memberi pengertian sahsiah yang
terpuji, menghayati sistem kepercayaan berfalsafah dan berprinsip, berintegriti serta
berwawasan, perancangan yang rapi, keterampilan diri, pemantauan, adab dan mempunyai
akhlak yang terpuji. Secara umumnya modal insan dengan merujuk kepada individu sebagai
aset yang sangat berharga. Norizan et al. (2007) menyatakan dalam konteks pendidikan
Malaysia, pembangunan modal insan bertujuan untuk memastikan anak warga Malaysia
mempunyai ilmu pengetahuan dan kepakaran yang tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam
pelbagai jenis pekerjaan.
Pembangunan modal insan adalah usaha untuk meningkatkan nilai (value) modal insan
menjadi lebih berpengetahuan, berkemahiran dan bersahsiah supaya lebih kompeten dan
berdaya saing dalam mendepani cabaran abad ke 21 (Asmah et al, 2012). Dalam konteks
ekonomi, modal insan merupakan bagaimana seseorang itu dikategorikan mengikut kebolehan
dan kemahiran atau memberi pulangan kepada organisasi atau sumbangan kepada
pertumbuhan ekonomi sesebuah negara (Rahman, 2007)
Malaysia merupakan sebuah negara yang memperkasakan modal insan dengan
menggunakan pendekatan serta strategi dalam usaha melonjakkan pembangunan untuk
menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing. Ini terbukti dalam usaha kerajaan
memperuntukkan sebanyak RM54.6 billion atau 21% untuk sektor pendidikan daripada jumlah
keseluruhan bajet yang berjumlah RM 264.2 billion. Dalam usaha untuk menggembeling
sumber daya manusia, kerajaan Malaysia menunjukkan kesungguhan untuk memperuntukan
sejumlah bajet yang besar terutamanya dalam pendidikan.

Sistem Pendidikan Malaysia


Sejarah

sistem

pendidikan

Malaysia

digubal

secara

rasmi

dengan

usaha

membangunkan modal insan bermula dengan Penyata Razak 1956 kemudian disusuli Ordinan
Pelajaran 1957 yang memfokuskan kepada pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan.
Seterusnya diikuti dengan Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran pada tahun 1961 dan Laporan
Kabinet 1979 di mana antara dasar yang diketengahkan dengan memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk melanjutkan persekolahan dari 9 ke 11 tahun.
Pada tahun 1995, Rang Undang-undang Pendidikan 1965 menyatakan permulaan
pendidikan rendah adalah antara umur 5 hingga 7 tahun. Kemudian diteruskan dengan dasar
pendidikan yang diperkenalkan oleh kerajaan antaranya seperti dasar 1Murid 1Sukan, dasar
Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI),
Pelan Strategik Interim KPM 2011 2020 dan terkini Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 2025. Petikan ucapan mantan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) YBhg. Dato Dr. Rosli Bin Mohamed dalam Pelan Strategik Interim KPM 2011
2020 menyatakan Modal insan merupakan satu elemen penting yang menyumbang kepada
pembangunan dan kesejahteraan negara. Modal insan yang berkualiti akan memberi nilai
tambah yang diperlukan oleh sesebuah negara yang sedang membangun bagi meningkatkan
produktiviti yang dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.
Sesungguhnya usaha ke arah penjanaan modal insan yang berkualiti mencakupi bidang
pendidikan. Kepesatan pembangunan negara sememangnya memerlukan modal insan yang
berilmu dan berkemahiran dalam melaksanakan tanggungjawab pembangunan. Usaha ini
dilihat betapa KPM begitu serius untuk menjana pembangunan modal insan dalam sistem
pendidikan di Malaysia.
Di bawah Rancangan Malaysia ke sepuluh (RMKe-10), usaha untuk membangunkan
dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia, kerajaan dilihat telah memberi penekanan ke
arah

meningkatkan

kualiti

guru,

meningkatkan

bilangan

sekolah

berprestasi

tinggi,

memperkenalkan sekolah amanah, meningkatkan penyertaan murid dan kesaksamaan


pendidik.

Penerusan dasar pendidikan Malaysia dalam usaha membangunkan modal insan


diteruskan lagi dengan KPM memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) bagi tahun 2013 2025. YBhg. Tan Sri Abd. Ghafar bin Mahmud selaku Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia dalam catatan ucapan beliau pada PPPM menyebut Pendidikan
juga mendasari proses pembangunan modal insan yang berinovatif dan berkemahiran tinggi
yang merupakan faktor kritikal bagi menyokong pertumbuhan sosial, budaya, dan ekonomi
sesebuah negara . Visi dan aspirasi dalam PPPM dengan jelas menyatakan Malaysia perlu
melakukan transformasi sistem pendidikan asas untuk membolehkan negara merealisasikan
aspirasi dan memenuhi keperluan modal insan pada masa hadapan.
Antara permasalahan yang diketengahkan dalam PPPM yang melibatkan modal insan
di mana Isu prestasi murid lelaki yang memberikan jurang gender semakin lebar dalam
pendidikan negara di mana pentingnya bagi Malaysia untuk mencari penyelesaian dalam
meningkatkan pelibatan remaja lelaki bagi pendidikan untuk memastikan mereka menjadi
sumber modal insan yang bernilai.
Dalam PPPM juga menyatakan bahawa Pakar pendidikan kebanyakan negara
menyedari bahawa hakikat kanak-kanak memerlukan kemahiran selain 3M (Menulis, Membaca,
Mengira) setelah mereka tamat alam persekolahan. Dalam dunia globalisasi abad ke-21,
keperluan bagi melahirkan modal insan berkualiti tinggi menjadi semakin penting. Negara
rantau Asia yang setanding dari segi ekonomi seperti Hong Kong, Singapura dan Korea Selatan
menggunakan pendidikan murid pintar cerdas sebagai satu daripada pemacu pembangunan
modal insan dan inovasi negara.
Usaha ini dicontohi Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju dengan merangka
pelan tindakan iaitu memaksimumkan keberhasilan murid untuk setiap ringgit yang dibelanjakan
pada Gelombang 1 (2013 - 2015) bagi inisiatif baharu yang diperkenalkan akan tertakluk pada
penilaian yang ketat. Usaha ini penting bagi memastikan program baharu tidak mengekang
modal insan dan sumber kewangan daripada memberikan impak yang lebih besar jika
digunakan untuk tujuan lain. Pada pelan jangka panjang dalam PPPM pada gelombang kedua
(2016-2020) iaitu melaksanakan penstrukturan semula Kementerian secara menyeluruh di
mana Kementerian akan terus meningkatkan usaha menarik, membangun dan mengekalkan
individu yang berpotensi bagi melaksanakan perubahan ini.

Usaha yang merangkumi keseluruhan organisasi, daripada fungsi berkaitan pendidikan


seperti pembangunan kurikulum dan pendidikan guru, hinggalah kepada fungsi pengurusan
seperti perancangan pembangunan modal insan dan infrastruktur. Penerangan di atas dengan
jelas menerangkan definisi sistem pendidikan negara kita yang telah digubal sebagai satu dasar
bagi menjana modal insan untuk mengupayakan sumber tenaga manusia bagi mencapai
sebuah negara maju.
Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam membangunkan modal insan yang
mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, keperibadian mulia, berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju untuk abad ke-21. Modal insan yang
ingin dihasilkan oleh Perdana Menteri Malaysia adalah yang mampu berfikir secara kritis dan
kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru,
mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran yang lebih
global dan sering berubah-ubah (Marzita, 2006). Walaubagaimanapun masih terdapat
kelemahan yang perlu diperbaiki dalam melahirkan modal insan seperti yang dinyatakan di
atas. Pihak yang berwajib seperti pihak kerajaan , sekolah, ibubapa dan masyarakat perlu
berkerjasama dalam membina insan yang diperlukan. Dalam hal ini bukan satu pihak sahaja
yang perlu berusaha mendidik insan-insan yang diperlukan malahan semua pihak perlu
berganding bahu untuk menghasilakan insan yang kreatif dan inovasi.

Kejayaan masa hadapan negara sangat bergantung kepada kualiti modal insan yang
dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga keperibadian. Perkara ini amat penting dalam
pembentukkan modal insan yang berdaya saing. Modal insan yang bukan sahaja hebat dari
segi intelektual tetapi juga seimbang dari segi kecerdasan emosi dan spiritual. Modal insan
yang bakal menjadi peneraju utama membentuk sebuah negara yang maju serta seimbang
pembangunan ekonomi dan sosialnya, memiliki warga yang bersatu padu, berbudaya,
berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh. Itulah yang kita
harapkan. Dari sudut pendidikan, apakah sistem pendidikan kita berjaya membangunkan modal
insan? Sistem Pendidikan merupakan agenda penting dalam membangunkan dan memajukan
negara. Sistem pentaksiran dalam pendidikan boleh dijadikan instrumen penggerak bagi
membentuk individu cemerlang intelek, jasmani, rohani, emosi, sahsiah dan berkemahiran
tinggi. Sistem pendidikan negara kita sedang menuju ke arah membangunkan modal insan, ini
selaras dengan system pentaksiran yang baru dilaksanakan iaitu Sistem Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (PBS). PBS merupakan satu kaedah pentaksiran yang mencorakkan hala
tuju sistem pentaksiran baharu. PBS berhasrat untuk memenuhi hasrat FPK dengan menilai
potensi individu secara menyeluruh dari awal hingga tamat persekolahan dan tidak tertumpu
kepada perkembangan intelek sahaja. PBS bukan sahaja mentaksir kebolehan kognitif individu
tetapi menjurus kepada pembinaan sahsiah, motivasi diri, sosial individu, masyarakat dan
keluarga yang dipupuk bersama dengan aspek kecemerlangan diri dan akademik individu. PBS
berupaya menyumbang kepada pembentukan modal insan yang berfikiran kritis dan kreatif,
berkemahiran menyelesaikan masalah, berdaya mencipta peluang baharu, mempunyai
ketahanan dan kebolehan berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah
(Blog Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia). Tetapi ini semua perlu dikaji semula dari segi
pelaksanaannya. Apa yang banyak kita dengar ia membebankan para guru. Bagaimana tenaga
yang diperlukan ini terbeban? Adakah dengan tenaga yang terbeban ini akan dapat mencapat
hasrat murni kementerian dalam melahirkan modal insan yang berkualiti? Perancangan yang
baik sudah ada dalam sistem pendidikan negara kita. Tetapi alangkah baiknya sekiranya ada
jalan atau idea bernas dalam cara melaksanakannya yang lebih ke arah praktikal yang logik
dan tidak membebankan golongan pelaksana ini. Jika dilihat, sekarang ini kerja-kerja
perkeraniaan terlalu banyak perlu dilakukan oleh golongan pelaksana ini berbanding dengan
zaman-zaman emak dan ayah kita dahulu. Cuba fikirkan bagaimana golongan pelaksana ini
dapat mendidik modal insan dengan jayanya hingga melahirkan para ilmuan dan tokoh-tokoh
yang menjadi kebanggaan negara. Perubahan itu perlu tetapi perlu juga dilihat dari pelbagai
sudut. Jangan nanti insan yang dilahirkan hanya cemerlang dari sudut intelektual sahaja,
memandangkan banyak lagi kemahiran-kemahiran lain yang perlu diseimbangkan dalam
mencapai taraf modal insan. Jangan jadi seperti mana kes pelajar kita yang cemerlang tetapi
akhirnya terjerumus ke lembah yang tidak sihat. Bukan itu yag kita mahukan! Kesimpulannya,
dari segi perancangan sistem pendidikan kita sudah ke arah membangunkan modal insan.
Tetapi perancangan itu haruslah selari dengan pelaksanaannya dalam mencapai tujuan yang
murni itu. Semua pihak perlu mengambil bahagian bersama dalam membangunkan modal
insan yang berkualiti. Jangan hanya dibebankan di atas bahu golongan pelaksana ini. Dikhuatiri
nanti kerja-kerja perkeranian cemerlang tetapi akibatnya pelajar terabai.

Anda mungkin juga menyukai