Anda di halaman 1dari 2

SUJUD SYUKUR

DEFINISI Sujud Syukur ialah sujud berterima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yang besar. Waktunya Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapatr keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya. Dalilnya Daripada Saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. apabila datang kepada beliau sesuatu yang menggembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah Taala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan termidzi r.a. Syarat- syaratnya Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat:a. b. c. d. Suci dari hadas besar dan kecil. Suci daripada najis samada di badan, pakaian dan tempat. Menghadap kiblat Menutup aurat

Cara-cara melakukannya:Pertama: Niat Sahaja aku syujud syukur kerana Allah Taala Kedua: Mengangkat takbiratulihran, (Allahuakhbar) Ketiga: Sujud, sepertimana sujud dalam solat. Bacaan dalam sujud

1. Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illalllah huwallahuakhbar 3x


2. Kemudian berdoa di dalam hati dlm bhs Melayu (peringatan jika dilafazkan dalam Melayu batal bahasa sujud syukur tersebut) A. YA ALLAH AKU BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATNU. B. YA ALLAH AKU BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADAKU. C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSAKU, KEDUA IBU BAPA KU DAN ORANGORANG YANG BERIMAN

D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU

Anda mungkin juga menyukai