Anda di halaman 1dari 1

3M KEPADA 4M Selepas 28 tahun, dengan 3M, sistem pendidikan rendah negara akan bertukar kepada 4M, pada sesi

2011 atau lebih tepat lagi dari membaca, menulis dan mengira, ditambah satu lagi kemahiran---menaakul. Ia berikutan pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah, KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, KBSR. Bagaimanapun, sistem baru itu hanya untuk pelajar tahun satu. Rombakan kepada 4M dilakukan sejajar peredaran masa. Pelajar bukan hanya perlu memiliki kemahiran membaca, menulis dan mengira, tetapi menaakul iaitu bermaksud boleh berfikir secara rasional, dan menolak perkara yang negatif. Datuk Dr Julaiha Bujang/Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran "Dia boleh memberikan penjelasan, membezakan yang baik dan buruk, membezakan hitam putih, itu yang menaakul, kebolehan membuat perbezaan." Penambahbaikan kurikulum termasuk memperkenalkan matapelajaran elektif seperti tertera di sekolah kebangsaan. Ia akan dimasukkan dalam jadual pembelajaran 90 minit seminggu. Sebelum ini, kemahiran bahasa seperti Cina dan Tamil boleh dipelajari di luar waktu jadual. Dua matapelajaran baru ini juga akan diperkenalkan di sekolah rendah tetapi hanya untuk tahap dua, apabila pelajar sistem KSSR naik ke tahun empat. Bagi mencungkil bakat dan kreativiti, pelajar tahun satu juga didedahkan dunia seni visual dan dunia muzik, selain dunia sains dan teknologi. Dunia seni visual misalnya, membolehkan pelajar bukan hanya menghasilkan lukisan, tetapi arca dan reka bentuk menarik. Persiapan buku teks bagi KSSR juga sudah dilakukan untuk diberikan secara percuma kepada kira-kira 500 ribu pelajar yang dijangka mendaftar untuk tahun satu pada sesi persekolahan 3 Januari depan. Bagi pelajar memasuki tahun dua dan ke atas, pada sesi depan, sistem baru ini tidak diaplikasi, kerana mereka masih mengekalkan KBSR.

Anda mungkin juga menyukai