Anda di halaman 1dari 3

KEKUATAN KBSR

Murid dapat menggunakan kemahiran bahasa dan matematik untuk berfikir


dan berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.

Murid dapat berfikir secara logik serta memahami isu-isu kemasyarakatan


dan negara

Peluang-peluang juga disediakan untuk murid-murid mengembangkan


potensi, bakat, minat dan daya kreatif mereka melalui muzik, lukisandan
penulisan.

Murid-murid dapat menguasai bahasa melayu selaras dengankedudukannya


sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negarakita.

Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis


dalam bahasa pengantar sekolah berkenaan.

Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran belajar.

Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal

Menimba ilmu pengetahuan dan berikhtiar untuk meluaskannya.

Mengukuhkan asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan


akhlak mulia.

Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni


danmengamalkannya dalam kehidupan seharian

Pelaksanaan KBSR yang sempurna dapat memenuhi hasrat FPK kearah


penghasilan individu yang berkembang secara menyeluruh danseimbang dari
segi JERI.

Proses pelaksanaan yang bermula dengan tahun1 hingga tahun 6amat


komprehensif dan mengambil kira segala aspek proses P&Pdalam dan luar
bilik darjah termasuk penyampaian ilmu dan kemahiranserta pemupukan nilai
merentasi kurikulum

KELEMAHAN KSSR

Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skalayang


menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini

Pengenalan PBS (KSSR)


Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang
bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan
psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Kelemahan PBS

sistem pendidikan Malaysia yang bersifat berpusat menyebabkan


kebanyakan dasar dan perancangan digubal pada peringkat kementerian dan
diturunkan ke sekolah. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kebanyakan
pentadbir atau guru tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa akur dengan
dasar pendidikan yang ditetapkan.

Isu kekangan ruang dan masa juga boleh menyukarkan usaha transformasi
ke atas program kurikulum atau kokurikulum yang hendak dilaksanakan.
(KELAS SESI PAGI/PETANG)

Kekurangan guru juga amat ketara di sekolah ekoran daripada kursus


anjuran PPG atau JPN dan juga program ko-kurikulum peringkat gabungan
dan negeri yang diadakan secara berterusan. Guru-guru terpaksa
meninggalkan sekolah dan akibatnya P & P terganggu.

Sistem PBS ini juga mendatangkan kesulitan kepada guru sewaktu ingin
memasukkan markah ke dalam talian. Bagi guru yang bertugas di
pedalaman, masalah rangkaian internet merupakan faktor utama kelemahan

sistem PBS ini. Mereka perlu menunggu sehingga lewat malam bagi
memasukkan markah pelajar ke dalam sistem.

Kelemahan sistem PBS yang seterusnya ialah dapat dilihat melalui


pemansuhan UPSR dan PMR. Pemansuhan UPSR dan PMR menjejaskan
penilaian terhadap tahap prestasi pelajar yang berasaskan peperiksaan
standard. (UPSR dapat menilai keupayaan pelajar dalam menguasai perkara
asas 4M iaitu membaca, mengira,menulis dan menaakul. PMR pula penting
kerana dapat menentukan arah aliran yang bakal diambil pelajar pada
tingkatan empat di samping menilai keupayaan pelajar dalam bidang-bidang
tertentu.)

Anda mungkin juga menyukai