Anda di halaman 1dari 20

PELAN INDUK

PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN
(PIPP)
PENGENALAN
 Satu dokumen perancangan pembangunan pendidikan
yang bersepadu, komprehensif dan menyeluruh tidak
tertumpu pada satu jenis sekolah, lokasi dan kaum.
 Meliputi tiga aspek utama iaitu infrastruktur, pengisian
dan tenaga manusia.
 Bermatlamat untuk menghasilkan pendidikan berkualiti
untuk semua.
 Agenda utama KPM adalah untuk membangunkan SK
sebagai aliran perdana kerana majoriti pelajar berada
di SK.
PENDEKATAN PIPP
Pendekatan pertama :
Menyelesaikan tugas yang masih belum selesai dan
kesamarataan peluang pendidikan

 Memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil


dan saksama tanpa mengira lokasi, kaum, kelompok
kurang upaya, orang Asli dan suku minoriti yang lain.
 Memastikan semua pelajar menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira (3M)
Pendekatan kedua :
Kecemerlangan institusi pendidikan

 KPM akan memberi perhatian khusus ke atas


sekolah yang telah mencapai tahap
kecemerlangan.
 KPM akan mengenal pasti sekolah-sekolah dalam
kluster (SK), (SJK), (SBP), (SMT), (SMKA),
Sekolah Bestari serta sekolah-sekolah Putrajaya
dan Cyberjaya.
OBJEKTIF PIPP
Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem
pendidikan Malaysia berfokus penambahbaikan akses
kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti),
merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan
perpaduan dalam kalangan murid serta
memaksimumkan keberkesanan sistem

Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem


pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang
seterusnya sehingga tahun 2025.
 Menggariskan program transformasi yang
menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk
perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran
Malaysia, yang membolehkan sistem ini memenuhi
permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat
serta menyokong transformasi perkhidmatan awam.
PIPP DAN WAWASAN 2020

• Malaysia kini sedang memasuki fasa 15 tahun yang


kedua ke arah mencapai Wawasan 2020.
• Selaras dengan itu, salah satu agenda penting
kerajaan adalah untuk membangunkan satu sistem
pendidikan bertaraf dunia.
• Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab
dalam membangunkan modal insan yang bersifat
menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi
PIPP DAN MISI NASIONAL
 Misi Nasional memberikan penekanan tinggi ke atas
pembangunan modal insan ‘Minda Kelas Pertama’
 Peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan
teras Misi Nasional terutama bagi Teras 2 dan Teras 3
iaitu:-
Teras 2 : Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan
inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’

Teras 3 : Menangani masalah ketidakseimbangan


sosioekonomi yang berterusan secara membina dan
produktif
TERAS STRATEGIK PIPP
PIPP 2006-2010 telah menggariskan enam teras iaitu :-

 Membina negara bangsa


 Membangunkan modal insan
 Memperkasakan sekolah kebangsaan
 Merapatkan jurang pendidikan
 Memartabatkan profesion keguruan
 Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan
MEMBINA NEGARA BANGSA
• Peranan pendidikan penting untuk melahirkan semangat cintakan
negara.
• Harapan KPM adalah memupuk jati diri melalui kurikulum,
program kurikulum dan sukan.
• Sistem pendidikan perlu melahirkan warganegara glokal yang
mampu menghadapi cabaran dan ancaman globalisasi dan
liberalisasi.
• Fokus KPM mencakupi usaha-usaha berikut:-
* memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan
* memantapkan perpaduan dan integrasi nasional
* memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa
* memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam
MEMBANGUNKAN MODAL INSAN
Bertujuan memastikan bangsa Malaysia mempunyai ilmu
pengetahuan serta kepakaran tinggi dalam sektor pekerjaan

Para pelajar juga akan dilengkapi dengan :-


 kemahiran komunikasi berkesan,
 kebolehan menggunakan ICT,
 kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis,
 mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat,
 mempunyai nilai yang tinggi supaya berupaya menjadi pemimpin
berkesan dalam keluarga dan masyarakat.
Fokus & Strategi Membangunkan Modal
Insan
 Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa
dan pelajar
 Memupuk pelajar memiliki kemahiran dan keterampilan
 Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan
 Memantapkan program kokurikulum dan sukan
 Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih
holistik
 Mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin
 Meningkatkan kerjasama KPM dengan pelbagai agensi
 Memperkukuh disiplin pelajar
 Memantapkan kurikulum
MEMPERKASAKAN SEKOLAH
KEBANGSAAN
• Tumpuan memperkasakan sekolah kebangsaan (SK) dan
sekolah menengah harian kerana ia berperanan penting
sebagai tapak untuk menyemai serta memupuk perpaduan di
antara kaum dari peringkat awal persekolahan.

• KPM memperkenalkan dasar memperkasakan SK supaya SK


kekal sebagai pilihan utama masyarakat Malaysia.

• Fokus memperkasakan SK adalah untuk menjadikan sekolah-


sekolah ini lebih beraspirasi nasional, meningkatkan
kecemerlangan pelbagai bidang dan meningkatkan kualiti
prasarana.
CIRI-CIRI SEKOLAH
PERKASA
• Infrastruktur lengkap dan berkualiti
• Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti
• Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil
• Pencapaian akademik cemerlang
• Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi
• Iklim dan budaya sekolah sihat
• Semua pelajar menguasai 3M
• Beraspirasi nasional
• Pencapaian sahsiah cemerlang
• Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan
• Penawaran & pelaksanaan kurikulum yang berkesan
Merapatkan Jurang Pendidikan
• PIPP bakal merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan
membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar
bandar di seluruh bandar.
• Ia turut memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan
mengurangkan risiko keciciran pelajar.
• Tumpuan akan diberi kepada sekolah-sekolah di pedalaman Sabah
dan Sarawak.
• KPM turut berusaha mengurangkan jurang pencapaian akademik
dengan menambah bilangan komputer, makmal, guru dan
sebagainya.
Strategi KPM untuk merapatkan jurang
pendidikan

 Membangunkan infrastruktur dan kemudahan luar


bandar
 Meningkatkan kadar penyertaan dan
mengurangkan risiko keciciran
 Meningkatkan bilangan guru terlatih & mengikut
opsyen di kawasan pedalaman
 Menambah baik sistem pengagihan bantuan
kepada pelajar miskin, keperluan khas dan
kumpulan minoriti
MEMARTABATKAN PROFESION
PERGURUAN
• Dasar KPM adalah untuk memartabatkan profesion perguruan
dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan
guru.
• Matlamat KPM adalah untuk menjadikan profesion perguruan
dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang
dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan.
• Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem
penyampaian P&P menjadi efektif, menarik dan
menyeronokkan.
Strategi memartabatkan profesion
perguruan
• Menambah baik sistem pemilihan calon guru
• Memantapkan latihan perguruan
• Memantapkan kerjaya guru
• Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan
guru
• Memantapkan perancangan dan pengurusan
sumber manusia
MELONJAKKAN KECEMERLANGAN
INSTITUSI PENDIDIKAN
• KPM berhasrat untuk membangunkan sistem
pendidikan bertaraf dunia dengan tujuan
melahirkan modal insan yang berupaya untuk
bersaing dalam era yang sangat mencabar.
• Dasar KPM adalah untuk membangunkan institusi-
institusi model yang dapat dicontohi oleh institusi-
institusi di dalam kelompok yang sama.
Fokus akan diberikan kepada berikut-berikut :

• Memastikan kepimpinan teguh dan berkesan


• Pemilihan guru dan jurulatih berkebolehan dan
berkemahiran tinggi
• Memberi lebih autonomi kepada sekolah
• Mewujudkan sistem akauntabiliti
• Mewujudkan piawaian dan penanda aras yang
dijadikan contoh kepada negara membangun dan maju
• Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan
Pendidikan
• Merintis perubahan dan pembaharuan

Anda mungkin juga menyukai