Anda di halaman 1dari 19

Kurikulum

Kebangsaan
EDUP 3013
IPGKBL

Akta Pendidikan 1996


KURIKULUM KEBANGSAAN
"... suatu program pendidikan yang termasuk
kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran,
norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan
untuk membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan
untuk menyampaikan pengetahuan"

KSSR
KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha
menyusun semula dan menambah baik kurikulum
sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan
dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta
menghadapi cabaran abad ke-21.

Apakah maksud
Kurikulum Standard?
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard.
Pernyataan standard terdiri daripada standard
kandungan dan standard pembelajaran yang
perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan
tahap persekolahan. Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran didefinisikan seperti
berikut:
- Standard kandungan ialah penyataan spesifik
tentang perkara yang murid patut ketahui dan
boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai.
- Standard Pembelajaran ialah satu penetapan

KSSR

KBSR

Reka bentuk kurikulum berasaskan 6


Tunjang:
Komunikasi
Kerohanian, Sikap & Nilai
Kemanusiaan
Perkembangan Fizikal & Estetika
Sains dan Teknologi
Keterampilan Diri

Reka bentuk kurikulum berasaskan 3


Bidang:
Komunikasi
Manusia dan Alam Kelilingnya
Perkembangan Diri Individu

Bahan Kurikulum:
Dokumen Standard Kurikulum

Bahan Kurikulum:
Sukatan Pelajaran

Reka bentuk kurikulum:


Modular

Reka bentuk kurikulum:


Linear

Organisasi Kurikulum:
Tahap I (Tahun 1, 2 & 3)
Modul Teras Asas, Modul Teras Tema &
Modul Elektif

Organisasi Kurikulum:
Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) dan
Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan

Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)


Mata pelajaran Teras & Elektif

Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)


Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan

Elemen Kreativiti dan Inovasi,


Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis
Keusahawanan dan Teknologi Maklumat & dan Kreatif
Komunikasi (TMK) secara eksplisit
Fokus:
4M (Membaca, Menulis, Mengira dan
Menaakul)

Fokus:
3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

Rujuk Lampiran

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


MBMMBI
1 Murid 1 Sukan
Dasar Pendidikan Kebangsaan
KSSR

FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi
individu
secara
menyeluruh
dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

IMBASAN SEJARAH
Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran
1957 - Zaman Pengukuhan
Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia
menjadi bahasa pengantar utama
Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam
sekeliling Malaysia
Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi
semua

Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961


- Zaman Kemaskini
Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca,
menulis dan mengira
Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang
kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan,
akademik dan vokasional
Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke
11 tahun
Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran
meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979


Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca,
menulis dan mengira
Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang
kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan,
akademik dan vokasional
Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun
ke 11 tahun
Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran
meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Rang Undang Undang Pendidikan 1995


Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk
menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi
kualiti untuk mencapai aspirasi negara
Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan
kepada dasar pendidikan kebangsaan
Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7
tahun
Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian
daripada sistem pendidikan kebangsaan
Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan
Peruntukan diadakan bagi mengawal selia
pendidikan swasta

SISTEM PENDIDIKANKINI
Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori
Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada: Pendidikan Prasekolah
Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;

Pendidikan Rendah
Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagitempoh enam
tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antaralima hinggah tujuh
tahun;
Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan;

Pendidikan Menengah
Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah
atas;
Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada : sekolah akademik
sekolah teknik dan vokasional
sekolah kebangsaan agama

Pendidikan Lepas Menengah


Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamatmengikuti
pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidaktermasuk
pendidikan tinggi.

Persekolahan di bawahKategori Institusi


Pendidikan Bantuan Kerajaanpula adalah bagi
Sekolah Berasrama Penuh yang
ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah
Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.
Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan
yang ditubuhkan adalah : Sekolah Pendidikan Khas yang
ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan
Khas.
Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada
Bahagian Sukan.

Faktor-Faktor
Mempengaruhi
Perubahan
Kurikulum
Perkembangan teknologi
Teknologi semakin canggih. Terdapat banyak
teknologi moden yang boleh membantu
dalam PdP di dalam bilik darjah. Sebagai
contoh, penggunaan komputer dalam
memudahkan para guru menyampaikan
sesuatu topik. Imej yang dipaparkan daripada
komputer yang dipancarkan ke papan putih
lebih dinamik jika dibandingkan cara lama
iaitu melihat gambar daripada buku teks atau
buku rujukan yang lain.

Keperluan semasa/keselamatan
Perubahan kurikulum sebagai contoh daripada KBSR
kepada KSSR adalah kerana demi memenuhi keperluan
semasa. Ini bagi membantu para pelajar yang dihasilkan
untuk menjadi warganegara yang bukan sahaja berilmu
malah berkemahiran tinggi bagi menyaingi penduduk
global yang lain.
Kita tidak mahu rakyat kita ketinggalan dan tidak
mempunyai pengetahuan yang terkini. Sebagai contoh,
kemahiran menggunakan teknologi. Para pelajar kita
boleh mendapatkan maklumat di luar rangkuman bilik
darjah malah, mahupun sekolah. Maklumat adalah
terkini namun guru yang ada membantu dalam
membimbing memilih maklumat yang sesuai.

Dasar Kerajaan
Perubahan kurikulum harus berubah juga seiring
dengan dasar kerajaan yang ditampilkan oleh
kerajaan.
Ini untuk mengelakkan pertindihan misi dan visi
negara dan pendidikan negara.
Sebagai contoh, KSSR diwujudkan dan ditambah
elemen ke empat iaitu Menaakul adalah selari
dengan dasar kerajaan untuk melahirkan
masyarakat Malaysia yang mempunyai minda
kelas pertama. Mempunyai nilai murni di samping
kecanggihan ternologi global.

Budaya Masyarakat
Perubahan kurikulum juga disebabkan perubahan
budaya masyarakat mengikut masa.
Sebagai contoh, bagi mengekalkan perpaduan
dan keharmonian masyarakat, kurikulum juga
perlu menekankan aspek-aspek ini. Sebagi
contoh, menghormati kaum, bangsa dan agama
orang lain. Bertolak ansur dan mempunyai nilainilai murni bagi membentuk imej negara Malaysia
yang majmuk dan boleh menjadi contoh kepada
negara yang lain.

Peranan Guru Dalam


Pelaksanaan Kurikulum
Pentafsir
Guru harus begitu jelas tentang FPK dan KSSR
yang baru. Ini kerana guru yang bakal
menyampaikannya dalam bentuk ilmu
pengetahuan, kemahiran dan nilai di dalam kelas
semasa proses PdP.
Perancang
Apabila sudah jelas tentang FPK dan KSSR ini,
guru merancang aktiviti PdP di dalam kelas
berpandukan kurikulum berkenaan.
Pelaksana
Seterusnya, guru sebagai pelaksana kurikulum ini.
Memastikan semua aspek ini ditepati dan
berusaha kearah pembinaan modal insan yang

KESIMPULAN
Kurikulum dalam pendidikan adalah sangat
penting. Ini kerana kurikulum ini adalah panduan
bagi semua pendidik dalam mendidikan para
pelajarnya.
Tanpa kurikulum, proses PdP adalah tidak
standard. Iaitu tidak menepati piawaian yang
ditetapkan oleh negara. Seterusnya tidak seiring
dengan teori perkembangan kanak-kanak iaitu
jika tiada garis panduan yang utuh, maka guru
akan sering hendak menguji para pelajar mereka
dengan perkara yang di luar kemampuan kanakkanak berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai