Anda di halaman 1dari 7

EDUP2023

PSIKOLOGI PENDIDIKAN
IMPLIKASI KONSEP KENDIRI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDAHULUAN
Semasa di dalam bilik darjah, guru merupakan
pengurus bilik darjah dan bertindak sebagai mentor
dan pemudah cara kepada kanak – kanak. Justeru itu,
guru mempunyai kuasa dan pengaruh untuk
menerapkan konsep kendiri untuk perkembangan diri
kanak – kanak secara menyeluruh. Disebabkan guru
mempunyai jam kredit yang lebih banyak bersama –
sama kanak – kanak apabila mereka memasuki alam
persekolahan, guru seharusnya memanfaatkan
kelebihan ini untuk membentuk konsep kendiri yang
positif dalam diri kanak – kanak.
IMPLIKASI KONSEP KENDIRI TERHADAP
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Sewaktu di dalam kelas, guru perlu memberi peluang
kepada murid (kanak-kanak) untuk meluahkan perasaan
mereka. Kanak-kanak pada usia ini amat jujur. Mereka akan
memperkatakan tentang apa sahaja yang mereka fikirkan
secara jujur. Justeru itu, guru perlulah memberi peluang
kepada mereka untuk meluahkan perasaan di samping
peluang untuk berinteraksi di dalam bilik darjah. Jika guru
tidak mempedulikan kanak-kanak yang ingin meluahkan
perasaan kepada mereka, ditakuti nanti kanak-kanak
tersebut akan mempunyai perasaan pemalu dan introvert
yang akhirnya akan membentuk konsep kendiri yang negatif.
Guru juga perlu mengelolakan aktiviti yang
bersesuaian dengan minat dan kebolehan
mereka. Jika mereka melakukan aktiviti yang
bersesuaian dengan minat dan kebolehan
mereka, sudah pasti mereka akan melakukannya
dengan bersungguh-sungguh dan mencapai
kejayaan. Implikasinya, kanak-kanak tersebut
akan dapat merasakan manisnya kejayaan dan
seterusnya dapat meningkatkan konsep kendiri
mereka.
Selain hal itu, guru juga perlu menyatakan peraturan
di dalam bilik darjah secara jelas atau eksplisit.
Peraturan tersebut perlu dilekatkan di dalam bilik
darjah di samping dibacakan kepada murid sewaktu
hari pertama persekolahan. Jika boleh, lakukan
aktiviti aku janji bagi memastikan mereka faham
serta dapat mengikuti peraturan tersebut dengan
baik. Di samping itu, guru juga perlu tegas dalam
melaksanakan peraturan. Jika terdapat murid yang
melanggar peraturan, mereka perlu didenda dengan
hukuman dan dendaan yang sepatutnya.
Felker (1974) mengutarakan empat langkah yang
boleh dilakukan oleh guru untuk meningkatkan
konsep kendiri murid. Menurut beliau, guru
seharusnya diajar untuk memuji diri sendiri dan
menjadi model untuk mendemonstrasikan
bagaimana dia menghargai diri sendiri. Murid pula
harus diajar untuk memuji diri sendiri dan orang lain.
Guru pula perlu membimbing dan membantu murid
menilai diri mereka secara realistik. Akhir sekali,
murid perlu diajar tentang bagaimana untuk
merancang matlamat yang realistik dan munasabah.
Rigness (1975) pula dalam menghuraikan langkah guru
untuk membantu murid meningkatkan konsep kendiri
mereka telah menyatakan beberapa contoh situasi
bagaimana guru yang membantu murid mencari potensi
mereka akan dapat meningkatkan konsep kendiri murid –
murid. Misalnya, seorang murid cerdik di dalam tidak
mempunyai kawan. Namun dia jaguh dalam permainan
catur. Murid tersebut boleh menjadi pakar catur di dalam
kelasnya dan menjadi tempat rujukan apabila guru sering
menggunakan permainan catur sebagai satu strategi
permainan. Melalui cara ini, murid tersebut akan dapat
membina keyakinan diri serta dapat mewujudkan hubungan
yang baik dengan rakan-rakan sekelas mereka yang lain.

Anda mungkin juga menyukai