Anda di halaman 1dari 51

GLOBALISASI DAN

IMPAK KEPADA
PENDIDIKAN NEGARA
OLEH :
1. KAMARIAH BINTI SHAFII M20171000506
2. NUR YASMIN BINTI MOHD NOR KAMAL M20171000514
Maksud Globalisasi
 Dalam bukunya The Race to The Top: The real story of globalization:
menjelaskan globalisasi adalah adalah satu proses penyusutan dunia, jarak yang
semakin pendek dan hal-hal bergerak lebih dekat. Ini boleh meningkatkan kemudahan
seseorang dari satu bahagian dunia berinteraksi dengan seseorang di bahagian dunia
yang lain dengan saling memberikan keuntungan kepada satu sama lain menurut
Thomas Larsson (2001).
 Dror (1976), menyifatkan reformasi atau pembaharuan ini sebagai satu usaha untuk
membuat pembaharuan yang disengajakan, berkaitan dengan beberapa aspek dalam
sistem pentadbiran. Biasanya, reformasi diperlukan untuk menyelaraskan persekitaran
semasa yang sentiasa berubah-ubah bagi meningkatkan dinamika organisasi.
 Umumnya globalisasi sebagai satu keadaan di mana tersebarnya nilai-nilai dan budaya
tertentu ke seluruh dunia tanpa sekatan sehingga menjadi budaya sejagat. Kesan positif
daripada globalisasi akan memberikan manafaat kepada semua, sebaliknya kesan
negatif akan menyebabkan kepincangan dalam masyarakat dan negara.
Definisi Globalisasi Dalam Pendidikan
 Najeemah Md Yusuf (2006) - pendidikan adalah satu aktiviti perkembangan dan
penyuburan pemikiran serta kuasa-kuasa semulajadi melalui pembelajaran yang sudah
dirancang, meliputi pendidikan secara formal dan tidak formal.
 Globalisasi pendidikan - perubahan sikap atau perlakuan seseorang individu atau
sekelompok manusia hasil daripada keadaan dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan
antara satu sama lain.
 Didefinisikan juga sebagai proses menyingkirkan batasan atau sempadan antara negara
yang mewujudkan dunia terbuka dan tanpa sekatan dalam hal-hal latihan dan pengajaran di
sebuah institusi pengajaran dan sekolah.
 Secara umumnya kita melihat kesan yang diterima oleh pendidikan secara langsung secara
positif dan negatif hasil daripada fenomena globalisasi ini.
 Globalisasi pendidikan banyak mempengaruhi pembangunan sumber manusia dan ia
memang diperlukan untuk generasi masa hadapan menghadapi cabaran global.
Sejarah Globalisasi
 Robertson (1992) - globalisasi sebagai satu fenomena pra- moden dan peningkatan
kapitalisme.
 Beliau telah membahagikan globalisasi kepada enam fasa:

FASA PERTAMA
- Mulai tahun 1400 sehingga 1750
- Menyaksikan peningkatan penyebaran agama dan perluasan penggunaan kalendar
Gregorian di benua Eropah.
- Peperangan dan penaklukan kuasa besar di benua Eropah berlaku dan diakhiri
dengan Perjanjian Westphalia yang mencetuskan konsep negara-bangsa (nation-state).
Sejarah Globalisasi

FASA KEDUA

- Globalisasi bermula dari tahun 1750 sehingga 1875 di mana revolusi industri berlaku.
- Revolusi Industri merupakan zaman di mana terjadinya perubahan secara besar-
besaran dalam bidang pertanian, perindustrian, sistem perhubungan, pengangkutan, dan
teknologi serta memberi kesan yang besar kepada sosial, ekonomi dan budaya di dunia.
- Revolusi Industri bermula dari Britain, Eropah Barat, Amerika Utara, Jepun dan ke
seluruh dunia.
Sejarah Globalisasi

FASA KETIGA

- berlaku antara tahun 1875 sehingga tahun 1925.


- alat-alat komunikasi baharu dicipta serta terdapat peningkatan hubungan ekonomi
serta pengangkutan dan perhubungan antara negara di dunia.
- peradaban manusia bertambah maju dengan terciptanya radio, telefon dan kapal
terbang yang memudahkan perhubungan sesama manusia walau di mana mereka
berada.
- Pehubungan antara budaya, kaum dan adat yang berbeza antara masyarakat dari
negara di serata dunia telah menjadi semakin erat
Sejarah Globalisasi

FASA KEEMPAT

- mengambil alih pada tahun 1925 sehingga tahun 1969


- menjadi saksi penemuan atom dan pendirian Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB)
dengan jaringan antarabangsa yang semakin kukuh.
- Penemuan bom atom pada masa itu merupakan petanda kemajuan ilmu pengetahuan
dan teknologi.
- Walaupun dunia dikejutkan dengan dengan beberapa peperangan besar dunia serta
pengeboman Nagasaki dan Hiroshima (1945) pada Perang Dunia II, penggunaan
bom atom tetap membuktikan kemajuan manusia dalam pembuatan dan pembinaan
senjata.
Sejarah Globalisasi

FASA KELIMA

- Dari tahun 1969 sehingga 1992 menunjukkan aneka perubahan yang mendorong
kemajuan secara global.
- Pada fasa ini, untuk pertama kalinya manusia mampu mendarat di bulan, eksplorasi
luar angkasa semakin banyak dilakukan, Perang Dingin berakhir, dan isu-isu baru
seperti hak asasi manusia, kesamaan hak wanita, kebebasan seksual dan ekstrimis
menjadi perdebatan akhbar di seluruh dunia.
Sejarah Globalisasi

FASA KEENAM

- Bermula setelah tahun 1992 dan masih berjalan sehingga kini.


- Fasa ini merupakan era ketidak pastian global.
- Kemunculan penyakit-penyakit baru yang menyerang umat manusia di dunia seperti
AIDS, kerosakan alam sekitar secara global, meningkatnya idea-idea multikulturalisme,
pertumbuhan gerakan Islam fundamentalis, dan bangkitnya isu-isu etnik
Impak Positif Globalisasi Terhadap Pendidikan

 Penggunaan teknologi maklumat (ICT) dalam PdPc

Murid-murid dan guru khususnya dapat menguasai


perkembangan maklumat dalam ICT. Menambah
pengalaman murid dan guru melalui penggunaan teknologi
maklumat (ICT) dalam (PdPc).
Impak Positif Globalisasi Terhadap Pendidikan

 Menggalakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat

Pembelajaran sepanjang hanyat dapat memberi latihan dan pendidikan


kepada semua orang tidak kira masa dan tempat. Pembelajaran sepanjang
hanyat dapat membangunkan modal insan minda kelas pertama di negara
kita.
Impak Positif Globalisasi Terhadap Pendidikan
Impak Positif Globalisasi Terhadap Pendidikan

 Kebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan bahasa


antarabangsa dalam kalangan rakyat.

Individu atau golongan yang berkebolehan untuk berkomunikasi dalam Bahasa


Inggeris mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk diambil bekerja berbanding
dengan individu yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik.
Impak Positif Globalisasi Terhadap Pendidikan

‘’Usaha Universiti Teknologi MARA (UiTM) sejak


awal penubuhannya menekankan
kepentingan Bahasa Inggeris dalam semua
bidang pengajiannya berjaya memastikan
graduannya terus mendapat tempat di
pasaran kerja” Arshad Ayob, Pro Canselor UiTM
Impak Positif Globalisasi Terhadap Pendidikan

 Kemahiran menguasai teknologi

Penguasaan kemahiran teknologi, segala urusan harian akan menjadi lebih


mudah dan sistematik.
Penggunaan aplikasi ini lebih memudahkan guru untuk menguruskan sesuatu
data dan boleh dikemas kini pada bila-bila masa.
Impak Positif Globalisasi Terhadap Pendidikan
Impak Positif Globalisasi Terhadap Pendidikan
 Pendidikan negara akan terbuka kepada
dunia luar

Persaingan akan berlaku dalam institusi


pengajian termasuk Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS). Hal ini akan meningkatkan mutu
pendidikan (IPTA) dan (IPTS) di negara kita.
Menghasilkan pelbagai reka cipta yang kreatif
dan inovatif.
Impak Positif Globalisasi Terhadap Pendidikan
 Memperkembangkan sesuatu bidang ilmu.

Pendidikan Negara kita terbuka kepada dunia luar


bagi menggalakkan lebih ramai pelajar dari luar
negara untuk menimba ilmu pengetahuan.Hal ini
bukan sahaja dapat mencungkil bakat para pelajar
dan meningkatkan potensi pelajar yang
berkemahiran tinggi. Selain itu mewujudkan sistem
pendidikan yang cemerlang di seluruh dunia melalui
perkongsian kepakaran tenaga pengajar dan
penyelidikan dari luar negara. Hal ini turut akan
menyumbang kepada pembangunan di negara kita.
Impak Positif Globalisasi Terhadap Pendidikan

 Membawa perubahan peranan guru dalam dan luar bilik darjah

Guru bertindak sebagai pemudahcara (Fasilitator) dan bukan penyampai


ilmu. Contoh dalam aspek penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) dalam (PdPc). Guru-guru mestilah celik dlm (ICT) agar lebih mudah
dalam menjalankan PdPc dan pentadbiran.
Impak Positif Globalisasi Terhadap Pendidikan

 Wujud lebih banyak (IPT) di negara


kita.
Membolehkan semua individu mendapat
peluang pendidikan yang sama rata tanpa
mengira taraf ekonomi dan sosial. Dapat
menhasilkan pelbagai produk berkemahiran
dan kepakaran dalam sesuatu bidang.
Pelaksanaan PJJ membolehkan semua
mendapatkan pendidikan yang sama rata.
Impak Negatif Globalisasi Terhadap Pendidikan

 Kadar pengangguran semakin meningkat


Golongan yang berpendidikan rendah tidak
mampu bersaing menyebabkan wujud
pegangguran. Wujud juga persaingan dengan
imigran dalam mencari peluang pekerjaan
Impak Negatif Globalisasi Terhadap Pendidikan
 Pengaliran keluar sumber
manusia yang berkepakaran dan
berkemahiran tinggi

Memberi insentif yang lebih baik dan


lumayan kepada golongan
professional tersebut. Contohnya
Datuk Pua Khein Seng, pencipta
USB, telah berhijrah ke Taiwan dan
menubuhkan Phison Electronics
Corporation.
Impak Negatif Globalisasi Terhadap Pendidikan

 Peminggiran Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda.

Bahasa Inggeris digunakan kerana ia merupakan bahasa antarabangsa.


Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pendidikan telah
menyebabkan nilai ekonomi bahasa Inggeris naik dengan tinggi. Status
bahasa Inggeris meningkat sehingga mengetepikan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan.
Impak Negatif Globalisasi Terhadap Pendidikan
Impak Negatif Globalisasi Terhadap Pendidikan
 Perdagangan pendidikan

Contonya IPTS mengutamakan kursus-


kursus ilmu pengurusan dan teknikal
kerana mempunyai komersial yang tinggi
berbanding dengan kursus ilmu
pengurusan dan kemanusiaan. Kos
pendidikan semakin mahal dan
dikomersialkan. Golongan yang
berkemampuan sahaja dapat melanjutkan
pelajaran.
Impak Negatif Globalisasi Terhadap Pendidikan

 Penyebaran sumber-sumber yang


tidak bersesuaian dengan intelek
dan rohani

Perubahan gaya hidup berlaku.


Contohnya, LGBT, pengaruh Black
Metal dan budaya punk. Pelbagai
masalah sosial yang boleh
meningkatkan kadar jenayah di negara
kita.
 Penindasan terhadap sesebuah Negara

Penindasan ini berlaku seperti merampas peluang dan sumber bagi kemajuan
sistem pendidikan di sesebuah negara. Mengalami krisis kewangan kerana
negara tersebut terpaksa membelanjakan kos yang tinggi dalam pendidikan
Cabaran-cabaran Globalisasi Kepada
Pendidikan Negara
CABARAN PERTAMA : KEPERLUAN KEPADA PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT

-Pihak UNESCO dalam membincangkan keperluan perubahan dalam bidang pendidikan


mencadangkan supaya digerakkan pemikiran ke arah melakukan rombakan dalam cara-cara
membangunkan potensi sumber manusia melalui tata cara pendidikan secara formal dan tidak formal.

-Pendekatan ini mencadangkan supaya diperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orang-
orang dewasa yang sudah mempunyai kerjaya untuk membangun dan mengembangkan potensi
sumber manusia bagi membolehkannya memberi sumbangan lebih bermakna kepada pembangunan
negara dan juga perkembangan diri individu itu sendiri (Hussein Ahmad, 2001).

- Idea tersebut di alas secara tidak langsung mendorong kepada berkembangnya trend pendidikan
secara berterusan terutama dalam kalangan orang dewasa.
Cabaran-cabaran Globalisasi Kepada
Pendidikan Negara
CABARAN KEDUA : PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI &
MAKLUMAT

- Kemudahan-kemudahan bagi tujuan pendidikan juga akan terus bertambah bagi


tujuan pembelajaran

- Maka, kemudahan-kemudahan inilah yang akan membantu kita sebagai alat bantu
mengajar yang boleh dipercayai supaya kita dapat didedahkan dengan pelbagai ilmu
pengetahuan supaya kita semua tidak ketinggalan drpd arus globalisasi
Cabaran-cabaran Globalisasi Kepada
Pendidikan Negara
CABARAN KEDUA : PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI &
MAKLUMAT

- Kepesatan arus globalisasi juga membuatkan pemikiran anak-anak generasi kita


pada masa hadapan akan lebih jauh ke hadapan dengan bantuan pelbagai kemudahan
yang disediakan, seterusnya ia sekaligus meningkatkan kos perbelanjaan negara bagi
penyediaan kemudahan-kemudahan ini.
- Dengan mengadakan lebih banyak tempat untuk pembangunan kemahiran, latihan
dan pembelajaran kepada para guru termasuk kemahiran penggunaan ICT dilakukan
bagi memberikan latihan kemahiran kepada para guru.
- Oleh itu, perbelanjaan kos yang tinggi untuk pembiayaan pembangunan pendidikan
ini.
Cabaran-cabaran Globalisasi Kepada
Pendidikan Negara
 CABARAN KETIGA: INOVASI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM

- Hallinger (1998) - globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang


amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap
kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan.

- Ini disebabkan kebimbangan akan kehilangan daya saing dalam persekitaran dunia
global sekiranya penyemakan dan perubahan terhadap kurikulum tidak dilakukan.
Cabaran-cabaran Globalisasi Kepada
Pendidikan Negara
 CABARAN KETIGA: INOVASI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM

- Dalam konteks ini, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami transformasi


yang agak radikal bermula sekitar tahun 1990-an sebagai reaksi kepada perubahan
di peringkat global tersebut.

- Beberapa perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran


dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti :
i) Sekolah Bestari ii) Projek Sekolah Net
iii) Projek Smart Lab iv) Projek Sekolah Vista dll
Sekolah Bestari
Projek Sekolah Net
Projek Smart Lab
Projek Sekolah Vista
Cabaran-cabaran Globalisasi Kepada
Pendidikan Negara
CABARAN KEEMPAT : PENGURUSAN PENDIDIKAN
- Beberapa inovasi telah dilaksanakan dalam pengurusan pendidikan di Malaysia
terutama di peringkat sekolah bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan
pendidikan.
- Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat
Sekolah (School Management Information System).
- Aplikasi sistem ini telah memudahkan pihak pentadbiran sekolah melaksanakan tugas-
tugas rutin sekolah seperti meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran,
memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan menyimpan
data seperti laporan kehadiran pelajar,meningkatkan kecekapan dalam penyediaan
gred/markah peperiksaan pelajar, membuat agihan jadual waktu mengajar guru,
pembinaan jadual waktu guru dll
Cabaran-cabaran Globalisasi Kepada
Pendidikan Negara
 CABARAN KELIMA: PEMBENTUKAN JATI DIRI

- Penapisan terimaan dan penyebaran sebarang maklumat perlu di pertingkatkan supaya, para
guru dan pelajar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang maklumat yang salah dan
negatif sebagai contoh budaya Punk, pengaruh Black Metal, dan budaya Hedonisme.
- Perlu dilaksanakan secara kolektif dalam pembentukan jati diri pelajar iaitu dari segi strategi
untuk menerapkan nilai kerohanian melalui tiga aspek yang perlu dilaksanakan secara
serentak iaitu pengisian roh, pengisian akal dan pengisian jasmani.
- Cabaran untuk mengisi kerohanian perlu berlandaskan sumber yang berautoriti dengan
merujuk kepada sember ketuhanan dan nubuwwah.
- Pengisian akal pula perlu bertunjangkan aspek kognitif yang terpandu bersesuaian dengan
fitrah kejadian manusia itu sendiri.
- Dari segi jasmani pula kegiatan yang berasaskan gaya hidup sihat perlu diterapkan
Kritikan dan Kaedah Menangani Impak
Globalisasi dalam Pendidikan Negara

- masyarakat seharusnya didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan


supaya kita semua tidak ketinggalan
- terutamanya sekolah luar bandar dan pedalaman yang sering kali tidak
menyokong peluang pembelajaran secara global. Ini kerana mereka
beranggapan perubahan ini lebih mendatang kesan negatif lebih daripada kesan
positif yang timbul dalam kalangan guru dan pelajar. Kemudahan-kemudahan
inilah yang akan membantu kita sebagai alat bantu mengajar yang boleh
dipercayai.
Kritikan dan Kaedah Menangani Impak
Globalisasi dalam Pendidikan Negara

- Lebih banyak tempat untuk pembangunan kemahiran, latihan dan


pembelajaran untuk setiap peringkat dan umur
- -termasuk kemahiran penggunaan ICT perlu diwujudkan untuk membolehkan
strategi ini dicapai dan membimbing para guru dan pelajar menjadi kreatif,
inovatif dan cekap.
Kritikan dan Kaedah Menangani Impak
Globalisasi dalam Pendidikan Negara
- keupayaan dan keberkesanan sesuatu latihan untuk melahirkan tenaga
kerja yang berkemahiran perlu ditingkatkan

- - membanyakkan institusi latihan awam, menambah kursus lanjutan dalam


bidang-bidang teknikal, serta menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam
bidang latihan teknikal selain pengambilan pelatih teknikal yang ditambah
untuk melancarkan perlaksanaannya.
Kritikan dan Kaedah Menangani Impak
Globalisasi dalam Pendidikan Negara

- Memperkasakan sekolah kebangsaan

- - sekolah merupakan tapak semaian penting bagi memupuk perpaduan negara


dan menyemai semangat integrasi nasional. Pelbagai langkah perlu diambil ke
arah memperkasakan sekolah kebangsaan supaya ianya menjadi sekolah pilihan
semua kaum.
Kritikan dan Kaedah Menangani Impak
Globalisasi dalam Pendidikan Negara
- Kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah kebangsaan juga perlu
ditingkatkan

- - kurikulum dan aktiviti kokurikulum di sekolah juga perlu dikaji semula


supaya silibus yang disediakan bersesuaian dari masa ke masa untuk
memastikan ia menyediakan asas kukuh dan bersesuaian dengan kehendak
semasa.
Kritikan dan Kaedah Menangani Impak
Globalisasi dalam Pendidikan Negara
- Peluang pendidikan bagi kanak-kanak istimewa dan yang mengalami
masalah pembelajaran juga perlu ditingkatkan

- -agar mereka tidak terus tertinggal ke belakang tanpa bimbingan dan


keprihatinan daripada pihak yang sepatutnya.
Kritikan dan Kaedah Menangani Impak
Globalisasi dalam Pendidikan Negara
- Guru-guru perlu melengkapkan pelajar dan diri mereka dengan
keupayaan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris secara lisan dan
juga dalam bentuk bertulis

- - antara usaha yang dilakukan ialah dengan mengadakan minggu Bahasa


Inggeris yang memerlukan pelajar bertutur dalam Bahasa Inggeris sepanjang
waktu persekolahan. Hal ini bukan merupakan punca untuk meminggirkan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu kerana sudah terbukti bahawa bahasa
Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dalam semua bidang.
Kritikan dan Kaedah Menangani Impak
Globalisasi dalam Pendidikan Negara
- Pelajar juga perlu menguasai kemahiran TMK (Kemahiran Teknologi
Maklumat dan Komunikasi)

- - untuk memajukan diri mereka dan mengelakkan mereka ketinggalan dalam


era globalisasi ini dengan menguasai kemahiran kognitif dalam menyelesaikan
tugas-tugas yang kompleks dan mencabar serta untuk menjana pengetahuan
dan ilmu yang baru.
Kritikan dan Kaedah Menangani Impak
Globalisasi dalam Pendidikan Negara
- Para guru mempunyai tanggungjawab yang penting dalam menekankan
aspek etika dan moral dalam pembelajaran

- - bagi memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada pelajar tentang kesan


negatif dan buruk daripada globalisasi ini serta mengelakkan pelajar dari
mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan unsur negatif yang di bawa masuk
dengan mudah akibat globalisasi ini yang boleh meruntuhkan akhlak dan
budaya pelajar kini.

Anda mungkin juga menyukai