Anda di halaman 1dari 13

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

MBE 10203

TUGASAN BERKUMPULAN

Nama No matrik

MUZAFFAR ONN BIN MAHATHIR HB220067

NURUL AINA NASUHA BINTI AHMAD HB220065


KAMSHOR

NURUL HALIZA BINTI HASHIM HB220074


Peranan guru dulu dan kini amat berbeza kerana pendidikan di Malaysia sentiasa berkembang
dari semasa ke semasa selaras dengan keperluan dan cabaran dunia. Sebelum penjajahan British
ke Tanah Melayu, pendidikan terhad kepada Pendidikan tidak formal yang berlaku secara
tradisional dalam keluarga dan sosial masyarakat(Azian Saad Mohamed Ali Haniffa, 2019).
Pendidikan tidak formal atau pendidikan informal bermaksud pembelajaran yang berlaku di luar
kurikulum, berlaku menerusi pengalaman individu dan tidak melibatkan institusi pendidikan di
mana tujuannya adalah untuk kelangsungan kehidupan harian seseorang individu samada dalam
keluarga mahupun masyarakat (Scgugurensky, 2000). Sebagai contoh, pembelajaran yang
bercorak warisan turun termurun seperti ajaran agama, budaya dan adat resam di dalam sesebuah
institusi kekeluargaan. Ibu bapa memainkan peranan utama dalam Pendidikan tidak formal ini
manakala peranan guru kurang dititikberatkan. Pembelajaran yang melibatkan guru adalah terhad
kepada golongan bangsawan yang menerima Pendidikan formal di istana. Guru berperanan
mengajar anak-anak raja dan anak-anak para pembesar istana tentang cara membaca, menulis,
mengira, ajaran jawi, Bahasa arab, Fiqh, Al-Quran. Peranan guru pada zaman sebelum merdaka
dapat disimpulkan hanya terhad kepada pengajaran agama islam semasa kedatangan Islam
Ketika zaman Kerajaan Melayu Melaka untuk mengembangkan ilmu pengetahuan, Pendidikan
dan menyebarkan agamasa islam di seluruh tanah melayu.

Semasa penjajahan British di Tanah Melayu, Pendidikan formal telah wujud dan
terbahagi kepada empat jenis sekolah vernakular iaitu Sekolah vernacular Melayu, sekolah
Inggeris, sekolah vernacular Cina dan sekolah vernacular India terbentuk kesan daripada dasar
pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh British (Azian Saad Mohamed Ali Haniffa, 2019).
Sekolah vernakular ialah sebuah sekolah yang berasaskan etnik (Melayu, Cina, India),
menggunakan kurikulum, buku dan guru dari negara asal masing-masing. Guru mendidik pelajar
berdasarkan kurikulum daripada negara asal masing-masing yang mana tujuannya adalah untuk
kepentingan orang Inggeris dan ekonomi mereka dengan memastikan rakyat di Tanah Melayu
kekal dengan aktiviti ekonomi yang ditetapkan oleh British dalam dasar pecah dan perintah.
Guru mendidik rakyat menyebabkan berlaku perkembangan pendidikan, akan tetapi pendidikan
pada masa ini tidak mengambil kira kemajuan dan pembangunan dari segi pembentukan identity
negara, tiada pembangunan berunsur pembentukan akhlak dan perpaduan rakyat. Pada akhir
pemerintahan British dan Jepun, pejuang-pejuang kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman,
Abdul Razak Hussein, Onn Jaafar dan lain-lain bertindak menggubal sistem pendidikan
kebangsaan yang bebas dari pentadbiran penjajah dalam usaha ke arah negara berkerajaan
tempatan. Jawatankuasa Pelajaran 1956 diwujudkan bertujuan untuk mengkaji pembentukan
sistem pendidikan yang akan diguna pakai selepas negarah mencapai kemerdekaan.

Selepas negara mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan yang pertama dilaksanakan


ialah Penyata Razak 1956 dan setelah itu Jawatankuasa Rahman Talib dibentuk untuk mengkaji
keberkesanan Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 (Azian Saad Mohamed Ali
Haniffa, 2019). Beberapa perubahan telah dilaksanakan setelah beberapa kajian dilaksanakan ke
atas Penyata Razak 1956 bertujuan untuk melaksanakan sistem pendidikan yang bercorakkan
perpaduan kaum dan penyatuan rakyat. Pihak kerajaan seterusnya mengubah sistem pendidikan
negara dengan mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) rentetan peristiwa rusuhan kaum 13
Mei 1969 untuk mencapai integrasi nasional dan perpaduan kaum majmuk. Pendidikan pada
ketika ini memberi fokus kepada sistem pelajaran yang menggalakkan perpaduan kaum,
rancangan pelajaran yang lebih meluas untuk meningkatkan sumber tenaga manusia kepada
negara dan mutu pelajaran yang lebih maju berasaskan sains dan teknologi.

Selepas negara mencapai kemerdekaan, mewujudkan sebuah sistem pendidikan


kebangsaan merupakan tujuan utama kerajaan dan Penyata Razak 1956 diguna pakai untuk
menjayakan agenda tersebut. Antara agenda utama sistem pendidikan tersebut adalah untuk
mewujudkan perpaduan kaum, membasmi buta huruf, menggunakan bahasa pengantar di sekolah
menggunakan Bahasa Melayu. Setelah itu, sistem pendidikan sentiasa berubah dek kerana
pelbagai pindaan dilaksanakan berdasarkan kesesuaian semasa. Seterusnya, Laporan Kabinet
diwujudkan untuk membuat beberapa pindaan kepada sistem pendidikan negara supaya lebih
berkesan. Hasil dari penggubalan laporan tersebut, Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diperkenalkan pada 1988 menggantikan
kurikulum sedia ada.

Pendidikan memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah negara.


Guru-guru Malaysia berperanan sebagai agen perubahan dalam mengekalkan dan meningkatkan
kualiti pendidikan di negara ini. Namun, semakin meningkatnya arahan dan tanggungjawab yang
diberikan kepada guru-guru hari ini telah menyebabkan tugas mereka menjadi berlebihan dan
memberikan bebanan yang semakin membelenggu. Menurut (Antin & AG kiflee@ Dzulkifli,
2018) Beban tugas guru dibahagikan kepada dua iaitu beban tugas akademik dan beban tugas
bukan akademik. Hal ini membuatkan para guru mempunyai banyak tugas yang membuatkan
mereka menjadi terbeban untuk menyelesaikan semua tugasan yang diberikan. Terdapat 4 tugas
utama yang yang menjadi beban seorang guru di Malaysia.

Pertama, penyusunan semula kurikulum dan peningkatan standard pendidikan telah


memberi kesan kepada tugas guru. Yang dahulunya dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) bagi sekolah rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) bagi sekolah menengah telah berubah kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) bagi sekolah rendah dan bagi sekolah menengah pula Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM).(Nur Adibah Liyana & Hafizhah, 2021) Kurikulum yang terus berkembang
memerlukan guru-guru untuk menguasai dan mengaplikasikan pelbagai pendekatan dan strategi
pengajaran yang baru. Mereka perlu menyediakan rancangan pengajaran yang sesuai,
menghasilkan bahan-bahan pembelajaran, dan menyediakan peluang pembelajaran yang
bervariasi untuk pelbagai keperluan murid. Semua ini menambah tugas mereka yang sedia ada.

Selain itu, munculnya arahan-arahan baru dari Kementerian Pendidikan Malaysia juga
turut memberi beban kepada guru. Arahan-arahan ini mungkin berkaitan dengan penggunaan
teknologi dalam pengajaran, penilaian formatif, pembangunan profesional, dan banyak lagi.
Seperti yang kita sedia maklum, Kementerian telah melaksanakan reformasi pendidikan dengan
memansuhkan 2 peperiksaan besar. Peperiksaan tersebut adalah Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Kedua-dua ujian ini bersifat sumatif.
Diperingkat peperiksaan tersebut sekarang menggunakan penilaian formatif. Penilaian formatif
antara sebab penambahan tugas-tugas guru.(Fakhri & M. Isa, 2016). Walaupun arahan-arahan ini
bertujuan untuk memperbaiki sistem pendidikan, namun pelaksanaannya yang serentak dengan
tugas-tugas sedia ada memaksa guru-guru untuk meluangkan masa dan tenaga yang lebih banyak
untuk mempelajari bidang baru.

Seterusnya, tuntutan dari pihak sekolah dan ibu bapa juga menjadi faktor yang
meningkatkan tugas guru. Pihak sekolah mungkin menuntut guru-guru untuk terlibat dalam
aktiviti kokurikulum, melibatkan diri dalam projek-projek sekolah, serta menguruskan
tugas-tugas pentadbiran. Selain itu, tekanan daripada ibu bapa untuk memastikan kejayaan
akademik dan perkembangan murid juga menambah beban guru. Tiada ibubapa yang tidak ingin
melihat anak mereka berjaya. Salah peranan guru ialah memastikan anak murid sentiasa
mempunyai momentum kecemerlangan. Namun tidak semudah yang digambarkan. Ini kerana
anak murid mempunyai pelbagai karenah dalam menuntuk ilmu. Menurut kajian (Abdul Said
Ambotang, Norazizah Pilus, & Andin, 2014), melayani karena pelajar antara kesan yang besar
dalam beban seorang guru.

Tugas bukan akademik pula kebanyakannya terdiri daripada tugas sampingan


merangkumi bidang kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum menguruskan panitia,
menyelaras ujian dan peperiksaan, mengelola pelbagai bentuk bantuan seperti KWAPM,
RMT dan Skim Pinjaman Buku Teks. Tugas-tugas ini antara yang memberi beban terhadap
guru pada masa kini. Tugas ini seharusnya mempunyai individu khas yang dilantik di sekolah
untuk mengurus hal-hal tersebut. (Hamdan Hamami & M. Al-Muz Zammil, 2022). Dengan
penambahan tugas bukan akademik, segelintir guru berpendapat bahawa jumlah gaji yang
diberikan tidak setimpal dengan kerja yang dilaksanakan. Ini dapat mengganggu emosi seorang
guru dan dapat memberi kesan terhadap prestasi kerja mereka.

Fenomena pandemik Covid-19 telah membuka minda dan memberi perspektif baharu
terhadap pelaksanaan pendidikan menerusi internet. Pandemik Covid-19 telah banyak mengubah
lanskap kehidupan manusia pada hari ini. Dalam sekelip mata ia mampu mengubah wajah
kehidupan masyarakat dunia. Rata-rata pensyarah dan guru mula mencuba dan menggunakan
pelbagai teknologi untuk berkomunikasi dengan pelajar dari seluruh tanah air
(Saifulazry,2021)Antara hikmah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah golongan guru yang
sedikit sebanyak dapat melihat betapa perlunya memanfaatkan teknologi untuk mendidik anak
murid dalam tempoh waktu itu. Perkembangan ini merupakan perkara positif daripada pandemik
Covid-19 yang sedang kita alami. Hal ini kerana, meninggalkan terus proses Pengajaran dan
Pembelajaran yang akan memberi kesan dominan kepada hal-hal lain seperti pengurusan,
peperiksaan, penganugerahan, kewangan dan pelbagai aspek lagi yang berada di luar konteks
kurikulum dan silibus (Muhamad Afzamiman Aripin dan Muhammad Abd Hadi Bunyamin,
2020). Namun begitu, seiring dengan kemajuan pesat teknologi, ramai individu mula
mempersoalkan sama ada teknologi mampu menggantikan peranan guru dalam proses
pendidikan. Walaupun teknologi membawa banyak inovasi yang telah mengubah cara kita
belajar dan mengakses maklumat, namun teknologi tidak dapat mengambil alih sepenuhnya
peranan guru.

Apabila kerajaan mengumumkan kes pertama penyakit Covid-19 pada Mac 2022,
Malaysia kemudiannya berhadapan dengan tempoh pandemik. Sektor pendidikan tidak terkecuali
dalam kehidupan yang terjejas. Covid-19 berjangkit dengan begitu cepat dan telah merebak ke
hampir semua negara sehingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak
ini sebagai pandemik global pada 11 Mac 2022. Dalam sektor pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan dasar belajar dari rumah, khususnya bagi unit
pendidikan yang terletak di kawasan zon kuning, oren dan merah. Kawasan zon hijau boleh
melaksanakan pembelajaran secara bersemuka dengan tetap memperhatikan protokal kesihatan.
Pembelajaran dalam talian ialah pembelajaran yang menggunakan model interaktif berasaskan
Learning and Management System (LMS). Pembelajaran dalam talian adalah program untuk
menganjurkan kelas pembelajaran dalam rangkain untuk mencapai kumpulan sasaran yang besar
dan luas (Bilfaqih & Qomaruddin, 2015). Pembelajaran dalam talian adalah sebahagian daripada
pendidikan jarak jauh yang secara khusus menggabungkan teknologi elektronik dan teknologi
berasaskan Internet. Pendekatan mod dalam talian mempunyai ciri-ciri konstruktivisme,
konstruktivisme sosial, komuniti pelajar yang inklusif, pembelajaran berasaskan komputer, bilik
darjah digital dan kreativiti (Nurhayati, 2020). Namun, sejumlah guru di sekolah mengakui
bahawa pembelajaran dalam talian ini kurang berkesan jika dibandingkan dengan pembelajaran
bersemuka secara langsung kerana kandungan bahan yang dihantar di dalam talian tidak
semestinya difahami semua pelajar. Kandungan bahan ini dipersembahkan dalam bentuk e-book
yang dipersembahkan setiap bab, bahannya di dalam bentuk Powerpoint dan dalam bentuk video
pembelajaran. Berkemungkinan pelajar hanya memahami isi pembelajaran tetapi tidak
mempunyai pemahaman secara total dan tidak komprehensif. Mereka memahami berdasarkan
taksiran atau sudut pandangan pelajar sendiri. Ini terbukti daripada pengalaman dalam bidang
tersebut, ramai pelajar meminta penjelasan lanjut dan berulang kali tentang bahan tersebut yang
disampaikan secara dalam talian melalui sembang whatsapp atau panggilan terus ke guru
(Asmuni, 2020). Tampaknya, sistem talian ini hanya memberi kesan ketika memberi tugasan
ataupun kuiz. Apabila pelajar diberi tugas atau kuiz, mereka mempunyai kegigihan untuk belajar
bahan pengajaran yang terdapat dalam aplikasi atau carian daripada sumber lain. Pendidik
ataupun guru mempunyai kebolehan untuk memahami keperluan dan keunikan setiap individu
murid. Mereka boleh mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap pelajar, memberikan
perhatian peribadi, dan memberikan bimbingan yang sesuai. Guru mempunyai sensitiviti emosi
yang tidak dapat digantikan oleh teknologi. Mereka mampu memberikan sokongan dan motivasi
kepada pelajar, menangani cabaran yang mungkin timbul semasa proses pembelajaran dan
membina hubungan interpersonal yang kukuh. Interaksi manusia ini penting dalam membantu
pelajar membangunkan kemahiran sosial dan emosi yang tidak ternilai.

Selain itu, pembelajaran secara dalam talian semakin sukar apabila pelajar di kalangan
yang kurang berkemampuan yang tidak mempunyai komputer riba untuk memenuhi
pembelajaran dalam talian. Bukan itu sahaja, pelajar yang tidak mempunyai talian internet yang
tidak stabil khususnya pelajar yang berasal dari kawasan pendalaman turut menghadapi masalah
yang serupa. Pelajar tersebut juga tidak dapat menerima tugas dan pembelajaran yang
disampaikan oleh guru dengan baik. Dari latar belakang keadaan ibu bapa pelajar, ia ternyata
berpengaruh dalam pelaksanaan pembelajaran online sebagai contoh latar belakang
sosio-ekonomi ibu bapa pelajar. Sebaliknya, sesetnagh ibu bapa mengadu bahawa pembelajaran
dalam talian menambah kos perbelanjaan. Oleh itu, para ibu bapa berharap kerajaan segera
menukar dasar kepada pembelajaran secara bersemuka seperti biasa (Asmuni, 2020). Hal ini
boleh membawa kepada jurang digital dalam kalangan pelajar, di mana sesetengah pelajar akan
ketinggalan dalam pembelajaran kerana batasan teknologi yang dihadapi. Teknologi juga tidak
boleh sentiasa menggantikan peranan interaksi sosial antara pelajar. Pembelajaran melalui
kerjasama, perbincangan dan kerja kumpulan dalam aspek penting dalam membangunkan
kemahiran sosial dan kerja berpasukan. Teknologi hanya menyediakan platform atau pemudah
cara untuk komunikasi dalam talian antara pelajar-guru atau pelajar-pelajar, tetapi ia tidak dapat
menggantikan sepenuhnya interaksi secara bersemuka antara pelajar.

Di samping itu, aspek moral dan etika juga penting dalam pendidikan. Guru memberikan
pemahaman nilai dan etika yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Mereka boleh membantu
membangunkan sahsiah pelajar dan membimbing mereka dalam menangani masalah moral. Sifat
insan guru membolehkan mereka menjadi teladan yang baik kepada pelajar, mengajar mereka
tentang integriti, tanggungjawab dan nilai murni. Tidak dinafikan, teknologi telah mengubah cara
kita belajar dan mengakses maklumat dengan cara yang belum pernah diterokai sebelum ini.
Namun, meskipun kemajuan teknologi telah memberikan manfaat yang luar biasa dalam
pendidikan, teknologi masih memiliki batasan dalam memahami pelajar secara emosional. Guru
mempunyai kebolehan yang unik untuk membaca ekspresi muka, bahasa badan dan nada suara
pelajar. Guru mampu mentafsir perasaan dan emosi pelajar supaya mereka dapat memberikan
respons yang sesuai. Manakala, guru yang prihatin akan dapat memberikan sokongan, motivasi
dan pemahaman emosi yang diperlukan oleh pelajar. Walaubagaimanapun, teknologi tidak
mempunyai keupayaan yang sama untuk membaca dan memahami emosi manusia dengan tepat.
Interaksi manusia yang melibatkan sentuhan visual, bahasa badan dan ekspresi emosi
memainkan peranan penting dalam membina hubungan antara guru dan pelajar, Apabila pelajar
menghadapi cabaran, kekecewaan atau kekeliruan, guru boleh bertindak balas secara langsung
dengan empati dan membantu pelajar menyelesaikan masalah mereka. Guru juga boleh
membantu pelajar mengembangkan kemahiran sosial dan emosi melalui interaksi interpersonal.
Sebaliknya, teknologi hanya boleh memberikan respon yang terhad seperti memberi tindak balas
di dalam bentuk teks atau suara yang tidak mempunyai intonasi tanpa emosi. Ini boleh
menyebabkan jurang pemahaman dan kekurangan dalam pembelajaran. Guru boleh
menyumbang kekuatan dan minat pelajar dan menggunakan pendekatan yang sesuai untuk
membina semangat untuk belajar. Guru boleh memberikan pujian, pengiktirafan dan galakan
yang diperlukan untuk memotivasikan pelajar. Namun, teknologi tidak mampu menggantikan
sentuhan manusia. Meskipun teknologi juga boleh memberikan ganjaran atau mata secara
automatik, ia tidak akan mempunyai kesan yang sama seperti pujian dan pengiktirafan oleh guru
secara peribadi.

Selain itu, guru mempunyai pengetahuan yang mendalam dan pemahaman yang luas
tentang mata pelajaran yang diajar. Beliau bukan sahaja bertanggungjawab untuk memberikan
maklumat, tetapi boleh menerangkan dengan pelbagai cara yang kreatif dan mudah untuk
memastikan pemahaman pelajar yang mendalam di dalam sesuatu subjek. Guru mampu
menjawab soalan yang diajukan oleh pelajar secara langsung serta memberikan contoh yang jelas
dan memberikan pandangan yang lebih mendalam tentang topik yang dibincangkan. Teknologi
mungkin menyampaikan maklumat dengan pantas akan tetapi ia tidak dapat memberikan
pemahaman yang mendalam yang diberikan oleh guru. Dalam menghadapi cabaran ini,
pendekatan yang lebih berkesan ialah mengintegrasikan teknologi ke dalam peranan guru. Oleh
hal yang demikian, guru boleh menggunakan teknologi sebagai alat bahan bantu mengajar,
mengakses sumber tambahan atau memberikan maklum balas pantas kepada pelajar. Dengan
menggunakan teknologi secara bijak, guru boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka
dan menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih efektif kepada pelajar. Teknologi
sememangnya telah membawa banyak perubahan dalam pendidikan, namun peranan guru tidak
boleh digantikan. Guru mempunyai keupayaan unik untuk memahami keperluan individu pelajar
individu pelajar, memberikan pemahaman yang mendalam, mengajar nilai dan etika, dan
memudahkan pengalaman praktikal. Walaupun teknologi boleh menjadi alat yang berharga,
interaksi manusia dan kepakaran guru kekal sebagai faktor utama dalam pendidikan yang
berkesan. Menurut Prof Ojat, pada zaman ini kecerdasan akademik bukan lagi penentu kejayaan
pelajar apabila suatu hari nanti memasuki alam pekerjaan. Apa yang diperlukan ialah kecerdasan
moral atau sikap untuk mengajar sikap kepada pelajar, peranan guru sangat besar seperti bak kata
pepatah, guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Sementara itu, peranan guru dalam
kemajuan negara ini sangat besar kerana peningkatan dari sektor pendidikan terletak di tangan
guru. Pada waktu yang sama, Dr Airil Haimi Mohd Adnan dari Universiti Teknologi Mara
Malaysia (UTM) yang tampil sebagai penceramah berkata, mulai 2019, Malaysia sudah mula
meninggalkan buku teks manakala semua dipindahkan ke e-book. Pelajar akan mula berlajar
dengan menggunakan peranti yang disediakan. Bagaimanapun, peranan guru masih wujud dan
amat diperlukan. Kaedah pembelajaran sudah bertukar kepada teknologi akan tetapi pendidikan
yang berkarakter adalah memalui peranan seseorang iaitu guru ataupun pendidik. Guru tetap
menjadi contoh atau tunjang kepada pelajar-pelajarnya.

Pada dasarnya, peranan guru tidak boleh digantikan dengan teknologi hingga ke
akhirnya. Penggunaan teknologi dalam pendidikan hanya mampu membantu guru dalam
pemindahan ilmu (transfer knowledge), bukan pada pembentukan sahsiah pelajar. Selaras dengan
apa yang didedahkan oleh pakar pendidikan Universiti, teknologi itu tidak boleh menggantikan
kedudukan guru. Walaupun ada robot yang bijak, tetapi ia hanya mengajar tetapi bukan untuk
mendidik (Mohamad, 2018). Tugas pendidik hanya boleh dilakukan oleh seorang sahaja guru
secara langsung atau terus. Perkara ini juga ditegaskan bahwa revolusi perindustrian 4.0 tidak
akan dapat menggantikan peranan guru sebagai pendidik. Lebih-lebih lagi, tujuan pendidikan
nyatanya bukan hanya untuk mencetak generasi muda yang cerdas dalam banyak hal yang lain,
salah satunya tentang bagaimana meningkat motivasi belajar dan melahirkan individu yang boleh
mengharumkan nama negara.
Kesimpulannya, peranan guru sentiasa berubah dan berkembang, sebelum, semasa dan
selepas negara mencapai kemerdekaan. Perubahan dalam sistem pendidikan dan peranan guru ini
adalah berdasarkan perkembangan dan keperluan pendidikan negara dari semasa ke semasa.
Profession keguruan sememangnya satu profession yang sangat penting kepada pembangunan
intelek sesebuah negara ke arah negara maju. Tidak dinafikan terdapat cabaran-cabaran dalam
profession keguruan sama ada dari segi bidang kerja, dasar kerajaan mahupun penggunaan
teknologi. Oleh itu, dalam melahirkan guru-guru yang berkaliber, berdedikasi dan berkualiti,
latihan perguruan perlu dipertingkatkan dari segi kualiti dan keberkesannya.
Rujukan

Ambotang, A. S., Pilus, N., Andin, C., & Abdullah, N. Q. (2014). Hubungan kerenah pelajaran

dan beban tugas dengan tahap stres guru di sekolah menengah. Jurnal Kinabalu, 20.

Asmuni Asmuni. (2020). Problematika Pembelajaran Daring di Masa Pandemi Covid-19 dan
Solusi Pemecahannya. Jurnal Paedagogy, 7(4), 281–288.
https://e-journal.undikma.ac.id/index.php/pedagogy/article/view/2941/2003

Awi, N. A. L., & Zulkifli, H. (2021). Amalan kreativiti guru pendidikan islam dalam

pembelajaran
abad ke-21. Asean Comparative Education Research Journal On Islam And Civilization
(Acer-J). eISSN2600-769X, 4(1), 40-54.

Azian Saad Mohamed Ali Haniffa, M. (2019). PERKEMBANGAN LATIHAN PERGURUAN


DI TANAH MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA THE DEVELOPMENT
OF TEACHER TRAINING IN MALAYA BEFORE AND AFTER INDEPENDENCE.
Journal of History Department, 28.

Barbalet, J. (2002). Introduction: Why emotions are crucial. In J. Barbalet (Ed.), Emotions and
sociology (pp. 1–19). Oxford: Blackwell
Brookfield, S. D. (2006). The skillful teacher: On technique, trust and responsiveness in the
classroom. San Francisco: Jossey-Bass
Bilfaqih, Yusuf dan Qomaruddin, M. Nur. (2015). Esensi Pengembangan Pembelajaran
Daring. Yogyakarta: Deepublish

Covid-, Pandemik, and Sandakan Saifulazry. 2021. “Prospek Pengajaran Dan Pembelajaran
Online Sepanjang Tempoh PKP Prospek Pengajaran Dan Pembelajaran Online Sepanjang
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pandemik Covid-19 Di Sandakan , Sabah : Cabaran
Dan Signifikan.” (September).

Dirkx, J. M. (2008). The meaning and role of emotions in adult learning. New Directions for
Adult and Continuing Education, 120, 7–18.
Hamami, H. B., & Yassin, M. A. M. Z. B. (2022). Beban tugas sampingan guru di sekolah
rendah di Negeri Johor. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 9(1), 1-20.
Isen, A.M. (2000). Positive Affect and Decision Making(ed) Handbook of Emotions. Guilford,
New York Handbook of Emotions (2nd ed., pp. 417-435). New York: Guilford.

Ishak, R., & Rusman, S. N. F. (2018). Prestasi kerja guru dan hubungannya dengan faktor

beban tugas, persekitaran kerja dan personal: Kajian kes di sebuah sekolah di Sabah.
JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 5(1), 1-15.

Jose, S. A., Effendi, M., & Matore, E. M. (2021). Tinjauan literatur bersistematik: Faktor burnout

dalam kalangan guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH),
6(1), 168-186.

Kamaruddin, K. (2007). Tekanan kerja di kalangan guru sekolah menengah. Jurnal

Kemanusiaan, 5(2).

Khalil, F. A., & Awang, M. I. (2016). Isu kesediaan guru dalam amalan melaksanakan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah. EDUCATUM–Journal of Social Science, 2(1), 1-7.

Mohamad, M. (2018, November 25). Prof Ojat: Guru Tidak Akan Tergantikan dengan Teknologi.
Www.jpnn.com; JPNN.com.
https://www.jpnn.com/news/prof-ojat-guru-tidak-akan-tergantikan-dengan-teknologi

Muhamad Afzamiman Aripin, Dr. dan Muhammad Abd Hadi Bunyamin, Dr. 17 April 2020.

Transformasi Pendidikan dalam Krisis Pandemik


Covid-19.https://malaysiagazette.com/2020/04/17/transformasi-pendidikan-dalam-krisis-
pandemik-covid-19/. Tarikh Capaian 22 April 2020.

Nurhayati, E. (2020). Meningkatkan Keaktifan Siswa Dalam Pembelajaran Daring Melalui


Media Game Edukasi Quiziz pada Masa Pencegahan Penyebaran Covid-19. Jurnal
Paedagogy, 7(3), 145-150. doi:https://doi.org/10.33394/jp.v7i3.2645
Pekrun, R., Goetz, T., Titz, W., & Perry, R. P. (2002). Academic emotions in students’ self
regulated learning and achievement: A program of qualitative and quantitative research.
Educational Psychologist, 37(2), 91–105.
Schugurensky, D. (2000). The forms of informal learning:Towards a conceptualization of the
field. Retrieved from
https://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:ZFJuFUdXrbsJ:https://tspace.li
brary.utoronto.ca/bitstream/1807/2733/2/19formsofinformal.pdf+&cd=1&hl=en&ct=clnk
&gl=m
schutz, P. A., & Lanehart, S. J. (2002). Introduction: Emotions in education. Educational
Psychologist, 37, 67–68.

Anda mungkin juga menyukai