Anda di halaman 1dari 18

1.

0 PENGENALAN
Menurut Prof. H. Mahmud Yunus (2015) pendidikan ialah suatu usaha yang sengaja
dipilih untuk mempengaruhi dan membantu anak yang bertujuan untuk meningkatkan
ilmu pengetahuan, jasmani dan akhlak sehingga secara perlahan bisa mengantarkan
anak kepada tujuan dan cita-citanya yang paling tinggi. Agar memperoleh kehidupan
yang bahagia dan apa yang dilakukanya dapat bermanfaat bagi dirinya sendiri,
masyarakat, bangsa, negara dan agamanya.
Sementara, menurut UU Nomor 2 Tahun (1989) pendidikan adalah usaha untuk
menyiapkan peserta didik melalui kegiatan bimbingan, pengajaran, dan atau latihan
bagi peranannya dimasa yang akan datang.
Justeru, pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan segala kemudahan
untuk proses pengajaran dan pembelajaran kepada semua kanak-kanak di Malaysia.
Seiring dengan hasrat kerajaan untuk memberikan peluang pendidikan untuk semua
kanak-kanak di Malaysia, sumbangan sektor swasta adalah amat besar. Banyak
institusi pendidikan swasta (IPS), berfungsi di seluruh negara untuk menyediakan
peluang

pendidikan

kepada

warganegara

Malaysia

dan

juga

warganegara

antarabangsa.
Pendidikan swasta, juga dikenali sebagai pendidikan persendirian, bukan
kerajaan, atau sekolah-sekolah bukan negara, tidak ditadbir oleh tempatan, negeri atau
kebangsaan kerajaan. Pendidikan ini disediakan oleh institusi pendidikan swasta.
Institusi pendidikan swasta mengekalkan hak untuk memilih pelajar-pelajar mereka dan
dibiayai secara keseluruhan atau sebahagiannya dengan mengenakan tuisyen pelajar1

pelajar mereka, dan bukannya bergantung pada cukai wajib melalui awam (kerajaan)
pembiayaan.

1.1 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN SWASTA


1.1.1 Sejarah Penubuhan Pendidikan Swasta
Penubuhan, pengurusan dan pengoperasian institusi pendidikan swasta adalah
tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan yang dibuat di
bawahnya. Pada tahun 1996, Kerajaan Malaysia telah memperkenal dan
menguatkuasakan Akta 555 (Akta Pengajian Tinggi Swasta) dan Akta 556 (Akta
Lembaga Akreditasi Negara). Melalui kedua-dua akta tersebut, Institusi Pengajian
Swasta (IPS) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah mendapat pengiktirafan
formal.
Pendidikan swasta telah bermula di Malaysia semenjak tahun 1950an. Pada
masa itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar-pelajar sebagai
persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang
agama. Pada awal 1970an, perkembangan semasa peranan dan fungsi sistem
pendidikan telah mewujudkan sekolah swasta bagi menampung pelajar-pelajar untuk
meneruskan pelajaran di peringkat menengah.
Pada tahun 1980an suatu perubahan yang penting berlaku di mana pendidikan
swasta turut sama menyediakan peluang pendidikan di peringkat pendidikan tinggi
sebagai alternatif kepada mereka yang tidak terpilih memasuki institusi-institusi
pendidikan tinggi awam (IPTA). Pada hari ini pendidikan swasta di Malaysia telah
berkembang dengan begitu pesat dengan penubuhan lebih banyak institusi pendidikan
tinggi swasta (IPTS) dan IPS.
(Sumber : Kementerian Pelajaran)
1.1.2 Sistem Perundangan di Malaysia
Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara
yang berkaitan dengannya. Akta ini merangkumi skop pendidikan yang lebih luas. Ianya
2

meliputi semua kategori sekolah, yang mengamalkan sistem pendidikan kebangsaan.


Tujuan akta ini adalah untuk menjamin kualiti di dalam sistem pendidikan. Akta ini
mengawalselia usaha ke arah mempertingkatkan dan meninggikan kualiti pendidikan di
peringkat pra sekolah, pendidikan guru, pendidikan khas, pendidikan swasta dan
pendidikan teknikal. Di bawah akta ini kedudukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua juga diberi penekanan dan pengajaran bahasa-bahasa asing yang lain juga
digalakkan. Akta ini telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 1998.

1.2 KATEGORI INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA


Sistem pendidikan negara meliputi peringkat prasekolah hinggalah kepada peringkat
pendidikan tinggi. Institusi pendidikan swasta terdiri dari dua kategori utama. Ia
dibahagikan mengikut peringkat pendidikan yang ditawarkan.
Kategori pertama ialah Institusi Pendidikan Swasta seperti sekolah swasta,
sekolah antarabangsa, tadika, pusat-pusat kemahiran termasuk pusat bahasa, pusat
tuisyen, pusat latihan komputer, pusat kemahiran teknikal dan pusat perdagangan
adalah di bawah seliaan dan tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia. Operasi
institusi

pendidikan

swasta

dibiayai

sepenuhnya

oleh

sektor

swasta.

Walau

bagaimanapun proses penubuhan dan pendaftaran, pengurusan dan operasi sesebuah


IPS adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996.
Manakala kategori kedua ialah institusi pendidikan tinggi swasta yang terdiri dari
institusi pendidikan bertaraf kolej, kolej universiti dan universiti yang terletak di bawah
kawalan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Secara ringkasnya dua kategori utama institusi tersebut adalah terdiri daripada
Institusi Pendidikan Swasta yang di bawah seliaan KPM, dan Institusi Pendidikan Tinggi
Swasta (IPTS) yang di bawah seliaan KPTM. Kesemua institusi pendidikan berkenaan
perlu berdaftar dengan Kementerian berkaitan untuk beroperasi. Institusi pendidikan
yang tergolong dalam kategori ini menawarkan pendidikan dari peringkat pra sekolah,
sekolah rendah hinggalah ke peringkat menengah. Jenis-jenis institusi pendidikan

swasta dalam kategori yang perlu didaftarkan dengan Kementerian Pelajaran


termasuklah:
1.2.1 Sekolah agama
Sekolah-sekolah swasta wujud dalam bentuk sekolah-sekolah agama seperti sekolah
agama pondok yang terdapat dengan banyaknya di Selangor, Kelantan, Terengganu
dan Johor. Sekolah-sekolah ini disusun khas untuk orang ramai mendapat pendidikan
dari peringkat pra-sekolah sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Warga emas
yang ingin mempelajari bidang agama boleh mendapatkan pendidikan di sekolah ini.
1.2.2 Sekolah Rendah dan Menengah Antarabangsa
Sektor swasta menubuhkan sekolah-sekolah Antarabangsa untuk anak-anak diplomat
yang bertugas di negara ini mendapat pendidikan mereka. Kurikulum yang digunakan
di sekolah ini sama seperti sekolah-sekolah antarabangsa lain di luar negara. Hal ini
membantu para pelajar untuk meneruskan pelajaran di luar negara ibubapa mereka
berpindah tugas ke negara lain.
1.2.3 Pusat Tuisyen
Pusat-pusat tuisyen swasta dibuka untuk membantu pelajar yang akan menduduki
peperiksaan.

Pusat

tuisyen

ini

mengutamakan

pencapaian

pelajar

dengan

memfokuskan kelemahan murid dalam subjek tertentu sahaja. Pelajar yang tidak cukup
latihan dan penerangan yang mereka dapati di sekolah kerajaan maka mereka akan
dapat memenuhi cita rasa mereka itu di pusat-pusat tuisyen.
1.2.4 Pusat Latihan Komputer
Pihak Swasta juga menyediakan pusat-pusat latihan komputer untuk membantu pelajar.
Mereka menyediakan latihan komputer dari pelbagai aspek yang diperlukan oleh
pelanggan mereka. Pelajar-pelajar lepasan sekolah atau sementara menunggu
keputusan peperiksaan diumumkan, mereka berupaya mendapat latihan dengan lebih
teratur dan terancang.

1.2.5 Pusat Bahasa


Pusat-pusat bahasa juga disediakan untuk mempertingkatkan kemahiran bahasa.
Rakyat Malaysia boleh mempelajari bahasa-bahasa yang mereka perlukan di pusatpusat bahasa ini dalam tempoh yang singkat.
1.2.6 Sekolah Gaya Pos
Ia adalah institusi pendidikan yang menyediakan ajaran atau pengajaran melalui surat
atau bahan cetak.
1.2.7 Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)
Institusi pendidikan ini menawarkan program pendidikan peringkat menengah yang
menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar untuk menjalankan
program pendidikan yang dikawalselia oleh Malaysian Independent Chinese Secondary
School (MICSS) Examination Board.
1.2.8 Pusat Kemahiran
Pusat kemahiran khas untuk pendidikan kemahiran dalam bidang-bidang perdagangan,
teknikal atau vokasional.
1.2.9 Pusat Latihan
Pusat latihan menawarkan kursus jangka pendek yang tidak melebihi tiga bulan dan
tidak melebihi 20 jam kredit
1.2.10 Pusat Bimbingan
Institusi pendidikan yang memberi bimbingan untuk membantu individu yang tidak
berpeluang mengikuti pendidikan formal di sekolah kerajaan ataupun swasta serta tidak
menduduki peperiksaan. Pusat bimbingan ini termasuklah yang didaftarkan atas milikan
badan bukan kerajaan (NGO).

1.2.11 Pusat Perkembangan Minda


Ia adalah sebuah institusi pendidikan yang menjalankan program pendidikan untuk
perkembangan minda individu dengan menggunakan metodologi tertentu.
(Unit Pendidikan Swasta Jabatan Pelajaran Pahang)

1.3 INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (IPTS)


Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) memainkan peranan penting dalam
perkembangan pengajian tinggi Negara dari segi penyediaan peluang pengajian,
penjimatan pertukaran wang asing dan sumbangan untuk menjadikan Malaysia sebagai
hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. IPTS telah berkembang dengan
pesatnya pada tahun sejak 1980-an.
IPTS di Malaysia dikategorikan kepada dua kategori iaitu IPTS bertaraf Universiti
dan IPTS bukan bertaraf Universiti. Bagi IPTS bertaraf Universiti terdapat tiga kategori
iaitu IPTS bertaraf Universiti, Kolej Universiti, Kampus Cawangan Universiti Luar
Negara dan bagi IPTS yang bukan bertaraf Universiti pula ialah IPTS berstatus Kolej.
IPTS yang perlu berdaftar dengan Kementerian Pendidikan ialah institut
pengajian tinggi swasta, universiti swasta, kolej universiti swasta, kampus cawangan
universiti swasta dan pusat pengajian jarak jauh. Selaras dengan kemajuan negara dan
permintaan tenaga semasa, IPTS menawarkan pelbagai program yang bersesuaian
dan memenuhi cita rasa dan kemampuan para pelajar.

2.0 FUNGSI PENGAWAL SELIA PENDIDIKAN SWASTA


2.1 Jabatan Pendidikan Swasta
Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) beroperasi di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia sejak dari tahun 1961. Jabatan ini dikenali sebagai Bahagian Pendaftaran
Sekolah dan Guru (BPSG). Mulai 1 Oktober 1995 BPSG telah ditukarkan sebagai
6

sebuah jabatan yang dikenali sebagai JPS dan diketuai oleh seorang Timbalan Ketua
Pengarah Pendidikan. JPS bertanggungjawab kepada segala aspek pengurusan
penubuhan, pendaftaran dan pengawalseliaan institusi pendidikan swasta (IPS) dan
institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS). JPS bertanggungjawab dalam mempastikan
dasar, perancangan dan hala tuju pendidikan swasta adalah selaras dan selari dengan
Dasar Pendidikan Negara. Tugas dan tanggungjawab ini dipikul bersama dengan unit
pendidikan swasta di Jabatan Pendidikan Negeri. (Jabatan Pendidikan Swasta 2001).
Jabatan Pendidikan Swasta bertanggungjawab ke atas semua aspek penubuhan
dan pendaftaran serta pengawalseliaan pendidikan swasta dari peringkat pra-sekolah
sehingga ke peringkat universiti. Adalah menjadi tanggungjawab Jabatan ini untuk
memastikan bidang pendidikan swasta memainkan peranan dalam menambahkan
peluang mendapat pendidikan khususnya di peringkat "tertiari" bagi semua golongan
masyarakat (Jabatan Pendidikan Swasta 2001).
2.1.1 Objektif utama Jabatan Pendidikan Swasta
i.

Menentukan pendidikan yang ditawarkan oleh institusi pendidikan swasta


berkualiti, bertaraf dunia dan relevan dengan keperluan negara.

ii.

Memastikan semua pengurusan penubuhan dan pendaftaran institusi pendidikan


swasta mematuhi peruntukan perundangan dan syarat yang ditetapkan.

iii.

Menentukan pelaksanaan sistem penguatkuasaan dan pengawalseliaan yang


cekap dan berkesan.

iv.

Memastikan keseluruhan prasarana istitusi pendidikan swasta berkualiti.

v.

Menjadikan pendidikan sebagai satu industri.

2.1.2 Fungsi Jabatan Pendidikan Swasta


i.

Mengkonsepsi dasar, memantapkan perundingan dan peraturan-peraturan

ii.

pendidikan swasta serta merancang menentukan hala tuju pendidikan swasta.


Menguruskan penubuhan dan pendaftaran institusi pendidikan .

iii.

Menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pengawalseliaan yang berkaitan

iv.
v.

dengan pendidikan swasta


Mengendalikan pengurusan data dan maklumat pendidikan swasta.
Mengendalikan aktiviti berkaitan promosi pendidikan ke arah menjadikan

vi.

Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan


Mewartakan pegawai-pegawai pendidikan di peringkat pusat, negeri dan daerah
sebagai Pendaftar Sekolah dan Guru, Penolong Pendaftar Sekolah dan
Penolong Pendaftar Guru di bawah Akta Pendidikan 1996.

2.1.3 Rukun Institusi Pendidikan Swasta


1. Penubuhan Institusi Diluluskan
2. Institusi Didaftarkan
3. Kursus Pengajian Diluluskan
4. Penegtua/Guru Besar Didaftarkan
5. Yuran Diluluskan
6. Pertukaran Dan Pengubahsuaian Premis Diluluskan
7. Tenaga Pengajar Mempunyai Pemit Mengajar
8. Pengelola dan Pekerja Didaftarkan
9. Pengambilan Pelajar Dan Tenaga Pengajar AntaraBangsa Diluluskan
10. Bahasa Pengantar Selain Bahasa Kebangsaan Diluluskan (Prof.Shahril 2014)
2.2 Pernyataan Dasar
1. Meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam pembangunan pendidikan negara
bagi menyediakan peluang pendidikan dan latihan di peringkat rendah dan menengah
terutama yang berasaskan sains dan teknologi.
2. Memastikan pendidikan prasekolah, rendah dan menengah yang dianjurkan oleh
sektor swasta selaras dengan aspirasi negara.
2.2.1 Strategi Pelaksanaan
1. Menggalakkan penubuhan institusi pendidikan swasta (IPS) di peringkat prasekolah,
rendah dan menengah.
2. Menggalakkan sektor swasta memberikan sumbangan secara terus kepada institusi
pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
3. Mengawal selia IPS bagi menjamin kualiti serta menepati Kurikulum Kebangsaan.
8

4. Mengukuhkan aspek pengawasan dan penilaian di semua peringkat persekolahan


supaya dapat berjalan dengan lebih berkesan.
5. Meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam program pendidikan melalui penajaan
dan pembiayaan.
6. Memastikan tadika mematuhi Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan mengambil
murid dalam lingkungan usia 46 tahun.
7. Pendidikan rendah dan menengah dikehendaki mematuhi Kurikulum Kebangsaan
dan menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan.
8. Mempromosi pendidikan swasta di peringkat antarabangsa untuk menarik lebih ramai
pelajar asing memilih Malaysia sebagai destinasi pilihan mendapatkan pendidikan.
(Sumber : Buku Dasar Institusi Pendidikan Swasta)
2.2 Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Pendidikan tinggi di Malaysia telah mencapai taraf komoditi eksport yang begitu
strategik. Dasar ini telah disambut baik oleh badan-badan swasta dengan menubuhkan
pelbagai bentuk institusi pendidikan tinggi sama ada secara bersendirian atau
bekerjasama dengan institusi pendidikan tinggi awam tempatan dan institusi pendidikan
tinggi luar negara. Bagi menjamin pertumbuhan pendidikan tinggi swasta ini
dilaksanakan secara sihat, Parlimen telah meluluskan dua akta yang berkaitan pada
tahun 1996, iaitu Akta Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555) dan Akta Lembaga
Akreditasi Negara (Akta 556). Akta Pendidikan Tinggi Swasta bertindak mengaturkan
penubuhan dan pengurusan institusi pendidikan swasta agar dapat menyediakan
suasana pendidikan tinggi yang berkualiti untuk pelajarnya.

2.2.1 Penubuhan (MQA)


Pada 21 Disember 2005, Kerajaan telah memutuskan untuk menggabungkan Lembaga
Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi
9

(BJK,KPT) menjadi sebuah entiti baru yang bertanggungjawab ke atas jaminan kualiti
pengajian tinggi negara bagi sektor awam dan swasta.
Entiti berkenaan yang dinamakan sebagai Agensi Kelayakan Malaysia
(Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah ditubuhkan pada 1 November 2007
ekoran penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 dan secara rasminya
dilancarkan oleh YB Dato Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi pada 2
November 2007.
MQA adalah berperanan untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia
(Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti
pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. MQA
berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan
akreditasi pendidikan tinggi negara.
Dengan penubuhan MQA, LAN telah dibubarkan dan kakitangannya dimasukkan
ke dalam MQA. Dengan visi untuk menjadi organisasi jaminan kualiti pengajian tinggi
yang berwibawa dan diiktiraf di peringkat antarabangsa dan misi untuk memberi
keyakinan kepada pihak berkepentingan melalui amalan bijak jaminan kualiti pengajian
tinggi, MQA kini telah bersedia untuk menerokai sempadan-sempadan baru dalam
jaminan kualiti pengajian tinggi. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah diwujudkan
untuk menjadi badan kawalan kualiti yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan
pendidikan tinggi yang disediakan oleh IPTS sentiasa berkualiti tinggi.
2.2.2 Fungsi MQA
Sebagai badan jaminan kualiti, MQA berfungsi seperti berikut:
Melaksanakan MQF sebagai titik rujukan kelayakan Malaysia
Membangunkan kriteria dan standard sebagai rujukan kebangsaan bagi
penganugerahan kelayakan dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan
Menjamin kualiti institusi-institusi pengajian tinggi dan program-program
Memberi perakuan akreditasi kepada program-program yang memenuhi kriteria
dan standard yang ditetapkan
Memudah cara pengiktirafan dan penyetaraan kelayakan
10

Mengendalikan Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register,


MQR)
(Sumber :Ensiklopedia Wikipedia)

3.0 PERANAN PENDIDIKAN TINGGI SWASTA DI MALAYSIA


PELENGKAP KEPADA PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA.

SEBAGAI

Menurut Sufean Hussin (1993), Pendidikan tinggi di Malaysia semakin berkembang


selari dengan perkembangan ekonomi negara yang semakin berkembang dengan
pesat. Dalam konteks Malaysia, pendidikan tinggi ialah pendidikan di peringkat lepasan
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lepasan peperiksaan Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM). Laporan Khir Johari 1967 mendefinasikan pendidikan
tinggi

sebagai

pelajaran

ikhtisas

dan

akademik,

yang

sekurang-kurangnya

berkehendakkan akademik Sijil Tinggi Persekolahan atau yang setaraf dengannya


untuk masuk ke yayasan di peringkat universiti dan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang
setaraf dengannya di maktab. Institusi-institusi pengajian tinggi ini boleh terdiri
daripada maktab, kolej-kolej atau universiti-universiti awam mahupun swasta.
Tujuan pendidikan tinggi ini ditubuhkan adalah untuk melahirkan para graduan
dan cendikiawan yang berkemahiran tinggi dan mengembangkan ilmu dalam berbagaibagai bidang. Selain itu, aspek profesionalnya pendidikan tinggi adalah untuk
melahirkan golongan teknokrat bagi melaksanakan rancangan pembangunan negara
dan golongan birokrat bagi mentadbir organisasi dan masyarakat. Selain itu pendidikan
di Malaysia adalah dalam proses untuk mewujudkan pendidikan yang lebih liberal dan
demokrasi selaras dengan seruan kerajaan yang ingin melihat penduduk Malaysia
mempunyai pendidikan tinggi tahun 2020 (Massa, 28 Mac 1998).

3.1 Implikasi Kebaikan


Dengan tempat pengajian yang terhad di IPTA, pembukaan IPTS sesungguhnya
telah dapat membolehkan lebih ramai dapat melanjutkan pelajaran kepada pendidikan
11

tinggi di kalangan penduduk Malaysia. Penawaran tempat pengajian yang meliputi


pelbagai bidang oleh IPTS secara langsung membolehkan Malaysia merealisasikan
konsep pendemokrasian pendidikan, iaitu bertambahnya bilangan penduduk Malaysia
yang mendapat pendidikan pada peringkat tertinggi mengikut pilihan dan kebolehan
masing-masing. (Robiah Sidin,1994).
IPTS yang sedia ada bukan bertindak sebagai pesaing tetapi adalah sebagai
pelengkap kepada tanggungjawab IPTA yang semakin besar yang sukar menampung
pertambahan jumlah pelajar. Ini akan mewujudkan proses pendidikan yang lebih liberal
dan demokrasi selaras dengan seruan kerajaan yang ingin melihat penduduk Malaysia
mempunyai pendidikan tinggi pada tahun 2000 (Massa, 28 Mac 1998).
Memetik kata-kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Khalid Yunus ( Massa 28
Mac 1998) Kerajaan ingin menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang
cemerlang serta melihat 40% rakyat adalah berpendidikan tinggi sebelum melangkah
tahun 2000. Penempatan di IPTS, pemilihan menerusi pencapaian akademik untuk
tidaklah

diperketatkan

seperti

di

IPTA kerana

yang

penting

setiap

pelajar

berkemampuan untuk menampung kos pembelajaran dan mengambil kursus yang


bersesuaian dengan keputusan peperiksaan sekolah. (Massa, 6 Disember 1997).
Perdana Menteri kita dalam dasar ucapannya ketika mempromosikan Koridor Raya
Multimedia (MSC) di London

menegaskan bahawa

kerajaan

Malaysia

akan

melonggarkan sistem pendidikan negara bagi membolehkan mereka yang kurang


cemerlang dapat meneruskan pelajaran pada peringkat pengajian tinggi selaras dengan
usaha kerajaan untuk melahirkan sumber manusia yang berilmu.
Penubuhan IPTS juga dapat mengurangkan pengaliran wang ke luar negara dan
mengurangkan pelajar yang sedang menuntut di luar negara dan ke luar negara untuk
melanjutkan pelajaran. Mengikut Rancangan Malaysia Keenam (1991) pada tahun
1985, dianggarkan seramai 60,000 pelajar telah belajar di institut pengajian tinggi di luar
negara. Bilangan pelajar Malaysia yang ramai di luar negera ini telah mengakibatkan
pengaliran keluar tukaran wang asing kira-kira RM1.2 biliion setahun (Massa, 21 Jun
1997).

12

Walau bagaimanapun, dengan penubuhan institusi pendidikan swasta, ia telah


membawa kepada fenomena pelajar ke luar negara berkurangan dan membantu
mengukuhkan sumber pendapatan negara melalui sektor pendidikan iaitu kerajaan
berupaya menarik sebanyak 4,452 pelajar asing untuk belajar di negara kita di IPTS
dan IPTA yang membawa masuk tukaran wang asing sebanyak RM53 juta setahun
(Massa, Mac 1998). Pada tahun 1990, jumlah pelajar yang melanjutkan pelajaran ke
luar negera telah menurun menjadi 52,000 orang sahaja. (Kerajaan Malaysia 1991)
Seterusnya dengan kerjasama yang dimainkan di antara IPTS dengan Universiti luar
iaitu dengan mengadakan pautan atau Twinning Program akan turut melibatkan
pemindahan teknologi atau pengetahuan yang lebih cepat hasil dari kepakaran yang
diperolehi dari tenaga pakar pensyarah asing kepada pensyarah dan pelajar IPTS
khususnya ( Massa, 6 Dis 1997 ).
Beberapa contoh kerjasama IPTS dengan universiti luar : Kolej Sunway dengan Universiti Monash di Australia
INTI kolej dengan Universiti di Amerika, Britain, New Zealand dan Australia
Kolej Damansara Utama (KDU) dengan Universiti di Amerika dan United
Kingdom
The International Medical College (IMC) dengan Universiti di Australia, New
Zealand, Ireland dan United Kingdom
(Sumber : Massa 6 Disember 1997 & Massa 21 Mac 1998)
IPTS di Malaysia juga mampu untuk menyediakan kemudahan pembelajaran
yang setanding bahkan lebih baik berbanding dengan IPTA bagi memastikan
pembelajaran yang lancer dan berkualiti. Ini tidaklah sesuatu yang menghairankan
kerana kedudukan kewangan mereka yang kukuh hasil pungutan daripada yuran yang
dikenakan kepada pelajar yang agak tinggi sehingga ada yang 4 hingga 5 kali ganda
berbanding dengan IPTA. Di samping itu IPTS itu sendiri dibiayai oleh individu dan
organisasi yang mempunyai kedudukan kewangan yang stabil dan mantap. Seperkara
lagi memandangkan IPTS mempunyai persaingan di kalangan mereka sendiri,
komitmen mereka untuk menyediakan prasarana kemudahan yang terbaik adalah
tinggi, yang bertujuan untuk menarik perhatian pelajar dan ibu-bapa.
13

Mengikut Ramli Abdul Karim, Massa (6 Dis 1997) IPTS bukan sahaja
berkemampuan untuk menawarkan lebih banyak kursus yang berorientasikan kepada
keperluan pekerjaan semasa malah mereka lebih peka kepada kehendak pelajar dan
masyarakat. "Ciri utama latihan anjuran swasta ini ialah dengan cepat sesuatu kursus
latihan itu ditawarkan atau dipersetujui mengikut permintaan pasaran tenaga kerja.
Misalnya kursus-kursus berhubung dengan penggunaan komputer dengan cepat
diadakan di sana sini di bandar, dibandingkan dengan institusi atau kolej kerajaan".
Saban tahun apabila keputusan peperiksaan SPM / SPVM / STPM diumumkan
terdapat peningkatan dalam biangan jumlah pelajar yang lulus dengan baik. Pelajarpelajar ini berkelayakan melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Permasalahan yang timbul ialah bilangan IPTA yang sedia ada tidak berkemampuan
untuk menampung dan menempatkan bilangan lambakan pelajar itu (Massa 1998).
UKM, UPM, UiTM, UTM, UIA, USM, UNIMAS dan IPTA-IPTA yang lain walaupun
bilangannya semakin bertambah namun masih belum cukup untuk menampung pelajarpelajar ini.

Pelajar-pelajar ini terpaksa memilih alternatif yang lain. Alternatif yang

dicari-cari bagi menghadapi suasana ini ialah IPTS. IPTS yang menjalankan program
berkembar dengan universiti luar negara dan menawarkan kursus-kursus yang
profesional merupakan pilihan bijak pelajar ini.
Tambahan pula kualiti kursus yang ditawarkan itu hampir sama dengan IPTA.
Faktor ini menjadi tarikan kepada pelajar yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran
ke IPTA.

Sasaran unjuran pembangunan sumber tenaga Malaysia yang dibuat

menjelang tahun 2020 ialah 40% daripada rakyat Malaysia mendapat pendidikan di
peringkat universiti (Massa 1998). IPTS bersama-sama dengan IPTA memikul
tanggungjawab ini secara bersama IPTA. Langkah ini juga bertujuan untuk merintis satu
perubahan bagi membentuk imej Malaysia sebagai sebuah negara maju yang
mempunyai golongan elit pendidikan tinggi yang akan dapat memainkan peranan
penting dalam memodenkan pembangunan sosial dan ekonomi negara ( Massa 1997).
Apabila menerima pelajar masuk dalam kursus tahap profesional yang
ditawarkan oleh institusi swasta secara tidak langsung institusi yang bertanggungjawab
untuk

membantu

membangunkan

tahap
14

profesional

dan

kemahiran

mereka.

Permintaan untuk pekerja profesional dan berkemahiran meningkat dengan cepat


dalam dekad ini , terutama dalam sektor perindustrian dan perdagangan Sebagai
contoh

mengikut Rancangan Jangka Panjang ke Dua 19912000, Malaysia

memerlukan tambahan jurutera seramai 30,000, pembantu jurutera seramai 122,900


orang dan 600 orang lagi pegawai perubatan dan kesihatan pada tahun 2000 ( Berita
Harian 1993).
IPTS juga dapat menjimatkan beban kewangan kerajaan. Sebelum ini, jika
kerajaan jika tiada pakar-pakar dalam bidang tertentu kursus itu tidak akan ditawarkan ,
oleh itu pelajar-pelajar terpaksa dihantar ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran
dalam bidang tersebut (Massa 1998). Ini bererti bahawa pengaliran keluar wang.
Peranan yang penting IPTS di sini adalah program berkembar, hubungan, program
pemindahan dengan universiti luar negara membawa pelajar boleh melanjutkan
pelajaran mereka di negara ini. Bayangkan jika satu sesi akademik di Amerika Syarikat
adalah RM25000 , RM75000 bermakna jika tiga sesi. Itulah sekiranya pelajar sedang
menuntut di institusi swasta hanya membayar RM30000. Kos yang dibayar di luar
negara tidak termasuk kos sara hidup pelajar.
3.2 Implikasi Keburukan
Namun demikian terdapat beberapa kesan keburukan yang wujud dalam proses
perlaksanaan pendidikan swasta di negara ini khususnya dalam penubuhan institusi
pengajian tinggi. Beberapa IPTS yang diwujudkan demi tujuan mendapatkan
keuntungan. Mereka beranggap pendidikan adalah suatu perniagaan yang boleh
menggautkan keuntungan yang banyak. Mereka tidak hindari mutu pendidikan Negara.
Justeru, IPTS tersebut mengenakan yuran yang mahal terhadap pelajar-pelajarnya.
Pelajar-pelajar luar negara mungkin tidak menerima kesan buruk yang teruk kerana
mereka yang datang ke sini sememangnya mampu untuk membayar yuran tersebut.
Masalah ini memberikan kesan yang teruk terhadap pelajar-pelajar tempatan yang
datang daripada keluarga yang miskin dan tidak mampu untuk membayar yuran
pengajian yang tinggi. Tambahan pula, bantuan kewangan yang diberikan oleh PTPTN
juga tidak mencukupi.

15

Di samping itu, IPTS telah membelakangkan penggunaan bahasa Melayu dalam


pendidikan. Mengikut Akta Pendidikan 1996, semua IPTS dibenarkan menggunakan
bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran. Akta ini bukan sahaja
menyebabkan IPTS mengutamakan bahasa Inggeris dalam pengajaran bahkan tidak
mensyaratkan calon-calon yang memohon untuk ke IPTS menguasai bahasa Melayu
dengan baik. Langkah ini dianggap bertentangan dengan amalan sebelum ini yang
mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah dan syarat untuk
mendapatkan sijil di peringkat menengah. Justeru, penubuhan IPTS menyebabkan
bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi negara telah diremehkan penggunaannya.

4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, Penubuhan institusi swasta adalah satu langkah yang bijak oleh
kerajaan untuk mencapai matlamat negara untuk menjadi pusat pendidikan yang
cemerlang selain memainkan peranan pelengkap kepada orang ramai dalam
meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi. Melalui akta untuk mengawal selia
universiti swasta yang telah digubal, kerajaan dijangka untuk mermainkan peranan
yang lebih telus dan tegas dalam mengawal selia institusi. Walau bagaimanapun,
pemilihan institusi swasta sebagai alternatif untuk meneruskan pelajaran terletak
kepada kebijaksanaan ibu bapa dan pelajar untuk mengkaji dan membuat
pertimbangan sewajarnya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang akan
menentukan masa depan anak-anak mereka.
Sebagai penutup, apa-apa masalah yang timbul dalam penubuhan universiti
swasta, perlu ditangani oleh institusi yang bertanggungjawab bagi pihak kerajaan dan
juga untuk memastikan kebajikan rakyat biasa ke arah Wawasan 2020. Kawalan dan
pemantauan perlu dibuat ke atas perlaksanaan pendidikan swasta agar ianya tidak
bertentangan dengan dasar dan falsafah pendidikan negara untuk masa yang akan
datang

serta

pemilihan

IPTS

sebagai

pusat

pembelajaran

terletak

kepada

kebijaksanaan pelajar dan ibu bapa untuk menampng kos pendidikan yang tinggi dan
kualiti pendidikan yang ditawarkan.
16

RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Pembangunan Pendidikan 2001
2010: Perancangan bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
17

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Perancangan Strategik Pendidikan

Tinggi

Swasta, 20012010. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Swasta, Kementerian


Pendidikan Malaysia.
Kerajaan Malaysia (2001). Rancangan Malaysia Kelapan, 20012005. Kuala Lumpur:
Percetakan Nasional.
Kerajaan Malaysia (2001). Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga, 2001 2010.
Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.
Robiah Sidin (1994). Pendidikan di Malaysia, Cabaran Untuk Masa Depan. K.l. Fajar
Bakti.
Sufean Hussin (1993). Pendidikan Di Malaysia, Sejarah, Sistem, dan Falsafah. K.l.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Zazali, Rozelina, Maisura, Asma Nabihah (2005). Ipts: Aksesibiliti Kepada
Peranan Ipta Seminar pendidikan 2005, Fakulti Pendidikan UTM.
Majalah Massa 21 mac 1998
Majalah Massa 28 Mac 1998
Majalah Massa, 16 Julai 1997
Majalah Massa, 31 Januari 1998
Majalah Massa, 6 Disember 1997

18

Anda mungkin juga menyukai