Anda di halaman 1dari 8

Sistem pendidikan di malaysia kini berupaya

menghasilkan modal insan gemilang

Salam sejahtera saya ucapkan kepada yang amat berbahagia Tuan


Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perlis, Tuan Haji Md. Rusli
bin Abdul Rashid, yang dihormati Timbalan Pengarah Dr Hamzah bin ihsan yang
berusaha Pengerusi Majlis, para pangadil yang adil lagi bijaksana, ketua-ketua
jabatan, ketua-ketua unit, para pensyarah, staf-staf sokongan, dan guru-guru
pelatih yang saya kasihi sekalian. Selaras dengan pelancaran Bulan Bahasa
Melayu , saya berkesempatan untuk menyampaikan satu pidato yang bertajuk
“Sistem pendidikan di malaysia kini berupaya menghasilkan modal insan
gemilang”.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan? Menurut siri pendididkan
pengurusan, pendidkan, mengikut pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang
berkaitan dengn pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian
dan jasmani manusia.Secara khususnya, pendidikan boleh diertikan sebagai
aktiviti persekolahan. Ini bermakna pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang
menpunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-murid
supaya menjadi insan ytang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan
menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam
masyarakat pada masa depan.

Usaha utama pendidikan ialah untuk menyediakan seseorang individu


memainkan peranan yang positif dan berkesan dalam masyarakat. Di dalam
usaha ini juga, pendidikan menjadi suatu agen untuk menyebar dan
mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan
semasa. Dalam masyarakat moden ini, pendidikan adalah penting juga
menyediakan ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi cabaran kehidupan dan
pembaruan serta menbuat pengubahsuaian demi memberikan sumbangan untuk
pembanguan masyarakat itu.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Apakah yang pula dimaksudkan dengan modal insan? Istilah modal insan
(human capital) sering dikaitkan dengan kebolehan dankemahiran manusia.
Modal insan juga pernah dirujuk sebagai buruh (labour)atau sumber manusia
iaitu salah satu daripada faktor-faktor pengeluaran yangterdiri daripada manusia
(buruh), mesin dan modal. Konsep modal adalah luasdan ia meliputi ‘aset ketara’
(tangible asset) milik individu seperti akaun bank,saham syarikat dan kilang
dianggap sebagai aset kerana berupayamenghasilkan pendapatan dan keluaran
pada jangka masa panjang. Modal jugaboleh berbentuk ‘aset tidak ketara’
(intangible asset). Contohnya pendidikanformal, kursus-kursus kemahiran,
perbelanjaan penjagaan kesihatan atauceramah kepentingan masa juga
dianggap sebagai modal keranaberkemampuan menjana pendapatan,
meningkatkan kesihatan dan memperbaikikelakuan/tabiat seseorang.
Konsep modal insan juga melibatkan pelaburan terhadap sumber
manusia.
Dalam hubungan ini, aspek pendidikan dan latihan merupakan satu bentuk
pelaburan yang amat penting serta dianggap sebagai elemen dalam modal insan
kerana fitrah manusia tidak boleh dipisahkan daripada pengetahuan, kemahiran,
kesihatan dan nilai-nilai yang mereka miliki.

Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Sekarang, kami sudah memahami apakah itu pendidikan dan modal


insan. Seterusnya, marilah kami menbincangkan sistem pendidikan Malaysia
adalah berdasarkan sistem pendidikan Inggeris. Pendidikan Malaysia boleh
didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara
sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan
sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek
lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan
oleh kementerian. Terdapat peperiksaan piawai yang merupakan ciri yang biasa
bagi negara-negara Asia seperti di Singapura dan China.

Pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat, iaitu


prasekolah,pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pengajian tinggi.
Dengan itu, hanya pendidikan di sekolah rendah diwajibkan dalam undang-
undang. Oleh itu, pengabaian keperluan pendidikan selepas sekolah rendah
tidak melanggar undang-undang. Sekolah rendah dan sekolah menengah
diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tetapi dasar yang
berkenaan dengan pengajian tinggi diuruskan oleh Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2004. Sejak tahun 2003, kerajaan
memperkenalkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
dalam mata pelajaran yang berkenaan dengan Sains. dan matematik.

Pada peringkat pertama ialah pendidikan prasekolah. Dalam peringkat


pendidikan prasekolah, prasekolah mula menerima kemasukan kanak-kanak
daripada 4-6 tahun. Pengajian tadika bukan merupakan pengajian wajib dalam
Pendidikan Malaysia. Namun begitu penubuhan tadika oleh pihak swasta amat
menggalakkan. Setakat ini, sebahagian besar Sekolah Kebangsaan mempunyai
kelas prasekolah. Namun kemasukan ke kelas ini dibuka kepada anak-anak dari
keluarga berpendapatan rendah.

Seterusnya, pada peringkat kedua ialah pendidikan rendah. Dengan


pendidikan rendah, bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima
kemasukan kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun.Bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan
Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu
Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di kedua-dua
jenis sekolah rendah adalah sama. Perbezaan antara dua jenis sekolah ini ialah
bahasa pengantar yang digunakan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa
pengantar di Sekolah Kebangsaan. Bahasa Tamil atau bahasa Mandarin
digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan. Pada akhir
tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam diadakan bagi menilai prestasi
murid-murid. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).Pelajar yang telah menduduki UPSR,
dibenarkan melanjutkan pelajaran untuk ke peringkat pendidikan menengah.

Selain itu, pelajar melanjutkan pelajaran ke menengah iaitu dipanggil


sebagai peringkat pendidikan menengah. Dalam peringkat ini, sekolah
menengah awam boleh dilihat sebagai pelanjutan sekolah rendah. Bahasa
Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran
selain Sains dan Matematik.Para pelajar perlu belajar dari Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 5. Seperti di sekolah rendah, setiap tingkatan mengambil masa
selama satu tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga, para pelajar akan menduduki
Penilaian Menengah Rendah (PMR). Berdasarkan pencapaian PMR, mereka
akan dikategorikan kepada Aliran Sains atau Aliran Sastera. Aliran Sains
menjadi pilihan ramai. Pelajar dari Aliran Sains dibenarkan untuk keluar dari
Aliran Sains lalu menyertai Aliran Sastera tetapi sebaliknya tidak dibenarkan.
Pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan yang memuaskan pula boleh
memilih untuk menjalani pengkhususan vokasional di sekolah teknik.

Pada akhir Tingkatan Lima, para pelajar perlu menduduk peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menamatkan pelajaran di peringkat
menengah. SPM adalah berdasarkan peperiksaan School Certificate United
Kingdom lama sebelum menjadi peperiksaan Tahap 'O' General Certificate of
Education (Kelulusan Umum Pelajaran) yang menjadi GCSE. Sejak tahun 2006,
para pelajar turut menduduki kertas GCE Tahap 'O' bagi bahasa Inggeris selain
kertas SPM Bahasa Inggeris biasa. Keputusan lain ini adalah berdasarkan
markah penulisan karangan dalam kertas Bahasa Inggeris SPM. Penilaian
karangan kertas Bahasa Inggeris SPM diadakan di bawah pengawasan pegawai
dari peperiksaan Tahap 'O' British.

Di samping itu, pada peringkat yang berikut ialah pendidikan pra-


universiti. Selepas SPM, para pelajar dapat membuat pilihan sama ada belajar
dalam Tingkatan 6 atau matrikulasi. Jika mereka melanjutkan pelajaran dalam
Tingkatan Enam, mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia (STPM). Tingkatan 6 yang terdiri daripada Tingkatan 6 Rendah dan
Tingkatan 6 Atas mengambil masa selama dua tahun. STPM dianggap lebih
susah daripada A-level kerana merangkumi skop yang lebih mendalam dan luas.
Walaupun STPM biasanya diduduki bagi mereka yang ingin belajar di universiti
awam di Malaysia, STPM turut diakui di peringkat antarabangsa.

Pada peringkat yang terakhir dalam sistem pendidikan Malaysia ialah


pengajian tinggi. Banyak subsidi diberi oleh kerajaan untuk menanggung
pendidikan di universiti-universiti awam. Pemohon memerlukan kelayakan STPM
atau matrikulasi. Keputusan yang baik dalam peperiksaan tidak menjamin
kemasukan universiti awam. Kriteria pemilihan tidak jelas kerana tiada peraturan
yang dikuatkuasakan dengan tegas diwujudkan.Pada tahun 2004, kerajaan
menubuhkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengawasi
pendidikan pengajian tinggi. Kementerian ini dipimpin oleh Mustapa Mohamed.

Hadirin sekalian,

Dengan sistem pendidikan ini telah menekan falsafah pendidikan dan


dasar pendidkan kebangsaan untuk membentuk modal insan yang cemerlang.
Dengan perlancaran dasar pendidikan kebangsaan, Malaysia telah merangka
Rukun Negara pada tahun 1970 yang dijadikan dasar pendidikan,
kewarganegaraan, pembangunan dan perkembangan masyarakat. Dengan
merlandaskan kepada Rukun Negara, Malaysia beranzam untuk mencapai per
paduan yang lebih erat di kalangan masyarakat, memelihara satu cara hidup
demokrasi, mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, mempunyai satu
kebudayaan nasional yang kaya dan bercorak,, dan membina satu masyarakat
maju yang menggunakan sains dan teknologi moden. Dengan ini, sistem
pendidikan berupaya membentuk moden insan yang gemilang.
Seterusnya, konsep falsafah pendidikan kebangsaan telah dilancarkan dalam
sistem pendidikan.Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan sebuah
dokumentasi yang murni dan luhur, dan memerlukan penghayatan, pemahaman
dan keprihatinan para pendidik untuk merealisasikan tujuan dan cita yang
tersisip dalam kandungannya. Falsafah Pendidik Kebangsaan yang menjaga
pengetahuan umun pada tahun 1988, telah menjadi teras dan tunjang kepada
sistem pendidikan Negara kita. Justeru itu, kemunculan Falsafah pendidikan
kebangsaan telah membawa implikasi-implikasi kepada sistem pendidikan
Malaysia dengan membentuk modal insan yang gemilang.

Dengan falsafah pendidikan kebangsaan terhadap sistem pendidikan


Negara, telah membawa perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan
tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi dengan perubahan sukatan
pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu, perubahan bahan-
bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua
mata pelajaran, perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dan perubahan sistem
pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikan umun.

Selain itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam sistem pendidikan


Negara juga membawa implikasi terhadap pendidik. Perubahan sikap pendidik
dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini pula meliputi perubahan sikap peribadi
pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya
untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
perubahan professional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya
yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan
serta berakhlak mulia.

Implikasi ketiga yang dibawa oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan


terhadap sistem pendidikan ialah institusi pendidikan. Dalam implikasi terhadap
institusi pendidikan telah membawa perubahan organisasi sekolah ke arah
mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut
tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam implikasi tersebut, telah
membawa perubahan kepada kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar
mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani,
emosi, social dan jasmani,secara menyeluruh dan seimbang. Selain itu, melalui
Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga membawa perubahan aktiviti budaya
sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dan
mengubah iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang
mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca di kalangan
mereka.

Dalam strategi yang berlandasakan Falsafah pendidikan Kebangsaan


untuk membentuk modal insane yang gemilang iaitu menekankan beberapa
aspek berikut, Pertama, penyediaan kurikulum yang relevan dengan
mengubahsuai kandungannya keperluan semasa dan penyedian sistem
penyampaian yang berkesan dengan memperkenalkan sistem teknologi yang
canggih seperti ICT.

Selain itu, strategi ini juga menekankan kepada pendidikan agama dan
moral proses penerangan nilai-nilai agama dan moral dalam semua peringkat
persekolahan dan dalam semua mata pelajaran. Seterusnya, juga dapat
melahirkan lebih ramai tenaga kerja dalam bidang sains dan teknologi melalui
strategik ini dan meningkatkan peluang pendidikan melalui pelbagai bidang dan
alternative, misalnya pendidikan jarak jauh dan kursus professional Akhirnya,
strategi ini juga memupuk semangat patriotisme melalui penyerapan unsurnya
dalam semua mata pelajaran,di samping melalui aktiviti kokurikulum dan khidmat
masyarakat.

Para hadirin yang dikasihi,

Secara kesimpulan,“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha


berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan
keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Oleh itu, sistem
pendidikan di Malaysia kini berupaya menghasilkan modal insan yang gemilang.

Sekian , terima kasaih.

Anda mungkin juga menyukai