Anda di halaman 1dari 2

NAMA : NURUL ELLINA BINTI RAMLI

NO. MATRIKS : GS55693


LAPORAN REFLEKSI : ISU ETIKA KAUNSELING DI MALAYSIA

Berdasarkan laporan kajian, terdapat beberapa perkara yang dibincangkan. Antaranya ialah
amalan Kod Etika Kauselor masih belum dikuatkuasakan sepenuhnya kerana kebanyakan
kaunselor masih menjalankan perkhidmatan kaunseling berdasarkan keapda konsep
pemahaman sendiri berdasarkan pengalaman, perkongsian, pengetahuan yang sedia ada dan
sebagainya. Hal ini menimbulkan ketidakselarasan dalam mengendalikan sesi kaunseling.
Walaupun terdapat Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 (Akta 580), tetapi ianya
masih tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana kekangan ahli berdaftar.

Menurut temu bual yang diadakan terhadap seorang kaunselor, beliau telah menyatakan
beberapa pandangan terhadap isu etika dan perundangan kaunseling di Malaysia. Beliau
berpendapat bahawa isu etika dan perundangan kaunseling ini adalah sangat luas. Rakyat
Malaysia kurang pendedahan dan masih belum memahami sedalamnya mengenai
perkhidmatan kaunseling itu sendiri bahkan memahami tentang etika dan perundangan
kaunseling. Dalam kalangan kaunselor juga sebenarnya ada yang masih kurang jelas dan tidak
dapat membezakan antara etika dan perundangan kaunseling itu sendiri.

Salah satu masalah utama dalam etika dan perundangan di Malaysia ini ialah isu
kaunselor berdaftar. Jumlah kaunselor berdaftar masih kurang walaupun saban tahun terdapat
sejumlah besar graduan dari universiti awam dan swasta tamat belajar sekurang-kurangnya
ijazah pertama dalam jurusan kaunseling. Ini membuktikan bahawa terdapat ramai lagi
kaunselor di luar sana yang masih tidak berdaftar dan kurang kefahaman dalam isu
perundangan kaunseling. Sebagai kaunselor yang bertanggungjawab, mereka sepatutnya tahu
dan jelas mengenai perkara ini.

Terdapat juga sesetengah individu yang mengaku dirinya sebagai kaunselor walaupun
hakikatnya mereka bukanlah berlatar belakangkan kaunseling, dan tidak berkelayakan sama
sekali. Gelaran kaunselor digunakan sewenangnya-wenangnya oleh individu yang
menjalankan sesi dan memberikan motivasi. Selain itu, terdapat juga dalam kalangan guru yang
bukan latar belakang akademik kaunseling dilantik menjadi kaunselor untuk menjalankan sesi
bersama pelajar. Ini amat bertentangan dengan akta dan etika kaunselor.
Menurut beliau lagi, kaunselor yang sedia ada perlu berdaftar dengan Lembaga
Kaunselor Malaysia bagi membantu mereka berhadapan dengan pelbagai isu yang mungkin
akan timbul kelak. Isu lain ialah dalam perkhidmatan awam, jawatan pegawai psikologi bukan
sahaja boleh dimohon oleh individu berlatar belakangkan kaunseling, malahan individu dengan
berlatar belakangkan psikologi dan kerja sosial juga boleh memohon. Hal ini menjadi masalah
kerana mereka tiada pengalaman dan pendedahan dalam melakukan kaunseling, malahan tidak
layak untuk menjalankan sesi kaunseling tersebut.

Melalui temu bual ini juga telah dikenal pasti beberapa dilema yang dialami oleh
kaunselor. Sebagai kaunselor baru, dalam sesi yang kurang mahir untuk kendalikan lapangan,
beliau perlu selesaikan sendiri walaupun sukar untuk membuat keputusan. Dilema lain ialah
apabila berhadapan dengan klien yang pernah mendapat perkhidmatan dengan kaunselor lain.
Klien mengadu tidak puas hati dengan perkhidmatan kaunselor tersebut disebabkan isu-isu
personal. Selain itu juga, beliau berhadapan dengan dilema dalam membuat pertimbangan
untuk menerima klien yang dirujuk daripada majikannya atas faktor-faktor tertentu.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbangkan kepada dilema seorang kaunselor.


Antaranya ialah apabila kaunselor itu sendiri tidak memahami dengan jelas dan mendalam
tentang isu etika dan perundangan kaunseling ini. Kaunselor juga mungkin kurang sumber
rujukan seperti rakan sejawat dan pakar kaunseling apabila berhadapan sebarang masalah
pemgurusan klien. Sebagai kaunselor, tidak boleh anggap diri itu sempurna dan betul
sepenuhnya. Maklum balas, pandangan dan pendapat amat penting untuk membantu kaunselor
dalam menghadapi dilema.

Secara keseluruhannya, perundangan dan etika yang melibatkan kaunselor masih belum
dilaksanakan sepenuhnya jika dibandingkan dengan negara luar. Jika masalah ini tidak diatasi
dengan segera, para kaunselor akan menghadapi dilema yang mungkin akan menjejaskan
perkhidmatan terhadap klien.

Tuntasnya, sebagai seorang kaunselor, perlu ada kesedaran dan pengetahuan tentang
isu etika dan perundangan.kaunseling. Begitu juga dengan masyarakat luar perlu diberi
pendedahan tentang hal ini. Sebagai seorang yang profesional, kaunselor tidak hanya boleh
berharap dengan LKM sahaja, bahkan seharusnya peka, bertanggungjawab dan mempunyai
inisiatif dalam meningkatkan pengetahuan tentang ilmu perundangan. Sebagai kesimpulan,
etika dan perundangan dalam kaunseling sememangnya amat penting sebagai panduan umum
kepada kaunselor sekiranya berhadapan sebarang dilema.

Anda mungkin juga menyukai