Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SK LKTP BUKIT PERMAI


81 850 LAYANG-LAYANG
JOHOR DARUL TA’ZIM
JBA 8006

Tel /Fax : 07-7511615


Rujukan Kami :JBA8006/100-18/7/1 ( )
Tarikh : 31 Januari 2019

Yang Berhormat,
Puan Teo Nie Ching,
Ahli Parlimen Kulai
21A, Jalan Tropika1,
Taman Tropika,
81000 Kulai, Johor.

Yang Berhormat,

PERMOHONAN MENAIKTARAF MELEBARKAN RUANG UTAMA SURAU SK LKTP BUKIT PERMAI,


LAYANG-LAYANG, JOHOR

Dengan segala hormanya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Surau SK LKTP Bukit Permai amat memerlukan beberapa
pengubahsuaian terutama dari segi pembangunan fizikal kerana beberapa faktor. Memandangkan jumlah
bilangan murid, guru dan warga sekolah yang semakin bertambah maka kami bercadang untuk melebarkan
ruang utama surau bagi memberi keselesaan semasa aktiviti keagamaan dijalankan. Selain itu, faktor ruang
bangunan yang agak sempit juga menyebabkan suhu ruang utama menjadi panas dan menghasilkan bau yang
kurang menyenangkan. Berikut adalah perkara yang perlu dinaik taraf :

Bil Perkara Keluasan Anggaran Perbelanjaan


( RM )

1 Melebarkan ruang utama surau 8 kaki X 70 kaki RM 10.000.00

2 Menggantikan dinding papan kepada dinding batu 6 kaki X 68 kaki RM 10 000.00

JUMLAH RM 20 000.00

3. Sehubungan dengan itu, kami mengharapkan agar permohonan ini mendapat pertimbangan yang
sewajarnya dari pihak Yang Berhormat. Bersama -sama surat ini kami sertakan beberapa keping gambar untuk
rujukan tuan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus kepada En Hidir bin Kalid
(YDP PIBG SKBP) ditalian 011-16208677 atau Pn Kamariah bt Abu Bakar (NYDP PIBG SKBP ) di talian 016-
7863904.

Sekian , terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Yang menjalankan amanah

…........................................

Anda mungkin juga menyukai