Anda di halaman 1dari 15

KOD ETIKA

KAUNSELOR
Kesignifikan Kod Etika
Kaunselor kepada bimbingan
dan kaunseling di sekolah

Apa Makna
Kod Etika Sesuatu
Profesion?

Satu set standard (piawaian)


dan prinsip yang dibentuk
oleh sesebuah organisasi
bertujuan memberi panduan
kepada ahli mengenai
tatalaku berinteraksi antara
ahli dan dengan orang luar
organisasi berkenaan.
(Gladding, 1999)

Sumber utama kod etika kaunselor ialah


Kod Etika Kaunselor yang dikemukakan
oleh Persatuan Kaunseling Malaysia
(PERKAMA)
Kod etika Tatalaku & peraturan berhubung
dengan amalan profesional yang menjelaskan
tanggungjawab etika ahli yang dipersetujui
bersama.
Kaunseling- Suatu proses sistematik untuk
membantu klien berdasarkan teori psikologi &
prinsip2 kaunseling yang dilaksanakan oleh
kaunselor ,mengikut Kod Etika Kaunselor
untuk , encapai perubahan, kemajuan dan
penyesuaian yg berkesan.

Apakah Tujuan Kod Etika


Kaunselor?
1. Menyediakan garis panduan kpd

pengamal kaunseling & sebagai asas


kpd isu etika
2. Menggariskan piawai perlakuan
kaunselor dalam menjalinkan
hubungan profesional dengan klien,
rakan-rakan kaunselor, majikan,
individu dari profesion lain serta
masyarakat keseluruhannya.
3. Mendidik kaunselor & masyarakat
umum mengenai hak &

Antara kod etika bimbingan


dan kaunseling adalah seperti
berikut :

1.Tanggungjawab guru bimbingan dan kaunseling


sepenuh masa terhadap klien.
2.Tanggungjawab guru bimbingan dan kaunseling
sepenuh masa terhadap rakan profesional.
3.Tanggungjawab guru bimbingan dan kaunseling
sepenuh masa terhadap masyarakat.
4.Tanggungjawab
majikan.

terhadap

organisasi

5.Tanggungjawab pentadbir terhadap guru


bimbingan dan kaunseling dan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling.

dan

1. Tanggungjawab terhadap klien


Mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien
individu atau kelompok dan bukannya memperalatkan
klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek
kewangan, seksual, emosi dan sebagainya.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkenaan
boleh diberikan meliputi bidang perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling, akademik, kerjaya,
psikososial, keluarga, peribadi, kes disiplin, dadah atau
HIV/AIDS.
memberikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
kepada klien dalam bidang pembangunan diri iaitu
menganjurkan program Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
untuk memberi input kemahiran kepimpinan atau
kemahiran tegas diri.

1. Tanggungjawab terhadap klien


Menghormati privasi klien yang diperoleh semasa sesi
kaunseling di samping menyediakan tempat yang
kondusif untuk menjalankan sesi kaunseling.
Berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan
membuktikan kemahiran serta kecekapan
profesionalisme.
Sentiasa mengemas kini paparan dan sebaran
maklumat di papan kenyataan serta perkongsian
maklumat kepada klien.

2. Tanggungjawab terhadap rakan


profesional
Menekankan kepada tanggungjawab GBKSM terhadap
usaha kerjasama dalam meningkatkan tahap kecekapan
profesionalismenya.
Menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap
rakan profesionalnya.
Dalam pada itu, jika terdapat sebarang fitnah atau tuduhan
yang bertentangan dengan perilaku rakan profesional
GBKSM dalam memberikan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling kepada klien, maka GBKSM dituntut untuk
mempertahankan, membela dan membantunya.

3. Tanggungjawab terhadap
masyarakat
Memahami dan menghormati unsur sosio-budaya
masyarakat walau di mana sahaja GBKSM berkenaan
berkhidmat.
Sebagai contoh, GBKSM yang berkhidmat di kawasan
yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan agama
seperti di negeri Sabah dan Sarawak hendaklah
memahami dan menghormati unsur sosio-budaya
masyarakat berkenaan.
kod etika ini juga menegaskan kepada GBKSM agar
dikehendaki mematuhi undang-undang negara dan
melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undang
tersebut.

4. Tanggungjawab terhadap
organisasi dan majikan
Kod etika ini menekankan kepada tanggungjawab
GBKSM dalam mematuhi persetujuan komitmen
yang ditandatangani dengan organisasi di sekolah
dia berkhidmat.
Berusaha mengikuti polisi dan prosedur serta
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
perkhidmatan organisasinya.

5. Tanggungjawab pentadbir
terhadap guru bimbingan dan
kaunseling dan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling
Tanggungjawab pentadbir adalah memberi taklimat,
penerangan dan bimbingan berkaitan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling di sekolah berkaitan budaya
sekolah, visi dan misi sekolah serta keperluan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Pentadbir sekolah hendaklah memastikan GBKSM tidak


diberi jadual waktu mengajar atau tugas lain yang boleh
menjejaskan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
untung membantu dalam peningkatan tahap
profesionalisme GBSKM di sekolah.
Tanggungjawab pentadbir terhadap perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling iaitu dikehendaki membantu
usaha mewujudkan sebuah bilik bimbingan dan
kaunseling yang kondusif, strategik, dan memenuhi
kualiti KPM di samping sentiasa memantau buku rekod
perkhidmatan GBKSM.

KESIMPULAN

Kaunselor adalah kerjaya yang profesional seperti kerjaya


peguam, doktor, akauntan dan jurutera.

Kaunselor bekerja dengan individu yang datang daripada


pelbagai latar belakang demografi, budaya, agama, dan
cara didikan.

Kaunselor juga bukan individu yang sempurna yang tahu


pelbagai perkara dalam kehidupan.

Kaunselor juga mempunyai batas dan had tertentu dalam


menjalankan perkhidmatan kaunseling, Kaunselor
merupakan individu yang normal yang perlu panduan dan
peraturan tertentu dalam melaksanakan perkhidmatan
mereka sebagai kaunselor yang profesional.

Sepanjang menjalankan perkhidmatan sebagai


kaunselor profesional, mereka perlu memastikan
perkhidmatan yang dijalankan adalah beretika dan
tidak menyalahi Kod Etika Kaunselor (Lembaga
Kaunselor Malaysia) dan Akta Kaunselor 1998.
Amalan etika yang baik dapat membantu kaunselor
membuat pertimbangan etika dalam membuat
keputusan berkaitan etika kaunseling.

Anda mungkin juga menyukai