Anda di halaman 1dari 3

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

PK 6103
ETIKA, NILAI, PERUNDANGAN DAN AMALAN PROFESIONAL DALAM
KAUNSELING

TUGASAN :
TUGASAN INDIVIDU
REFLEKSI FORUM

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR NO. MATRIKS

AIDA KARTINA BINTI DOLHAN MP1822396T

DISEDIAKAN UNTUK:

DR. NORZIHAN AYUB

TARIKH DIHANTAR:

30 MEI 2019

1
REFLEKSI

Etika dalam kaunseling di identifikasikan sebagai sebuah set panduan yang perlu dipatuhi dan

digunakan bagi membantu para kaunselor yang profesional dalam menjalankan tugas

berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan. Etika ini memainkan peranan penting dalam

menjalankan tugas dalam pekerjaan demi membimbing individu mencapai tahap profesional yang

terbaik. Selain itu, etika itu sendiri bertindak untuk mengawal tingkah laku kaunselor supaya

menjadi seorang individu yang lebih profesional berdasarkan aspek tanggungjawab.

Dalam perkhidmatan kaunseling terdapat beberapa kod etika yang telah dijadikan sebagai

panduan dan juga rujukan sebagai contoh Kod Etika yang digariskan oleh Persatuan Kaunseling

Amerika (ACA) 2014. Kebiasaannya setiap negara mempunyai kod etika dalam amalan kaunseling

yang dijalankan di negara berkenaan sebagai contohnya di negara kita sendiri Lembaga Kaunselor

Malaysia berperanan dalam mengeluarkan kod etika dan prinsip kaunseling yang perlu dipatuhi

oleh profesion kaunselor yang berada di negara ini. Kod etika di Malaysia menekankan aspek

amalan profesionalisma kaunselor dan sangat menitikberatkan hal ehwal kebajikan klien. Segala

aspek kerahsiaan dan privasi klien dijaga demi memastikan diri klien terjaga berdasarkan konteks

hak klien itu sendiri. Bahagian H di dalam Kod Etika Kaunselor Malaysia menerangkan berkaitan

tentang bagaimana seseorang kaunselor berkenaan menyelesaikan isu-isu etika ataupun dilema

etika yang bakal dihadapi oleh kaunselor yang berdepan dengan pelbagai cabaran yang meminta

kaunselor untuk berdepan dengan perkara yang melibatkan etika, moral dan juga nilai kaunselor

itu sendiri. Berdasarkan kod Etika kaunselor Malaysia, kaunselor hendaklah bertindak menurut

undang-undang, etika dan nilai moral dalam menjalankan kerja profesional sebagai seorang

kaunselor. Kaunselor juga perlu sedar tentang perlindungan dan kepercayaan klien sebenarnya

bergantung kepada tahap tingkah laku profesional kaunselor yang tinggi.

2
Kaunselor perlu menerapkan amalan etika dalam profesion membantu ini serta berterusan

melibatkan diri dalam perkembangan profesional mengenai topik semasa dalam isu etika dan

undang-undang kaunseling. Kaunselor perlu cekap dalam mengendalikan sesebuah isu yang

melibatkan berlakunya percanggahan dalam konteks etika, nilai dan budaya. Oleh hal yang

demikian pelbagai kes dirujuk dan dijadikan sebagai rujukan kaunselor untuk mengenalpasti

bentuk dilema etika yang lazim menghantui para kaunselor yang terlibat dalam profesion ini.

Dilema etika yang yang dialami oleh kaunselor sekolah sebenarnya bukanlah sesuatu

perkara yang baharu. Kaunselor perlu lebih peka dengan peranan-peranannya yang bertindih

dengan tugasan hakiki sebagai seorang guru supaya tidak berlaku konflik peranan semasa sesi

yang dijalankan bersama klien. Etika kerahsiaan perlu dipegang oleh kaunselor dan hak klien

sebagai individu yang dilindungi perlu dijaga. Kaunselor sekolah perlu lebih peka dengan perkara

yang melibatkan polisi sekolah dan perundingan perlu dijalankan bersama pihak sekolah bagi

mendapatkan sebuah jawapan yang dapat menjaga kepentingan semua pihak.

Anda mungkin juga menyukai