Anda di halaman 1dari 63

Kesantunan berpakaian Kesantunan tingkah laku Kesantunan berbahasa

Jenis pakaian yang digunakan; Fesyen pakaian tersebut; Solekan yang digunakan oleh guru; Berpakaian sopan sesuai dengan etika berpakaian; Tidak boleh berpakaian yang dapat merangsang orang lain (terutama dari jenis jantina berlainan);

Pakaian tembus pandang (transparence), menampakkan bahagian badan, blause yang terlalu mini atau terbelah terlalu tinggi. Kesesuaian berpakaian sama ada ke majlis rasmi atau majlis santai.

Ialah tatacara bertindak atau gerak geri guru ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu. Contohnya:ibu bapa yang datang berurusan di sekolah; berkunjung ke sekolah yang atas sebab urusan; duduk di dalam kelas; berhadapan dengan orang yang kita hormati; Berjalan di tempat umum;

Waktu makan bersama: Kesantunan dalam cara duduk; Cara mengambil makanan; Cara makan atau mengunyah; Cara menggunakan senduk; Cara membersihkan mulut; Cara memakai tusuk gigi.

Tercermin dalam cara guru berkomunikasi sama ada dari segi verbal atau cara berbahasa. Ketika berkomunikasi, guru perlu mengambil kira norma-norma budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja.

Cara berbahasa harus disesuaikan dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat. Perkataan atau bahasa yang digunakan perlulah sesuai dengan situasi ketika berkomunikasi. Guru yang tidak dapat menggunakan kesantunan berbahasa denan betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang sombong, angkuh, tak acuh, egois, tidak beradat, bahkan tidak berbudaya.

Pada 1967, Grice mencetuskan PK berasaskan penggunaan implikasi perbualan dalam meneroka sesuatu kewajaran. Ini bermaksud guru perlu memberikan pendapat atau berucap sebagaimana yang dikehendaki sahaja. Guru perlu mengambil kira ketepatan apa yang dituturkan, tempat perbincangan dan kewajaran pertuturan tersebut.

1) Kuantiti (sempurna): memberi maklumat yang cukup berguna dan memastikan maklumat tidak melebihi daripada apa yang sepatutnya. 2) Kualiti (betul): tidak menyebut sesuatu yang difikir akan tidak betul dan tidak menyebut sesuatu yang tidak cukup dalil atau bukti.

3) Kesinambungan: bahan mempunyai kesinambungan dan relevan maklumatnya. 4) Cara penyampaian (sejelas mungkin): elakkan kesamaran dan terlalu ringkas, laksanakannya secara teratur.

Lakoff menyarankan 3 prinsip sekiranya sesuatu perbualan ingin mengekalkan keharmonian dalam perbualan tersebut. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti yang berikut; 1)jangan memaksa 2)berikan pilihan 3)jadilah pendengar selesa

Merupakan prinsip untuk mengekalkan kesantunan formal bagi mengekalkan jarak pendengar dengan penutur. Ini bermakna kedua-dua pihak, sama ada penutur atau pendengar tidak boleh memaksa salah seorang daripada mereka untuk terus berkomunikasi. Situasi sebegini akan memberikan keselesaan kepada mereka semua.

Sebagai contohnya ketika berada di dalam sesebuah kelas, guru tidak seharusnya memaksa murid untuk terus mendengar sahaja apa yang hendak diperkatakan. Sebaliknya guru harus juga bersikap terbuka untuk mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh murid mereka.

Merupakan prinsip dalam situasi tidak formal. Keadaan ini memberi peluang kepada pendengar membuat pilihan menerima atau menolak sesuatu permintaan, berfikir dan bertindak balas terhadap permintaan yang bersesuaian dengan kehendaknya. Dalam konteks di dalam sebuah kelas, guru harus memberikan pilihan kepada murid untuk berkomunikasi demi pembelajaran mereka.

Komunikasi dua hala atau pelbagai hala sangat sesuai untuk digunakan oleh guru. Ini bermaksud guru boleh berkomunikasi dengan murid, murid dapat bertindak dan memberi respon terhadap apa yang diperbincangkan dan dalam masa yang sama murid juga boleh berinteraksi sesama mereka demi mendapatkan hasil pembelajaran yang maksimum. Dalam proses komunikasi tersebut, setiap aspek kesantunan perlulah diamalkan.

Akan merapatkan hubungan yang baik antara penutur dengan pendengar. Ini akan menonjolkan perasaan positif penutur-pendengar dan digunakan dalam kalangan mereka yang ingin menjalinkan hubungan yang lebih rapat. Namun begitu model ini hanya tertumpu kepada kepentingan pendengar dan bersifat egosentrik.

Penutur akan melakukan apa sahaja demi kepuasan pendengar. Model ini mengutamakan kepentingan pendengar, tidak dapat dipertahankan dalam semua peristiwa bahasa yang mempunyai matlamat yang berbeza. Oleh yang demikian, guru harus bijak memilih prinsip yang boleh digunakan semasa berinteraksi cengan murid supaya akhirnya metlamat pembelajaran akan dapat dicapai.

Leech membina prinsip kesantunan atas prinsip kualiti. Prinsip kesantunan bermaksud penghubung tersirat yang penting iaitu menjalinkan prinsip kerjasama dengan masalah bagaimana menghubungkan maksud dengan kuasa.

1)santun/berhemah; meminimumkan kos dan memaksimumkan faedah kepada orang lain. 2)budiman; meminimumkan faedah atau manfaat dan memaksimumkan kos ke atas diri sendiri. 3)sokongan/berkenan; meminimumkan cacian dan memaksimumkan pujian terhadap orang lain.

4)merendah diri/kerendahan hati; meminimumkan pujian, memaksimumkan cacian terhadap diri sendiri. 5)persetujuan; meminimumkan perbalahan, memaksimumkan persetujuan antara diri dengan orang lain. Simpati; memaksimumkan simpati antara diri dengan orang lain.

1)persaingan; matlamat perhubungan adalah berbentuk persaingan dengan matlamat sosial seperti memerintah, mendesak, merayu. 2)beramah tamah; matlamat perhubungan sama dengan matlamat sosial seperti mempelawa, menyapa, mengucapkan terima kasih.

3)kolaboratif; matlamat perhubungan tidak peka terhadap matlamat sosial, seperti menyatakan dan mengumumkan. 4)berkonflik; matlamat perhubungan berkonflik dengan matlamat sosial seperti mengancam atau menuduh.

Dari segi moral, pendekatan kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk berkorban demi orang lain. Kepedulian, atau dalam istilah yang lain ialah ambil peduli, mengambil berat dan menyayangi, yang melibatkan responsif sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap keterbukaan dan perhatian terhadap pengalaman mereka.

Modeling Dialog Praktis Kepastian

Komponen ini adalah penting dalam menunjukkan bagaimana kita mengambil berat terhadap orang tersayang, iaitu murid kita. Oleh itu, guru perlu menunjukkan kepada murid bagaimana untuk mengambil berat dan menyayangi dengan cara membuat hubungan yang baik terhadap mereka.

Sikap guru sedemikian akan dijadikan contoh oleh murid lain di kelas itu. Mereka juga sudah tentu akan lebih menyayangi dan mengambil berat perihal rakan sekelas. Keadaan seumpama ini sudah tentu akan dapat menjalinkan hubungan rapat antara guru dan murid.

Komponen ini bukan sahaja hanya melibatkan percakapan atau perbualan semata-mata, tetapi ianya mempunyai pembuka dan penutup, di mana keduadua pihak mengetahui keputusan atau matlamat yang akan dicapai melalui aktiviti berdialog. Ia memberikan murid peluang untuk bertanya dan membantu kedua-dua pihak mencapai keputusan yang seimbang dan dipersetujui.

Guru yang mengamalkan komponen ini pula akan sentiasa mewujudkan komunikasi dua hala di dalam kelasnya. Komunikasi yang baik antara guru dan murid sudah tentu akan meningkatkan penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini seterusnya akan dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran guru.

Komponen ini juga hampir sama dengan komponen modeling di mana guru akan mempraktikkan bagaimana untuk menunjukkan kasih sayang di antara guru dan murid. Sebagai contoh, guru bertanya khabar kepada seorang murid. Apabila guru berbuat demikian, murid itu mengucapkan terima kasih.

Pertanyaan guru dan maklum balas murid itu merupakan salah satu praktis. Praktis yang dilakukan secara bersungguh-sungguh juga akan dapat menggalakkan hubungan baik antara guru dan murid.

Perlakuan yang menggalakkan sesuatu yang terbaik daripada orang lain. Kita boleh melakukan ini hanya sekiranya kita mengenali seseorang dengan cukup rapat untuk mengenalpasti apa yang mereka hendak capai.

Sebagai contoh, jika guru tahu bahawa minat murid-murid di kelas berkenaan adalah lebih kepada belajar menggunakan teknologi maklumat, misalnya komputer, guru perlu menggalakkan aktiviti tersebut. Langkah guru ini sudah tentu akan mewujudkan rasa penghargaan di kalangan murid-murid dan mereka sudah tentu akan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran guru.

Hendaklah menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik yang unggul. Menunjukkan sifat yang positif. Mengamalkan semua nilai murni dalam kehidupan seharian dan ketika melaksanakan tugas sebagai seorang guru.

Sabar yang tinggi Mesra Bertimbang rasa Kesediaan mendengar Kesediaan menerima kritikan Rajin Adil Periang Berdedikasi Kreatif dan inovatif

Keimanan yang kental kepada Allah swt; Keimanan kepada hari akhirat, hari pembalasan dan seluruh para rasul; Sifat-sifat keimanan asas yang lain.

Sentiasa bercakap benar dan jujur; Menepati janji, amanah dan ikhlas dalam perkataan dan perbuatan. Penampilan sebegini akan menjadikan guru sentiasa merendah diri, sabar, tabah dan cekal, pemaaf dan toleransi serta sentiasa meyanyangi murid, mementingkan orang lain dan pemurah.

Cerdas (kepintaran teori, amali & sosial); Menguasai mata pelajaran yang diajar; Luas pengetahuan am; Cenderung kepada pelbagai bidang; Kecenderungan dan memahami keperluan murid; Fasih & petah dalam penyampaian pengajaran.

Sifat tenang dan emosi yang mantap; Optimistik dalam hidup (penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa mengingatiNya); Bersifat lemah lembut dan baik dalam pergaulan; Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat.

Sihat tubuh badan; Terhindar dari penyakit; Berpewatakan cantik/tampan; Kemas; Bersih.

Faktor pendidikan Faktor pengalaman Faktor persekitaran

Lebih menfokuskan pendidikan awal yang diterima oleh seseorang guru. Kebiasaannya guru yang terdidik dalam keluarga yang mementingkan penampilan sahsiah diri, turut akan menonjolkan penampilan diri dalam amalan kehidupan dan perkhidmatan yang mereka ceburi.

Pengalaman hidup dan kerja seseorang guru dapat mempengaruhi sikapnya, sama ada ke arah yang lebih positif atau negatif; Sebagai guru permulaan, anda harus berusaha untuk mebentuk penampilan diri yang posotif dengan merujuk kepada mereka yang lebih berpengalaman dalam sesebuah sekolah yang ditempatkan kelak.

Amat luas skopnya termasuklah keluarga, kebudayaan, pengaruh sekolah, media massa, pengalaman dan masyarakat; Persekitaran yang baik dan harmonis boleh mempengaruhi sikap yang positif dan sebaliknya; Guru seharusnya mempunyai jati diri agar mereka tidak terpengaruh dengan penampilan negatif yang ditunjukkan oleh persekitaran mereka.

Perniagaan bermaksud perihal urusan jual beli yang melibatkan barangan dan bertujuan untuk mencari keuntungan Melibatkan produk ataupun perkhidamatan kepada pelanggan 1) Ramai guru terlibat dalam perniagaan di sekolah samada secara terus ataupun sistem MLM ( Multilevel Marketing)

Guru yang terlibat mula beralih arah dan melepaskan tanggungjawab dan hilang daya tumpuan dalam mengajar khususnya yang terlibat dalam MLM
Berjaga malam Merebak disekolah

Menyalahi etika kerja Tugas sebenar dianggap sampingan Tidak menghargai amanah yang diberikan kepada mereka

2) Ketika musim perayaan juga menimbulkan peluang berniaga Peluang berniaga kuih raya, baju raya, tempahan pakaian, perhiasan wanita dan ianya membelakangkan tanggungjawab utama guru Mewujudkan budaya yang tidak baik di sekolah 3) Minggu suai kenal dengan menjadi tempat individu yang dijemput mempromosi barangan mereka kepada ibu-bapa

4) Guru berkempen murid menyertai tuisyen yang dijalankan


Melewatkan sukatan pelajaran Memberikan penumpuan yang berbeza Mengambil untung Menggunakan sekolah sebagai tempat tuisyen Menggagalkan atau memberi markah rendah kepada murid yang disasarkan Menggunakan kemudahan sekolah untuk tuisyen Menjual makanan ketika kelas tuisyen kerana tiada kantin

5) Persoalan : Gaji guru tidak mencukupi sehingga terpaksa berniaga disekolah? Kerjaya guru merupakan salah satu kerjaya di Malaysia yang mendapat gaji paling rendah dalam sektor awam Masyarakat menilai sesuatu pekerjaan melalui duit yang diterima bukan apa yang dilakukan Kemungkinan masalah kekurangan guru seperti doktor yang lebih cenderung ke sektor swasta

Kerja sementara untuk menambah pendapatan Pengalaman bekerja menjelaskan erti kehidupan sebenar Menerap nilai menepati masa, mengikut arahan,rajin dan menggunakan minda serta labih berwawasan

Tekanan hidup memaksa guru dikawasan bandar mencari alternatif menambah pendapatan
Kos sewa rumah Perbelanjaan keluarga Bebanan hutang

Contoh kerja sampingan yang dilakukan guru :


Pengajar tuisyen/pusat tuisyen Penceramah seminar Berniaga di pasar malam MLM (Multilevel Marketing) Memandu teksi

Aktiviti kerja sampingan selepas waktu di sekolah membawa kesan negatif


Keletihan dan lesu Perancangan mengajar tidak lengkap Tiada tumpuan mengajar

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1999 dimana ianya untuk memantau dan memberi kebenaran kepada individu yang terlibat

Antara panduan yang ditetapkan ialah :


Ketika memohon telah disahkan jawatan Kerja sampingan tidak melebihi 4 jam

seminggu Markah prestasi tahunan anda haruslah tinggi iaitu bersamaan atau melebhi 80% bagi tahun sebelumnya Kerja sampingan tidak mengganggu tugas rasmi Tidak dibenarkan menggunakan peralatan pejabat/ sekolah Pemohon dapat sokongan Ketua Jabatan masing - masing

Guru guru yang terlibat, terikat dengan pekeliling dan syarat-syarat peraturan 5(3), Peraturan Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
Tidak melakukan aktiviti dalam waktu

pejabat dan pada ketika anda dikehendaki menjalankan tugas rasmi Tidak dengan apa cara menjejeaskan kegunaan anda sebagai pnjawat awam Tidak dengan apa apa cara bercanggah dengan kepentingan jabatan atau menjadi tidak sejajar dengan kedudukan anda sebagai pegawai awam

Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan kepada kesabaran Menguruskan masa melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang masa dengan sesuai untuk mencapai matlamat anda Guru perlu mempunyai kemahiran pengurusan masa yang baik untuk mandapat kesan yang maksimum

Taktik penting yang perlu diketahui :


Tentukan keutamaan Merancang masa depan dan tuliskannya Membaca dengan laju dan menulis dengan

cepat Tidak melakukan perkara tidak penting Delegasikan kerja yang boleh dilakukan oleh orang lain Mengikut seminar yang boleh meningkatkan kemahiran Memanfaatkan teknologi dengan sebaiknya Elak menangguh kerja Seimbangkan masa untuk kerjaya,keluarga dan masyarakat

Kehilangan masa melibatkan :


Keluarga Rakan Aktiviti tidak berfaedah Pengaruh media massa Sikap

Kaedah mengurus masa :


Senaraikan semua aktiviti yang mahu

dijalankan dalam 1 hari Susun aktiviti berdasarkan kepentingan Elak senarai aktiviti tidak berfaedah Agihkan masa untuk setiap aktiviti

buat jadual untuk aktiviti


Disiplinkan diri Jadual sehari kemudian seminggu
PLAN

ACT

DO

CHECK

Kesan menguruskan masa dengan berkesan :


Terurus

Produktif
Kurang tertekan Lebih mempunyai banyak masa melakukan

aktiviti yang bermakna dalam kehidupan

i.

Mengubah tabiat lama yang negatif

Menangguhkan kerja atau tugasan perlu dikikis dan dibuang daripada sikap guru untuk menjadi lebih efisen.

ii.

Komunikasi

Komunikasi amat penting dalam menyampaikan maklumat. Ianya perlulah tepat, jelas, mudah difahami agar masa yang digunakan menjadi lebih efisen

iii.

Penumpuan

Perlu mahir membezakan pengurusan masa untuk sesuatu aktiviti Aktiviti yang memerlukan sepenuh penumpuan adalah seperti berikut : masa beribadat, bekerja, menambah intelektual, keluarga, bermasyarakat dan bersosial dan berehat

Elaun atau gaji anda tidak mencukupi? Mempunyai wang simpanan kecemasan? Bebas dari bebanan hutang? Guru harus manjadi pengurus kewangan yang cekap kerana ia memberi kesan kepada kejayaan guru di dalam kelas Aspek pengurusan kewangan disekolah :
Gaji sendiri, yuran murid kelas anda dan yuran

PIBG Pengutan wang murid perlu surat kuasa Kutipan segera diserah kepada pejabat

Segala dokumen yang berkaitan perlu lengkap sebagai bukti Segala rekod perlu disimpan dengan teratur agar mudah disemak Segala wang memerlukan pengeluaran resit sebagai bukti Tidak boleh melakukan Perbelanjaan Tanpa Kebenaran atau melakukan urusan tanpa kebenaran

Perkara yang guru perlu perhatikan :


Kenalpasti KEPERLUAN dan KEMAHUAN Sediakan peruntukan untuk emergency buffer Buat keputusan bagaimana wang sepatutnya

dibelanjakan Fokus pada matlamat jangka pendek dan panjang Kenalpasti kebocoran dalam corak perbelanjaan dan tanganinya Rancang kewangan mengikut pendapatan sekarang dan bukan pendapatan ramalan Mengingtakan diri sendiri tentang kepentingan pengurusan kewangan Sesuaikan dengan perubahan semasa atau keluarga

Anda mungkin juga menyukai