Anda di halaman 1dari 2

Nama Sekolah : SK SG ANIB2 SANDAKAN, SABAH

Kod Sekolah : XBA2082


1. NAMA GURU
2. JUDUL

MOHD HAZWAN BIN ZULKIFLI

3. BIDANG

Kaunseling

Mengurus Disiplin Pelajar

4. SINOPSIS :
Pengarang : Abdullah Sani Yahaya
Penerbit : PTS Publication & Distributors Sdn Bhd
Jumlah muka surat : 244 Halaman
Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk
menanganinya. Kandungannya merujuk Laporan Kabinet 1979 apabila
sebahagian besar syor itu, banyak tertumpu kepada persoalan disiplin pelajar.
Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan pelajar tidak akan berhenti dan
selesai begitu sahaja, tetapi berkehendakkan kepada usaha berterusan bagi
menjamin keutuhan individu remaja yang kental dan memacu negara ini ke era
yang lebih gemilang.
Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam
melaksanakan satu warisan budaya bangsa yang dapat dilanjutkan dengan
pembaikan di sana sini. Apa yang membimbangkan ialah pengaruh mendatang
yang tidak berjaya dijaring dan dijala oleh generasi muda hari ini.Gejala ini
dikhutiri akan memberikan kesempatan kepada orang luar untuk menguasai
minda anak watan kita.
Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin,
mengenal sahsiah individu, kesan-kesan sahsiah pelajar yang tidak formal,
kepentingan interaksi pelajar, pelbagai salah laku pelajar, cara pembangunan
generasi mendatang, disiplin dalam bilik darjah, sekolah kondusif, hubungan
antara disiplin dengan sosio emosi, tingkah laku Devian, peranan bimbingan &
kaunseling dan pembimbing rakan sebaya dalam menangani disiplin pelajar.
Oleh itu, harapan dan impian semua pihak agar generasi pelajar ini dapat
membesar menjadi orang yang baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap
waja diri dan tidak melihat institusi sekolah sebagai tempat tahanan dan
kongkongan.
5. NILAI PENGETAHUAN/PENGAJARAN :
Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan
dan didikan di rumah, sikap negatif ibu bapa terhadap pembelajaran,
persekitaran tempat tinggal juga banyak membentuk perilaku pelajar, sikap
guru yang tiada ketulenan sewaktu mengajar dan ketiadaan motivasi dalaman
dalam diri pelajar berkenaan.
Selain itu, permasalahan disiplin yang menjadi isu negara juga
dibentangkan seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, datang lewat, pakaian
berfesyen dan selekeh, rambut tidak diurus dengan baik, merokok dan dadah.
Permasalah ini berpunca dari diri pelajar itu sendiri, pengaruh rakan, pengaruh
media, kurang kawalan ibu bapa, kurang kawalan pihak sekolah dan masyarakat
yang tidak lagi memainkan peranannya
Di samping itu, terdapat saranan untuk membaiki masalah ini seperti
penerapan nilai dalam bilik darjah, pemupukan nilai d rumah, pemupukan nilai
dalam kalangan rakan, pemupukan nilai di sekolah dan membudayai ilmu.
Terdapat juga cadangan untuk memantapkan program Pembimbing Rakan
Sebaya. Hanya rakan sebaya yang lebih arif dan dekat dengan rakan mereka.

6. APLIKASI ILMU DALAM ORGANISASI /P&P :


Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang
sesuai untuk mengubah tabiat pelajar kepada sikap yang positif. Tugas guru
sering berhadapan dengan pelajar yang banyak menimbulkan karenah. Pelajar
sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi
kepada guru. Oleh itu, kandungan buku ini amat sesuai supaya permasalahan
pelajar ini ditangani dengan berkhemah serta bijaksana. Guru perlu mengawal
disiplin dengan bijak supaya tidak akan mengakibatkan tindakan yang kurang
bijak seperti melempang dan memukul pelajar. Para pelajar yang baik boleh
digunakan untuk membimbing pelajar yang bermasalah ini dan walau apapun
tindakan ingatlah guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di
sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang
guru untuk mendidik pelajarnya supaya dapat mengamalkan nilai-nilai yang
baik.
Disediakan Oleh

(MOHD HAZWAN BIN ZULKIFLI)


)

Disahkan Oleh

Anda mungkin juga menyukai