Anda di halaman 1dari 8

1.

Kebanyakan remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia mengimpikan


kerjaya yang dapat menjamin masa hadapan mereka.

Huraikan faktor-faktor pemilihan kerjaya bagi seseorang remaja.

Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar


akal dan minda kita telah menyumbang kepada perkembangan
ekonomi pesat yang menjana pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia.
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kita menghabiskan masa
selama enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah
menengah. Selama sebelas tahun ini, pelajar sentiasa disoal oleh
guru-guru, “apakah kerjaya yang anda inginkan?”   Semasa dalam
tingkatan empat, pelajar perlu memilih gabungan mata pelajaran
yang sesuai berdasarkan minat mereka untuk mengejar kerjaya
impian. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kerjaya
merujuk kepada profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara
mencari nafkah hidup. Kerjaya merupakan panduan dalam
kehidupan kita. Pada masa ini, pelajar sepatutnya telah
menetapkan matlamat tentang kursus dan kerjaya yang diingini
mereka supaya mereka ada hala tuju dalam hidup tidaklah seperti
layang- layang yang terputus tali dan tidak menyesal dengan
keputusan yang diambil dikemudian hari. Antara kerjaya yang
menjadi pilihan ialah doktor, juruterbang, jurutera, ahli kimia dan
sebagainya. Persoalannya, apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi dalam pemilihan sesuatu bidang kerjaya dalam
kalangan pelajar SPM? 

Fokus perbincangan pertama saya berkaitan faktor minat dan cita-


cita pelajar semasa di bangku sekolah terutama dalam kalangan
pelajar SPM. Minat dan cita-cita merupakan dua perkara saling
berkait dan merupakan faktor paling dominan mempengaruhi
pemilihan kerjaya seseorang pelajar terutama pelajar yang bakal
menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).   Oleh sebab itu, ketika
mereka berada di tingkatan empat, pelajar perlu menentukan aliran
yang mereka pilih, sama ada aliran sains atau sastera. Bertitik tolak
daripada itu, pelajar akan belajar dengan tekun untuk meraih
kejayaan cemerlang ke semua pakej mata pelajaran yang
ditawarkan dalam jurusan yang diambil. Hal ini kerana
kecemerlangan mereka tersebut membolehkan mereka meneruskan
pengajian di menara gading untuk menggapai cita-cita mereka. Di
Menara gading jugalah tepat mereka menimba ilmu berdasarkan
kerjaya yang mereka cita-citakan, sama ada untuk menjadi
golongan pekerja profesional seperti doktor, peguam, pendidik,
pentadbir dan sebagainya. Jikalau pelajar berusaha sudah pasti
mereka akan menggapai kerjaya yang mereka impikan kerana di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tegasnya, faktor minat dan
cita-cita merupakan dua aspek penentu utama kejayaan pelajar
untuk merealisasikan kerjaya mereka cita-citakan.

Selain faktor minat dan cita-cita, pelajar juga perlu memilih mata
pelajaran yang ada kaitan dengan kerjaya yang mereka pilih.
Umumnya kita mengetahui bahawa semasa di alam persekolahan
lagi pelajar harus memilih subjek yang berkaitan dengan kerjaya
yang akan diceburi oleh mereka. Hal ini secara tidak langsung akan
menyebabkan mereka lebih mahir dalam menguruskan kerjaya
yang akan diceburi kerana sudah mengetahui dan membuat
persediaan yang rapi umpama sediakan payung sebelum hujan.
Dengan perkataan yang lain, pelajar seharusnya mengambil subjek
yang berkaitan dengan cita-cita masing-masing semasa mengambil
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Pada zaman yang serba
canggih ini, bukan sahaja kemahiran yang dilihat oleh majikan
tetapi keputusan yang cemerlang dalam subjek yang dipilih itu
bersesuaian dengan kerjaya turut diberi keutamaan kerana hanya
jauhari sahaja yang mengenali manikam. Contohnya, jika pelajar 
memilih kerjaya sebagai seorang jurutera, subjek yang mereka
mesti pilih ialah Lukisan kejuruteraan. Jikalau pelajar berjaya
menguasai mata pelajaran berkenaan sudah pasti mereka ada
kelebihan untuk menggapai kerjaya yang diidam-idamkan.
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh, pemilihan mata
pelajaran juga penting untuk menentukan kejayaan pelajar
merealisasikan kerjaya yang mereka minati.

          Bahkan juga, pelajar yang mengidamkan kerjaya yang


diminati perlu mempunyai tokoh atau idola sebagai motivasi untuk
berjaya. Kebiasaaanya, idola yang dipilih perlulah seorang yang
unik, seorang yang tabah, dan berjaya dalam bidang kerjayanya.
Sebagai contoh Hijjaz Kasturi, seorang arkitek luar biasa negara,
mendapat pendidikan di  Adelaide University dan seterusnya ke
Melbourne University, Australia. Sekembalinya ke Malaysia tahun
1967, beliau telah memiliki kemahiran tersendiri dan menerajui
bidang arkitek negara. Beliau telah memenangi pertandingan
rekebentuk menara Maybank, bangunan Tabung Haji dan menara
Telekom. Setiap rekabentuk bangunannya menerapkan ciri-ciri
keIslaman hingga ke hari ini sehingga namanya tersohor di Persada
dunia. Sekiranya pelajar mempunyai idola sendiri, sudah pasti
kerjaya pilihan mereka sebagai seorang arkitek akan dapat
direalisasikan kerana setiap sejarah kejayaan serta teladan seperti
ketekunan, kegigihan dan kekreatifan idola mereka memotivasikan
mereka untuk berjaya bukan sahaja di Malaysia malah keseluruh
dunia. Tegasnya, seseorang pelajar yang ingin berjaya menggapai
kerjaya idamannya memerlukan idola agar dapat mempengaruhi
minda dan semangat mereka untuk berjaya.
    
Selain itu, sokongan dan doa ibu bapa amat perlu untuk
memastikan kerjaya idaman remaja dapat direalisasinan. Ironisnya,
jika minat seseorang itu tidak mendapat sokongan daripada kedua-
dua ibu bapa, sudah tentulah punah harapan mereka.  Hal ini
bermakna, seseorang yang hanya mempunyai minat tetapi tidak
mendapat restu daripada kedua-dua ibu bapa mereka tentang
pemilihan kerjayanya, sudah pasti mereka akan kecundang di
peringkat awal lagi.  Oleh hal yang demikian, ibu bapa sewajarnya
menyokong minat anak-anak walaupun pemilihan kerjaya mereka
bertentangan dengan harapan kedua-dua ibu bapa.  Bagi
menyokong pemilihan kerjaya anak-anak mereka, ibu bapa boleh
memperlengkapkan segala keperluan anak-anak dalam memenuhi
kriteria yang diperlukan.  Sebagai buktinya, ibu bapa bolehlah
memberikan dorongan, semangat dan motivasi kepada anak-anak
sama ada dalam bentuk material mahupun spiritual. Sekiranya, ibu
bapa tidak turut serta membantu usaha anak mereka untuk
menggapai kerjaya idaman mereka sudah pasti usaha berkenaan
tidak akan kesampaian. Izharlah bahawa ibu bapa juga berperanan
menyokong minat anak-anak mereka dalam merealisasikan kerjaya
masa depan  anak-anak mereka.

Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai


akhirulkalam, minat menjadi prioriti utama dalam pemilihan
sesuatu kerjaya. Dalam konteks ini, ibu bapa memainkan peranan
penting dalam pemilihan kerjaya anak-anak mereka. Hal ini
demikian kerana anak-anak mereka memerlukan sokongan dan
dorongan daripada mereka sama ada dari aspek mental, spiritual
mahupun fizikal. Contoh ketara dari aspek sokongan mental dan
spiritual ialah ibu bapa perlu memberikan motivasi kepada anak-
anak, manakala sokongan dari aspek fizikal pula ialah mereka perlu
menyediakan kelengkapan belajar anak-anak seperti buku rujukan
dan menghantar mereka ke pusat tuisyen. Sekiranya hal ini dapat
dilaksanakan maka tidak ada lagi orang yang akan sesat di
perjalanan untuk memilih kerjaya kerana mereka menetapkan
sasaran dari awal lagi. Walaupun demikian, jika seseorang
mempunyai minat dan hala tuju yang jelas, tetapi mereka bersikap
genggam-genggam bara, terasa panas dilepaskan dan tidak ada
semangat kegigihan, ketabahan, keiltizaman dan kecekalan, sudah
pasti segala hasrat termasuk kerjaya yang menjadi idaman akan
hancur lebur umpama kubur tanpa nisan. Tuntasnya, perkara-
perkara yang dinyatakan di atas hendaklah dilaksanakan secara
efektif dan janganlah bersikap keras-keras kerak nasi yang mudah
putus asa supaya pemilihan bidang kerjaya impian akan menjadi
lebih jelas lagi.

2.
     "Anak umpama sehelai kain putih,ibu bapalah yang mencorakkannya".Pepatah ini menjelaskan
bahawa ibu bapa berperanan untuk menentukan kejayaan anak dan membentuk akhlak anak.Namun
begitu,dalam menurus arus globalisasi ini,ibu bapa telah mula mengejar materialistik dan menjadi
mata duitan.Mereka telah mengabaikan tugas mereka sebagai ibu bapa.Kebajikan anak diabaikan
dan anak terpaksa membuat pilihan sendiri untuk masa depan mereka.Sebenarnya,ibu bapa perlu
memainkan peranan mereka dalam pilihan kerjaya anak-anak supaya masa depan adalah cerah dan
bukan kusam.Justeru,ibu bapa harus memainkan peranan mereka.

   Ibu bapalah orang pertama yang kita mengenali.Umumnya,anak-anak lebih rapat dengan ibu bapa
mereka dan lebih cenderung mengikut nasihat anak-anak.Anak-anak juga meluangkan masa yang
paling banyak di rumah mereka.Anak-anak juga akan meluahkan perasaan mereka dan minat mereka
kepada mereka.Keadaan ini menyebabkan ibu bapa lebih mudah mengenal pasti minat anak-anak
dan menunjukkan kerjaya dan jalan terbaik untuk anak-anak.

   Ibu bapa perlu meluangkan masa yang dianggap sebagai emas dengan anak-anak mereka.Mereka
perlu berbincang tentang minat dan cita-cita anak.Ibu bapa juga perlu memberi kata-kata semangat
dan motivasi seperti "genggam bara api biar sampai jadi arang" dan "di mana ada kemahuan,di situ
ada jalan".Ibu bapa juga perlu sentiasa memberi keyakinan kepada anak-anak.Kata
cendekiawan,"Jika seseorang dilahirkan untuk gagal,dia tidak akan keluar daripada buaiannya untuk
melihat dunia ini,justeru ibu bapa mesti mestilah berusaha memberi keyakinan kepada anak".

    Selain ibu bapa,pihak sekolah juga berperanan dalam penentukan kerjaya anak-anak murid
mereka.Pihak perlu memberi pendedahan awal tentang alam pekerjaan sejak di bangku
sekolah.Pihak sekolah boleh mengadakan "Minggu Kerjaya" dan memaparkan sebuah kerjaya yang
terdapat di negara kita.Pelajar dapat mengenali pekerjaan yang ingin mereka menceburi dan dapat
membuat keputusan seterusnya kerana pepatah Melayu ada menyebut "tak kenal maka tak
cinta".Oleh yang demikian,jelaslah bahawa peranan pihak sekolah dan guru-guru juga signifikan
dalam pemilihan kerja anak.

    Anak-anak juga tidak harus hanya membuta tuli mendengar dan mengikut kata-kata ibu bapa dan
rakan tanpa berkifir sendiri bagai kerbau dicucuk hidung .Hal ini dikatakan demikian kerana setiap
individu akan mempunyai minat dan cita-cita masing-masing tetapi kadangkala cita-cita itu tidak akan
disukai oleh ibu bapa dan anak terpaksa memilih kerjaya tidak diminati oleh mereka.Anak-anak juga
tidak harus mengikut kawan-kawan mereka kerana peribahasa ada mengatakan "dengar cakap
enggang makan buah beluluk,dengar cakap orang terjun masuk lubuk".Namun,kadangkala pemilihan
kerjaya berdasarkan hawa nafsu akan menghancurkan masa depan mereka.

    Kesimpulannya,pemilihan kerjaya sangat penting kerana masa depan kita ditentukan oleh kerjaya
kita.Kadar pengangguran di negara kita juga semakin hari semakin meningkat.Oleh yang
demikian,setiap individu perlu berfikir dengan masak tentang kerjaya yang hendak dipilih supaya
mereka tidak menganngur selepas tamat pelajaran.Pihak ibu bapa dan sekolah juga perlu membantu
dalam pemilihan kerja anak.Kata cendekiawan,"Kita tidak boleh mengubah masa lalu kita tetapi kita
boleh mengubah masa depan kita dengan prmilihan yang tepat pada saat tertentu".Oleh itu,pilihlah
kerjaya yang menjamin masa depan yang cerah.

3. Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum dan hidup
secara bersama sehati sejiwa ibarat  peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai.  Sehubungan
dengan itu, kebanyakan anggota masyarakat hidup berjiran di kawasan bandar ataupun di kawasan luar
bandar dan mereka saling berhubung, bertemu dan berurusan antara satu sama lain. Namun terdapat
lakaran suram yang menyelubungi kita bahawa ada pandangan yang menyatakan bahawa semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin terhakis ibarat hidup
segan mati tak mahu. Banyak kempen dan  usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk merapatkan
kembali hubungan dalam kalangan jiran kerana semangat kejiranan begitu penting dalam kehidupan
bermasyarakat.

41

Sebenarnya semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat di


sesuatu tempat . Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai
aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong,
majlis sambutan perayaan  atau perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan semua jiran, saling
berkenalan dan merapatkan hubungan . Mereka akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan
tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini menunjukkan bahawa semangat
kejiranan yang dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya
membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.
Selain itu semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan
melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan
bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah-belah, negara akan musnah dan kehidupan
anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman. Tuntasnya, semangat kejiranan membolehkan semua
anggota masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh
mempelajari  perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka
agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya semangat kejiranan penting dalam
membentuk masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah
kegemilangan.

Di samping itu, semangat kejiranan juga penting kepada negara kerana memudahkan kerajaan
melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat.
Slogan Negara Maju Rakyat Sihat menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera
maka pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa
sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni maka
segala kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati bersama-
sama secara adil dan saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya membina pelbagai kemudahan
dan infrastrukutr di kawasan taman-taman perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya, taman
permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif, semangat kejiranan dan perpaduan yang
ditunjukkan oleh anggota masyarakat di sesetengah kawasan tempat tinggal. Jelaslah semangat kejiranan
penting bagi membantu anggota masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai
kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu padu seia
sekata . Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang harmoni maka
negara akan melakar kejayaan gemilang. Semangat kejiranan merupakan salah satu elemen penting dan
vital yang membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan 
semangat cinta akan negara . Melalui hubungan kejiranan, pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai-
nilai patriotisme dapat diimplimentasikan. Sebagai contoh, mengibarkan jalur gemilang, mengadakan
pameran sempena ulang tahun kemerdekaan negara ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah pesta.
Datuk Azhar Bin Mansor merupakan  contoh paling jelas, dan atas sokongan  rakyat Malaysia
membolehkan beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia sambil mengibarkan Jalur Gemilang
dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat Malaysia membolehkan
mereka  melakukan sesuatu hal dan perkara yang amat hebat bagi melonjakkan Malaysia di persada
antarabangsa.

43

Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum juga penting
sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya, kedatangan pelancong asing ke negara ini banyak
disebabkan kehidupan masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni budaya yang menarik
dan hidup secara harmoni dalam komuniti kejiranan. Sesungguhnya, perpaduan masyarakat banyak
membantu menarik kehadiran pelancong terutamanya ketika musim perayaan besar. Sebagai contohnya
pada sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta tertentu
menampilkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat  disukai oleh para pelancong
asing tersebut . Selain di kawasan bandar, produk pelancongan seperti Program Homestay atau Inap Desa
di kawasan luar bandar juga dapat menunjukkan semangat hidup berjiran dalam kalangan masyarakatnya .
Maka sememangnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat berfaedah dan
membawa pulangan ekonomi yang begitu memberangsangkan kepada negara.

Intihanya, semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di
Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di
seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni
dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan
Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana  rakyatnya yang
bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara
tercinta ke arah kegemilangan di puncak jagat.

4. DALAM tempoh kira-kira dua minggu akan datang, banyak majlis rumah
terbuka Aidilfitri bakal diadakan bagi memeriahkan sambutan perayaan
tersebut.

Di tengah-tengah kemeriahan tradisi unik sepanjang bulan Syawal itu, isu


pembaziran makanan bukan lagi perkara asing, bahkan sudah dianggap
biasa dalam majlis rumah terbuka.

Kerap kali banyak makanan dibuang terutama dalam majlis rumah terbuka
besar-besaran diadakan oleh pemimpin, organisasi dan syarikat yang
dihadiri ribuan tetamu.

Tabiat orang kita yang terlalu mengikut nafsu semasa menghadiri majlis itu
menjadi punca banyak makanan dibuang, malah yang menyedihkan ada
makanan diambil tetamu tidak dijamah pun oleh mereka.

Ramai yang rambang mata dan tidak sabar apabila melihat deretan
makanan seperti sate, kambing bakar, kuetiau dan mi goreng yang
disediakan.

Selalu kita lihat seorang tetamu yang mengambil makanan dalam kuantiti
banyak seolah-olah tiada lagi hari esok untuknya menikmati makanan
berkenaan.

Kalau sate sehingga berbelas-belas cucuk dilambakkan di atas pinggan


sedangkan jumlah itu tidak mungkin boleh dihabiskannya seorang. Begitu
juga dengan kambing bakar sehingga penuh pinggan dengan limpahan sos
lada hitam dituangkan.

Ada juga yang mengambil berjenis-jenis makanan sehingga akhirnya


makanan itu hanya dijamah sedikit dan baki makanan terpaksa dibuang
begitu sahaja.

Majlis rumah terbuka bertukar menjadi pesta makanan yang disudahi


dengan timbunan sisa makanan berakhir di dalam beg plastik sampah.

Tabiat buruk sedemikian menyumbang kepada penghasilan sisa makanan


yang besar di negara ini saban tahun.

Mengikut statistik Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan


Awam (SWCorp), rakyat negara ini dianggarkan membuang lebih 8,000 tan
makanan sehari, iaitu jumlah yang boleh menampung keperluan tujuh juta
orang.

Sampah dari sisa makanan merupakan penyumbang terbesar sisa pepejal


yang dihasilkan di negara ini iaitu sebanyak 44.5 peratus daripada jumlah
keseluruhan sampah yang dibuang.

Kemakmuran negara menjadikan kita mewah dengan makanan tetapi amat


malang kerana dalam masa yang sama kita turut ‘menghantar’ timbunan
besar makanan ke tapak pembuangan sampah setiap hari.

Masalah ini tidak akan dapat diatasi dan menjadi semakin kritikal jika
masyarakat masih enggan mengubah sikap dalam aspek pengambilan
makanan.

Situasi ini boleh dielakkan sekiranya rakyat Malaysia lebih prihatin dengan
hanya memakan makanan yang diperlukan.

Kalau mengambil makanan di rumah terbuka, ambil dalam kuantiti yang


boleh dihabiskan. Memang tujuan rumah terbuka diadakan untuk menjamu
selera tetamu, namun berpada-padalah, jangan tamak sehingga membazir.

4.

Anda mungkin juga menyukai