Anda di halaman 1dari 6

PUSAT PENGAJIAN BAHASA, LITERASI DAN TERJEMAHAN

SEMESTER II, SIDANG AKADEMIK 2021/2022

LKM400 – BAHASA MALAYSIA IV

KERJA KURSUS : UJIAN MEMBETULKAN AYAT (40%)


TARIKH : 15 JULAI 2022
MASA : 8.30 - 9.30 MALAM

Nama : ALWENNA FABIAN JULES

No. Matrik : 151466

Nama Guru : PUAN SHAHDATULAKMA BINTI AHMAD

Kumpulan LKM400 : K56


__________________________________________________________________

ARAHAN : Jawab SEMUA soalan pada ruangan yang disediakan.

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

NO. SOALAN MARKAH PENUH MARKAH DIPEROLEH

1 4

2 4

3 4

4 4

5 4

6 4

7 4

8 4

9 4

10 4

JUMLAH 40
Arahan : Betulkan ayat-ayat yang berikut dari aspek penggunaan ejaan, kata,
imbuhan dan struktur ayat.

1. Ibubapa harus menitik-beratkan keperluan anak-anak terutamanya sekali anak


remaja disebabkan mudah terpengaruh dengan kegiatan yang tidak bermoral.

JAWAPAN
Ibu bapa harus menitikberatkan keperluan anak-anak terutama anak remaja
kerana mudah terpengaruh dengan kegiatan yang tidak bermoral.

2. Apa yang patut guru kaunselor fikirkan sekarang adalah cara-cara


mengurangkan tekanan perasaan yang dialami oleh setengah pelajar. Oleh
kerana itu, untuk menjadi guru kaunselor perlu bermesra dengan para pelajar-
pelajar di mana pelajar tidak berasa segan untuk meluah masalah yang
mereka hadapi

JAWAPAN
Perkara yang patut guru kaunselor fikirkan sekarang adalah cara-cara
mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh sesetengah pelajar. Oleh itu,
sebagai guru kaunselor perlu bermesra dengan para pelajar supaya mereka
tidak berasa segan untuk meluahkan masalah yang dihadapi.

3. Beliau menerangkan sebab bacaan am pada meter itu berubah dan kemudian
menyatakan tentang hubungan di antara bacaan am pada meter dan faktor
yang mempengaruhinya. Penerangan itu berdasarkan kepada pemerhatian
terhadap carta di atas.

JAWAPAN
Beliau menerangkan sebab-sebab perubahan bacaan ammeter itu. Kemudian,
beliau menyatakan hubungan antara bacaan ammeter dan faktor-faktor yang
mempengaruhinya. Penerangan itu adalah berdasarkan pemerhatian terhadap
carta di atas.
4. Tindakan tegas kerajaan akan ambil terhadap mana-mana pihak yang cuba
memasukki ke sempadan negara secara haram. Di masa yang sama, agensi
penguatkuasa akan terus memperketatkan kawalan sempadan negara.

JAWAPAN
Tindakan tegas akan diambil oleh pihak kerajaan terhadap mana-mana pihak
yang cuba memasuki sempadan negara secara haram. Pada masa yang
sama, agensi penguatkuasaan akan terus mengetatkan kawalan sempadan
negara.

5. Selain bidang kerja makan gaji, kita perlu cuba terokai bidang usahawan.
Latihan dan program mahir keusahawanan dapat menjadi alternatif untuk
mempertingkatkan prospek keboleh pasaran dan keupayaan kita.

JAWAPAN
Selain bergantung kepada kerja makan gaji, kita perlu cuba untuk menerokai
dalam bidang keusahawanan. Latihan kemahiran dan program keusahawanan
dapat menjadi alternatif bagi meningkatkan prospek kebolehpasaran dan
keupayaan kita.

6. Apabila pelajar telah menamatkan pengajian di sekolah mengakibatkan pelajar


terputus hubungan dengan kawan-kawannya. Laman sosial ini digunakan
sebagai medium utama untuk mencari kenalan lama di bangku sekolah.
Dengan cara ini, pelajar dapat mengetahui kerjaya yang telah kawan-
kawannya ceburi dan berinteraksi antara satu sama lain. Walaubagaimanapun,
pengguna sosial media perlu menghadkan masa penggunaannya.

JAWAPAN
Apabila pelajar menamatkan pengajian di sekolah menyebabkan pelajar
terputus hubungan dengan kawan-kawannya. Laman sosial ini digunakan
sebagai medium utama untuk mencari kenalan lama di bangku sekolah.
Dengan cara ini, pelajar dapat mengetahui kerjaya yang telah diceburi oleh
kawan-kawannya dan berinteraksi antara satu sama lain. Walau
bagaimanapun, penggunaan media sosial perlu mengehadkan masa
penggunaannya.

7. Penggunaan gadjet juga memberi kesan terhadap prestasi kerja atau pelajaran
di kalangan generasi muda. Hal ini akan mengakibatkan kita mengalami
kebejatan idea untuk memajukan negara.

JAWAPAN
Penggunaan gajet memberikan kesan terhadap prestasi pekerjaan dan
pelajaran dalam kalangan generasi muda. Hal ini mengakibatkan kita
mengalami kebejatan idea untuk kemajuan negara.

8. Antara faktor yang mengakibatkan kelunturan amalan hidup berkasih sayang di


dalam masyarakat ialah arus pemodenan yang menyekat penglibatan
seseorang dalam aktiviti kemasyarakatan sebab kesibukkan dengan tugas
seharian dan kelalaian terhadap tanggungjawab sosial masing-masing.

JAWAPAN
Antara faktor yang mengakibatkan kelunturan amalan kasih sayang dalam
masyarakat adalah arus pemodenan yang menyekat penglibatan seseorang
dalam aktiviti kemasyarakatan kerana kesibukan dengan tugasan harian dan
kelalaian terhadap tanggungjawab sosial masing-masing.

9. Haiwan-haiwan maun seperti lembu dan kambing membuat pilihan untuk hidup
secara berkawanan daripada secara bersendirian sebagai perlindungan dari
pemangsa. Akan tetapi, ini memberikan pemangsa dua kemungkinan, iaitu
pemangsa teragak-agak menyerang sekumpulan haiwan yang besar tetapi
pada masa yang sama pemangsa mudah mendapatkan sasaran. Adalah
dipercayai faktor yang paling penting adalah pengurangan risiko iaitu sekali
pun kawanan diserang oleh pemangsa, namun kemungkinan menjadi amat
tipis seekor ahli kawanan dibaham.

JAWAPAN
Haiwan-haiwan maun seperti lembu dan kambing memilih untuk hidup secara
berkawanan daripada secara bersendirian sebagai perlindungan daripada
pemangsa. Akan tetapi, hal ini memberikan pemangsa dua kemungkinan, iaitu
pemangsa teragak-agak menyerang sekumpulan haiwan yang besar tetapi
pada masa yang sama pemangsa mudah mendapatkan sasaran. Adalah
dipercayai faktor yang paling penting adalah pengurangan risiko iaitu walaupun
kawanan diserang oleh pemangsa, namun kemungkinan seekor ahli kawanan
dibaham menjadi amat tipis.

10. Sebelum tertuduh menjatuhkan hukuman, Majistret S. Mageswary menyoal


tertuduh sebab pembelian pistol itu dan Abdul Rashid menjawab: "Beli pistol
untuk hobi sukan menembak". Mageswary menasihatkan tertuduh yang
mempunyai seorang anak itu supaya mengikuti kursus menembak untuk
mendapatkan lesen sekiranya meminat sukan menembak, Hal ini demikian
kerana berlandaskan undang-undang dengan memiliki pistol tiruan adalah
salah.

JAWAPAN
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret S.Mageswary menyoal tertuduh
sebab pembelian pistol itu dan Abdul Rashid menjawab: "Beli pistol untuk hobi
sukan menembak". S.Mageswary menasihatkan tertuduh yang mempunyai
seorang anak itu supaya mengikuti kursus menembak untuk mendapatkan
lesen sekiranya minat akan sukan menembak. Hal ini demikian kerana
berlandaskan undang-undang, memiliki pistol tiruan adalah satu kesalahan.

Anda mungkin juga menyukai