Anda di halaman 1dari 2

Pembentukan Kata Adjektif

1. Kata adjektif terdiri daripada bentuk-bentuk yang berikut:


a)

Kata adjektif tunggal

b)

Kata adjektif terbitan

c)

Kata adjektif ganda

d)

Kata adjektif majmuk

2. Kata adjektif tunggal terdiri daripada hanya satu perkataan sahaja


contoh:nyenyak,masam,manis,pahit,besar dll.
3. Kata adjektif terbitan merupakan satu kata dasar yang menerima imbuhan sama ada imbuhan awalan,
apitan atau sisipan. Contoh:termasyur,setinggi,kemarahan,kemetot.
4. Kata adjektif ganda dapat diterbitkan melalui tiga cara iaitu penggandaan penuh, penggandaan
separa, penggandaan berentak.contoh: rendah-rendah,kecil-kecilan, gilang-gemilang.
5. Kata adjektif majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih
yang membawa makna tetentu.Dieja terpisah contoh:merah jambu, ringan tulang, biru laut.

LATIHAN PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF


Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25

Ayat
Kata Adjektif
Ahmad tidak datang ke sekolah kerana dia demam.
Dua adik-beradik itu sungguh bijak dalam pelajaran.
Baju yang dipakai oleh artis itu berwarna biru.
Kemalangan itu berlaku hampir dengan Plaza Tol Jelapang.
Bangunan yang baru dibina itu rendah sedikit berbanding
dengan Menara Kuala Lumpur.
Kami sekeluarga masih rindu akan adik walaupun sudah
setahun dia meninggalkan kami.
Masakan ibu agak masin sedikit pada hari ini.
Beliau agak lewat ke tempat kerja kerana kesesakan jalan
raya.
Garisan-garisan itu dicantum dan berbentuk bulat.
Penduduk kampung digemparkan dengan kehadiran sebuah
piring terbang yang berbentuk leper.
Kami semua masih ragu-ragu dengan tawaran pekerjaan
yang diberikan oleh majikan itu.
Telefonis itu menyuruh saya menunggu sebentar sebelum
panggilan saya disambungkan kepada pegawai yang
berkenaan.
Tumbuh-tumbuhan renek yang terdapat di negara ini boleh
dijadikan ubat-ubatan.
Gadis kacukan Asia dengan Eropah itu berambut perang.
Pergerakannya yang pantas menyebabkan dia memenangi
pertandingan larian tersebut.
Kami jarang-jarang menemuinya sejak kebelakangan ini.
Badan yang gemuk menyebabkan dia sering diejek oleh
rakan-rakan.
Lawatan itu terpaksa dibatalkan kerana kesuntukan masa.
Air sungai yang deras telah menghanyutkan dua orang
kanak-kanak yang terjatuh itu.
Sejak akhir-akhir ini ayah semakin sibuk dengan kerja
pejabatnya.
Baju yang berwarna kelabu itu kepunyaan ayah.
Rumah yang baru dibina ini agak luas berbanding dengan
rumah yang lama.
Remaja yang berwajah bujur itu ialah abang saya.
Kemalangan yang menimpanya menimbulkan simpati kami
semua.
Suara cengkerik itu semakin nyaring apabila malam semakin
lewat.

Jenis Kata Adjektif

Anda mungkin juga menyukai