Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN

Pada era 60 dan 70an, guru merupakan insan yang terpilih untuk membawa ilmu dan
kemajuan kepada masyarakat setempat. Tidak terkira jasa dan sumbangan para guru dalam
membentuk dan melahirkan insan yang mempunyai peribadi yang mulia pada masa kini.
Bukan sahaja tugasnya dalam menyebarkan ilmu, bahkan menjadi sumber panduan dan
rujukan sehingga ke masa kini. Selain menyumbang ilmu, tugas para guru tidaklah terbatas
di sekolah sahaja bahkan tugasnya di luar sekolah pun cukup berat dan penuh
tanggungjawab. Tambahan pula, guru boleh menjadi jurulatih kepada sesuatu sukan,
penyelaras bagi sesuatu persatuan, tukang masak di dapur sekolah dan sebagainya.
Sesungguhnya, jasa dan sumbangan guru tidak ternilai dan tidak mampu diungkapkan
dengan perkataan akan sumbangan dan pengorbanan serta titik peluh para guru. Namun,
masa makin berlalu, kini profesion keguruan dianggap sebagai profesion peringkat
pertengahan di bawah profesion professional yang lain seperti doctor, jurutera, peguam dan
lain-lain. Masyarakat zaman kini dengan mudahnya mengatakan amat mudah untuk menjadi
guru dan tanpa latihan asas pun sudah boleh menjadi guru sandaran ataupun sementara
bahkan lebih baik daripada guru yang sedia ada.

Esah Sulaiman (2003) menyatakan bahawa tugas menjadi guru masa kini tidak
seperti yang dilihat dengan mata kasar. Tugasnya yang banyak serta pelbagai memaksa
para guru menumpukan perhatian, masa, tenaga kepada pelbagai jenis komitmen yang
boleh menjejaskan pengajaran dan peningkatan profesionalisme. Melalui ini, dapatlah kita
nyatakan bahawa tugas guru tidak sewenang-wenangnya dipandang remeh oleh
masyarakat.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2014), pendidikan bermaksud didikan,


latihan dan ajaran. Bidang pendidikan dianggap bidang yang sensitif negara kerana bidang
ini mampu mengubah scenario politik dan sosial di negara kita. Seringkali kita dengari
zaman kini pendidikan dilimpahi dengan khabar-khabar yang kurang enak untuk didengari.

ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Pendidikan abad ke-21 merupakan zaman pendidikan yang penuh sekali dengan
cabaran. Terdapat banyak sekali isu pendidikan yang berlaku dalam negara kita tanpa kita
sedari. Antara isu pendidikan dalam negara kita ialah :

15
Masalah Pelajar Yang Tidak Berdisiplin

GAMBAR RAJAH 1.0

Seringkali terpampang di dada akhbar masa kini, kes-kes disiplin pelajar semakin
meningkat. Antara masalah yang melanda anak zaman sekarang ialah seperti ponteng
kelas, menghisap rokok, gangsterisme, pergaduhan antara guru dan murid, vandalisme
serta pergaulan bebas antara lelaki dan wanita. Inilah merupakan salah satu cabaran
kepada para guru.

Guru sering berada dalam keadaan dilema atau runsing dalam menyelesaikan
masalah seperti ini. Tindakan yang diambil para guru terkadang mendatangkan kesan-kesan
yang tidak disukai ramai salah satunya ialah ibu bapa. Salah satu contoh kes isu pendidikan
yang masih hangat pada masa kini ialah kes Cikgu Azizan yang telah mengambil tindakan
terhadap pelajar yang telah melakukan kesalahan disiplin. Pelajar-pelajar masa kini bersifat
lebih manja, suka memberontak dan berani untuk membalas dendam sekiranya dikenakan
tindakan bukan seperti masa dulu di mana ibu bapa lah yang menegaskan para guru untuk
mengambil tindakan jikalau anaknya berkelakuan nakal ataupun jahat.

Namun pada masa kini, jikalau pelajar disentuh sedikit sahaja bahkan digertak
melalui perkataan sahaja, ibu bapa terus datang ke sekolah mencari guru tersebut dan
mengenakan tindakan atau memberi saman.

16
Sesungguhnya, jika para guru ingin mengambil tindakan, ia cuma untuk memberi
didikan dan tunjuk ajar serta pengajaran kepada anak muridnya bukanlah sewenang-
wenang untuk menghukum anak murid tersebut. Ibu bapa zaman sekarang pun terlalu
memanjakan anak-anak mereka sehinggakan guru terpaksa mengiyakan sahaja setiap
kelakuan pelajar walaupun ia salah. Oleh itu, desakan dan sikap ibu bapa serta para pelajar
yang seringkali membuat onar inilah yang memberikan dugaan serta cabaran kepada para
guru untuk mencari jalan penyelesaian untuk memuaskan hati kedua-dua belah pihak antara
ibu bapa dan juga guru-guru sekolah.

Pembaharuan yang Dilaksanakan oleh KPM

Sistem pendidikan di Malaysia seringkali berubah mengikut perubahan masa supaya


ia dapat melahirkan pelajar yang terbaik dari setiap aspek. Kementerian Pelajaran Malaysia
telah melakukan banyak perubahan kepada sistem pendidikan di sekolah. Sebagai contoh,
kalau dulu gred tertinggi untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah ialah 5A, sekarang telah
berubah kepada 6A yang merupakan gred tertinggi cemerlang. Sama juga seperti
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) masa kini. Sebelum dikenali sebagai PT3, ia juga pernah
dikenali sebagai Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan juga Sijil Rendah Pelajaran (SRP).

Perubahan dan pembaharuan yang dilaksanakan oleh KPM inilah menuntut para
guru untuk mengadaptasi dengan sistem yang sedia ada serta memperbaharui kaedah
pengajaran dan pembelajaran. Jikalau guru gagal untuk berbuat sedemikian, maka akan
berlaku kegagalan untuk mengajar para murid dan juga mengaplikasikan kehendak KPM
dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari setiap aspek.

Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa bersifat dinamik dan progresif ini hendaklah
digunakan oleh para guru sebaik mungkin dan sentiasa membuat perubahan kepada diri
sendiri agar tidak berlaku sebarang masalah dalam mendidik murid-murid. Oleh itu, para
guru hendaklah juga bersifat dinamik iaitu sentiasa berubah mengikut kehendak keadaan
semasa.

17
Pemilihan Calon Guru yang Benar-Benar Layak

Setiap seorang yang hendak menjadi guru hendaklah mempunyai kriteria-kriteria


yang dikehendaki oleh KPM. Oleh itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
hendaklah memantapkan lagi proses pemilihan para guru serta memastikan setaip guru
mencapai standard minimum. Jikalau seseorang itu mempunyai minat yang sedikit sahaja
terhadap profesion keguruan, selapas 2 atau 3 tahun berkhidmat makan akan timbul
perasaan bosan dan tidak ingin lagi meneruskan kerjaya untuk menjadi seorang guru.

Oleh itu, pelbagai temuduga serta ujian kelayakan hendaklah dilakukan oleh
kerajaan dalam melantik serta memilih para guru agar tidak berlaku lagi isu-isu guru goyang
kaki, guru malas dan sebagainya.

Status Ekonomi Guru-Guru

Salah satu faktor kepuasan bekerja diperolehi ialah gaji. Menurut Green Berg (1990),
faktor penyebab kepuasan bekerja yang paling utama melibatkan polisi dan upah, gaji dan
ganjaran dalam perkhidmatan. Melalui gaji yang diperolehi, maka para guru akan dapat
menyara kehidupan mereka sendiri. Maka kepuasan bekerja akan tidak diperoleh jika sistem
gaji yang diterima tidak setimpal dengan apa yang dilakukan oleh para guru contohnya
kerja-kerja pengkeranian. Salah satu faktor yang menolak minat para pelajar untuk
menceburi bidang perguruan ialah faktor gaji kerana ia dianggap rendah berbanding
profesion yang lain.

RUMUSAN

Konklusinya, pendidikan di negara kita ini mempunyai banyak isu dan kita semua
hendaklah berganding bahu untuk menyelesaikannya secepat mungkin. Sesungguhnya,
sudah pasti system pendidikan di negara kita boleh dipandang tinggi oleh negara-negara
jiran. Pihak kerajaan dan bukan kerajaan juga hendaklah melipatgandakan usaha agar
dapat bersama-sama memajukan pendidikan di Malaysia.

18
RUJUKAN

Esah Sulaiman. (2003). Amalan Profesionalisme Keguruan. Universiti Teknologi Malaysia.

Gary McCulloch, Gill Helsby, Peter Knight. (2000). The Politics of Professionalism: Teachers
and the Curriculum. Biddles Ltd. Guildford and King’s Lynn : New York

Mohd Kipli Abdul Rahman, Nazarudin Zainun, Rahimah A. Hamid. (2013). Kearifan
Tempatan : Pengalaman Nusantara. Jilid 2. Meneliti Kosmologi dan Adat Istiadat. Universiti
Sains Malaysia

Robert Folger, Russell Cropanzano. (1998). Organizational Justice and Human Resurce
Management. United States of America

Hajah Noresah bt Baharom. (2014). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa Dan
Pustaka : Kuala Lumpur

https://www.slideshare.net/kulanzsalleh/isu-isupendidikandimalaysia

19

Anda mungkin juga menyukai