Anda di halaman 1dari 11

PEMASARAN

Proses Keputusan
Pembelian Produk Industri

Mengenal pasti masalah

Pengurusan organisasi akan mengenal pasti


produk industri yang hendak dibeli untuk
menyelesaikan masalah dan memenuhi
keperluan organisasi.

Contohnya :

Syarikat Bakery Peladang mendapati bahawa pelanggan


masa ini semakin prihatin tentang kandungan lemak
dalam roti. Oleh itu, pengurus mengenal pasti bahawa
mereka harus mengeluarkan produk yang mempunyai
lemak yang rendah tetapi masih mengekalkan kelazatan
produk rotinya

Mengenal pasti keperluan organisasi

Pengurus harus memastikan jenis


bahan mentah dan barang modal
yang diperlukan untuk mengeluarkan
barang dan perkhidmatan

Menentukan spesifikasi produk


Pengurus akan menyenaraikan spesifikasi
produk yang telah dikenal pasti seperti harga,
kuantiti, kualiti, ciri, jenama dan sebagainya.
Spesifikasi produk yang dibuat harus mengambil
kira kelebihan dan kemampuan organisasi dari segi
kewangan, tenaga kerja, kapasiti
pengeluaran, kepakaran dan teknologi.

Mencari pembekal

Pihak syarikat perniagaan akan mencari


pembekal-pembekal yang menawarkan
item atau bahan yang dikehendaki.

Contohnya,

Syarikat Bakery Peladang akan mencari


pembekal yang terbaik untuk mendapatkan
bahan yang paling berkualiti.

Membuka tender

Selepas mengenal pasti senarai pembekal yang


berkelayakan, pengurusan organisasi akan
mengadakan rundingan pembelian dengan
pembekal yang dapat memenuhi spesifikasi
produk yang diperlukan.

Rundingan pembelian melibatkan perbincangan


tentang syarat perniagaan seperti harga, kualiti,
syarat pembayaran, masa penghantaran,
perkhidmatan selepas jualan dan sebagainya.

Memilih pembekal

Pengurusan akan memilih pembekal yang dapat


menawarkan syarat perniagaan yang paling menarik
dan membeli atau memesan produk industri daripada
pembekal tersebut.

Antara faktor yang mempengaruhi pemilihan


pembekal ialah kualiti produk, harga produk,
perkhidmatan, jaminan pulangan, penghantaran yang
tepat pada masanya, reputasi, dan kejujuran
pembekal

Memesan produk

Pemesanan dibuat berdasarkan senarai


spesifikasi bahan, dasar pemulangan bahan
dan waranti yang diberi

Menilai prestasi pembekal

Penilaian terhadap prestasi produk itu


selepas digunakan dalam proses
pengeluaran perlu dibuat agar dapat
menentukan sama ada ingin
meneruskan pembelian daripada
pembekal tersebut atau tidak pada
masa hadapan.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai