Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN: CARA MENULIS PERENGGAN ISI KARANGAN

Perenggan Isi
1. Selepas pendahuluan, pelajar-pelajar perlu menulis perenggan isi pula.
2. Biasanya, isi yang pertama terletak pada perenggan yang kedua, isi yang kedua terletak pada perenggan
ketiga, dan seterusnya.
3. Dari segi isi, pelajar-pelajar dikehendaki menulis satu isi untuk satu perenggan. Walau bagaimanapun,
pelajar-pelajar boleh mengemukakan isi-isi sampingan untuk memperkuat hujah atau huraian.
4. Secara keseluruhan, perenggan isi hendaklah sekurang-kurangnya mengandung empat ayat hingga
enam ayat dalam setiap perenggan seperti yang dinyatakan di bawah ini:
a. ayat judul
b. ayat huraian
c. ayat bukti/contoh
d. ayat penegas

Ayat Judul
1. Ayat yang mengandung kata kunci jawaban yang menjawab pokok persoalan karangan.
2. Ayat judul ini boleh diletakkan di bahagian awal, di tengah, atau di hujung sesuatu perenggan.

Ayat Huraian
1. Ayat huraian pula huraian lanjut tentang isi utama yang dikemukan yang bertujuan untuk
memberikan penjelasan tentang perkara yang diperkatakan atau menyokong isi-isi utama.
2. Karangan yang baik akan mengemukakan beberapa ayat huraian.

Ayat Bukti/Ayat Contoh


1. Ayat bukti atau ayat contoh pula ialah ayat-ayat yang mengandung bukti atau contoh yang
berkaitan dengan isi yang diperkatakan yang bertujuan untuk memperkuat hujah.
2. Bukti dan contoh yang dikemukakan mestilah bukti yang sahih dan bukan bukti atau contoh yang
sengaja diada-adakan.

Ayat Penegas
1. Ayat penegas ialah ayat yang memberikan penegasan terhadap isi dan huraian.
2. Ayat ini biasanya mempunyai penanda wacana seperti “ Tegasnya”, “Oleh itu”, dan
“Sehubungan dengan itu”.

Contoh Penulisan Isi


Ayat Judul
Satu daripada langkah yang harus diambil oleh pihak kerajaan ialah mengenakan denda yang lebih berat
terhadap pengguna-pengguna jalan raya yang cuai dan tidak bertimbang rasa.

Ayat Huraian
Denda yang dikenakan ini sekurang-kurangnya akan menakutkan mereka atau memberikan kesedaran
kepada pengguna-pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dan bersopan di jalan raya.
Ayat Contoh
Sebagai contohnya, cadangan untuk menaikkan denda maksimum daripada RM300 kepada RM600 bagi
sebarang kesalahan di jalan raya serta cadangan untuk mengenakan hukuman penjara bagi kesalahan
memandu ketika mabuk dan mengadakan perlumbaan haram di jalan raya hendaklah disokong oleh
semua pihak.

Ayat Penegas
Tegasnya, denda yang berat akan memberikan kesedaran kepapa pengguna supaya sentiasa berhati-hati di
jalan raya.

Keperluan perenggan kesimpulan/penutup.


1. Membuat kesimpulan umum (jangan masukkan isi).
2. Menyatakan saranan.
3. Menyatakan harapan.
4. Menyatakan pendirian.
5. Masukkan ungkapan menarik.
6. Ditulis dalam satu perenggan.
Cadangan susunan ayat untuk perenggan kesimpulan.

A1 - Ayat Rumusan/kesimpulan -

Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu untuk melaksanakan langkah-langkah yang telah dinyatakan tadi untuk memastikan aktiviti kemasyraakatan seperti gotong-royong ini
berupaya menarik minat setiap golongan dalam kalangan masyarakat kita.

A2 - Ayat Cadangan -

Langkah-langkah ini perlu dilaksanakan dengan teratur dan bersungguh-sungguh supaya matlamat untuk melahirkan masyarakat prihatin dan hidup dalam suasana penuh harmoni dapat
dilahirkan.

A3 - Ayat harapan/hasrat/ masukkan ungkapan menarik -

Saya berharap, masyarakat di negara kita menjadi masyarakat yang sentiasa mementingkan amalan murni dalam masyarakat dan memanfaatkan masa terluang mereka dengan melibatkan
diri dalam program gotong-royong yang dianjurkan oleh masyarakat setempat. Harapan saya, suatu masa nanti masyarakat kita mampu dijadikan model masyarakat cemerlang. Masyarakat
madani dan disegani di persada antarabangsa dek keakrabaan hubungan antara satu sama lain. Seandainya visi ini berjaya kita realisasikan, maka kita mampu meletakkan nama negara
dalam kalangan negara yang terbilang dari segi ketinggian moral dan akhlaknya dan kita mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan masyarakat negara-negara maju yang
tersohor dari segi kemasyarakatan.

A4 - Ayat pendirian tentang keseluruhan isi karangan

Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengorak langkah seiring sejalan menjayakan program yang dirancang dengan penuh swadaya.

Perenggan kesimpulan lengkap.

Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu untuk melaksanakan langkah-langkah yang telah dinyatakan tadi untuk memastikan aktiviti kemasyraakatan seperti gotong-royong ini
berupaya menarik minat setiap golongan dalam kalangan masyarakat kita.Langkah-langkah ini perlu dilaksanakan dengan teratur dan bersungguh-sungguh supaya matlamat untuk melahirkan
masyarakat prihatin dan hidup dalam suasana penuh harmoni dapat dilahirkan.Saya berharap, masyarakat di negara kita menjadi masyarakat yang sentiasa mementingkan amalan murni
dalam masyarakat dan memanfaatkan masa terluang mereka dengan melibatkan diri dalam program gotong-royong yang dianjurkan oleh masyarakat setempat. Harapan saya, suatu masa
nanti masyarakat kita mampu dijadikan model masyarakat cemerlang. Masyarakat madani dan disegani di persada antarabangsa dek keakrabaan hubungan antara satu sama lain. Seandainya
visi ini berjaya kita realisasikan, maka kita mampu meletakkan nama negara dalam kalangan negara yang terbilang dari segi ketinggian moral dan akhlaknya dan kita mampu duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi dengan masyarakat negara-negara maju yang tersohor dari segi kemasyarakatan.Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengorak langkah seiring sejalan
menjayakan program yang dirancang dengan penuh swadaya.

Anda mungkin juga menyukai